CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2766|Reply: 5

PERTEMUAN

[Copy link]
Post time 11-6-2013 03:59 PM | Show all posts |Read mode
PertemuanAugust 26, 2010 — Orchid garden | Edit
Badrul dan Nadira adalah jiran dan pergi ke sekolah yang sama. Mereka berkawan sejak kecil dan kini Badrul berusia 15 tahun berada di tingkatan tiga dan Nadira berusia 13 tahun dan berada di tingkatan satu. Mereka sering ke sekolah bersama-sama dan aktif dalam sukan dan co-curiculum yang lain.

Badrul seorang budak yang cerdik dan cergas bercita-cita menjadi ahli perniagaan dan jutawan sebelum mencecah usia 30 tahun dan Nadira pula bercita-cita mahu menjadi seorang doctor pakar kanak-kanak.

Walaupun dengan kepandaian yang ada Badrul bukanlah kesayangan guru-guru di sekolah kerana sikap nakal dan tidak mendengar nasihat, sering tidak membuat kerja sekolah kerana sewaktu soalan di beri jawapan telah ada dalam kepalanya. Ini berlainan pula dengan Nadira, seorang murid yang sederhana tapi rajin berusaha.
Peluang yang ada di rebut Badrul menjadikan Nadira “mangsa” kerja sekolahnya. Di pujuk Nadira untuk menyiapkan kerja sekolahnya dan sebagai bayaran Badrul mengajar Nadira matapelajaran sains dan juga matematik. Keputusan Nadira meningkat selepas itu.

Apakah Badrul dan Nadira berjaya mencapai cita-cita mereka dan bagaimana pula perjalanan hidup mereka berdua?

*****


Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2013 04:01 PM | Show all posts
Tangisan bayi meruntun hati Dr. Nadira pagi itu. Hati Dr. Nadira menjadi kian sayu, mengenangkan anak kecil yang baru berusia 3 bulan di sahkan menghidapi penyakit paru-paru berair yang jarang berlaku di kalangan bayi dan perlu menjalani pembedahan. Apalah bayi sebesar ini tahu sekadar menangis ketika kesakitan di rasa namun dia tahu sebagai seorang doctor dia harus mengawal emosinya ketika menjalankan tugas. Semasa mengenggam skrol ijazahnya hampir setahun yang lalu sungguh tidak di sangka hatinya akan di runtun hiba bila berhadapan dengan masalah yang sebegini rupa.


Masih jelas terbayang bagaimana keriangan terpancar di wajah anak gadis yang berusia 26 tahun ini. Setelah berhempas pulas selama 5 tahun akhirnya Nadira Nordin bergelar Dr. Nadira. Jambangan bunga dan ucapan tahniah di terima dari keluarga serta rakan seperjuangan, senyuman Nadira hari itu tidak putus-putus dan selang beberapa hari Nadira akan kembali bertugas. Kerinduan terasa pada anak-anak yang di tinggalkan di sebuah hospital desa jauh dari hiruk pikuk kota. Dr. Nadira berkhidmat di utara tanahair. Kedamaian desa menggamit Dr. Nadira untuk kembali walaupun ada kesedihan kerana meninggalkan ayah dan ibu serta adik-adik. Kedamaian dan ketenangan desa itu juga sering menggamit kenangan masa silam Nadira dan membawa ingatannya kepada Badrul.


Dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir, berkot putih serta stethoscope yang tergantung di leher, Dr. Nadira berjalan ke wad kanak-kanak dan melayan mesra anak-anak serta membelai manja bayi yang berada di dalam jagaannya. Dr. muda yang baru berusia 26 tahun itu akan menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan tidak lama lagi untuk menjadi seorang pakar bedah kanak-kanak seperti idamannya sejak di bangku sekolah lagi. Atas bantuan seorang kawan bernama Badrul, Nadira berjaya mencapai segala cita-cita tapi kesedihan sering juga melanda Nadira kini kerana sehingga hari ini tidak tahu di mana Badrul berada.


“Hai Nad buat apa tu?” Badrul pernah menegurnya begitu sewaktu Badrul berada di tingkatan 3 dengan wajah nakalnya.


“Buat homework” jawab Nadira yang kini berada di tingkatan 1, tanpa memandang namun di kerutkan wajahnya kerana Badrul telah mengggangu konsentrasinya waktu itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:03 PM | Show all posts
Hmm tentu Badrul fikir dia datang tepat pada masa, dan sudah tentu suka hati Badrul mendengar jawapan Nadira. Mungkin kerana itulah tanpa segan silu Badrul mengambil tempat di sisi Nadira yang tekun dengan kerjanya.


“Apa saja kau ni Bad, kalau tak kacau tak boleh agaknya, Nadira dah mula nak mengamuk tapi Badrul hanya senyum saja.


“Kalau dah habis homework tu mari sini aku semak sementara tu kau tolong buat homework aku pulak, kata Badrul”.


Nadira akur dengan kehendak Badrul kerana itulah perjanjian yang mereka buat beberapa bulan yang lalu dan Nadira juga gembira kerana keputusannya bertambah baik sejak dari hari itu.

***

Badrul memandang sekeliling. Terlalu sunyi dan suram keadaan di dalam rumah ini. Cahaya mentari yang suram di luar juga menambah kesunyian yang Badrul rasa kini. Seperti ada kekurangan di dalam rumah ini…huh Badrul melepaskan keluhan dan wajahnya hampa. Apa ya? Badrul bertanya dirinya.


Kesunyian menguasai jiwa anak muda yang berusia lewat 20an ini. Segalanya lengkap di dalam rumah kediamannya dan Badrul juga telah mengecapi kejayaan di dalam bidang perniagaan yang di ceburinya. Walaupun nakal ketika kecil kejayaan yang di raih tidak melalaikan Badrul dalam arus hidupnya. Kehidupan harian Badrul hanyalah di pejabat, rumah dan menjenguk ibu bapanya dua tiga hari sekali. Memiliki syarikat pengangkutan awam serta perniagaan hartanah adalah sebahagian dari perniagaan yang Badrul jalankan namun ketenangan hanya di perolehi setiap kali berada di kebun ternakan ayam dan itik serta tanaman bermusim seperti durian, manggis dan rambutan. Hampir kesemua kakitangan di pejabatnya hairan dengan sikap Badrul. Seorang usahawan muda yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan tidak juga pandai berpoya-poya seperti anak muda lain. Itulah kelebihan yang di miliki Badrul.


“Apalah lagi yang kurang dalam rumah ini” Badrul bertanya lagi pada dirinya.


***


Pagi itu hati Dr. Nadira meruntun lagi bila mendengar tangisan bayi yang di dalam kesakitan. Hatinya kian sayu bila mengenangkan bebanan yang mesti di tanggung oleh keluarga bayi tersebut. Kos pembedahan dan juga perbelanjaan lain akan menambah bebanan keluarga mereka dan sewaktu perbincangan awal di buat Nadira sedaya upaya menyakinkan keluarga bayi berkenaan yang pihak hospital akan berusaha membantu dalam segala urusan semuga bayi tersebut pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti anak-anak lain. Bersabarlah puan, pihak kami akan tetap berusaha dan membantu dalam segalanya, janganlah kita berputus harap. Doa mesti di teruskan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk anak puan dan juga keluarga. Dr. Nadira masih mampu memujuk serta memberi keyakinan kepada keluarga yang sedang di rundung malang, walaupun hatinya di ragut kesayuan.


“Apalagi ni Bad?” Nak buat apa dengan segala botol, kertas, tin semuanya habis kau kutip, tak cukup dengan itu jual pula gula-gula di sekolah, rungut Nadira ketika pulang dari sekolah suatu hari. Pada masa itu Badrul sudah berada di tingkatan 5 dan Nadira pula berada di tingkatan 2


“Nah, baca ni” kata Badrul sambil mendengus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:04 PM | Show all posts
Berita yang terpampang di dada akhbar adalah rayuan kutipan derma untuk mangsa kebakaran di Sik, Kedah. Kasihan mereka Nad, dahlah hilang tempat berteduh sumber rezeki mereka juga tidak menentu. Hati Nadira tersentuh, tidak di sangka kawan yang nakal dan degil punya hati yang suci, di renungnya wajah itu ketika mengutip tin-tin minuman kosong yang di buang di tepi jalan untuk di jual nanti. Sejak dari hari itu mereka sama-sama mengumpul segala barang-barang terbuang untuk di kitar semula dan juga meminta izin dari kedua ibu bapa untuk menjual nasi lemak semasa musim cuti sekolah. Mereka benar-benar dua orang sahabat dan tidak pernah Nadira menduga persahabatan dan keakraban mereka terputus jua bila keluarga Nadira berpindah ke kampong setelah Nadira habis menduduki peperiksaan SPM dan tidak lama kemudian keluarga Badrul juga berpindah dari kawasan perumahan itu.

“Apa yang di menungkan tu Doktor?” tegur jururawat yang bertugas lalu mematikan lamunan Nadira.

“Hmm…tak ada apa-apa Matron, cuma mengenangkan nasib anak-anak ini dan bagaimana saya dapat membantu, keluh Dr. Nadira.” Saya amat bersimpati dengan keadaan kesihatan mereka serta kurangnya kemampuan keluarga dalam membiayai rawatan dan perubatan. Kalaulah saya ada tongkat sakti yang boleh menyembuhkan mereka alangkah baiknya, keluhan Nadira lepaskan.

“Saya puji cara Dr bekerja tapi janganlah sehingga abaikan kesihatan diri.” Ada perkara kita boleh ubah dan apa perkara tidak, ujar Matron lagi. Kegusaran jelas terpancar di wajahnya melihat Dr. Nadira begitu.

Senyuman Nadira beri tapi masing-masing tahu ia hambar. Jangan di ikut perasaan Doktor, kita hanya menjalankan tugas dan membantu selagi daya tapi kadang-kadang kita juga tidak boleh terlalu mengikut perasaan dan menaruh belas pada pesakit melebihi tahap yang perlu, nasihat matron lagi. Ini fail serta lapuran pesakit yang Doktor minta tadi dan berehatlah selepas ini. Terima kasih ucap Nadira. Terima kasih kembali jawab Matron. Di manakah dia? Nadira terkenang lagi. Sejak akhir-akhir ini Nadira menyedari dia asyik terkenangkan Badrul. Sebulan yang lalu Nadira pergi ke kawasan perumahan lama mereka dan cuba bertanya jiran yang masih tinggal di situ kalau-kalau keluarga Badrul ada datang mengunjungi, namun jawapan yang di terima menambah kehampaan yang sedia ada kerana di beritahu, rumah dahulupun telah di jual oleh keluarga Badrul.

“Di manakah kau Badrul di saat-saat aku amat memerlukan bantuan mu” dan yang anehnya kenapa kerap benar Nadira mengingati Badrul sekarang ini bisik hati kecilnya.


***


Airmata Badrul berlinangan menahan kesakitan akibat terjatuh dari basikal tadi. Walaupun nampak jatuhnya tidak teruk tapi luka di lutut dan kaki Badrul agak dalam serta darah yang mengalir adalah menggerunkan. Nadira yang bertubuh kecil menggunakan segala kekuatan yang ada untuk memapah Badrul yang dengan ketinggian hampir 6 kaki itu ke dalam rumahnya. Tahan sikit ya Bad dan kejap Nad ambil air dengan ubat. Badrul mengetap bibir menahan kesakitan dan dengan berhati-hati Nadira merawat luka yang ada. Di bersihkan dulu luka sebelum di bubuh ubat dan juga plaster.


“Terima kasih Nad,” ucap Badrul sambil tersenyum.


“Sama-sama Bad.” Nadira menjawab dengan senyuman juga.


Senyuman yang Badrul berikan masih membayangkan kesakitan. Kemasnya Nad rawat luka Bad, memang dah ada tokoh nak jadi doktor, tambah Badrul lagi. Hmm kita ke klinik ya lepas ni, tunggu sekejap ayah Nad sholat, nasib baik ayah ada di rumah tambah Nadira lagi. Eh tak payahlah Nad, luka sikit saja, Badrul membantah. Sikit atau tidak eloklah kita ke klinik untuk dapat rawatan dan pemeriksaan lengkap, manalah tahu kalau Bad terseliuh tadi dan luka yang ada tu ada jangkitan. Mana mungkin ada jangkitan, Dr Nadira dah rawat Badrul tadikan, gelak tawa mereka berdua kedengaran dengan lawak yang Badrul buat.


Ketukan di pintu mengejutkan Nadira dari lamunan. Masuk, jawab Nadira. Selamat Pagi Doktor ucap staff nurse yang datang untuk menghantar lapuran pagi itu. Selamat Pagi jawab Nadira. Terima kasih. Sama-sama lalu berlalu pergi. Nadira menyemak lapuran yang ada satu persatu dan salah satu lapuran yang di terima adalah keputusan ujian terhadap anak kecil yang sedang menderita. Pantai Medical Centre sudi mengambil kes bayi itu tapi sekali lagi soal bayaran yang akan menjadi soalan utama. Mati akal Nadira di buatnya dengan keadaan ini. Kalaulah ada Badrul pastii jalan penyelesaian telah di temui. Huh keluhan Nadira lepaskan. Bad di manakah kau…aku benar-benar mengharapkan bantuan kau waktu ini. Ya Allah tolonglah hambaMu yang lemah ini. Berilah aku jalan untuk membantu anak yang kecil dan tidak berdosa ini, berilah aku kekuatan dalam menghadapi tugas dan dalam menjalankan tanggungjawabku. Airmata Nadira menitis juga kerana bebanan perasaan yang di tanggung, sama seperti sehari sebelum perpisahannya dengan Badrul. Ketika itu Badrul menyerahkan baki wang tabungan hasil jualan dari kutipan barang-barang terpakai dan keesokan harinya Badrul berangkat ke luar negeri untuk menyambung pelajarannya.


“Simpan duit ni Nad” ujar Badrul ketika menghulurkan wang berjumlah RM350.


“Untuk apa duit ni Bad” Dari mana Bad dapat duit sebanyak ini? Nadira bertanya kehairanan.


“Tak ada apa-apa, hanya untuk di simpan” gunakanlah bila Nad memerlukannya nanti. Ini adalah duit hasil penjualan barang-barang terbuang, lagipun Bad akan berangkat hari Jumaat ini dan Bad harap Nad akan menyambung usaha kita selagi daya. Insha’Allah kita akan berjumpa lagi nanti bila Bad habis pengajian.

Kepiluan terasa di hati Nadira ketika itu dan tanpa di sedari airmatanya menitis tanpa henti seolah-olah dalam hatinya juga berair, seperti virus dan bacteria pneunomia menyerang. Dalam kesesakan nafas yang di rasa Nadira mengucapkan terima kasih kepada Bad kerana sudi membantunya selama ini. Nad berjanji akan menggunakan wang ini dengan sebaik-baiknya bagi membantu orang-orang yang memerlukan. Janganlah menangis Nad, pujuk Badrul. Hatinya juga di ragut sayu dan untuk menghilangkan kepiluan yang di rasa Badrul berkata, orang tua-tua kata kalau nak berpisah ada orang menangis bermakna orang itu akan di lupakan. Nad janji dengan Bad ya akan belajar betul-betul dan jangan jawab soalan tergesa-gesa bila ambil SPM nanti. Alahh lagipun Bad pergi sambung belajar saja, Amerika tu walaupun jauh tapi percayalah Nad tetap kawan Bad yang sejati dan tidak mungkin Bad bertemu kawan yang sebaik Nad, lalu Bad menghulurkan tangan, give me five katanya dan Nadira ketawa. Sejak dari itu Nadira ke sekolah seorang diri tanpa Badrul dan terus menyambung amanat yang di buat mereka.


Hah tiba-tiba Nadira teringat dari wang pemberian Badrul dahulu, ayahnya membuka akaun simpanan dan hampir setiap bulan Nadira menyimpan wang di dalam akaun tersebut yang dikumpul dengan menjual barang-barang terbuang dan usaha niaga secara kecil-kecilan sewaktu di kampus dahulu. Seingat Nadira hanya sekali saja wang di keluarkan dari akaun tersebut apabila jumlah yang ingin di salurkan melebihi dari budget yang di buat ayah. Assalammualaikom, ucap Nadira dan secara kebetulan ayah yang mengangkat telefon…Wa’alaikomsalam jawab ayahnya. Ayah sihat, Nadira bertanya. Alhamdulillah Nad, kami di sini sihat semua. Nad apa kabar? Bagaimana dengan kerja? Ayah bertanya pula. Alhamdulillah, Nad sihat dan kerja walaupun banyak tapi Nad gembira ayah, jawab Nadira. Suara Nad tu tak macam orang gembirapun, kata ayahnya pula. Mesti ada yang tak kena ni kan? Ayah Nadira meneka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:05 PM | Show all posts
Hehehe Nadira ketawa kecil…ayah memang selalu tepat dengan tekaan. Sebenarnya ayah, Nad nak tanya tentang akaun yang ayah buat untuk Nad dulu. Akaun simpanan berniaga? tanya ayah. Iya ayah, jawab Nadira. Nad amat perlukan wang itu sekarang untuk membantu seorang pesakit. Ok Nad nanti ayah pergi update buku simpanan tu dan beritahu Nad jumlahnya ya…terima kasih ayah, ucap Nadira. Sama-sama kasih anak ayah lalu gagang telefon di letakan. Alhamdulillah Nadira mengucapkan syukur kerana jalan awal untuk membantu telah di temui, setidak-tidaknya Nadira dapat melaksanakan hajat untuk membantu sebelum berlepas menyambung pelajarannya nanti. Dengan senyum yang menguntum di bibir Nadira berjalan ke wad untuk memulakan tugasnya di hari itu dan tempat pertama yang di tujui adalah katil bayi itu. Hati Nadira berdegup kencang apabila melihat ramai orang berkumpul di situ dan terus menerpa. Sekumpulan jururawat dan doctor pelatih berada di sana. Pucat lesi dan lemah lutut Nadira, matanya terpejam lalu langkahnya terhenti di situ. Alhamdulillah Doctor suara lembut seorang wanita menegur dan memegang bahunya. Dengan perlahan Nadira membuka mata, ada seorang insan yang berhati mulia sanggup membiayai pembedahan anak kami, kata ibu kepada bayi tersebut dengan airmata yang mula bergenang.


Mereka berdakapan, Alhamdulillah kata Nadira lalu airmatanya juga menitis. Satu soalan datang dalam dirinya…siapakah penderma itu dan di manakah berita ini di muatkan? Lamunan Nadira terhenti bila di minta mengesahkan lapuran perubatan pesakitnya dan juga bersama mereka ke Kuala Lumpur. Nadira tidak punya waktu untuk berlengah kerana pembedahan mesti di lakukan segera dan dia juga mesti membuat persediaan sebelum berangkat. Walaupun fikiran Nadira masih bergolak dengan penderma tersebut namun kebajikan pesakitnya mesti di dahulukan lalu dia membuang jauh segala persoalan yang melanda. Bersabar ya sayang, kata Nadira kepada bayi itu sambil mengusap kepalanya. Wajah tenang seorang bayi membawa rezeki kepada kedua ibu bapanya,..aku bersyukur kehadratmu Ya Allah kerana memberi peluang kepada anak ini untuk mengecap kebahagian dan nikmat dunia ciptaanMu, limpahkanlah rahmat kepada hambaMu yang berhati murni semuga dirinya memperoleh rezeki yang berlipat kali ganda dengan pemberian ini. Amin…Nadira melafazkan rasa kesyukuran.


Pembedahan selamat di jalankan dan kini bayi tersebut berada di dalam jagaan rapi doktor pakar dan kakitangan kesihatan yang lain. Kes yang amat jarang di temui di kalangan bayi membuatkan Nadira berjanji untuk mengkaji masalah ini nanti dan sewaktu dalam penantian dan memerhati pembedahan di jalankan fikiran Nadira sekali lagi mengingati Badrul. Badrul memenuhi segenap ruang hatinya sejak akhir-akhir ini, sudah tidak tahu berapa kali memori Nadira putarkan namun pencariannya hampa untuk bertemu dengan sahabat lamanya. Sekali lagi Nadira bermohon semuga dapat bertemu Badrul sebelum berangkat menyambung pelajarannya. Jangan di fikirkan sangat, kata ayahnya lalu menghulurkan secawan kopi. Terima kasih ayah di atas segala sokongan, ucap Nadira tapi bagaimana ayah tahu Nad di sini? tanya Nadira kehairanan. Ayah telefon ke hospital untuk memberitahu Nad tentang wang simpanan tu dan mereka maklumkan Nad dah bersama pesakit ke Kuala Lumpur serta pembedahan akan di buat secepat mungkin. Tanpa berlengah ayah terus datang ke mari. Terima kasih ayah, ucap Nadira sekali lagi. Sama-sama jawab ayah dengan merangkul bahu Nadira.


Setelah tiga hari bayi itu di sahkan berada di dalam keadaan stabil dan terkeluar dari senarai critical dan Nadira mengucapkan syukur yang tidak terhingga pada yang Maha Esa. Satu dari halangan yang ada telah dapat di atasi dan kini Nadira mesti bersiap sedia kembali untuk “berperang” lagi dengan buku dan peperiksaan semuga selepas tiga tahun Nadira akan bergelar doktor pakar kanak-kanak. Walaupun perjalanannya masih panjang, Nadira telah mengorak langkah setapak lagi dalam mencapai impian dan cita-citanya.


“Jangan mudah mengalah ok” , Bad pasti Nad boleh lakukan. Cekalkan hati dan fokus pada cita-cita dan hala tuju hidup yang telah diimpikan. Itulah kata-kata semangat yang Badrul berikan setiap kali Nadira melepaskan keluhan dan ketika mengalami kesukaran memahami soalan dan menjawab soalan.


Insha’Allah Bad, tidak akan Nad lupa segala jasa dan bantuan yang Bad berikan, itulah pula jawapannya setiap kali, akhirnya mengundang kemarahan Badrul kerana katanya Nadira tidak serious.


Tiada cenderamata atau hadiah perpisahan sebagai kenangan. Yang ada ialah ingatan sewaktu di alam persekolahan dan menempuh sebahagian alam remaja kerana Badrul yang dua tahun senior dari Nadira berlepas keluar negeri untuk menyambung pelajaran dan Nadira menyambung pelajaran di universiti tempatan. Kalau dulu jarang benar Nadira mengingatinya mungkin juga sibuk dengan pelajaran dan aktiviti-aktiviti di kampus tapi nama itu sering muncul di kotak fikirannya sejak akhir-akhir ini. Nadira menjadi hairan lalu keluhan di lepaskan lagi setelah gagal menemui jawapannya. Kesibukan ketika membuat penyerahan tugas di hospital sebelum berangkat membuat Nadira lupa sebentar tentang keingingan hatinya untuk bertemu Badrul dan buat seketika hanya University of Edinburgh memenuhi ruang hatinya kerana itulah tempat yang bakal di tuju oleh Dr. Nadira.


Ucapan tahniah Nadira terima dari doktor dan kakitangan di hospital tempatnya bekerja. Hari ini hari terakhir Nadira bertugas sebagai doktor di sini sebelum menyambung perjalanan yang masih panjang dalam dunia perubatan. Kemesraan kakitangan, keindahan desa dengan sawah pagi yang indah sewaktu padi mengguning, kicauan burung di waktu pagi telah sebati dengan hidup Dr. Nadira sejak bertugas di sini setelah tamat penggajian. Dalam keriangan dan kesedihan yang ada Nadira bertanya akhirnya pada Matron yang di anggap ibu oleh Nadira. Boleh saya tahu siapa nama penderma yang begitu bermurah hati membiayai keseluruhan kos pembedahan dan perubatan bayi tersebut tempohari? Dengan senyuman meniti, Matron menjawab perkara itu masih juga menjadi tanda tanya pada kami semua di sini. Penderma itu juga amat bermurah hati mendermakan wang bagi tabung biaya kita. Tiada juga jawapan di perolehi dan petang itu Nadira melangkah pergi dengan kesayuan di hati dan sekali lagi memandang sekeliling bangunan hospital yang mengajarnya erti bidang perubatan dalam erti kata sebenar, bukan sekadar merawat pesakit tapi mengenali siapa pesakit itu sendiri bagi membolehkan kakitangan membantu mereka dari segi emosi juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:07 PM | Show all posts
Dalam keriuhan suasana di KLIA, Nadira mengemukan soalan yang sama kepada ayahnya, betul ke ayah memang tidak tahu siapa penderma itu? Ayah merenung Nadira, terpancar kesayuan di hati anak gadisnya yang menggamit sayu juga di hati seorang ayah. Soalan yang sama di tanya Nadira dan alangkah baiknya kalau dia punyai jawapan kepada soalan itu. Dahlah tu nak, kata ayah. Nadira akan menyambung pelajaran yang menuntut segala tenaga, ketekunan dari segi mental dan fizikal, doakan saja kesejahteraan penderma itu walaupun siapa orangnya. Nadira akur dengan apa yang berlaku serta menerima nasihat ayahnya untuk biarkan perkara itu berlalu. Kini telah tiba masa untuk Nadira meneruskan langkah dalam penitian hidupnya sebagai seorang pakar kanak-kanak dan semuga dengan ilmu yang ada dia dapat merawat, menyembuh dan menyelamatkan anak-anak yang menderita kesakitan.


Heathrow menyambut Nadira dalam cuaca yang nyaman. Musim panas yang telah berakhir membawa kepada musim luruh dan melalui cerita teman-teman yang dulunya belajar di sini perasaan juga kadang-kadang mengikut musim dan cuaca di hari itu. Di celah-celah keriuhan yang ada dan pelbagai jenis ragam dan warna kulit manusia seorang lelaki di atas kerusi roda menarik perhatian Nadira yang sedang menunggu kenderaan untuk ke universiti. Berkali-kali pandangannya berkisar kepada orang itu dan pastinya usia lelaki itu dalam lingkungan umurnya. Bimbang di tuduh cuba merompak atau menyamun Nadira mengalih pandangannya keluar bangunan supaya dia tidak juga terlepas kenderaan universiti nanti. Namun hatinya tidak tenteram. Di toleh lagi pandangannya ke sudut itu dan kali ini pandangan mereka bertemu. Seolah ada senyuman terukir tapi Nadira tidak berani untuk membalasnya dan dengan perlahan menoleh kiri dan kanan seandainya ada orang lain di antara ramai itu. Nadira memandang lagi tapi orang itu telah tiada di situ dan seperti magnet Nadira di tarik-tarik untuk mencari lelaki tersebut di kawasan airport yang besar itu…tapi bagaimana? Tidak mungkin Nadira dapat melakukannya kerana bagasi yang ada. Badrul? Nama itu sekali lagi berdering di cuping telinganya. Tidak mungkin…tidak mungkin jerit hati Nadira.


“Assalammualaikom, suara lelaki memberi salam.”


“Wa’alaikomsalam, jawab Nadira” sambil memandang kepada lelaki tersebut.


Apa kabar Dr. Nadira? Tanya lelaki tersebut. Nadira kehairanan bagaimana orang ini tahu dirinya seorang Dr dan juga namanya. Baik, Alhamdulillah, Nadira menjawab sambil cuba mencari kalau-kalau ada iras atau apa saja yang dapat. Tiada apa yang berubah tentang kau Nad, kata-kata itu membuat Nadira tersenyum. Badrul? Senyuman terukir di bibir lelaki itu lalu tangan di hulur. Mereka berjabat tangan dan Nadira di gamit kesayuan, pertermuan yang tidak di sangka dan juga keadaan Badrul yang berada di depannya. Airmata yang bergenang cuba di halang dari tumpah, namun kegembiraan yang tidak terhingga membuat ia menitis juga.


Owned and written by : Sanaa 18/08/10


Copyright Control
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054190 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list