CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3305|Reply: 8

Atan dan Siti

[Copy link]
Post time 4-1-2013 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Atan Dan Siti
Pada suatu waktu dahulu di sebuah daerah yang kecil lagi damai tinggal beberapa keluarga yang hidup dalam harmoni, aman dan muafakat. Di dalam ramai ada dua keluarga yang tinggal berjiran yang mempunyai anak yang hampir sebaya tapi nasib tidak menyebelahi salah seorang dari mereka. Atan dan Siti adalah kawan baik dan akrab namun Atan di timpa demam panas ketika berusia sepuluh tahun dan pembentukan dirinya terencat. Oleh itu ramai anak-anak yang sering ketawakan Atan kerana masih berperangai kebudak-budakan. Hanya Siti yang masih setia menjadi sahabatnya, meneman Siti ke sekolah, sama-sama mandi sungai dan menangkap ikan di sawah.

Siti lawalah..nah bunga ni, Atan petik untuk Siti.

Terima kasih Atan tapi lain kali jangan petik lagi ya…bunga tu berada di laman orang nanti marah pula tuan rumah pada Atan sebab petik bunganya.

Siti marah Atan? Siti tak sayangkan Atan lagi…Siti dah benci pada Atan, lalu Atan terus ke suatu sudut dan mendiamkan diri.

Siti hanya perhatikan Atan dari jauh dan terus menangkap anak ikan di sawah…kasihan Atan kenapalah nasibnya begini dan sampai hati anak-anak lain tak mahu bermain dengannya. Siti merasa sedih dan terus saja memerhati.

Anak-anak kampung sering saja mengusik Atan dan memarahi Atan. Oii Atan..apa kau buat kat sini hah? Kau tak tahu ke ini pokok aku…pergi pergi jangan ganggu kami di sini. Oii budak…pokok ni tak ada pun nama kau…Tok Penghulu kata pokok yang hidup di bumi ini adalah pokok Allah kita semua kena jaga dengan baik. Siti meluru ke arah Atan apabila menyedari yang budak-budak nakal sedang mengganggunya.

Apa kau orang semua ini tak ada kerja lain lagi ke? tiap -tiap hari asyik nak kacau Atan saja, Siti membentak.

Alah Siti kau saja yang baik dengan Atan…nanti kau nak kawin dengan Atan ke? Kau tu pandai kat sekolah tapi kenapa kau nak kawan dengan Atan? budak bodoh ni…

Atan lebih baik dari kau orang semua…Atan tak ganggu sesiapa tapi kau orang saja yang suka ganggu dirinya dan suka mengejek pula…kenapa kau orang ni semua kejam?

Atan sudah tidak tahan sabar melihat Siti bergaduh bersama dengan anak-anak nakal lalu di ambil kain pelekat selepangnya di hayun laju dan memukul ketua samseng kampung tu, mengena salah seorang darinya dan mereka mula bergaduh.

Jangan Atan jangan, jerit Siti namun tidak mampu membantu. Tolong, tolong Siti menjerit meminta tolong namun tiada siapa yang mendengar jeritannya. Setelah sekian lama dan Atan sudah di belasah teruk oleh budak-budak nakal tu Tok Penghulu datang dengan menghayun tongkatnya. Kurang ajar kamu semua tengking Tok Penghulu. Pergi sekolah tak mahu asyik mengganggu orang saja. Habis bertempiaran mereka lari semua dan Siti sudah mula menangis. Atan, Atan, bangun Tan, dengar tak Siti panggil ni. Sakit Siti…Atan sakit. Kenapa Atan gaduh dengan mereka tu tadi, mereka ramai dan Siti tidak dapat menolong. Airmata Siti jatuh berlinangan. Sudah tu nak, kata Tok Penghulu, Siti tolong angkat barang Tok biar Tok dukung Atan balik, Siti hanya mengangguk.

Beberapa hari Atan terlantar saja di rumah kerana kesakitan dan Siti tetap mengunjunginya. Hari ini Siti bawa bubur pulut hitam untuk Atan. Terima kasih Siti…Atan sayang Siti…Siti pun sayangkan Atan dan mereka sama-sama tersenyum dan menikmati bubur pulut hitam yang di masak oleh mak Siti. Hmm Atan lain kali jangan pakai songkok macam tu lah…tak cantik kata Siti. Pakai songkok betul-betul ya! jangan sengetkan kalau tak nanti rupa Atan macam si Luncai yang hendak terjun dengan labu-labunya. Sejak dari hari itu Atan tidak lagi memakai songkok dengan senget.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun, Atan dan Siti tetap menjadi sahabat sejati. Atan suka beri bunga pada Siti dan mengusik Siti yang suka bertocang dua tapi alam remaja merubah sedikit keadaan kerana Siti kena banyak mengulangkaji pelajaran dan Atan seolah-olah tidak mengerti apa-apa. Suatu hari Atan merajuk kerana Siti tidak mahu bermain dengannya, puas Siti pujuk barulah Atan tersenyum…Siti cantik, Siti lawa nanti Atan nak kawin dengan Siti. Siti hanya tersenyum saja…apalah yang kau tahu tentang kawin Atan, aku masih berhempas pulas untuk lulus SPM kata Siti dalam hati dengan hiba di rasa melihat Atan begitu.

Setelah penat lelah dan berusaha akhirnya Siti berjaya dengan cemerlang di dalam SPM dan tibalah masanya Siti meninggalkan kampung halaman untuk menyambung pelajarannya. Orang yang paling sedih adalah Atan sehingga tidak mahu bertemu Siti lagi namun tanpa mengenal penat lelah Siti tetap memujuk Atan dan berharap Atan faham.

Atan jangan nakal tau…Siti tak ada di kampung lagi, Siti nak pergi belajar di Kuala Lumpur. Bila masa cuti Siti akan balik ke sini dan kita tangkap ikan lagi ok…

Siti dah tak suka Atan lagi, Siti tak sayang Atan lagi…Siti nak pergi jauh-jauh macam anak Tok Penghulu tu nanti bawa balik kereta besar langgar Atan dengan esak tangis dan airmata yang berguguran.

Hah Siti melepaskan keluhan kesedihan juga tidak dapat lagi di tahan, walau apapun yang terjadi selama ini Atan adalah temannya yang sejati. Tolong angkat bag dan buku sekolahnya hampir setiap hari, menjadi penghantar dan penunggu setianya di pintu sekolah dan mempertahankan dirinya kalau ada orang yang mengganggu. Siti tidak akan melupakan segalanya cuma keadaan sekarang tidak sama. Atan tidak akan memahami segalanya ini dan aku juga tidak mungkin dapat menerangkannya. Airmatanya tumpah sambil memegang tangan Atan dan kuntuman mawar yang di petik di halaman tadi Atan selitkan di telinga Siti. Hari yang di nantipun tiba, berangkatlah Siti meninggalkan kampung halaman tercinta bersama Atan dalam memorinya. Lambaian Atan beri sehingga Siti hilang dari pandangan dan semenjak dari hari itu Atan adalah penunggu setia di perhentian bus di hadapan rumahnya sehingga ibu Siti rasa kasihan. Di pujuk Atan untuk ke rumahnya sekali sekala dan di biarkan Atan melihat barang-barang Siti yang ada, kadang-kadang Atan ketawa dan kadang-kadang Atan pulang atau keluar tanpa memberitahunya tiba-tiba datang kembali dengan ikan dan timba serta sekuntum mawar. Setiap kali itu berlaku tumpah juga airmata ibu Siti dan hanya dapat meluahkan perasaan sedihnya pada ibu Atan.

Setelah berbulan di perantauan Siti kembali ke kampung halaman semasa cuti pengajian dan alangkah terperanjatnya Siti ketika sampai Atan ada di perhentian bas menantikan kepulangannya. Nampak saja bayangan Siti, Atan bertepuk dan berlagu riang..eh eh Siti dah balik…Siti dah balik dan bila turun dari bas terus Atan berkata…Atan rindu sangat kat Siti lalu mendepangkan tangannya dan ketawa. Sekuntum mawar merah di hulurkan, sedih Siti tidak dapat di bendung kerana tidak pernah di sangka Atan menunggunya di situ setiap hari dari hari dia pergi. Airmata Siti gugur lagi bila ibunya menceritakan apa yang berlaku hampir setiap hari dan bunga-bunga mawar yang telah kering itu adalah pemberian Atan setiap kali mak ajak dia makan di sini, cerita ibunya lagi. Atan hanya senyum dan senggeh saja.

Kenapa Siti nangis? Siti tak suka jumpa Atan? Siti menggeleng-gelengkan kepalanya…bukan macam itu Tan…Siti nangis sebab Siti gembira dapat bertemu dengan Atan dan terima kasih Tan kerana sudi cari ikan untuk mak Siti dan tolong tanam serta siramkan sayur mak di kebun. Hehehe Atan hanya ketawa dan menikmati juadah yang di hidangkan. Siti dan Atan masih setia melihat sawah padi yang menguning, ke sungai bermain air dan juga menangkap ikan walaupun tidak lagi boleh seperti dahulu berlari dan berkejaran sehingga Siti di ejek oleh anak muda kampung. Oii Siti kau tu dah pergi belajar hingga ke menara gading, tak ada ke pak we yang boleh kau berganding, ini tidak asyik-asyik kau rapat dengan si Atan mereng, nanti kalau kau kawin mesti Atan bunuh diri…hahaha gelak mereka beramai-ramai. Siti dah naik baran dengan perangai mereka ini…kau orang apa peduli suka hati akulah apa nak buat kalau aku kawin dengan Atanpun apa yang kau orang susah…wuhuu Siti dah pandai menjawab kini. Kau orang semua duduk sini habiskan waktu tanpa faedah, cuba kau tengok Atan tu walaupun dia begitu masih ada keinginan nak membantu dan bekerja Siti mempertahankan Atan dan dengan marah berlalu pergi.

Begitulah yang berlaku sehingga Siti menggenggam segulung ijazah dan mulakan kehidupan baru dalam dunia pekerjaan. Makin lama makin jarang Siti pulang ke kampung kerana setelah pemergian ayahanda tercinta ibu Siti sering bersama Siti kerana tiada siapa lagi di kampung. Walaupun begitu mereka tetap pulang sekali sekala dan setiap kali kepulangan mereka akan di sambut Atan dengan gembira. Kini Siti sudah berkereta dan di bawa Atan ke bandar bersiar-siar dan membeli belah. Seperti biasa mesti orang merasa pelik dengan dirinya kerana membawa seorang lelaki yang akalnya separuh dari usia yang ada namun tidak di hiraukan Siti dan juga ibunya. Mereka tetap melayan perangai Atan dan terhibur dengan kata-katanya. Terima kasih nak, ucap mak Siti. Kenapa makcik? Atan bertanya. Terima kasih sebab Atan tolong jaga rumah makcik, tolong siram bunga, bersihkan halaman dan juga tanam sayur. Kalau Atan jual sayur duit tu nanti Atan bagi pada mak Atan ya, untuk mak beli beras, susu, tepung dan sebagainya. Baik makcik Atan mengangguk tanda faham dan terus menikmati makanan yang Siti belikan. Selepas dari itu agak lama Siti tidak pulang ke kampung kerana ada tugas di luar negeri selama beberapa bulan dan ibunya masih di temani Atan yang membantu kerja-kerja di rumah.

Mak Siti terlalu gembira mendapat berita yang Siti dapat balik untuk berhari raya nanti dan tentunya berkongsi kabar gembira itu dengan ibu Atan. Betul ke ni kak? tanya ibu Atan pula seperti tidak percaya kerana pada awalnya ibu Siti asyik kata tahun ini dia raya seorang diri tanpa Siti. Betul kata ibu Siti lagi, akak baru terima panggilan telefon darinya dan tentulah orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah Atan namun hanya mak Siti saja tahu yang Siti akan pulang bersama seorang kawan lelakinya yang di kenali sewaktu sama-sama belajar dahulu.

Apakah mungkin bakal menantu? itulah agaknya yang difikirkan mak Siti. Dalam diam mak Siti bersyukur kerana Siti kini telah berjaya dan tentulah tiba masanya untuk Siti berkeluarga pula. Keriangan dan angan-angan yang mak Siti ada terbantut apabila melihat kelibat Atan yang sedang bekerja di belakang rumah mengemas kebun sayur sambil bersiul riang. Kesedihan bertapak di hati mak Siti kerana bimbang Atan tidak memahami. Mak Siti membuat persedian yang termampu olehnya dengan di bantu oleh Atan dan di kesempatan yang ada sewaktu mengemas kawasan mak Siti bertanya…Atan suka ya Siti nak balik? Atan rindu kat Siti tak? Adam suka, Atan rindu sangat kat Siti, kata Atan sambil berpusing-pusing dan ketawa…nanti Atan dah jual sayur banyak-banyak Atan nak kawin dengan Siti. Mak Siti tersenyum dalam tangis…apalah yang kau tahu Atan dan dari sembangnya dengan Siti sebelum Siti menaiki pesawat tadi telah Siti kabarkan yang kalaulah sudah jodoh mereka Siti tidak akan menolak, kata Siti mengenai kawan yang akan datang bersamanya nanti. Menurut kata Siti lagi mereka hanya kawan biasa sewaktu menuntut di universiti dan jumpa sekali sekala bila dah bekerja jadi Siti tak pandai nak meletakan di mana titik tolak permintaannya untuk bertemu dengan mak Siti.


Apabila sebuah kereta Harrier berwarna putih memasuki kawasan kampung ramai juga pemuda kampung yang menoleh untuk melihat siapa pemiliknya dan seakan kelibat Siti di tempat duduk sebelah dan belum lagi Hari Raya untuk mak Siti menerima tetamu. Ketika kereta itu membelok masuk ke rumah mak Siti, Atan sudah sedia menanti. Dari jauh Siti sudah melihat kelibatnya dan tersenyum lalu di beritahu pada Adam di sebelahnya. Adam tersenyum sama yang telah mendengar segalanya tentang Atan dari Siti sejak awal lagi. Ketika Siti turun dari kereta Atan datang menerkam tapi terhenti di separuh jalan apabila melihat Adam keluar dari kereta juga. Di renung wajah berdua berbalik-balik dan terus kaku di situ.

Atan…Siti memanggil dan memberi senyuman, kenapa diam saja di situ? Atan tak gembira Siti dah balik? Marilah Atan Siti memanggil lagi dan di hulurkan tangan namum Atan tidak juga bergerak. Kenapa Atan diam sahaja? Siti bertanya lagi, marilah Atan, Siti masih memujuk. Yang itu Adam kawan Siti juga. Adam baik selalu tolong Siti masa belajar dulu. Apa kabar Atan? Adam mendekati dan menghulurkan tangan. Atan masih berdiam diri tak bergerak dan tanpa sepatah kata juga. Menggeleng tidak mengangguk pun tidak ketika Siti tanya Atan dah makan, dah siram pokok dan juga dah banyak jual sayur. Ok tak apalah kalau Atan marah kat Siti, Siti masuk dulu ya nanti bila Atan tak marah lagi Atan masuk rumah, Siti ada bawa balik hadiah besar untuk Atan. Siti memberikan senyuman dan mempelawa Adam naik dan di perkenalkan pada ibunya. Jemputlah duduk, terima kasih kerana sudi hantar Siti balik. Nak makcik jamu airpun kita di bulan puasa, mereka sama-sama tertawa kecil dan ada sepasang mata yang memerhatikan bualan mereka dengan kesayuan di hati.


Maafkan saya makcik, Adam memulakan bicara. Niat saya menghantar Siti balik ni ada dua tiga perkara…amboi banyaknya celah mak Siti sambil menguntum senyuman. Pertamanya saya nak tahu jalan kemari, keduanya saya mahu berjumpa makcik dan mengenalkan diri dan yang ketiga untuk menyampai hasrat hati saya untuk melamar Siti menjadi suri hidup saya. Adam? Siti terperanjat mendengar hajat Adam yang ketiga kerana mereka tidak pernah membincangkannya kecuali Adam pernah bertanya samada dirinya sudah ada teman istimewa ataupun tidak sebelum Siti berangkat ke luar negeri kerana tugas beberapa bulan yang lalu.

Maaf Siti, bukan niat Adam nak menyakitkan hati Siti tapi hasrat ini sudah lama ada dan Siti juga telah kenal kedua ibu bapa Adam dan juga sebahagian dari ahli keluarga. Seandainya keadaan Siti sudah berubah sejak kali terakhir kita berjumpa kita lupakan saja perkara ini dan Adam berharap kita akan terus menjadi kawan yang baik dan dapat membantu di antara satu sama lain sepanjang masa. Bu..bu…kan begitu Adam, tergagap Siti nak berkata-kata cuma Siti terperanjat dengan pengakuan Adam. Adam mengukir senyuman, Siti kan tahu yang Adam suka membuat sesuatu dengan secara spontan, walaupun kadang-kadang keputusannya menyakitkan, Siti menyambungnya. Adam terima segalanya dengan redha dan kali ini mereka sama-sama berbalas senyuman.

Adam memohon diri untuk pulang setelah kata muafakat di meterai yang Adam akan membawa kedua ibu bapanya ke mari untuk bertemu dengan mak Siti dan ahli keluarga yang ada dan seterusnya berbincang untuk majlis yang akan di adakan. Kedua-dua Adam dan Siti tidak mahu ada majlis pertunangan dan seandainya nanti telah ada kata muafakat Adam minta di langsungkan segera dan tempoh yang Adam beri adalah tidak melebihi dari enam bulan. Tergaman jugalah mak Siti mendengarkannya tapi tidak lagi berkata apa, biarlah dia berbincang dulu dengan Siti tentang penerimaannya dan juga lain-lain perkara. Semua itu di dengar Atan dan faham akan segala butir bicara dan ketika Siti menghantar Adam ke kereta

Atan muncul secara tiba-tiba dengan satu bag plastic berisi sayur yang baru di petik dan juga sedikit buah rambutan yang di ambil. Terkejut Siti di buatnya. Terima kasih Atan, kata Adam dan menghulurkan tangan tapi Atan tidak mahu menyambutnya kerana tangannya kotor, dengan menunjukan tangan yang penuh lumpur. Kalau macam tu tak mengapalah kata Adam lalu menepuk bahu Atan sambil berpesan Atan makan nanti ya jangan biarkan perut kosong…Atan hanya mengangguk namun hatinya perit bila melihat Adam dan Siti berpegangan tangan sebelum Adam masuk kereta dan beredar pergi. Setelah melambai Adam, Siti melihat Atan masih di situ. Terima kasih Atan kerana kirimkan sayuran dan buah-buahan tadi, nanti Siti siapkan makan untuk Atan, makan ya pujuk Siti tapi Atan hanya menggelengkan kepalanya dan berkata Atan nak balik dan terus berpaling. Atan…Atan panggil Siti tapi Atan tetap tidak menoleh dan kini tahulah Siti mungkin Atan mendengar segala perbualan mereka tadi. Kesayuan tersangkut di hati Siti kali ini dan perlu memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan perkara ini…huh keluhan di lepaskan. Siti bimbang juga dengan keadaan Atan.

Berita Siti di lamar telah di ketahui oleh orang kampung ketika keluarga Adam datang beraya pada hari ketiga dan terus berbincang tentang majlis dan sejak dari kedatangan Adam hari itu Atan tidak mahu lagi bercakap dengan Siti walaupun puas di pujuk. Keadaan di keruhkan lagi dengan ejekan anak-anak muda kampung kepada Atan yang mengatakan Siti akan bernikah dengan jejaka tampan dan akan meninggalkan Atan selama-lamanya. Siti mendengarkan segalanya ini sewaktu membeli barang di kedai Pak Mat. Mereka terlalu gembira dapat mengusik Atan sehingga tidak sedar Siti ada di antara mereka. Wahai executive muda wah pandai betul ya kau pikat anak orang berada tentulah senang hidup kau nanti. Siti hanya menahan kesabaran dan tidak sanggup melihat Atan menutup telinganya dan tidak melawan kali ini dan sabarnya hilang bila seorang berkata aku ingat lebih baik kau bawa Atan sekali untuk jadi orang gaji…hahaha ketawa berderaian dari semua.


Atannnnn jerit Siti dan menarik tangan Atan keluar dari situ walaupun Atan melawan tapi Siti tidak peduli, di gunakan segala kekuatan yang ada membawa Atan keluar dari situ. Setelah agak jauh barulah Siti melepaskan tangan Atan dan barulah kepenatan terasa dan dengan termengah-mengah Siti berkata, Atan tidak bodoh, Atan lebih baik dari mereka, Atan boleh bekerja, kenapa Atan duduk dan jumpa dengan mereka, Siti melepaskan kemarahannya. Atan teresak-esak menangis, mereka kata Siti nak kawin dengan orang kota dan tidak akan balik lagi kemari, Siti tinggalkan Atan dalam tersekat-sekat Atan mencurahkan perasaannya. Atan sayangkan Siti katanya lagi. Siti juga sayangkan Atan dan merapatinya tapi kita tidak boleh kawin Atan, Siti sayangkan Atan sebagai kawan dan Atan tetap akan jadi kawan Siti sampai bila-bila. Tidak mungkin dirinya melukakan hati Atan dengan memberitahu bahawa kekurangan dirinya kerana selama ini Atan berangan-angan Siti menjadi isterinya mengikut kata mak dan tercetus juga kehairanan di hati Siti kenapa Atan berfikir begitu namun bukan salah Atan kerana tentunya Atan fikir sayang itu bermakna kawin seperti kawan sekolah mereka dahulu yang kawin orang sekampung. Hanya itulah andaian yang dapat Siti buat tentang rasa sayang yang Atan kata dan rasa. Walaupun dengan kekurangan yang ada Siti percaya Atan tahu erti kasih dan sayang lalu tangan Siti hulur dan mereka berjalan pulang.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2013 10:04 AM | Show all posts
*****

Hari yang dinanti-nantikan Siti tiba. Majlis akad nikah di saksikan oleh ibu tercinta dan keluarga terdekat di susuli dengan majlis jamuan dan di hadiri oleh kaum keluarga, sahabat handai dan juga orang kampung semua. Atan segak di hari itu dengan songkok dan baju melayu serta samping dan gambar di ambil bersama Siti dan Adam. Walaupun sukar untuk Siti dan Adam mentafsir segala namun Atan nampak gembira. Tersenyum sahaja dan ketawa juga sepanjang majlis berlangsung. Setelah selesai majlis Siti duduk bercakap dengan Atan. Atan jaga diri baik-baik tau bila Siti tak ada di sini, jangan kawan dengan budak-budak nakal tu. Nanti bila Siti dah pindah rumah sendiri dan bawa mak Siti, Atan ikut datang rumah Siti ya. Atan janji dengan Siti jangan main kat tebing seorang diri dan sekarang musim hujan lebat jangan bermain di sana ok. Sedaya upaya Siti menahan airmatanya dari gugur dan Atan hanya berdiam diri dan apabila dia mengangkat muka di sapunya airmata Siti dengan jarinya. Teresal-esak Siti menangis lalu Atan memaut bahu Siti dan menepuk-nepuknya. Siti jangan nangis…Atan sayang Siti itu saja yang kedengaran. Tiada siapa yang ada di situ dapat menahan airmata dari gugur termasuk Adam yang baru saja menjadi suami Siti beberapa jam yang lalu. Tidak pernah di ketahui erti persahabatan sejati sehinggalah hari ini.

Cuaca gelap serta angin yang agak kencang tiba-tiba membuat Siti resah dan fikirannya teringatkan Atan kerana Atan memang suka bermain hujan dan keresahannya di kongsi bersama Adam. Adam mengerti perasaan yang di alami oleh isterinya walaupun mereka baru bernikah siang tadi dan sedaya upaya mententeramkan perasaan isteri yang bergolak dan akhirnya mereka terlena juga dan di kejutkan dengan kekecohan dan Siti terjaga dari tidur dan jam baru menunjukan jam 4 pagi. Siti meluru keluar dari bilik bila terdengar kekecohan itu makin dekat dan bertanya pada ibunya yang ada di situ. Tok Penghulu telefon katanya tebing pecah dan mak Atan pula risau kerana katanya Atan tidak ada di rumah. Ketukan di pintu kedengaran dan salam di beri. Siti yakin itu suara Tok Penghulu. Siti memberi isyarat pada Adam untuk membuka pintu. Apabila pintu terbuka Tok Penghulu minta kami bersabar katanya mungkin Atan hanyut di bawa arus, pihak polis dan bomba sudah datang membantu untuk menghalang hakisan dari terus berlaku dan mungkin menyebabkan banjir di kampung sebelah. Degupan jantung Siti tiba-tiba kencang, janganlah kerisauan yang melanda tadi menjadi kenyataan dan terasa lemah seluruh badan apabila mereka memberitahu telah menemui seorang mangsa.

Tanpa memikirkan apa lagi Siti berkata, Tok saya nak ke tebing sekarang. Jangan Siti bahaya di sana minta Tok Penghulu, kita tunggu saja di sini. Tidak Tok saya tidak mampu menunggu, tolong saya Tok rayu Siti lalu menoleh ke arah suaminya. Izinkan Siti pergi, kita pergi sama jawab Adam. Tok Penghulu kalah dengan permintaan mereka dan apabila mereka tiba di tempat kejadian mangsa yang pertama telah di bawa ke hospital dan mereka yakin itu bukan Atan kerana ada juga ahli palang merah anak kampung ini yang mengenali Atan. Dalam kepekatan di awal pagi dan runtuhan hujan Siti menunggu dengan sabar. Adam merangkul bahunya minta bersabar dan apabila terdengar jeritan mereka terjumpa lagi mangsa, Siti dan Adam menanti dalam debar. Atan…Atan jerit orang kampung dan Siti meluru pergi tapi sempat di tahan oleh Adam, nanti dulu sabar kata Adam memujuk namun airmatanya sudah mengalir deras bagai arus sungai yang sedang bergelora dan apabila Atan di bawa ke tebing dirinya sudah lemah. Siti meluru ke arahnya lalu berteleku di sisi Atan dan memangku kepalanya. Atan mengucap Tan mengucap Atan dalam esak tangisnya Siti masih kuat meminta Atan mengucap dan seketika Atan menoleh ke arahnya…Atan sayang Siti katanya dengan nada paling perlahan…Siti juga sayangkan Atan. Dengan dua kalimah syahadah Atan menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan Siti.

Owned and written by : Sanaa 02/09/10
*****

A SPECIAL friend is hard to FIND,

HaRd to LOSE And impossible to FORGET.

TRUE friends are never be APART

maybe in DISTANCE

BUT NOT IN THE HEART!!….Unknown


Note : Ini adalah cerita yg pertama saya tulis semasa baru belajar tentang penulisan. Harap maaf dengan susunan yg kurang kemas. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 10:08 AM | Show all posts
sedihhh okehhhhh... arghhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 10:29 AM | Show all posts
Sangat menyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 12:51 AM | Show all posts
terharu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 05:56 AM | Show all posts
yamapi posted on 4-1-2013 10:08 AM
sedihhh okehhhhh... arghhhhhhh

Terima kasih kerana sudi membaca


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2013 05:56 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 5-1-2013 12:51 AM
terharu..

Thank u...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 05:57 AM | Show all posts
penchintadea posted on 4-1-2013 10:29 AM
Sangat menyedihkan

Janganlah nangis....nanti saya nangis lagi....terima kasih kerana sudi singgah kemari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 06:16 PM | Show all posts
Gaya penceritaan yg agak menarik..
yang penting..sedehhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.894423 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list