View: 2832|Reply: 5
|
AE86: Legenda hachi roku
[Copy link]
|
|
PEMBANGUNAN kereta pacuan roda belakang ini semuanya tentang ‘waku doki’, sebuah kereta yang menghasilkan keterujaan dan menghadirkan ‘rasa’ perlumbaan.
Toyota 86 masih menampilkan warisan dan salasilah kereta sports Toyota 50 tahun lalu. Berubah kepada jelmaan model baru Toyota, kereta sports 86 menggabungkan jiwa ikon AE86 dalam darahnya. Dilahirkan dan direka sebagai sebuah kereta sports sebenar, reka bentuk luaran lebih kepada 2000GT, merupakan titik permulaan kepada penggayaan yang menjadikan ia sebagai pendatang baru Toyota paling dramatik dalam banyak generasi.
Susuk tubuh ringkas tapi menggiurkan
Dari saat anda melihat susuk tubuhnya di jalan raya, cukup jelas Toyota 86 adalah sesuatu yang istimewa. Ia jauh lebih kecil daripada apa antara anda fikirkan dan ia menggambarkan luaran yang sangat ringkas. Bahagian hadapan lebih tajam dengan garisan berkeluk dan belakang pula lebih solid dan rata dengan dua paip ekzos besar di bawahnya.
Seperti kereta sports Toyota di awal 90-an, model 86 tidak berlebihan dari segi penggayaan. Bentuk lampu hadapan HID (High Intensity Discharge) yang tirus ke bawah dengan lampu nyalaan siang hari sudah cukup memberikan rupa garang dan roda 17 inci yang lebih besar melengkapkan penampilan moden.
Memandang kepada 86, adalah tidak mustahil jika membandingkan ia dengan Subaru BRZ. Tidak pelik jika itu berlaku kerana ia adalah pembangunan bersama dua konglomerat automatif Jepun (Toyota dan Subaru) itu dan tidak salah jika ada yang memberi gelaran sebagai ‘Toyobaru’.
Adalah sukar mencari kecacatan sebuah kereta yang dibina oleh peminat kereta untuk peminat kereta. Model 86 ringkas, elegan, seimbang bahkan tampan! Agak jarang untuk anda menemui sebuah kereta yang menepati ciri dalam banyak kategori tetapi 86 adalah klasik.
Kabin lebih sederhana
Jika terdapat satu bahagian pada 86 yang tidak membuat anda ‘wow’, ialah bahagian dalam. Penggunaan plastik keras memonopoli bahagian kabin dengan penggunaan karbon fiber dan tersedia jahitan benang merah pada stereng, tepi pintu, gear, brek tangan dan kerusi serta pelapik kaki. Di bahagian meter pula pencahayaan oren dan perak di tachometer (dengan paparan kelajuan digital di bahagian dalamnya) lebih menonjol dalam kelompok instrumen.
Bahagian stereng juga adalah bersih daripada segala butang kawalan. Jika anda mahu meningkatkan volume atau nombor trek, hanya gunakan kawalan audio di konsol tengah yang begitu mudah dicapai.
Dari segi ruang simpanan juga sedikit terhad. Poket kecil di bahagian tepi pintu yang hanya berguna untuk botol atau dompet dan kemungkinan juga segala simpanan barang akan berakhir di ruang simpanan konsol tengah. Ia adalah satu bentuk kesederhanaan bagi jentera sports kerana apa yang lebih penting adalah prestasi.
Menjengah ke bahagian belakang, saiz but sedikit kecil dan anda akan dapati bulatan tayar ganti menonjol di lantai yang mengehadkan lagi ruang meletak barangan.
Enjin: Kolaborasi ‘Toyobaru’ (Toyota+Subaru)
Enjin 86 dihasilkan menerusi kolaborasi Toyota dan Subaru di mana pembangunan baru sepenuhnya yang menggunakan blok enjin Subaru dan bahagian kepala silinder D-4S dan sistem suntikan bahan api hasil daripada Toyota sendiri. Seperti Sports 800 dari segi susunan atur FR (enjin hadapan-pacuan roda belakang) dan enjin 2.0 liter boxer bagi menyediakan pusat graviti rendah dalam carian untuk kestabilan yang lebih baik.
KUASA CUKUP UMMPP!!!
Duduk sahaja di kerusi bucket, satu perkara yang saya perasan adalah betapa rendahnya!. Ini adalah jelas satu perkara yang baik untuk merendahkan pusat graviti dan memberikan keseimbangan berat yang lebih baik dan pemanduan dinamik. Tetapi ia juga bermakna jurutera tidak tunduk kepada permintaan daripada pasaran untuk menjadikan ia lebih praktikal untuk umur pertengahan dengan postur badan yang kurang cantik. Sayangnya, bahagian belakang sangatlah sempit, bahkan tidak ada ruang lutut bila kerusi hadapan digerakkan ke belakang apatah lagi ke hadapan.
Selain itu, kedudukan tombol gear yang rendah diletakkan pada konsol tengah memberi simetri sempurna serta memudahkan capaian tanpa perlu menggerakkan badan. Jika anda begitu serius untuk memecut, kedudukan pedal minyak dan brek juga ideal untuk capaian kaki terutamanya mereka yang rendah seperti saya.
Dari saat mula bergerak, 86 dirasakan seperti rakan anda. Ia lincah serta begitu stabil walaupun kelajuan mula ditingkatkan. Bentuk badan yang lebih ringan, ciri aerodinamik superior dan suspension yang sedikit keras cukup meyakinkan saya untuk mencabar kemampuan jentera.
Saya sememangnya sukakan kereta prestasi. Memecut laju Toyota 86 di lebuh raya, speedometer digital mula mencecah 180 kilometer sejam. Di saat itu jentera tidak terasa goyang dan cukup stabil. Melalui selekoh dengan kelajuan tinggi, ketepatan dan maklum balas stereng 86 perlu dipuji dan ia adalah bahagian atas permainan kereta sports.
Bagaimanapun ia dilakukan tanpa oversteer tentunya hasil bantuan Kawalan Tarikan yang dihidupkan. Jika anda terlalu agresif pada pendikit di sudut yang perlahan, anda akan terasa kawalan kestabilan akan menendang.
Lebih meyakinkan, 86 dilengkapi dengan bantuan LSD (limited slip differential) torsen yang memudahkan kenderaan dikawal ketika tergelincir.
Satu perkara yang saya suka tentang kereta ini ialah suara enjin yang terdengar enak: tidak terlalu kuat tapi juga tidak terlalu nyaring. Bunyi enjin Boxer seperti penyanyi tenor namun vibrasinya tegas. Pendikit ditekan mendadak, raungan berfrekuensi seolah mengajak pemandu untuk lebih menekan pedal minyak dan jujur ia membuatkan saya ketagihan.
Ibarat menggalakkan saya untuk lebih menguji kemampuan 86. Saya berani untuk meningkatkan kelajuan dan lebih yakin tentunya dengan menghidupkan ciri-ciri keselamatan tarikan dan kestabilan. Sudah pasti saya tidak mahu memulangkan 86 dalam keadaan remuk kepada UMW Toyota Motor.
Kilas bagi 86 adalah 205Nm yang terhasil apabila mencapai 6600rpm. Ia mengukuhkan lagi tanggapan bahawa enjin ini adalah salah satu yang melakukan kerja-kerja terbaik kira-kira 5000 hingga 6000rpm. Tetapi pada 2000 atau 3000rpm ia ditarik agak baik yang memberikan pemanduan selesa dan santai sekitar bandar.
Dilengkapi transmisi 6-kelajuan automatik cukup memberi inspirasi dan tukaran gear yang cukup lancar. Untuk lebih respons tukarkan sahaja kepada gear manual dan menggunakan pedal shifter di belakang stereng cukup mudah.
Dari segi penggunaan bahan api sekitar bandar, Toyota 86 tidak melakukan kerja dengan cemerlang, ia lebih cekap bahan api sekiranya anda meluncur di lebuh raya.
Di jual pada harga RM 249,000 (automatik), harga yang ditawarkan agak sedikit mahal. Jika dilihat di pasaran negara, Toyota 86 boleh dikatakan tidak mempunyai persaingan terdekat. Bagaimanapun mungkin anda boleh pertimbangkan model lain seperti Renault Clio RS, Renault Megane dan juga Focus ST dengan sedikit perbezaan harga dan kuasa kuda yang sedikit tinggi.
|
|
|
|
|
|
|
|
masih tidak boleh lawan Evo X |
|
|
|
|
|
|
|
walau cam ner pon...
aku respect technologi rotary..
|
|
|
|
|
|
|
|
205nm tork?..cm sama je ngan exora cfe |
|
|
|
|
|
|
|
ejai601: design yg x manarik.....
aku rsa mcm tuh jgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|