CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6438|Reply: 14

Lukis gambar arwah adik

[Copy link]
Post time 30-4-2013 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Lukis gambar arwah adik




Seremban: “Hampir setiap hari anak kedua melukis gambar adiknya bagi melepaskan rindu,” kata Rafeah Zainal Abidin, 35, ibu Nurdamia Husnina, 18 bulan, yang maut terkena kipas helikopter kawalan jauh di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, 20 Mac lalu.
Rafeah berkata, anak keduanya, Norqaseh Hanisa, 6, akan melukis gambar adiknya bersama ahli keluarga lain apabila teringatkan adiknya itu.

“Norqaseh memang rapat dengan arwah, setiap hari melukis gambar ahli keluarga dan apabila ditanya, dia beritahu rindukan adiknya itu.

“Malah, dia melihat sendiri ketika kejadian itu menyebabkan dia demam,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumuddin dan 25 ahli Pertubuhan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Tinggi Kerajaan (PEKERTI) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di rumahnya di Taman Bakawali, di sini, semalam.


Rafeah berkata, lebih memilukan apabila suaminya, Banee Yamin Idris, 35, kerap tidak sihat dan terbaru terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ampangan berikutan sakit dada, Selasa lalu.

sumber : mymetro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2013 06:52 PM | Show all posts
kesian kan....al-fatihah utk arwah adik nih....masa aku tgk berita tu aku sekeluarga turut sama sedih.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 11:27 PM | Show all posts
Inalilah....meninggal rupenya adik yg terkena kipas helikopter tu...sal masa mula2 keluar berita, diorg cakap adik tu cedera parah....

Takziah kpd famili arwah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 11:29 PM | Show all posts
takziah kepada family tu...al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 12:15 PM | Show all posts
pegi antor saiketri le. budak tu masih trauma
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 06:22 PM | Show all posts
betul tu.. antar checked ngan doktor.. jgn dibiarkan.. takut lama2 ada effect lain plak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2013 10:28 AM | Show all posts
kesiannyer..anak ni trauma lagi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 10:54 AM | Show all posts
takziah... kne byk bercakap dgn ank pempuan mereka tu.... suh dia lukis benda lain sama.... puji2 sikit cakap lukis rumah ke, kereta ke plak? kalo perlu kene bawak jumpa pakar sama... sebab masa kejadian tu kan dia nampak... trauma la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2013 01:34 PM | Show all posts
kesiannyaaaaa aduhai
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 02:13 PM | Show all posts
takziah dan fatihah dari kami sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 04:25 PM | Show all posts
patut masuk bod isu semase?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 11:58 PM | Show all posts
mmg kesian... takziah utk keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2013 11:12 AM | Show all posts
masa aku kecik2 dulu aku ade jugak helikopter mainan. dia punya kipas memang laju. lagi laju dari kipas yang untuk kat rumah. kalau panas, guna je helikopter mainan tu untuk kipas badan. tapi sekali kena libas boleh lebam dibuatnya. takpelah, jadikan berita ni satu pengajaran untuk ibu bapa lebih berhati2 dgn helikopter mainan...






Last edited by Pailang on 6-5-2013 11:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2013 09:40 PM | Show all posts
mcmana baby tu boleh terkena kipas tu.?aku teringat anak bungsu aku dulu .masa tu dia baru form 1.Minat sangat dgn helicopter kwlan jauh  tu.so dia beli lah satu ,dia bukan nya pandai pun nak kawal benda tu.beli je terus main.sekali heli tu betul2 landing kat bumbung rmh.sebab dia tak reti nak kawal.nak ambi camna.bungbung rmh dua tingkat bukan nya rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 07:09 PM | Show all posts
alfatihah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047453 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list