CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3568|Reply: 5

cerpen : Pari-pari itu bukan khayalan.

[Copy link]
Post time 3-2-2013 05:52 PM | Show all posts |Read mode


Suis komputer dihidupkan.Setelah 5 minit ditunggu,paparan sistem operasi windows xp dipapar.Skrin hitam dan sebuah bar hijau yang bosan bergerak berulang kali.2 minit tambahan untuk menunggu bar tersebut memasuki mod ruang kerja sistem operasi komputer tahun 2001 itu.Raduan membetulkan cermin matanya dan mengelap skrin komputer crt yang lama itu.Jejarinya laju mengawal tetikus menekan ikon pelayar web.Dia menekan tetikus lagi di kotak carian pelayar tersebut dan menaip
'  www.forumjiwangersangnakmampus.edu.my ' .

Kelajuan internet 354 kbps itu membuat kan dia terpaksa menunggu seketika untuk masuk ke laman forum tersebut.Setelah daftar masuk,seperti biasa dia akan membuka ruangan ' teruna suci kesunyian ' dan melihat chatbar serta melihat mesej di dalam akaunnya.Tapi hampa,tiada kiriman balas daripada gadis yang pernah dihantar mesej sebelum ini.Raduan terasa hampa sekejap.Puas sudah dia berusaha mencari jodoh secara online tetapi tidak berhasil.Hendak mencuba di luar dia tidak yakin akan dirinya sendiri.Dengan wajah yang tidak kacak,pendek serta tidak pandai berfesyen dan rupa yang penuh jerawat dan mengerutu,masakan ada gadis yang tertarik akan dirinya.Lebih-lebih lagi gadis yang reti memasak.

Dia melihat kalendar yang tergantung di dinding berdekatan meja.Diselaknya ke halaman belakang.Ogos 2011."Ah,sudah dekat." Raduan memikirkan hari jadinya pada 32 Ogos tahun itu.Genap 27 tahun jika tiba hari jadinya yang akan datang.Dia mengelamun seketika memikirkan rakan-rakan karibnya.Ramai yang sudah berkahwin.Darby Mahrom,sudah ada seorang anak,Rafael Nudal berkahwin dengan janda anak lima dan Rasid Himi pula baru saja melangsungkan perkahwinan pada Jun lepas.Isterinya jauh panggang daripada api.Bagai raksasa dalam fiksyen ultraman dan seorang puteri.Raduan mengeluh lagi.Tiba-tiba,

" BUZZZ!! ".( Ada bunyi yang menandakan seseorang ingin bersembang )

"Assalamualaikum." ( Siti Pari )

"Waalaikumsalam " ( Raduan Hensem )

......................................................................................................................................................

Siti Pari : Kenapa nama awak macam tu?

Raduan hensem : Kenapa?

Siti Pari : Hihi.Awak memang hensem ke? (^^) <--- ikon senyum

Raduan hensem :  Nama saya je.Saya tak sehensem mana.Bawah sikit daripada Bradd Pitt.Erm,
        nama betul ke awak guna?

Siti Pari : Ya.Itu memang nama saya.Siti Pari binti Paria.Awak daripada mana ? Umur?

Raduan hensem : Saya daripada pahang.Umur 27 tahun ni.

Siti Pari : Ya ke? sama la kita.

  Sejak daripada itu,setiap hari mereka bersembang di laman forum itu.Biasanya waktu sekitar enam petang selepas Raduan pulang daripada kerja.Raduan merasakan gadis tersebut amat selesa bersembang dengannya.Segala apa diceritakan pada gadis tersebut.Tiada hipokrit.Mereka semakin mesra daripada hari ke hari.Seakan kenal lebih daripada dunia maya.Teringin Raduan melihat wajahnya tetapi tidak disetujui Siti Pari.Dia belum cukup bersedia untuk memaparkan gambarnya.Kecewa Raduan kerana gambar avatarnya hanya sekadar gambar obama tidak berbaju.

  Setelah hampir 3 bulan mereka berkenalan di alam maya tersebut,Siti Pari mengajak Raduan untuk berjumpa.Pada mulanya Raduan menolak kerana dia memang seorang yang amat pemalu.Terutama bila berhadapan dengan perempuan.Memang mulutnya terkunci.Tetapi apabila difikirkan balik tahap kegersangan melampau yang ada pada dirinya.Dia nekad untuk bertemu gadis tersebut.

Maka perjumpaan mereka dirancang pada hari rabu petang,di sebuah taman tasik yang terletak tidak jauh daripada rumah sewa Raduan.Raduan menunggu di sebuah bangku kosong berhadapan dengan tasik.Budak kecil yang berlari dan berbasikal di hadapannya membuat Raduan tergelak seketika dan lupa yang sudah hampir 15 minit dia menunggu Siti Pari yang masih lagi tidak hadir.Dia kembali melihat jam dan membetulkan baju kemeja yang dimasukkan ke dalam seluar slack.Siti Pari pernah memberitahu pada Raduan yang dia tidak kisah bagaimana penampilan Raduan membuatkan Raduan bertambah bersemangat untuk menjalin hubungan serius dengan Siti Pari.
  
"Assalamualaikum." Raduan tersentak seketika mendengar suara yang memberi salam padanya.Dia menoleh ke belakang.Seorang gadis manis bertudung ungu menegurnya.Raduan bangun dan agak mengelabah sedikit.

"Awak Raduan kan? Yang dalam forum tu?"

"Wa'alakumsalam.Er..ya...ya...ssssaya".Dia menunduk apabila bertentang mata dengan gadis tersebut.Kemudian Siti Pari tergelak kecil.Muka Raduan kelihatan merah.Dia membetulkan cermin matanya.

Sudah hampir dua bulan Raduan bertemu dengan Siti Pari.Daripada hari pertama dia bercakap dengan gadis tersebut dia merasakan bagai ada perubahan kecil pada dirinya.Keyakinan dirinya bertambah.Dia juga sudah pandai bergurau.Sebelum ini hidupnya hanya habis di internet,di forum.Tidak pernah dia berdepan dengan perempuan di luar alam maya.Hari itu Siti Pari mengajaknya keluar.Hendak berjalan di pantai katanya.

Petang itu Siti Pari kelihatan tidak sihat.Mukanya kelihatan sangat lesu.Raduan semakin risau akan keadaan Siti Pari kebelakangan ini kerana dia selalu menyebut perkataan ' hendak balik ' tetapi tidak pasti kenapa kerana dia tidak mahu bercerita.Tapi hari itu Siti Pari membongkarkan rahsia.Rahsia yang mungkin membuat Raduan terkejut.

"Awak,Saya minta maaf tak beritahu awak sebelum ini.Saya dah lama simpan rahsia ni dan saya rasa kalau saya beritahu terlalu awal,awak mungkin tak dapat terima diri saya yang sebenar." Sambil kakinya menguis-nguis pasir sepanjang mereka berjalan di pantai tersebut.

Raduan tidak bersuara.Dia seakan menunggu Siti Pari meluahkan perasaannya.

"Saya sebenarnya bukan manusia.Saya telah disumpah menjadi manusia dan saya juga telah hidup lebih lama daripada awak Raduan.Saya amat berterimakasih kita ditemukan.Tapi apakan daya,kita bukan secocok.Awak mungkin manusia yang paling baik yang saya pernah jumpa"

"Apa maksud awak?" Raduan tergamam dan keliru dengan kata-kata Siti Pari.

"Sudah sampai masa.Maafkan saya awak,kita mungkin tak akan berjumpa lagi." Siti Pari melihat ke arah langit senja,dan melompat ke arah ombak besar yang menuju ke arah mereka.

"Siti!!" Jerit Raduan apabila Siti Pari melompat ke arah ombak tersebut.Raduan masih lagi bingung kerana Siti Pari pernah memberitahu yang dia tidak pandai kuak lentang.

Setelah ombak tersebut menghempas pantai.Siti Pari hilang daripada pandangan Raduan.Tiba-tiba kelihatan seekor ikan pari gergasi bertudung ungu berenang ke arah laut.Baru Raduan mengerti mengapa Siti Pari berkelakuan sebegitu.Siti Pari sebenarnya hanya ikan pari jadian dan bukan seorang manusia seperti yang Raduan fikirkan.Dia terduduk memandang ke arah laut.Tidak disangka pertemuan dia dan Siti Pari berakhir seaneh itu.

Setahun setelah kejadian itu,Raduan sudah berubah.Dia sudah tidak lagi berforum dan lebih berani berdepan dengan semua orang.Penampilannya juga sudah banyak berubah.Mungkin ada hikmah dia bertemu ikan pari jadian itu sebelum ini.Tapi yang malangnya ,Raduan amat fobia dengan ikan pari.Sama ada masak asam pedas atau ikan pari bakar.



Last edited by ahamkid on 3-2-2013 05:54 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2013 03:51 PM | Show all posts
alahaii siannyer raduan... tader sambungan ke die jumpe gadis real spt siti pari itu???
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nya ikn pari bakar cicah air asam..slurpppp
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 04:59 PM | Show all posts
.. best!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:29 PM | Show all posts
Kelakar...Silva teruskan cerita and a
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 10:14 AM | Show all posts
hahahaha

giler ar citer ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.080596 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list