CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2933|Reply: 5

Kerajaan (PG-13)

[Copy link]
Post time 4-3-2013 08:51 PM | Show all posts |Read mode
BAB 1: Lahirnya seorang pemerintah baru

“Tolong saya disini, panglima!”
Panglima Melan berlari dari jauh menusuk musuh dengan pedang lengkungnya.Tenteranya tersenyum. Tiba-tiba, kedengaran bunyi dram ‘kematian’ dari jauh. Mereka dihujani anak panah, tentera-tentera terkorban. Panglima Melan sempat mengambil posisi demi keselamatan dirinya.

Bunyi dram ‘kematian’ merupakan tanda-tanda awal apabila tentera kerajaan Gothiansmenyerang sesuatu negara atau daerah. Ianya dibuat daripada lapisan kulitberuang yang diregangkan sehingga maksimum serta bahan-bahan asas yang lain agar mampu menghasilkan gelombangbunyi yang amat kuat.

“Itu, gelombang kedua serangan! Lindungi keluarga diRaja”
Jerit seorang ketua pengawal peribadi diraja. Empat puluh orang anggota elitditugaskan membawa raja dan permaisuri ke negara jiran.

“Tuanku, mari kita beredar sekarang. Negara ini sudah tewas!”

Maharaja Asgard menatap patung besar lambang keluarganya.
“Tidak sangka, Beta gagal mempertahankan kerajaan ini! Adinda, mahukah adinda mengikut beta?”
“Sudah tentu tuanku, Adinda akan menuruti segala dan ke mana tuanku pergi”

“Tuanku!”
Pasukan itu berlari ke pintu rahsia. Mereka mula membina posisi bertahan demimelindungi maharaja dan permaisuri. Lima lapisan bulatan dibina. Pasangan DiRajaberada ditengah tengah bulatan.
Mereka bergerak, dengan berat hati, Permaisuri Agong, Hasniara dan Maharaja Asgard menaiki kuda.

Setelah beberapa batu mereka berjalan, Panglima Melan yang berlumuran darah mengejarmereka.

“Tuanku! Negara kita, tuanku. Patikmampu meloloskan diri setelah kejadian tidak terkawal. Terdapat seorang lagiaskar yang mengikut patik, tetapi dia terkorban setelah dipanah oleh pihaklawan”.

“Beta tahu."

"Bagaimana tuanku mengetahuinya, sedangkan jarak perjalanan kita adalah 30 minit"

"Maksud beta, beta tahu negara kita sudah kecundang. Tidak kisahlah, wahai panglima, mulai hari ini. Kamu dilantik menjadi PerdanaMenteri serta penasihat utama beta. Hari-hari akan datang akan jadi lebih susah,jadi setialah bersama beta.”

“Skrittttttttttttttt Argh!!!”

“Pemberontakan di lapisan kedua! Lindungi Maharaja dan Permaisuri!” jerit seorang ketua barisan.

“Ini merupakan satu pengkahiran zaman pemerintahan keluarga Argard!”

“Tidak selagi aku masih hidup!” Melan mengarahkan barisan pemanah,tetapi kebanyakkan anak-panah disangkal oleh perisai-perisai khas. Tujuan utamaperisai itu adalah untuk melakukan formasi melindungi kerabat diraja apabilaberlaku serangan mengejut, kini, perisai itu menjadi senjata utamapemberontakan.

Perisai-perisai khas itu juga mempunyai duri-duri besi disekitarnya serta ditengah. Ini menyebabkan ianya amat berkesan semasa serangan tangan ke tanganatau pedang. Selain perisai, pemberontak-pemberontak juga menggunakan pedangyang sangat panjang. Pedang jenis ini membolehkan musuh dihiris dari jarak 2meter.

Tentera yang menjaga raja serta permaisuri pula dilengkapi dengan perisai biasatetapi agak tebal yang mampu menahan anak panah jika dibandingkan denganperisai tentera-tentera pemberontak. Akan tetapi, tentera-tentera yang masihlagi setia mempunyai taat setia dan displin yang tinggi semasa latihanpeperangan. Ini dijadikan sebagai satu kelebihan bagi mencari titik-titikkelemahan pasukan pemberontak.

Setelah beberapa minit,

tanah lapang di Asgarnian itu mula dibanjiri darah. Akhirnya, semua pemberontakberjaya dibunuh. Kini, hanya beberapa orang tentera peribadi diraja bersertapegawai masih taat setia atau masih hidup untuk melindungi maharaja.
Setelah seharian berjalan, tibalah mereka di kerajaan jiran.Penat lelah, ada juga antara yang masih hidup telah rebah, meninggalkan duniayang penuh kesakitan ini. Kerajaan yang mereka pergi ini mesti menerima merekakerana tertakhluk kepada Syarat Persekutuan Perjanjian Antara Kerajaan. Jikatidak, kerajaan-kerajaan lain yang turut terikat dengan perjanjian itu akanmengambil tindakan. Kerajaan ini bernama Dorthonian. Pemerintahnya seorangdiktator yang mempercayai kewujudan satu Tuhan atau Allah. Dipintu gerbang,tertulis satu sepanduk besar berwarna biru, ‘Tiada Tuhan Selain Allah, Dan IsaIalah PesuruhNya’.
Pada tahun peristiwa ini, sudah 200 tahun setelah pemergianNabi Isa A.S atau Isa al-Masih. Oleh itu, mereka semakin lupa akan ajarannya.Cubaan demi cubaan merosakkan agama Isa telah dilakukan, akan tetapi banyakyang tidak berjaya. Itulah lumrah dunia, perkara yang lama akan dipadamkanmembina yang lama. Itu sebablah perlunya seseorang yang tinggi agama bagimeneruskan kesucian agama.

“Ini, kerajaan ini, merupakan satu titik noktah bagi yang pedih! Satu permulaankepada yang gemilang!!”
“Tapi Tuanku….”
“Sudah, mari kita pergi ke pos kawalan agar mereka memberi kita kebenaran untukmasuk.”


Perdana Menteri Melan masih terpinga-pinga. Tidakmengerti  apa yang diucapkan oleh rajanyaitu.

Setelah diberi kebenaran, mereka melangkah ke pintu gerbang utama. Alangkah terkejutnya Melan, kelihatanbegitu banyak api. Ibarat disembah. Kedai-kedai perjudian serta minuman arakdijual tanpa rasa segan di setiap jalan menuju ke istana. Gereja-gereja ibaratditinggalkan.

“Tuanku, ini…”
“Sudah, diam-diam. Beta mahu adinda beta selamat.”

Maharaja Asgard bertemu sahabat lamanya, Maharaja Devapetra.

“Sahabat lama beta! Sudah lama beta menunggu kehadiran sekalian. Silakan duduk”

“Perjalanan sungguh jauh. Tentera-tentera beta, ada yang memberontak. Hanya iniyang masih hidup dan setia dengan beta. Wahai Devapetra, mahukah tuanku berikanbeta perlindungan. Mungkin untuk beberapa tahun ini?”

“Sahabat lama, perjanjian kita, apa gunanya perjanjian itu.”
“Mulai hari ini, tidak usahlah kita bercakap secara rasmi.Gunalah bahasa biasa kerana kita sama raja.”

“Baiklah”
Esok malamnya, pesta keramaian antara kerajaan diadakan.Persekutuan Kerajaan Bersatu bersetuju meraikan malam itu sebagai memperingatiIsa, Pesuruh Tuhan.  

Jauh di Istana, sepasang remaja belasan tahun sedang bergelak ketawa.

“Sayang, sekiranya kerajaan ini ditawan, dan andai kata kita mati, adakah kitamati dengan mempercayai Isa Pesuruh Tuhan?”

“Aku tidak kisah, dengan siapa aku percaya, asalkan kamu masih disisi.” Merekaberpelukan. Mereka telah melepasi garisan agama, tanpa mengetahui 'mata' dilangit yang tidak pernah melupakan gerak geri mereka. Beberapa batu di tempatmereka berpelukan, keluarga-keluarga diRaja kerajaan Dorthonian meraikan pestatersebut. Disatu sudut kenamaan;

“Lagu ini, sungguh merdu. Siapakah yang menyanyikan lagu ini wahai Devapetra?”Tanya Asgard sambil terkebil-kebil melihat gelekan gadis-gadis, mungkin belasantahun, menari dihadapan pemerintahnya.


“Gundik aku, kerajaan ini sungguh makmur." Jawab Devapetra angkuhnya.

"Aku akan membeli gundik, perempuansungguh murah. Mereka tidak mempunyai maruah. Aku akan memberi hadiah, danmereka akan mengikutiku. Katakan sajalah pemberian itu ikhlas. Walhal, akumempunyai agenda yang tersembunyi” Sambungnya lagi sambil merentakkanjarinya diatas meja mengikut intonasi muzik.

Maharaja Asgard tercengang. Begitu murah harga wanita disisi Devapetra ini.

“Aku mahu pergi membuat urusan peribadi dengan tandas, izinkan aku ya wahaisahabat”

“Hahaha, baiklah. Sudah tentu, pergilah, pergilah”

Devapetra tersenyum melihat persembahan demi persembahan tanpa menghirauAsgard.

Didalam satu bilik tersorok dibawah tanah. Satu meja bulat diadakan.

“Inilah tempat perjumpaan kita. Kita gelarkan diri kita, Pahlawan Mulia! Kitapercaya akan satu Tuhan serta Isa ialah pesuruhNya. Sesiapa yang masih mahu membangkangakan dibunuh serta merta!”

“Daulat Tuanku, Tuanku Maha Agong dan Bijaksana!” sambil mereka meletakkan tangankiri ke dada dan mengangkat tangan, lambang kerajaan Asgarnia.

“Tuanku, bagaimana tuanku boleh menjumpai bilik ini?”

“Huh! Itu kamu tidak perlu tahu. Marilah kita menikmati pesta diluar, tidakboleh lama, nanti orang syak!”

“Junjung kasih Tuanku!!” Jawab anggota-anggota Pahlawan Mulia serentak.

***



Last edited by mrundefined on 5-3-2013 04:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2013 11:41 AM | Show all posts
Oh... I like this kinda story... mcm pelayaran sunan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 04:26 PM | Show all posts
BAB 2: Konspirasi Bermula

Dalam Istana, Maharaja Devapetra, pegawai-pegawai tinggi serta penasihatnya sedang menunggu utusan-utusan daripada negara lain seperti yang dilakukan kebiasaannya pada hari Sabtu.

"Junjung kasih tuanku, utusan daripada Paulus. Adakah dia mendapat kebenaran untuk masuk menghadap?"

"Benarkan dia menghadap. Beta mahu bertanya mengenai perkembangan ajaran Paul di Rome"

"Junjung perintah"


"Kemasukkan utusan Paulus daripada Rome!"
Jerit pengawal dipintu gerbang hadapan.

"Tuanku yang mulia, patik sebagai utusan Paul datang menghadap."

"Sebelum beta menanyakan soalan beta, ceritakan, apa tujuan kamu ke mari?"

Utusan Paul membuka skroll kecil dan dibaca secara lantang dan jelas.

""Salam dari Paul, seorang rasul kepada injil kristian, pengantara anak Tuhan.

Saya sentiasa berterima kasih kepada Tuhan kerana kamu sangat mempercayai Isa dan ajarannya, Tuanku telah diberi kekayaan dan limpah kurniaNYa, dalam ucapan dan pengetahuan semua, supaya Tuanku tidak ketinggalan daripada mendapat hadiah; menantikan pengesahan Tuhan Isa; Dia jugalah yang akan menyelamatkan Tuanku kelak.

Tuhan adalah setia, dalam bentuk anaknya, Isa al-Masih. Dia menjaga kita, Tuhan kita. Sekarang saya seru Tuanku dengan nama Isa Maha Agong, capailah persepakatan dalam semua bidang, janganlah ada permusuhan antara kita, Tuanku dan saya akan disempurnakan kelak.

Sekarang saya maksudkan ini, bahawa Tuanku dan pegawai setiap daripada anda berkata "Saya mengikuti Paul," "Saya mengikuti Apollos", "Saya mengkuti Cephas" dan, "Saya mengkuti Kristian".

Adakah Krisitan terbahagi? Adakah saya disalib demi Tuanku? Atau Tuanku akan dibabtiskan dengan nama saya.

Saksikanlah kuasa kami! Kuatlah dengan Iman! Lakukanlah semuanya demi cinta.

Saya memohon agar Tuanku dapat mengikuti kami, mengikut jejak langkah kami, agar Tuanku tidak akan disumpah kelak.""



Mereka dalam dewan itu, semuanya tiba-tiba menjadi bising. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Akhirnya raja berbicara.



"Beta dengan ini, mengarahkan supaya utusan Paul tunggu selama satu hari di Istana beta ini, sementara beta berbincang hal ini dengan pegawai-pegawai serta penasihat Beta. Dewan bersurai!"

Setelah disuraikan, semua pegawai-pegawai serta penasihat mengerumuni maharaja mereka. Tidak lupa juga, Asgard dan Perdana Menterinya, Melan. Asgard berdiri diatas kerusi kecil, serta membuat pengumuman.

"Wahai sahabatku sekalian, janganlah terpengaruh dengan hasutan mereka. Mereka cuma satu lagi cubaan untuk menyesatkan kita daripada agama yang sebenar. Ikutlah Isa, patuhilah Isa, sembahlah Tuhan yang satu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Dengarlah ini, tidakkah Isa selalu mengigati kita akan sentiasalah berwaspada terhadap kuasa-kuasa dilangit dan dineraka? Itulah dilangit, jin, syaitan. Hasutan dineraka pula ialah manusia dan nafsu.

Fikirlah wahai sekalian pengikut Isa"


Devapetra bingung. Timbul rasa kemarahannya kerana tetamu berani bersuara. Sekumpulan kecil suara-suara menyokong Asgard sekumpulan besar menyokong Devapetra.

Antara yang menyokong Asgard termasuklah Ketua Tentera Negara Dorthonians yang berkuasa mutlak terhadap 200 ribu tentera. Amzad bangun bersebalahan Asgard,

"Aku menyokong tetamu kita ini. Asgard! Kamu mendapat sokongan penuhku!"

Dewan kembali riuh.

"Beta sudah sedar. Negara kita mula mengalami masalah, mula jahil, dan mula melupakan ajaran agama Isa. Beta mahu menolak ajakkan Paul, tetapi pengaruh Paul sungguh kuat. Bolehkah kita menghadapinya kelak? Perikatan kita, adakah mereka bersama kita?"

Dewan sebulat suara menyokong titah raja itu. Hanya sebahagian kecil yang menolak.

"Dengan ini, beta arahkan utusan Paul dipancung!"

Penasihat diraja mula bersuara.
"Patik mempunyai cadangan, kita aturkan beberapa orang utusan serta pengawal untuk mengiringi supaya pergi ke setiap anggota perikatan kita"

"Beta bersetuju."

Sepuluh pengawal peribadi diraja menyampaikan titah perintah itu ke ketua turus angkatan perang. Dalam titah perintah itu termasuklah juga persediaan menghadapi peperangan yang mungkin tercetus. Utusan Paul menjerit mereka akan dihukum setimpal. Pegawai serta maharaja tidak mengendahkannya. Ada yang risau, ada yang tidak.

***

Malam itu, Devapetra mahu pergi bersemayam. Tetapi, baginda terlihat seorang perempuan yang sungguh menarik susuk tubuh badannya dalam perjalanan untuk ke ruang bersemayam.

Kerana asyik leka, Permaisuri Hasnia keluar membuka pintu tanpa disedari Devapetra. Mereka berdua terkejut.

"Maharaja Devapetra?"

"Ampunkan beta, minda beta dikawal sepenuhnya oleh nafsu yang sudah terbiasa. Beta mahu memohon ampun kepada permaisuri yang mulia"

"Adakah engkau sudah melihat tubuhku?" Jawab permaisuri Hasnia lantang.

"Tidak, tidak. Sungguh."

"Aku tidak tahu dan aku tidak kisah, tetapi, janganlah sampai hal ini deketahui oleh Kekanda beta. Sesungguhnya baginda akan sangat murka."

"Ah, mahu takut sama apa? Dia tidak mempunyai askar dan kekuatan. Beta ada segalanya"

"Baginda mempunyai akal yang pintar wahai Maharaja Devapetra"

Bunyi cengkerik kedengaran...

***

Pagi esoknya diperkarangan istana, Maharaja Devapetra secara bersendirian telah menemui Melan.

Secara berhadapan, Devapetra bertanya dengan nada yang lembut.

"Melan,
kamu harus tolong beta. Pergi ke negara perikatan untuk memujuk pemerintah perikatan. Beta akan hantar seratus tentera bersama kamu, kalau-kalau ada apa-apa yang mungkin berlaku."

"Tetapi, hanya Maharaja patik yang boleh memberikan arahan kepada patik. Kalau patik bersetuju arahan tuanku, patik tidak lagi diikiktiraf sebaga perdana menteri Asgard."

"Usah risau, beta akan uruskan bersama raja kamu"

"Baiklah, patik akan bertolak malam ini. Perjalanan itu mungkin jauh, patik akan membawa bekalan makanan serta minuman untuk patik serta para pengiring patik"

"Permintaan ditunaikan"


Beberapa minit selepas itu, Melan mencari rajanya tetapi dijumpa.

Istana itu sungguh luas. Istana itu sendiri terbahagi kepada beberapa istana kecil.
Perkarangan istana utamanya sahaja sudah boleh memuatkan kesulurahan tentera untuk bersiap pergi berperang.
Di satu titian yang agak kecil di sebalik bilik-bilik usang belakang istana. Merupakan jalan untuk ke bahagian pembuat makanan. Melan menjumpai rajanya sedang beramah mesra dengan tukang masak di situ.

Melan menyembah rajanya seraya berkata
"Ampunkan patik tuanku, patik mendapat arahan untuk melakukan satu misi atas nama raja negara ini. Adakah patik diberi kebenaran?"

"Ya" sambil meluru datang kearah Melan lalu membangunkannya, Mmaharaja Asgard membisik.

"Kamu buatlah apa sahaja seperti yang disuruh. Tetapi ingatlah, jangan terpedaya dengan kata-kata manis Devapetra. Dia tidak lain tidak bukan ibarat syaitan bertopengkan manusIa!"

"Junjung kasih tuanku!"

***


Last edited by mrundefined on 5-3-2013 04:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 06:27 PM | Show all posts
Menarik.. Seperti metafora terhadap sesebuah kerajaan masa kini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 10:09 PM | Show all posts
BAB 3: PERCUBAAN DIPLOMASI


Dengan itu, maka, mereka berkumpul di satu tanah lapang. Terdapat pelbagai andaian mengenai pengembaraan si jejaka tegap itu.
Pemikiran mereka berinteraksi dengan satu gelombang yang sangat unik. Ada yang menganggap, percubaan ini hanyalah satu kegagalan, ada pula yang menganggap, ia adalah satu yang sia-sia. Ada juga yang menganggap, jejaka itu akan mati dibunuh.

Begitulah spekulasi-spekulasi orang ramai ketika itu. Tetapi bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan Dorinthians. Mereka hanya mengharapkan satu diplomasi yang berjaya kerana jika tidak, negara mereka tidak lain tidak bukan hanyalah satu negara kecil yang dikelilingi oleh negara-negara gergasi.

Berangkatlah, Melan serta 10 orang pengawal yang mengiringinya. Sewaktu dalam perjalanan, bisikan-bisikan halus mula memecah kesunyian.

"Adakah mereka akan memancung kepala kita?"
"Adakah mereka akan menganggap kita ini musuh?"
"Adakah mereka ...." ini dan itu.

Tiada manusia yang pernah puas atau tenang. Mereka akan memilih untuk berfikir secara negatif dahulu, setelah itu. Barulah pemikiran positif boleh diambil kira.

Tiba-tiba, Melan menyampuk,

"Sudah, kita hampir sampai. Jaga adab dan telatah, fikir secara positif"

Kelihatan menara peninjau dari jauh.

Menara itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 meter tinggi, cukup untuk memerhati mereka yang sedang menunggang kuda di tanah lapang yang subur, penuh dengan tumbuhan menghijau itu.

Mereka melepasi menara peninjau itu. Melan mendongak ke langit, dia melihat seekor burung berwarna putih, tidak dapat dikenal pasti apakah burung itu tetapi burung itu mempunyai suatu kertas putih di paruhnya.

Beberapa minit selepas itu, diligasi itu dikejutkan dengan kubu kota yang sungguh tinggi. Setiap 50 meter mempunyai menara kawalan. Pintu gerbangnya sangat tebal dan besar.

Sekumpulan askar bersenjata menutupi sepenuhnya pintu gerbang tersebut.

"Ketibaan Panglima Terutama"

Seekor kuda yang cukup bersih, berkilau dengan warna-warna keemasan dapat dilihat.

"Siapakah kamu semua? Apakah gerangan kamu disini?"
Tanya panglima itu garang. Suaranya tiada menunjukkan kelembutan walau seinci.

"Kami.."

"Oh, jadi kamu, Panglima daripada kerajaan Asgard yang sudah jatuh! Tewas! Kamu tidak layak berada disini, walau apapun tujuan kamu. Tangkap mereka semua!"

Mereka seolah-olah diancam pengganas, tetapi ianya merupakan satu diplomasi untuk menyatakan hasrat maharaja kerajaan Dorinthians supaya menolong baginda untuk menubuhkan satu perikatan baru bagi membanteras agama Paul.

Mereka dikelilingi oleh berpuluh tentera berkuda yang bersenjata.

Mereka dihadapkan ke Istana.

"Tuanku, mereka merupakan satu diligasi asing yang tidak patut wujud dinegara ini. Kerana mereka adalah orang yang tewas. Kita tidak boleh menolong kerajaan yang tewas, apa pula kata persepakatan kita yang lain. "

Maharaja kerajaan itu lengkap berbaju yang dihiasi dengan ratusan berlian.

"Oh! Kerajaan Asgard? Kerajaan itu, sudah hancur! Beta tidak mengenali kerajaan itu"

"Bukan begitu" sampuk Melan.

"Cis!"

Maharaja Julio memberi isyarat supaya membiarkan.

"Kami merupakan diligasi daripada Kerajaan Dorinthians untuk meminta pendapat tuanku mengenai agama Paul"

Julio terpaku. Tidak tahu apa-apa. Dengan segera, baginda bertanya penasihat diraja.

"Siapakah Paul? Apakah agamanya?"
"Paul. Dia menyembah apa yang disembah Isa, tetapi dia mempunyai pendapat tersendiri mengenai Isa"

***

-Sambungan akan dibuat dalam masa terdekat. Terdapat sedikit masalah peribadi yang dialami oleh penulis-

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 04:40 PM | Show all posts
Harap mrunde cepat2 settlekan masalah yer..

seronok baca citer cam gini..



Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.119362 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list