Empat Dara
Empat dara gadis sunti
Dari desa datang ke mari
Mencari ilmu mengubah nasib diri
Semuga keluarga bahagia nanti
Ibu ayah resah sentiasa
Melepas pergi anak dara jelita
Kota bukanlah tempat bersuka ria
Itulah janji mereka pada kedua ibubapa
Menara gading tempat di tuju
Berbekal harapan untuk terus maju
Mencapai cita-cita dan wawasan
Kejayaan dan ijazah jadi idaman
Empat dara kawan sejati
Sama-sama berjanji bersatu hati
Mengharungi dugaan hidup di kota ini
Supaya kejayaan dapat di perolehi
Kota penuh dengan pancaroba
Menara gading juga ada cabaranya
Adat muda memanglah nak bercinta
Tidak terlepas juga empat dara jelita
Kecekalan dan kekuatan mesti di bina
Semuga tidak terlalai janji pada ibubapa
Namun dugaan pasti datang menjelma
Mengukur diri dan kekuatan iman di dada
Setiap hari hidup di harungi
Pelbagai dugaan mesti di tangani
Jejaka melihat ingin mendekati
Pabila empat dara menawan sanubari
Doa di pohon setiap hari
Semuga tidak terlalai di buai mimpi
Pelajaran adalah matlamat ke sini
Segulung ijazah dalam genggaman kini
Empat dara berjaya menghadapi
Segala dugaan onak dan duri
Kini gelaran siswazah di beri
Tertunai sudah hajat di hati
Doa di makbul ibubapa gembira
Melihat anak berjaya semuanya
Bersyukur mereka pada Yang Maha Esa
Empat dara menjaga maruah dan nama
Semuga teladan di contohi
Kecekalan diri tidak di cerobohi
Empat dara berjaya menghadapi
Dugaan hidup di kota metropolitan ini
Rahsia mereka mudah sahaja
Jati diri dan bersemangat waja
Menginsafi diri ingatlah keluarga
Harapan mereka jangan di sia sia
Itu sahaja cerita hari ini
Esok lusa berjumpa lagi
Masih mencari topicnya kini
Buat tatapan pembaca di sini
Terima kasih sekali lagi
Kerana sudi datang kemari
Membaca celoteh di laman ini
Harap-harap singgahlah lagi
Owned and written by : Sanaa 28/02/10
Last edited by sanaa1 on 3-1-2013 08:06 AM
|