CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3566|Reply: 4

Tip Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41

[Copy link]
Post time 8-4-2013 09:46 PM | Show all posts |Read mode


Tips Soalan Temuduga PTD


1. apa kaitan bidang ijazah yang dipelajari dengan PTD?
2. panel tanyakan bidang kerja sekarang. tetap atau probation. kenapa mereka perlu pilih kita sebagai PTD. yakinkan mereka.
3. apa sumbangan bidang IT kepada kerajaan?
4. apa itu MSC?
5. apa dia 7 aplikasi perdana dan terangkan serba sedikit tentang aplikasiaplikasi tersebut?
6. ada berapa agensi dari seluruh dunia yang bekerjasama dengan MSC? sebutkan beberapa nama
7. apakah dia bidang-bidang tugas PTD?
8. nasional integriti
9. sebutkan nama beberapa kementerian yang ada
10. sebutkan hirarki pemerintahan dalam malaysia
11. bagaimana parlimen dibentuk? berapa orang yang perlu ada dalam parlimen?
12. soalan situasi. bagaimana anda ingin meyakinkan panel jika anda
menghadapi masalah ketika membuat satu pembentangan penting seperti projek syarikat atau projek tahun akhir anda?
13. dalam sesuatu kementerian, siapakah yang mempunyai kuasa paling tinggi? kedua tertinggi? ketiga?
14. saya lihat anda pernah terlibat dengan program khidmat masyarakat di rumah anak yatim. jadi apa sumbangan anda dalam program tersebut? adakah anda masih berhubung dengan pengurusan pusat tersebut @  dengan penghuni di sana? apakah tindakan yang anda lakukan bagi membantu mereka? dengan kementerian manakah yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan nasihat, sumbangan @ pertolongan kepada rumah anak yatim tersebut?
15. pernah dengar pasal "makcik komputer"? siapa sasaran pengguna "makcik komputer" ni?


Lagi Info, Sila Ke:


==> http://tinyurl.com/RujukanPTD2014


Terima kasih
Last edited by xbest on 9-9-2014 01:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 09:13 AM | Show all posts
hai..
awak degree in IT ye/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 01:12 PM | Show all posts

Tip Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik.
Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.


Tugas PTD juga sebenarnya pelbagai. Secara mudahnya tugas PTD bergantung kepada di mana beliau ditempatkan. Jika di unit kewangan sesebuah jabatan atau kementerian, maka beliau akan mengendalikan urusan kewangan jabatan tersebut. Contohnya pembayaran gaji, pembelian aset jabatan, pembayaran projek dan sebagainya.

Begitu juga jika ditempatkan di unit perkhidmatan. Beliau akan mengendalikan urusan pengesahan perkhidmatan, pertukaran lantikan, pemberian taraf berpencen dan sebagainya. Lazimnya akan ada pembantu-pembantu tadbir yang akan membantu. Selepas itu PTD akan membuat semakan dan persetujuan.

Bagi PTD yang bertugas di unit antarabangsa atau di Kementerian Luar Negeri, maka mereka akan banyak berurusan dengan pelbagai negara dalam hal-hal seperti program menteri, konvensyen, seminar antarabangsa, lawatan dan macam-macam lagi.

Sungguhpun begitu, dengan semua perkara ini, maka banyaklah pengalaman dan pengetahuan yang mereka perolehi seperti pengurusan manusia, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan daya kepimpinan secara praktikal.

Lagi Info, Sila Ke:

==> http://tinyurl.com/RujukanPTD2014


Terima kasih
Last edited by xbest on 9-9-2014 01:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 09:35 PM | Show all posts
SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60
Markah : 30

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkaraperkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia.
Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembanganperkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya
kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan:

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :
A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan
mereka ke atas Sabah.
E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
Jawapan - B

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah
memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti
dan ia mestilah seorang yang
A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
E. Menjadi warganegara secara masukan.
Jawapan - D


Lagi Info, Sila Ke:

==> http://tinyurl.com/RujukanPTD2014



Terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2014 04:11 PM | Show all posts
SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markah : 20

Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah
dengan menggunakan :

i. Logik untuk menyelesaikan masalah;
ii. Menginterpretasi Data; dan
iii. Konsep-konsep matematik.



(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.
Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapanjawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Caloncalon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.

Contoh Soalan
1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :
Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.
Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.
Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.
Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.

A. Peguambela.
B. Jururawat.
C. Profesor Ekonomi.
D. Penganggur.
E. Peguambela dan Jururawat.

Jawapan - D


Penjelasan :
Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.
Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.
Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.
Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.



2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.
Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.

B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.
D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.

Jawapan - C


Penjelasan :
Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.


(II) Kebolehan Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki
menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.

Contoh Soalan
Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-
Kadar cukai Di Malaysia
0 - 5000 2,500 @ 6% = 150
+ 2,500 @ 9% = 225
5,000 - 7,500 5,000 = 375
+ 2,500 12% = 300
7,500 - 10,000 7,500 = 675
+ 2,500 15% = 375
10,000 - 15,000 10,000 = 1,050
+ 5,000 20% = 1,000
15,000 - 20,000 15,000 = 2,050
+ 5,000 25% = 1,250
20,000 - 25,000 20,000 = 3,350
+ 5,000 30% = 1,500
25,000 - 35,000 25,000 = 4,800
+ 10,000 35% = 3,500
35,000 - 50,000 35,000 = 8,300
+ 15,000 40% = 6,000
50,000 - 75,000 50,000 = 14,300
+ 25,000 45% = 11,250
75,000 - 100,000 75,000 = 22,500
+ 25,000 50% = 12,500



1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah
A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan - B

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000.
Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?
A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan - C

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?
A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan - C

(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik.
Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5.
Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada
calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.


Contoh Soalan
1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
E. 64
Jawapan - A

Cara mendapatkan jawapan :
Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28
1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah
lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
E. 37
Jawapan - A

Cara mendapat jawapan
90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27

Lagi Info, Sila Ke:

==> http://tinyurl.com/RujukanPTD2014



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 1.209178 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list