CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4988|Reply: 9

Ramlee Awang Murshid

[Copy link]
Post time 16-1-2013 04:54 PM | Show all posts |Read mode
ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta’.  Itu antara kisah yang berjaya menambat ramai peminat novel thriller atau seram menerusi novel enam episod  pengembaraan Laksamana Sunan yang dihasilkan oleh penulisnya, Ramlee Awang Murshid.


Malah novelnya yang bertajuk Hijab Sang Pencinta dicetak sebanyak 58,000 naskhah pada 2012, menjadikannya antara karya yang paling laris terjual di negara ini.

Biarpun ia berjaya memberi kesan kepada pembacanya, banyak kisah menarik di sebalik kehidupan novelis genre thriller nombor satu di Malaysia ini yang mengambil masa 12 tahun untuk meyakinkan peminatnya terutama wanita.

Untuk mencapai misi yang ditetapkan, Ramlee mengakui dia hanya berehat seminggu atau dua minggu selepas satu novelnya berjaya disiapkan.

Minat yang mendalam nyata menyemarakkan semangatnya untuk terus menyiapkan terbitan seterusnya menerusi disiplin yang diterapkan dalam diri.  

Penulis novel remaja yang menjadi kegilaan ramai pembaca lelaki mahupun wanita ini mengakui memiliki jadual sendiri untuk menghabiskan setiap plot ceritanya.

Bukanlah nama baru dalam dunia penulisan, Ramlee mengambil keputusan untuk bersara awal daripada tugasnya sebagai penerbit rancangan kerana mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap penghasilan novel.

“Selepas mengambil keputusan bersara awal, masa saya banyak dihabiskan di rumah dengan melakukan rutin harian menghantar atau menjemput isteri dan anak.

“Namun, saya memperuntukkan masa menulis setiap hari bermula tepat jam 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk menghabiskan satu bab yang dianggarkan lima muka surat.

“Kemudian pada petang pula saya mula menulis dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang untuk menyiapkan satu lagi bab baru,” katanya yang menetapkan misi untuk menyempurnakan dua bab sehari.

Menurut penulis yang sudah merencanakan novel terbarunya sehingga 2014, dia berasa lega kerana banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarganya berbanding dulu.

Dulu, Ramlee menggunakan masa pada waktu malam untuk menyiapkan novelnya sehingga kadangkala tiada masa dapat diluang­kan bersama keluarga.

Namun kini, masa yang banyak digunakan sebaiknya dan menjadikan waktu malam untuk berehat sebelum memulakan siri baru keesokan harinya.

Begitulah rutinnya setiap hari yang memerlukan ketegasan dalam menjalankan tugasan sebagai penulis kerana ia punca rezeki buat dirinya menanggung keluarga.

Menurutnya, banyak cabaran untuk menyiapkan karyanya sebelum berjaya dibukukan menjadi novel yang disukai ramai.

Lebih digemari dengan jalan cerita yang mendebarkan, Ramlee mengakui dia tidak pernah lari daripada menghadapi kisah pelik ketika menyiapkan siri novelnya.

“Pernah juga saya mengalami situasi menakutkan apabila watak yang ditulis di dalam novel seolah-olah hidup dan muncul di sekeliling saya kerana imaginasi atau aura pemikiran yang terlalu tinggi ketika itu.

“Mungkin tidak ramai yang percaya mengenainya tetapi bagi mereka yang pernah merasainya, kadangkala ia membuatkan kita berasa seram dan tidak senang duduk,” katanya yang hadir pada sesi temuramah sambil ditemani anak lelaki tunggalnya, Muhammad Aizuddin, 12.

Dia meletakkan misi untuk menghasilkan dua novel dalam tempoh setahun kerana tidak mahu berhenti daripada berkarya. Mengenai rahsia kejayaan yang meletakkan namanya cukup dikenali di negara ini, Ramlee mempunyai teknik tersendiri dalam menghasilkan karya untuk mengajak pembaca terus mengikuti kisah selanjutnya.

Menggunakan teknik seperti skrip filem atau drama, Ramlee yang mahir dalam bidang berkenaan kerana pernah menghasilkan skrip drama radio pada 1986 hingga 1993, memanfaatkan ilmunya itu dalam penulisan novel.

“Setiap novel akan menggunakan teknik ‘intercut’ untuk memisahkan setiap plot cerita bagi mengelakkan pembaca rasa bosan kerana karangan yang terlalu panjang.

“Ia digunakan sebanyak dua hingga empat kali dalam satu bab sebelum menyambung kisah seterusnya. Selain itu, pada bahagian pendahuluan setiap novel akan menggunakan kisah yang mendebarkan atau dipanggil teknik ‘bom’ untuk menarik minat pembaca sebelum menaikkan kisah lain,” katanya yang turut menyelitkan unsur motivasi dalam setiap karyanya.

Mula berminat dengan dunia penulisan sejak 1980-an setelah melihat ayahnya menghasilkan skrip, dia kemudiannya menetapkan cita-cita untuk menjadi penulis.

“Bapa saya dulu pernah menghasilkan skrip drama radio yang ditulis tangan namun ia tidak pernah mendapat tempat untuk disiarkan.

“Bermula detik itu, saya memasang impian untuk menjadi penulis kerana mahu merasai apa yang dialami oleh ayah,” katanya yang kini berasa selesa dengan pencapaian dimiliki berkat usaha gigihnya selama 12 tahun.

Walaupun kadangkala keliru dengan karakter di dalam novel terdahulu, dia bersyukur kerana masih diberi kekuatan dan sokongan daripada keluarga serta editor untuk memperbetulkan kesilapan. Dia juga akui sering berdoa untuk mendapatkan idea dan tajuk menarik dalam setiap penghasilan novelnya.

Menggemari karya tulisan John Grisham berjudul The Testament dan The Firm serta gemar membaca akhbar setiap hari, 24 karya yang dihasilkan tidak pernah terlepas daripada susunan fakta yang dikaitkan dengan plot ceritanya bagi mengajak pembaca terus berfikir.

“Setiap kali membaca akhbar, saya mengambil fakta yang disukai untuk digunting atau ditulis di dalam buku catatan khas.

“Ia bagi memudahkan saya membuat rujukan ketika meluahkan idea di hadapan komputer riba bagi menguatkan lagi jalan cerita.

“Saya lebih banyak memerhati dan keadaan persekitaran yang berlaku di sekeliling akan diambil untuk dijadikan plot cerita. Selain itu, ada juga watak yang diambil berdasarkan pelbagai karakter yang dilihat daripada ahli keluarga atau orang lain.

“Sebelum dijadikan watak pilihan, saya akan membuat kajian mengenai kesesuaiannya dalam cerita yang dihasilkan,” katanya.

Berasa lebih selesa kini selepas bertarung kesusahan terpaksa bertukar tiket bas setiap hari untuk ke pejabat, Ramlee boleh menarik nafas lega kerana wang royalti yang diterima membolehkan dia memiliki kenderaan sendiri serta membawa ahli keluarganya melancong ke luar negara.

Antara negara yang pernah dilawati termasuk New Zealand, China, Indonesia, Singapura, Turki dan Arab Saudi (Makkah) untuk menghabiskan cuti bersama keluarga tercinta.


Profil:

Nama penuh: Ramlee Awang Murshid
Tarikh lahir: 4 November 1967
Asal: Papar, Sabah
Status: Berkahwin

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Media), Universiti Kebangsaan Malaysia

Kerjaya: Penulis novel, Penerbit Syarikat Layar Sunan Sdn Bhd
Idola: John Grisham, Stephen King dan Eyman Hykal

Antara pencapaian:


Hadiah Kedua Sayembara Novel Dewasa Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah 1992 - Igauan Maut

Hadiah Sastera Sabah 1994/1995 - Igauan Maut
Hadiah Kedua Sako 2002 - Pei Pan
Hadiah Sastera Sabah 2003/2004 - Pei Pan
Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 - Bagaikan Puteri
Anugerah Remaja Yayasan Buku Negara 2012 - 9 Nyawa
Tokoh Sastera Sabah daripada Persatuan Rumpun Artis Sabah 2012

Karya:

Igauan Maut, 1995
Tombiruo, 1998
Ranggau, 1999
Anugerah Pertama, 2000
Mandatori, 2000
Semangat Hutan, 2001
Pei Pan, 2002
Adam, 2002
Satu Janji, 2003
Tombiruo Terakhir, 2004
Rahsia Perindu, 2005
Bagaikan Puteri, 2005
Hatiku Diharajuku, 2006
Cinta Sang Ratu, 2007
Ungu Karmila, 2008
Hijab Sang Pencinta, 2008
Personal Justice, 2008
Mikhail, 2009
9 Nyawa, 2010
Cinta Sufi, 2010
Rayyan Fantasi, 2011
Sutera Bidadari, 2011
Fiksyen 302, 2011
Sunan Musafir, 2012
Aku bercerita (Karya terbaru)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2013 02:10 AM | Show all posts

baru tahu  Ramlee Awang Murshid rupanya orang sabah. good info
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 10:51 AM | Show all posts
novel2 RAM yg ada dgn sy: satu janji, Mikhail, hijab sang pencinta, rayyan fantasi, fiksyen 302, 9 nyawa, rahsia perindu.
dan antara kesemua di atas yang paling best ialah fiksyen 302 dan rayyan fantasi. fiksyen 302 tu, bila sy baca, terasa ada je watak Zonan tu tgh memerhati kita.. kdg2 pegi tandas pn rasa takut..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 11:46 AM | Show all posts
My feberet writer ni... Novel terbaru dia... aku bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 02:34 PM | Show all posts
aku bercerita tak sempat nak abiskan lagi...
dah baca sampai cinta matiku..
hari ni nak kena habiskan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 01:35 AM | Show all posts
nak tggu novel baru dia plak... gabungan watak hero2 RAM.. ape2 pun heksalogi bagaikan puteri mmg terbaik la bg aku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2013 12:00 AM | Show all posts
Rasanya boleh merge ke BOD Buku.
Ada thread khas untuk RAM di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 07:23 PM | Show all posts
Salam, saya minat sangat dengan novel2 Awang Mursyid dan hampir semua novel saya beli. Gaya penulisan amat menarik dan saya sukakan cerita pengembaraan dan penyiasatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 03:17 PM | Show all posts
ada satu jea koleksi karya ramlee ni Rahsia Perindu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 11:06 AM | Show all posts
suke bace buku dia.memang best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.240792 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list