Pasar ini telah dinaiktaraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan peruntukan sebanyak RM1.468 juta, meliputi pasar utama, ruang niaga ayam, ruang niaga khinzir, kompleks penjaja baru, gerai tertutup dan 3 tandas lelaki, 3 tandas wanita serta 1 tandas golongan OKU. Kerja-kerja naiktaraf pasar ini adalah satu proses naiktaraf yang mencabar kerana para peniaga tidak setuju dipindahkan. Oleh yang demikian, kerja-kerja naiktaraf ini dijalankan pada sebelah petang atau malam.