CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kecik82

Datuk Ahmad Yakob - Menteri Besar Kelantan

[Copy link]
Post time 18-12-2013 02:21 AM | Show all posts
YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob mengadap DYMM Sultan Brunei bg mempersembahkan ucapa tahniah sempena perlaksanaan hukum hudud di Brunei..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 02:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 02:24 AM | Show all posts

Barisan kepimpinan kerajaan negeri Kelantan yg ikut serta..
TMB tk ikut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 05:21 PM | Show all posts

Menteri Besar di istiadat pembukaan dewan kelmarin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 05:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 07:35 AM | Show all posts


YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan menyampaikan khutbah di Masjid Mukim Mujur, Beris Lalang, Bachok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2014 07:37 AM | Show all posts
Suka dengan cara pendekatan baru MB Kelantan..








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:44 PM | Show all posts
Apabila gambar MB berbasikal viral



Gambar “simple” ini telah “viral” dan dimuat turun dengan begitu meluas terutama di media sosial dan menerima banyak reaksi dari pelbagai pihak. Sekali imbas ia sekadar menunjukkan seorang yang berusia lengkap berpakaian Melayu dan kain pelikat, berkopian putih sedang sedia menaiki basikal di perkarangan sebuah masjid.

Lihat lebih teliti, individu berkenaan sebenarnya adalah YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Ahmad Yakob atau Ustaz Mat.

Salah seorang yang telah memberi reaksi positif terhadap gambar berkenaan adalah bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Melalui facebook nya DrMAZA.com beliau menyebut:
Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan. Secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat.
Setakat saya menulis ini posting Dr Maza di atas telah menerima 37,876 likes dan 1,130 komen.

Antara komen yang menarik perhatian saya adalah dari Tan Tar yang menyebut: “Ini orang banyak baik, jujur dan sabar. Personal experience. Lim Xilvre pula memberi komen: “dia layak mendapat segala kemudahan sebagai seorang Menteri Besar tetapi memilih untuk sederhana, syabas role model untuk dirujuk kepada yang seangkatan”, Dan Jay Ace pula “Kualiti yang macam ni patut ada pada semua pemimpin terutamanya yang nak jadi calon PM”.
Ternyata rakyat dewasa ini kagum bukan apabila melihat pemimpin mereka menaiki kereta mewah dan mahal, atau berpakaian berjenama atau dikelilingi pengawal dan seumpamanya. Rakyat dewasa ini sesungguhnya lebih kagum apabila melihat pemimpin mereka macam biasa-biasa, ringkasnya macam mereka. Macam gambar Ustaz Mat di atas.






Rata-rata Ustaz Mat semakin menonjol keperibadiannya kebelakangan ini. Bermula dengan mengambil-alih tempat Tok Guru Nik Abd Aziz sebagai MB Kelantan sehinggalah kesungguhannya mahu membawa ketengah sehingga ke peringkat Parlimen, undang-undang Hudud di Kelantan dan kini dengan gambar ini yang menyingkap kepada rakyat kesederhanaan beliau.
Bagi saya Ustaz Mat semakin mendapat tempat dan semakin dihormati pada pandangan masyarakat.

Kerana itu saya hairan apabila diberitahu baru-baru ini UMCEDEL atau University Malaya Centre of Democracy and Elections telah mengeluarkan satu kajian iaitu selepas 12 bulan PRU 13 bertajuk “Isu dan kecenderungan rakyat” yang sangat negatif terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kononnya setelah 12 bulan kepimpinan baru di Kelantan seakan sudah tidak ada aura sebagaimana kepimpinan yang lalu. Seolah selepas Tok Guru Nik Abd Aziz, Kelantan sudah tawar dan besar kemungkinan akan mengikuti jejak Kedah iaitu jatuh ke tangan BN!






Ternyata kajian berkenaan tidak mencerminkan keadaan sebenar persepsi rakyat kini terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kalau UMCEDEL boleh cungkil contohnya reaksi komen yang diberi dalam FB Dr Maza sahaja, mereka akan dapati betapa melesetnya kajian mereka itu.

Walaubagaimanapun, bairlah UMCEDEL dengan kajian mereka. Apa pun saya melihat Tok Guru Nik Abd Aziz telah berjaya menyusun kabinet penggantinya dengan baik. Rakyat Kelantan kini tidak merasakan vakum setelah Tok Guru melepaskan jawatannya sebaliknya merasakan suatu kesinambungan sedang berlangsung, Tok Guru diganti dengan kepimpinan yang setaraf dengannnya malah tidak mustahil lebih baik dengan izin Allah swt.




Bertuahlah rakyat Kelantan, semoga mereka terus membangun bersama Islam sampai bila-bila.


.....

http://n32.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 09:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2015 02:02 PM | Show all posts
Alhamdulilah, sejak Ustaz Mat pegang MB nih..perhubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan makin baik. Tok Pa pun dah banyak tarik pelabur tuk melabur di Kelantan. Pendekatan MB yg sederhana dan lebih pentingkan kesejahteraan rakyat amatlah dihargai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.667035 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list