Hari-hari yang ku lalui
Bersama cintamu meresap lagi
Suatu keindahan terbentuk
Dalam hati bersama sinar murni
Senyum keikhlasan yang terukir
Hingga berlinang airmata
Dalam perjuangan cinta ini
Hadirmu bagai kuntuman melati
Memberi wangi dalam helai nafasku
Dalam setiap langkahku
Kecantikanmu yang begitu pesona
Adakala membuat hati ini menjadi resah
Dek ada kumbang-kumbang yang memerhati
Ingin menagih cinta mu
Rona merah bibir menguntum senyuman
Keikhlasan terpancar
Memberi rasa dalam kesucian
Menyulam kasih dan bahagia
Kerana dirimu adalah keindahan
Anugerah yang di beri
Penyejuk rasa dalam gelisah ini
Aku bukan sekadar khayal di awal pagi
Bermain kata dalam kerinduan ini
Sesungguhnya ini bukan khayalan
Ini adalah cinta yang ku yakini
Dan kau adalah kuntum melati yang mewangi
Owned and written by : Sanaa 26/02/11
|