|
myfish posted on 18-1-2013 11:46 AM
weyh same lak.aku pon ade rse camtu weyh. tapi aku taknak. boleh tak kalo aku mlas nk pikir?{:3_89 ...
Susah nak cakap sebab kalau dalam kepala, memang berserabut. Tapi kalau datang dari hati, nak padam pun susah...selagi tak faham selagi tu la ilham tu akan tetap tergambar. Bila dah faham, otomatik ilang macam tu jer tapi terpahat terus sebagai ilmu....senang cete kalau ko kerja, walaupun ko tak dah tak biat keje tu, bila ornag minta tolong, senang jer ko mengajarnya..sedangkan dalam mind ko dah tak pk pun pasal tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Luckman posted on 18-1-2013 12:00 PM
Susah nak cakap sebab kalau dalam kepala, memang berserabut. Tapi kalau datang dari hati, nak pada ...
menda ni normal ke?...
|
|
|
|
|
|
|
|
Luckman posted on 18-1-2013 12:00 PM
Susah nak cakap sebab kalau dalam kepala, memang berserabut. Tapi kalau datang dari hati, nak pada ...
ayat ko walaopon complicated tapi aku sgt paham hihihi. sbb sifat ko macam aku
|
|
|
|
|
|
|
|
Luckman posted on 18-1-2013 12:32 PM
Yup normal.. paling senang contoh ialah bila seseorang tu merasa hati tak senang. Perkara tu terja ...
hihihi...so blh dielakkan lagi la kan.eh ko pnh tak slalu terpikir negatif??
|
|
|
|
|
|
|
|
myfish posted on 18-1-2013 02:53 PM
hihihi...so blh dielakkan lagi la kan.eh ko pnh tak slalu terpikir negatif??
Tak pernah pun fikir negatif pasal perkara-perkra nie.
|
|
|
|
|
|
|
|
Luckman posted on 18-1-2013 04:11 PM
Tak pernah pun fikir negatif pasal perkara-perkra nie.
bkn.mksd aku ko ade tak berfikiran negatif berkenaan sesuatu perkara??
|
|
|
|
|
|
|
|
myfish posted on 18-1-2013 04:29 PM
bkn.mksd aku ko ade tak berfikiran negatif berkenaan sesuatu perkara??
Nak kata 100% tu tak la...tapi sememangnya aku jarang negatif tentang sesuatu perkara yang terjadi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
punkerzoe posted on 17-1-2013 08:25 PM
ko punye kes ni lebih kepada deja vu aku rase..
aku pun mase skolah slalu je jadi deja vu ni...
...
dejavu? i dont think so. sebab kalau dejavu aku tau mcm mane.. siap boleh cakp lagi, lepas ni jadi macam ni, pastu jd mcm ni, pastu abisss..
yg aku maksudkan ni, memang aku terbayang dalam keadaan sedar, mata terbukak, ape yang bakal jadi.. ok, pendek kata, macam dulu, aku dalam keadaan berdiri, then tiba tiba aku terbayang perkara tu. lebih tepat, kemalangan atau insiden tu. oh, lupa. selalunya semua yang aku bayang adalah bad thing yang will happen.
ok,sambung. bila aku tebayang, aku tak leh stop minda aku dari terbayang. macam ada video dalam kepala otak aku. aku cuma memerhati. then bile dah abis, aku akan terfikir fikir sebab aku tak berani nak kata benda tu akan happen. then aku decide utk lupakan walaupun hakikatnya aku tak boleh lupakan. until one day benda tu happen ku pun tak mapu halang. sangat sakit.. emmm..
|
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 18-1-2013 08:13 AM
aku rasa.. kalau kau still rasa macam ni skang better ko diskus dengan @Luckman sebab dia pun siki ...
maksud lebih kurang macam aku? |
|
|
|
|
|
|
|
Luckman posted on 18-1-2013 08:56 AM
Hest, minta maaf ler....saya dah tak nak bincang pasal tu lagi da...saya cadangkan TT rujuk dengan ...
masalahnya aku tak faham pokok pangkalnya. luckman, pm la aku.. mungkin aku ada baca citer ko, tapi aku ni akhir akhir ni makin pelupa lak..
|
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 20-1-2013 04:49 PM
maksud lebih kurang macam aku?
yela.. ko rasa macam mana.. dia pun sikit lebih kurang.. tapi lain sikit jelah kot
|
|
|
|
|
|
|
|
ok, aku ada benda nak share. entah la, ni deria ke 6 atau ke 10..
dulu aku selalu alami bayangan sesuatu perkara, dan tak lama lepas tu, perkara tu terjadi. bukan dejavu. tapi.... entah lah nak cakap macam mane. aku bagitau dua kejadian yang aku betul-betul ingat je. yang lain aku dah lupa.. pelupa sangat dah sekarang.
kejadian 1:
ini terjadi masa aku still study dip kat salah sebuah ipta kat malaysia nih. rumah aku ngan kampus tak jauh. setengah jam boleh sampai. so, pagi hujung minggu tu, aku plan nak balik rumah kejap nak amik barang. naik moto tumpang kawan yang ada moto. aku bonceng belakang dia. tengah aku syok-syok menghirup udara sepoi-sepoi tak berbahasa kat belakang (sebab helmet aku tadak viser)..
tiba-tiba aku terbayang sesuatu. dalam kepala aku terbayang dengan jelas, sebuah motosikal kuning eksiden kat tempat moto yang aku tunggang tu lalu. aku jadi blank and blur sekejap. pastu aku buat donno je. sebab malas nak fikir banyak.
then, petang tu, aku balik semula ke kampus. naik and tumpang moto yang sama jugak. nak balik semula, mesti la guna jalan yang sama kan. kawan aku yang suka merempit tu, tiba-tiba perlahankan moto. sebab jem kat depan. aku busybody la jugak nak nengok kan. pastu aku terkejut, nampak sebuah motosikal RXZ warna kuning terbongkang tengah jalan, pastu aku nampak helmet penunggang tu pun warna kuning. tapi aku tak nampak penunggangnya. tapi macam cedera teruk or meninggal dah. sebab dorang macam tutup ngan something. pastu tengok hilux melintang kat tengah jalan. langgar ngan hilux la kot.
pastu baru aku teringat ngan bayangan aku tadi. memang sama. exactly! termasuk tempat kejadian. emmm.. sebelum ni memang penah terjadi, bayangan yang aku terbayang jadi kenyataan. tapi takde la sampai melibatkan insiden macam ni kan.. tapi aku still anggap kebetulan.
kejadian 2:
ni antara yang aku tak boleh lupa sampai sekarang.
intro dulu ye. aku salah sorang budak dalam unit beruniform kat ipta. sape tau, tau la. aku malas nak mention aku under service mane kat sini. sekarang pun aku dah tauliah. jarang dah ikut training. benda ni happen time tahun akhir aku jadi kadet, dan jugak training terakhir aku lah..
masa tu, schedule training adalah compas matching. so, kteorang dibahagi kepada kumpulan. kalau tak silap, itu adalah satu pertandingan. siapa yang sampai checkpoint dulu, dorang yang menang. tapi time tu aku tak join, sebab... hal-hal tertentu (haha. aku mampu gelak je dalam ni)
so, memandangkan aku dah senior and the only senior yang stay tak join masuk hutan dan disesatkan tu, aku join sekaki ngan aku punya pegawai lepak-lepak. aku pun ikut la dorang naik 3 tan. nak hantar budak junior lak untuk dilepaskan ke permulaan checkpoint. tapi aku duduk dalam 3 tan je. masa ni aku berdiri. dan aku just perati je dorang buat tugas dorang kan.
time aku tengah berdiri tu lah, tetiba aku rasa macam 3 tan tu senget. tapi memang senget pun, sebab park tepi jalan besar and lalu lintas pun tengah sibuk time tu. dengan lori-lori besar lalu tepi pun aku rasa cam nak terbang 3 tan tu. itu yang buat aku cuak duduk dalam 3 tan tu. ok sambunggg...
tengah aku berdiri tu, mata aku termemerhati sorang pegawai yang naik moto sebab nak update checkpoint seterusnya. tapi masalahnya, hati aku jadi tak sedap. dan tiba-tiba kepala aku terbayang dan bayangan tu macam video dimainkan kat depan mata aku. dalam bayangan tu, aku nampak seorang pegawai tu akan exsident bile bawak moto tu. then bayangan satu lagi pun sama. tapi orang lain lak exsident dengan moto sama. then, kepala aku just nampak no plat moto tu.
time tu aku gabra giler, sebab aku rasa macam aku berimaginasi tapi aku langsung tak dapat stopkan.. then terus sambung lak dengan bayangan yang lebih menakutkan. aku nampak 3 tan tu terbalik. yang pasti aku nampak satu kemalangan dahsyat. then abis. aku rasa macam lama dalam bayangan tu, tapi sebenarnya kejap je. kenapa aku rasa macam tu, sebab time tu aku rasa macam diri aku dalam bayangan tu, macam jasad aku je tengah berdiri, tapi jiwa aku pegi ke dalam bayangan aku.
pastu, aku terus terduduk. aku macam blank and blur kejap. ingat balik ape yang aku bayangkan. dan try singkirkan semua tu. bayangkan balik semua tu tak berlaku. sebab aku takut. takut macam sebelum-sebelum nya. semuanya jadi. sebab aku rasa bayangan kali ni lebih dahsyat.
then, malam tu, kiteorang tunggu group junior balik. sebab checkpoint last dekat markas. and junior punya jarak compas matching 5 km je. tak jauh. satu hari boleh abis jalan. dan takkan sesat punya.
tengah aku duduk termenung sorang-sorang. aku terdengar sorang pegawai aku berbisik dengan pegawai yang lain. dia kata, dia exsident. aku terkejut. then aku dengar lagi. dorang berbisik sebab dia pinjam moto member dia yang tengah masuk hutan guide kadet. then suh pegawai sorang tu rahsiakan. aku terus teringat bayangan tadi. sebab yang aku lihat pegawai tu la...then aku terus tanya dia, tanya punya tanya memang sah orang yang sama, moto yang sama. aku siap pegi kat moto check no plat lagi. aku dah gabra. takkan bayangan tu menjadi lagi kottt.. sebab aku paling takut bayangan terakhir tu.
then aku teringat, orang pernah cakap kat aku, kalau benda buruk baik kongsi kat orang. boleh prevent benda tu daripada berlaku dengan lebih teruk. so, aku citer la kat pegawai aku tadi. aku tak tau la dia caye ke tak. tapi dia cakap, takpe, kebetulan je tu. then aku pun iyekan aje. and cakap kat diri kebetulan je sume tu.
but masalahnya, 2 hari lepas tu, jadi lagi. kan ada dua bayangan eksiden moto yang sama. orang yang berbeza. still jadi. jadi dan jadi kenyataan. aku dah stress sangat. jadi risau. then aku ceritakan semuanya kat aku punya ketua pegawai. aku citer dari A sampai Z. mungkin kalau kes exsiden first, dia boleh cakap aku buat citer, tapi masalahnya, eksiden kedua pun berlaku jugak. then aku citer sal 3 tan eksiden.
tapi dia cakap kat aku semuanya akan okey. and dia siap cakap, aritu tayar 3 tan ada meletup. yang tu kot.. then, aku iyekan aje. untuk sedapkan hati, aku cakap ye, semuanya okey. kalau betul bayangan tu jadi kenyataan, kes 3 tan pun dah lepas. dan sume ok.then aku teruskan schedule training aku cam biasa. walaupun hakikatnya aku sentiasa berdebar-debar menanti apa yang akan jadi. naik 3 tan pun aku takut. sebab sepanjang training memang sentiasa naik 3 tan.
but, sehari sebelum masuk hutan untuk tempoh seminggu, aku terkejut dengan satu berita. sebelum masuk hutan, markas akan hantar 2 3 group yang dipanggil advance party untuk siapkan khemah dan tapak untuk para pegawai nanti termasuklah bahagian mes(makanan) dan jugak weapon.
kteorang yang stay kat markas lak buat persiapan ape yang patut sebelum masuk hutan keesokannya. but, tiba-tiba petang tu, sorang pegawai kiteorang bisik kat kiteorang yang 3 tan advance party tu eksiden berlanggar dengan lori besar jugak. condition salah seorang yang berada dalam 3 tan tu 50/50 and sorang lagi cedera.
aku memang sangat terkejut. aku tak sangka benda tu belum berakhir rupanya. and aku terus tanya kat ketua pegawai yang aku ceritakan tu. sebenarnya dorang tak nak bagitau kadet dulu sebelum dorang pun tengah risau dengan keadaan sorang staf yang 50/50 tu. dan aku pun sangat sangat rasa nak menangis. sebab aku rasa macam aku tau tapi aku sekadar memerhati je. aku tak dapat buat ape-ape pun. time tu aku stressssss giler sebab dapat bayangan macam tu. dan stress aku berpanjangan sebab lepas tu banyak bayangan yang terjadi dan jadi kenyataan. tapi tak sehorror benda ni la. and aku dah lupa.
btw, kes 3 tan eksiden ni ada masuk newspaper dulu. staf tu, dalam bilik bedah lame. tapi alhamdulillah, dia selamat. setakat yang aku tau, dia lumpuh dari pinggang sampai ke kaki. sekarang aku pun tak tau citer dia. and aku tak sempat pun nak lawat dia, sebab dalam rawatan tu, dia diterbangkan semula ke semenanjung malaysia untuk dapat rawatan kat sana.
yang sorang cedera tu, balik kampung dan berurut secara kampung. yang junior-junior aku kat belakang lak, nasib tak da pape. just terhantuk kat tong gas. dan nasib tong gas tak meletup. tapi bahaya jugak, nasib baik dorang tak terpelanting keluar. sebab yang remuk teruk kat kepala 3 tan je. and 3 tan tu bawak makanan untuk sepanjang seminggu dalam hutan. and yang horror bila difikir, nasib baik bukan 3 tan weapon yang eksiden, sebab 3 tan weapon kat belakang dorang. kalau 3 tan weapon yang eksiden, aku pun tak tahu ape jadi. ye la, kan banyak weapon, then dengan bullet lagi.barang-barang lain lagi.
untuk sesiapa dalam ni yang agak-agak kenal aku dalam dunia nyata, diam-diam aje. yang tau kes ni pun, ini yang aku nak kongsi. bukan nak aib sape-sape tapi itu lah yang berlaku. dan misteri sampai hari ini aku tak boleh rungkai. untuk staf tu, mintak maaf aku tak mampu buat ape-ape walaupun hint-hint dah ditunjukkan kat aku. semoga staf cepat sembuh seperti sedia kala. kepada pegawai-pegawai aku, maaf sentiasa susah kan korang dengan bayangan bodoh aku ni. kepada ketua pegawai aku, aku memang tak buat citer, ape yang aku terbayang memang berlaku.
tapi sampai sekarang aku tetap anggap semua tu kebetulan. sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
**** tamat***** Last edited by myfish on 6-2-2013 05:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
myfish posted on 22-1-2013 09:37 AM
wow...cerita ko mmg wat aku nerves!
tapi aku dapat faham ape maksud bayangan yang ko mksdkan tu ...
dan rupanya ada orang lain jugak macam aku. alu ingat aku dah gila. haha. aku bab nak stopkan bayangan memang susah. sebab aku rasa macam minda aku yang kontrol aku. tapi sekarang dah masuk 2 tahun aku tak alami benda benda macam tu lagi. dah rasa macam manusia normal dah. haha.
papepun, aku tetap anggap sumer tu kebetulan. sebab aku yakin takde sape leh tengok masa depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 22-1-2013 10:08 PM
dan rupanya ada orang lain jugak macam aku. alu ingat aku dah gila. haha. aku bab nak stopkan baya ...
ooo bgusla mcam tu.mungkin kalo kite tak pikir sgt menda tu tkkn jadi kot.
kita pon kena selalu bersihkan hati kita kena muhasabah jgk.
eh ko boleh nmpak antu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ptot ke kita luahkan perasaan yang kita rasa? ke patut pendam je? |
|
|
|
|
|
|
| |
|