CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1591|Reply: 0

PLBT perkecil jumlah pelumba semasa latihan

[Copy link]
Post time 7-6-2013 09:08 AM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Lumba Basikal Terengganu (PLBT) memutuskan untuk mengurangkan jumlah peserta dalam kumpulan bagi mengelakkan kejadian kemalangan menimpa atlet berbasikal ketika menjalani sesi latihan di jalan raya berulang.

Yang Dipertuanya, Datuk Ahmad Sidi Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat ahli jawatankuasa yang dilakukan semalam sebagai langkah keselamatan semasa sesi latihan pada masa akan datang.

Menurutnya, jumlah peserta akan dikurangkan kepada 20 atlet sahaja dalam satu kumpulan setiap kali sesi latihan bermula dan akan berusaha menambah dua lagi jurulatih bagi memenuhi keperluan itu.

“PLBT sememangnya meletakkan isu keselamatan atlet perkara paling penting dan buat masa ini, kita mempunyai kira-kira 70 atlet berbasikal di mana secara lazimnya latihan dibuat dalam kumpulan yang ramai, namun kita masih mementingkan aspek keselamatan setiap kali sesi latihan.

“Begitu pun, kita tidak mahu perkara sebegini berulang dan harap cadangan ini dapat diterima jurulatih, walaupun berkemungkinan mereka tidak cukup anggota untuk memantau kumpulan latihan dan kita akan usaha menyelesaikan perkara tersebut dengan menambah bilangan jurulatih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Sidi berkata, sememangnya jurulatih dan pembantu akan dipertanggungjawab untuk memastikan jarak dan laluan yang akan digunakan ketika sesi latihan, sesuai dengan pergerakan kumpulan selain selamat dan tidak mengundang bahaya kepada mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053245 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list