Salam semua peminat sukan bermotor. Jom kita tengok2 sikit sejarah Alfa Romeo, dari penubuhan hingga menjadi suatu jenama yang digeruni di litar perlumbaan, baik Grand Prix mahupun Formula 1.
A.L.F.A. (Anonima Lombarda Fabbrica Automobili) atau dipanggil ALFA, diasaskan pada 24 Jun 1910 sebagai pengeluar kereta mewah buatan tangan. Menceburi perlumbaan litar seawal tahun kedua penubuhan dengan reputasi dan kejuaraan yang membanggakan. Pada 1915, ALFA diambil alih oleh Nicola Romeo dengan menjadikan kilang pengeluaran ALFA sebagai kilang membuat peralatan perang, senjata dan kenderaan perang.
Tahun 1920 menyaksikan penghasilan model produksi 'Torpedo' dengan jenama ALFA digantikan dengan nama yang cukup tersohor terutama dalam bidang perlumbaan litar; ALFA ROMEO.
The 'Torpedo'
Alfa Romeo dan perlumbaan litar adalah ibarat isi dan kuku. Model pertama dibawah jenama Alfa Romeo, 'Torpedo' menyaksikan kejuaraan pertama pada tahun 1920 dimana Giuseppe Campari menjuarai cabaran Mugello. Tahun yang sama juga menyaksikan Enzo Ferrari memandu Alfa Romeo untuk merebut tempat kedua didalam cabaran Targa Florio.
Kejayaan demi kejayaan ditempa berulang-ulang dalam kebanyakkan perlumbaan berprestij seperti Targa Florio, Mille Miglia dan Le Mans. Begitu juga dengan penglibatan dalam Formula 1, Touring Car dan juga Rally. Namun kejayaan paling ulung ialah menjuarai Grand Prix Jerman di Nurburgring pada tahun 1935 oleh pemandu legenda, Tazio Nuvolari.
Kejayaan gemilang Alfa Romeo dari tahun 1933 hingga tahun 1938 berjaya menaikkan nama pengurusnya, Enzo Ferrari dengan pasukannya Scuderia Ferrari, sebelum Enzo Ferrari menarik diri dari Alfa Romeo dan menghasilkan kereta dan jenama sendiri.
Enzo Ferrari memandu ALFA Torpedo
Kegemilangan Alfa dalam sukan permotoran di litar mencapai kemuncak antara tahun 1992 -1994 dengan merangkul kejuaraan dalam perlumbaan DTM termasuk di German Touring Car Championship, Italian Superturismo Championship, Spanish Touring Car Championship dan British Touring Car Championship. Pemandu lagenda DTM, Nicola Larini, tetap dikenang sebagai seorang pemandu yang berani dan sangat kompetitif.
1993 menyaksikan Nicola Larini yang memandu Alfa Romeo 155 V6 Ti menjuarai 11 perlumbaan daripada 22 pusingan, sekaligus meletakkan pemandunya, Nicola Larini dan jenama Alfa Romeo sebagai lagenda kejohanan Touring Car yang dihormati dan digeruni.
Selepas diambil alih oleh FIAT S.p.a, akhirnya jenama ulung dalam inovasi kejuruteraan dan terbukti ampuh di litar perlumbaan, Alfa Romeo menarik diri dari sebarang kejuaraan dan perlumbaan akibat kekangan bajet oleh FIAT.
Alfa Romeo 155 DTM
PENCETUS REVOLUSI KEJURUTERAAN DAN INOVASI
Antara inovasi dan pembangunan teknologi yang terhasil dari kepakaran ALFA ROMEO:
- 1914, DOHC Double Over Head Cam / Twin Cam
- 1940, Electric Fuel Injection
- 1980, Sebelum munculnya VVTi, VTEC, VANOS atau MIVEC, Alfa Romeo Spider 2.0L adalah kereta produksi pertama didunia yang menggunakan teknologi Variable Valve Timing (VVT).
Antara inovasi lain adalah:
- All-wheel Disc Brakes
- Aerodynamics; Kadar 'Drag Coefficient' terendah bagi kelasnya
- 50:50 weight distibution
- Standard fir Alloy Wheels
- Transaxle
- First car manufacturer to utilitise CAD car design
- Robotised shift/Paddle control transmission 'Selespeed' on production car
- First passengar car with Common-rail diesel engine
- Multiair; Electro-hydraulics variable valve actuation - inovasi terbaru yang kelak akan ditiru oleh pengilang lain.
Setelah sebegitu lama kelibat Alfa Romeo tidak kelihatan di litar perlumbaan, akhirnya terdengar desas desus kepulangan 'Raja Litar' ke litar perlumbaan dengan menggunakan model terkininya, Giulietta, sebagai asas untuk model perlumbaan.
Alfa Romeo Giulietta
Sesungguhnya para peminat jenama ini menantikan dengan sejuta keterujaan setelah penantian selama ini bakal berakhir. Kembalinya Alfa Romeo ke litar lumba pastinya akan menjanjikan aksi yang dramatik dan persaingan yang begitu mendebarkan.
weta_studio posted on 19-4-2013 12:57 PM
good news juga alfa romeo balik ke litar..
kete ni kalo mat2 kaki kereta suka modified..power pun ...
Alfa Romeo sebenarnya memang jadi platform untuk kaki2 modified, terutama di Germany and Japan.
Jangan tergezut tengok kebanyakkan AEM parts dan upgrade parts datang from German and Japan.
Kat sini pun apa kurangnya, terutama yang selalu melewati hiway PLUS dari ayer keroh ke JB, boleh nampak kekadang kaki2 modified mengetest alfa dorang atas hiway. Imagine, body kecik 145 disumbatnya 3.2 V6 siap turbo kit. Berdesup.
Alasan kenapa alfa suka dijadikan asas modifikasi ialah KETAHANAN ENJIN. Ye, enjin Alfa MEMANG TAHAN LASAK dan dihasilkan untuk dibelasah.
Kenapa ramai yg merungut terutama yg bukan pemilik, kononnya kos maintenance alfa tinggi dan mahal, bukan disebabkan ianya tak reliable atau tak lasak, tetapi disebabkan kebanyakkan pemilik alfa cenderung untuk 'menzalimi' kereta derang. Tu yg rosak tu.
Kaki kanan memang terasa sangat berat bila memandu Alfa Romeo. The racing heritage flow in the driver's veins.
weta_studio posted on 19-4-2013 05:02 PM
peminat alfa romeo rupanya..
bagus la..kete ni jarang org guna..kalo kat forum antarabangsa r ...
Peminat dan pemilik, Tuan Moderator.
My first car was Alfa. Penah cuba pakai brand lain, but always 'repented' back tu AR.
Once an Alfisti, you cant turn back. Hehehe.
Mungkin berlainan dari pendapat popular, saya tak rasa AR ni 'manja' atau tak reliable. Sebab saya pernah pakai jugak brand lain macam 'Olympic' (AUDI) dan jenama dari Bavaria. Tak selasak dan tahan 'penderaan' macam AR. Dan kos selenggara pun x semahal yg dua tu. Cuma kene tau nak buat dimana dan dengan siapa.
Kembalinya AR ke litar lumba memang dinantikan. Rasanya sangat sesuai, tambahan pula DTM sekarang dimonopoli jenama Uncle Sam, Chevrolet.
Kita tunggu dan lihat, mampukah AR mengembalikan kegemilangannya. Namun AR jarang menghampakan peminat
weta_studio posted on 22-4-2013 01:45 PM
ok..bagus2..
selain yg tau pasal AR adalah pemilik sendiri...bkn org lain yg cuma dgr dr org la ...
Once upon a time, AR was very popular in Malaysia bos.
Kita boleh tengok lambakkan model2 macam alfetta, alfasud pada zaman dedulu. Sampai alfasud jadi kereta rasmi PDRM lah.
Belanjawan memang masalah terutamanya sukan bermotor sebab cost yang tinggi. Namun diharap penglibatan penaja membolehkan impian melihat jentera AR kembali mengganas di litar.
bagi alfisti mmg feeling semacam la kalau ada keta alfa muncul dlm wayang seperti 147 dlm filem the returner, citer james bond pulak crook pakai alfa, citer jacky chan alfa75 jadi kereta stunt sampai hancur