CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2454|Reply: 2

KENAL PASTI 5 MASALAH CINTA

[Copy link]
Post time 10-5-2013 03:22 PM | Show all posts |Read mode
1) Rasa cinta tiada lagi : Sewaktu ingin mendapat kan si dia, anda merasakan cinta itu seolah olah boleh membunuh anda.                                                  Namun setelah anda dan dia bersama anda dapat merasakan cinta itu tidak sehebat dulu. ini kerana anda berada dalam situasi yang baru sepeti mula mengetahui setiap baik dan buruk dia sehinggakan ada pekara tertntu yang mnebabkan anda terpaksa menerima sikap dia yang sebenar...

Apa yang anda boleh buat: Jangan takut terhadap perubahan itu. Belajar untuk terima dia seadanya kerana tiada orang yang sempurna dalam hidup ini. Mungkin dialah yang terbaik untuk anda dan dialah yang menyempurnakan anda.

2) Setelah kahwin (berumah tangga) : Setiap pasangan yang bercinta mesti impikan untuk bergelar suami isteri. Bagitu juga anda. Katakan akhirnya anda berjumpa dengan pasangan ideal anda dan akhirnya anda berkahwin. Kemudian, apa yang perlu dilakukan seterusnya? Kebanyakan pasangan merasakan perkahwinan adalah garisan penamat bagi sesuatu perhubungan dan akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan penceraian akibat tiada persefahaman dan tiada lagi cinta dalam rumah tangga.


Apa yang anda boleh buat: Garisan penamat yang sebenar adalah hidup bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Pasang impian dan matlamat yang baru dalam perhubungan anda. Contohnya, inilah masanya untuk anda bersama-sama memenuhi segala impian anda. Hidup anda yang sebenar baru saja bermula!




MASALAH KETIGA-  Kehadiran anak pertama



Apabila hadirnya orang baru dalam rumah tangga anda, maka makin bertambahlah tanggungjawab. Masalah yang sering berlaku ialah siapa yang harus memberi perhatian lebih kepada anak kecil tersebut. Kadangkala sesuatu pasangan itu juga gagal untuk membahagikan masa untuk sesama mereka.




Apa yang anda boleh buat: Duduk berbincang untuk tentukan pembahagian tanggungjawab. Jangan jadikan anak tersebut sebagai satu beban dalam hidup anda, malahan anggap dia sebagai suatu anugerah. Sentiasa berfikiran positif dan hadapinya dengan penuh sabar. Jangan hanya sekadar ambil mudah.









MASALAH KEEMPAT- Curiga dan cemburu



Anda akan mula curiga dan cemburu terhadap pasangan anda. Contoh soalan yang akan sering berada dalam fikiran anda ialah "Apa yang dibuatnya dipejabat?" atau mungkin juga " Siapa yang selalu dia mesej kat Facebook?". Pantang kalau nampak si dia bermesra dengan orang lain! Kepercayaan makin terhakis, dan akhirnya bercerai..




Apa yang anda boleh buat: Berhenti daripada fikir perkara yang negatif. Percaya 100% terhadap. Tanpa sepenuh kepercayaan, hubungan anda tidak akan bahagia. Cemburu dan curiga memang perlu ada tetapi bukan keterlaluan. Berdoa dan serahkan saja pada tuhan. Segala yang berlaku ada hikmahnya.


MASALAH KELIMA-  Anda terlupa anda sudah berkahwin




Diawal perkahwinan, seks seminggu lima kali dan hubungan anda umpama pasangan yang paling bahagia dalam dunia. Beberapa tahun kemudian, seks hanya seminggu sekali. Akhirnya, tiada lagi seks dan hubungan anda tidak lebih seperti kawan baik. Tiada lagi kemesraan.. Maka mulalah masing-masing menggatal...




Apa yang anda boleh buat: Tanpa seks, anda masih lagi boleh merasakan kemesraan. Berikan si dia urutan dan sentuhan fizikal setiap hari. Anda juga boleh bercuti dan gunakan percutiaan anda itu untuk mengingat kembali saat-saat anda bersama, susah senang, dan segala halangan yang telah anda tempuhi bersama.. Jika sudah lama tidak menghargai dia, hargailah dia....



CINTAILAH SUNGAI KITA...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2013 08:52 PM | Show all posts
saya maslah ke 4....rtapi belumkahiwn la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 01:02 PM | Show all posts
saya pun masalah no 4..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.044498 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list