CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6225|Reply: 16

Hantu Tanpa Kepala Di Tepi Jalan

[Copy link]
Post time 3-7-2013 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Bukan mastika: Hantu Tanpa Kepala Di Tepi Jalan..







Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai. Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan hantu lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.

Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi, terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah, En. Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata, hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga hantu itu sahaja akan mempercayai kewujudannya. Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang sampai demam kerana terkejut.


“Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah. Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang disini.”
“Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampak lembaga tanpa kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak itu laluan dari Terap ke Sungai Tengas dikatakan berpuaka” kata En.Abu Hassan.
Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang dijadikan umpan bertukar menjadi liar.


Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga hantu tidak berkepala itu telah ada di belakangnya.
Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan. Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak berkepala yang sedang melintas jalan.
Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama apabila tiba di puncak bukit.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 11:49 PM | Show all posts

seramnyaa..dah la siap dgn gambar hiasan sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 10:08 PM | Show all posts
seram pulak baca dimalam jumaat ni dikala hujan dan kilat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 10:17 PM | Show all posts
serammm meh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 11:16 AM | Show all posts
gambar lg seram dr cerita
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 11:21 AM | Show all posts
siang pon ada...alolooo sgt seram hokeiii....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2013 11:23 AM | Show all posts
erkkk.. serammm!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 01:46 PM | Show all posts
skrg ni tengahari pun muncul gak...kat ofis aku dulu....tengahari la mcm2 bunyian dan nampak lembaga....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 07:43 PM | Show all posts
mengimbas kenangan, tersempak hantu tak berkepala, menari, ketika menuju ke rumah ustaz mengaji  

diulangi, hantu tidak berkepala + menari-nari, berjalan ke arah kami

masa tu, kawasan rumah kroit ni, baru buka pada tahun 1998, keliling banyak hutan dan kelapa sawit,
Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan. kawasan perumahan sini, ada 18 kelompok, kroit duduk kelompok 17.

kejadian ni berlaku sewaktu kroit berumur 8 tahun, pada tahun 2000.
abang kroit, kroit dan kawan-kawan kami dari kelompok hujung, kelompok 17,
manakala rumah ustaz mengaji pulak waktu tu di kelompok 13.. jadi kami mengayuh basikal ramai-ramai pegi mengaji.
selalu bertolak selepas maghrib, dalam pukul 7.45 malam gitu.
kelompok-kelompok rumah di sisi kiri jalan, di bahagian kanan jalan pulak waktu tu penuh hutan tebal je. (sekarang ni dah clear, masjid, BTN, blok bujang bagai..)
kami mengayuh di kiri jalan la, walaupun pukul 8, tapi jalan sunyi sebab waktu tu, (banyak cerita orang kena kacau hantu, tersempak cik ponti terbang melayang, kereta ditolak sehingga berpusing, cik ponti terbang bawa anak (?) di dapur, pocong tepi jalan, penanggal terbang belakang rumah cari katak, makanan diorang katanya, entah le. kroit dengan adik-adik sendiri pernah banyak kali jumpa toyol dalam rumah..)

jauhnya melalut, sambung balik,
jadi, kami mengayuh basikal dalam 5-6 orang gitu..
tengah gelak-gelak, ketawa sakan nak pegi rumah ustaz, seorang kawan kami ni, tunjuk kat arah hutan tepi jalan, nampak ada orang menari.
spontan, semua pandang ke tepi jalan. berbekalkan lampu jalan di atas kami, samar-samar nampak bentuk tubuh badan dalam hutan tu, memang betul ada orang menari. logiknya, kejadahnya ada orang menari dalam hutan, dalam gelap?
kemudian, sambil dia menari tu, dia berjalan ke arah kami, budak-budak kan, tak tau takut.. kitorang gelak je la,
makin dia dekat, kami perasan sesuatu.. sehinggalah, kawan kami yang tua 2 tahun ni jerit,

"WEH! DIA TAKDE KEPALA LA! LARI!!",

berdesup diorang kayuh basikal, meninggalkan kroit yang paling muda waktu tu, kat belakang sekali, hampeh..
sebelum kroit kayuh basikal, kroit sempat toleh benda tu, dia menari sampai tepi jalan,
lepas tu, entah macam mana, kepala dia keluar macam tu je daripada badan, wadehel?! kroit nak terangkan pun tak tau, just pop out daripada badan dia, lepas tu dia still sambung menari-nari kat tepi jalan. muka dan badan, memang gelap habis, tak berapa nampak + lampu samar + takut,
sampai kat rumah ustaz mengaji, kitorang cerita kat ustaz, ustaz kitorang boleh gelak je, siap padan muka nampak hantu
besok gi sekolah, of course lah cerita kat kawan, cerita panas. but ended up being ridiculed with.. kawan-kawan kelas gelakkan kroit sebab cerita tipu, nampak hantu takde kepala menari..

lepas tu diorang bagitau cikgu.. double the malu kroit..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram nye tp aku gatei jgk nak bace huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:04 PM | Show all posts
kroit92 posted on 5-7-2013 07:43 PM
mengimbas kenangan, tersempak hantu tak berkepala, menari, ketika menuju ke rumah ustaz mengaji  

...

crita ni lagi klakar dari seram..kesian kena triple gelak hasil tengok hantu menari ye...die menari tanggo ke gelek gerudi? pompuan ke laki?

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 11:32 PM | Show all posts
jaa139 posted on 10-7-2013 02:04 PM
crita ni lagi klakar dari seram..kesian kena triple gelak hasil tengok hantu menari ye...die menar ...

emm, berdasarkan susuk tubuh, hantu tu laki rasanya, tak pasti, lama sangat, tak ingat,
dia bukannya ada muka, ada kepala pun nak bezakan jantina.

dia menari macam ala-ala tarian dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam dulu tu,
yang tangan melentik-lentik, bergoyang-goyang bagai, tapi dia menari laju, siap buat wave lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 09:55 AM | Show all posts
kroit92 posted on 5-7-2013 07:43 PM
mengimbas kenangan, tersempak hantu tak berkepala, menari, ketika menuju ke rumah ustaz mengaji  

...

adui seramnya kroittttt....ceritalah kroit dan adik adik jumpa toyol dalam rumah?
brapa lama duduk quarters tu, apa cerita lagi ada...mama pun penah dengaq org kata
tempat tu pelik laaaa....mcm mcm hal...cer sambung maii....jgn dok menembak ja pum pang pum pang...kang tertembak forumer kat sini!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 10:08 AM | Show all posts
cam ner boleh tau diorg (mayat x berkepala) tu adik beradik????

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 10:09 AM | Show all posts
kroit92 posted on 10-7-2013 11:32 PM
emm, berdasarkan susuk tubuh, hantu tu laki rasanya, tak pasti, lama sangat, tak ingat,
dia bukan ...

uishh.. tpt kroit tu tpt jin t'tendang ke?? segala macam hantu ade.. huu

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 06:27 PM | Show all posts
mamaezah posted on 11-7-2013 09:55 AM
adui seramnya kroittttt....ceritalah kroit dan adik adik jumpa toyol dalam rumah?
brapa lama dudu ...

haa? tembak ape pum pang pum pang? maaf, tak paham..

kami duduk sini sejak kuarters ni dibuka, daripada tahun 1998 sehinggalah sekarang, tahun 2013.
berapa tahun dah? 16 tahun?
kawasan sini memang angker dulu-dulu, tempat baru buka. dulu penuh hutan je kiri kanan, tu yang macam-macam orang nampak tu. bukan setakat hantu je orang jumpa, babi hutan, ular sawa besar peha pun selamba jalan tepi rumah (sape yang duduk bersebelahan dengan bukit la)

sekarang ni takde apa dah, aman je duduk, terang bederang,
@Enstek dibina, lepastu Kota Seriemas pulak, kawasan hutan bukit belakang rumah kami ni, dah diratakan, ada sekolah swasta untuk perempuan sahaja,
kedai-kedai dah giat membangun. tambah lagi, jarak dengan F1 Sepang tu dalam 15-20 minit je, kalau lepas event, memang full lah, As-Salam, Al-Falah kat sini. sekarang dah meriah dah..

dulu je la banyak cerita hantu, kes hantu, still, zaman masa tu, budak-budak selamba mengayuh basikal satu kuarters,

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 09:18 AM | Show all posts
kroit92 posted on 11-7-2013 06:27 PM
haa? tembak ape pum pang pum pang? maaf, tak paham..

kami duduk sini sejak kuarters ni dibuk ...

tu avatar kroits tu...bukan dok menembak ka ??? sampai sini mama dok dengaq bunyi!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.065729 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list