Hari Bumi 2013: Tukar Dagang But Kereta Hari Bumi Terbesar di Malaysia
Bersempena dengan Hari Bumi pada 22hb April, 2013, Penang Green Council akan menganjurkan Tukar Dagang But Kereta yang bertema "Trade in Your Ex 2.0". Butiran adalah seperti yang berikut:-
Tarikh: 20 April 2013 (Sabtu)
Masa: 5 petang - 9 malam
Tempat: Juru, Auto-City
Ini merupakan salah satu pra-acara bagi Expo Hijau Pulau Pinang 2013. Tukar Dagang But Kereta yang dianjurkan oleh Penang Green Council dan anjuran bersama Junior Chamber International (JCI) United Penang. Penaja kami termasuk Infitech Machinery Sdn Bhd dan Auto-City.
Objektif utama aktiviti ini adalah untuk menggalakkan 3R (mengurangkan, guna semula, dan kitar semula) dalam kehidupan seharian, mewujudkan kesedaran awam tentang amalan sisa sifar serta mendidik generasi muda untuk menghargai nilai barangan terpakai.
Tukar dagang ini adalah kerjasama buat kali kedua antara Penang Green Council dan JCI United Penang. Secara ringkasnya, kami ingin menganjurkan tukar dagang but kereta yang terbesar di Malaysia sempena Hari Bumi, dan matlamat kami adalah untuk menarik 200 kereta untuk menyertai pra-acara ini.
Ia menyediakan platform yang baik kepada para peserta untuk menukar dagang barangan terpakai seperti peralatan rumah, alat permainan, buku, peralatan dapur, barang-barang hiasan, dan lain-lain. Selagi barangan tersebut masih dalam keadaan yang agak baik, ia boleh ditukardagangkan. Ini merupakan aktiviti yang tidak melibatkan urus niaga tunai.
Di samping itu, orang awam juga boleh mengitar semula pakaian lama, surat khabar lama dan barangan kitar semula yang lain. Bagi setiap 20kg barangan kitar semula, orang awam boleh menebus produk dan/ atau perkhidmatan yang ditaja seperti pakaian seragam sekolah, perkhidmatan gunting rambut dan lain-lain di acara tersebut dengan sewajarnya.
Sampah anda adalah harta saya. Peserta diseru agar menyertai aktiviti yang kreatif dan bermakna ini bersama ahli keluarga kerana kami percaya bahawa melalui aktiviti ini, semua warga boleh mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan untuk mengendalikan sisa dengan cara yang betul. Terdapat banyak barangan yang dianggap sampah tetapi pada hakikatnya, ia masih memiliki nilai untuk diguna atau dikitar semula. Tambahan pula, aktiviti ini juga menawarkan ruang yang ideal untuk berkongsi dan bertukar mengenai rancangan, dasar serta produk penyelesaian kemampanan alam sekitar. Bukan itu sahaja, mereka boleh menyepadukan amalan hijau dalam kehidupan seharian mereka.
Borang pendaftaran boleh diperolehi dari laman web Penang Green Council: www.pgc.com.my. Yuran Pendaftaran adalah RM 35 bagi setiap ruang letak kereta, termasuk sehelai t-shirt (free size) dan satu beg goody. Sila isi borang pendaftaran dengan lengkap, imbas dan email kepada PGC di [email protected] ataupun faks ke 04-2503323 bersama-sama dengan resit pembayaran. Tarikh akhir pendaftaran adalah 31hb Mac 2013.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ahli JCI United Penang: Tan Yong Jen di talian 011-12378945 dan Penang Green Council di 04-2503321 atau layari www.pgc.com.my.
Marilah kita bekerja bersama-sama untuk menjadikan Pulau Pinang bersih, hijau, dan selamat.
Last edited by soolip on 27-2-2013 10:17 PM
|