|
UPDATED Misteri shooting film pendek/ hampir kerasukan di panggung teater #123
[Copy link]
|
|
Best3! Sila sambung pelisss |
|
|
|
|
|
|
|
Mana TT? lama tunggu citer |
|
|
|
|
|
|
|
alamak sorry hehe... terlupa pulak ada menjanjikan cerita. Okeylah aku taip sementara ada masa ni. Tapi janganlah korang pikir aku ni banyak sangat kisah mistik. Cuma kisah yang aku nak cerita ni adalah yang paling seram pernah aku alami sebab membabitkan serangan fizikal pulak.
Kisah ni berlaku kat sebuah panggung teater yang berprestij di Malaysia. Tak nak sebut tapi rasanya korang tau laa kot panggung mana. Waktu tu aku terlibat dengan sebuah pementasan teater tahun 2004 sebagai salah sorang tenaga kreatif (aku bukan pelakon, jangan nak speku ). Kitorang biasanya berlatih teater sampai malam. So pada satu malam lepas habis latihan, aku dan tiga orang lagi orang kuat produksi masih duduk berbincang sebab show dah nak dekat. Orang lain semua dah balik. So lebih kurang dalam jam 12 tengah malam kitorang habiskan discussion dan nak balik dah.
Studio latihan tu tingkat 3 atau 4 aku dah lupa. Nak keluar dari bangunan kena turun lif dulu dan kena lalu satu ruang dewan yang besar sebelum betul-betul sampai kat luar bangunan. Dewan tu dah gelap, dan jarak nak keluar dari dewan tu rasanya dalam 50 meter (atau maybe lebih) kot. So apabila kami berempat keluar dari lif, yg 3 org berjalan kat depan dan aku macam selangkah dua di belakang doranglah. Alkisahnya, apabila melangkah aje kaki memijak ruang tu, tiba-tiba aku rasa bahu aku berat, kepala kembang, kaki macam terangkat terawang-awang tak pijak bumi. Rasa macam ada benda tumpang badan aku sampai aku tak dapat berjalan. Aku rasa macam nak jerit bagitau dorang bertiga tapi tak ada daya upaya dan lagipun aku takut dorang lari bertempiaran.
Dalam hati dan pikiran dah berkeriau baca macam2 ayat tapi tunggang langgang. Baca al Fatihah entah mana depan mana belakang. Semua tak jalan. So aku terpaksa berjuang juga sepanjang 50 meter tu dan sebaik sebelah kaki keluar dari ruang dewan tu nak menuju ke pintu exit bangunan, badan aku rasa lepas bebas balik, macam dilepaskan dari rantai yang berat. Aku describe peristiwa tu sebagai "celaka betul menatang ni, dia nak main mainkan aku.". Hehe... aku bayangkan benda alah tu menumpang badan aku macam main piggyback tu sambil gelak-gelak and bila aku keluar dari pintu utama terus dia terjun and say "babaiiii"... huh ....
Bila aku masuk kereta, husband aku dah tunggu. Aku tak cakap apa-apa, cuma dia tanya "kenapa muka pucat ni?" Barulah aku cerita kat dia. Fuhh itulah pengalaman aku yang buatkan aku paham apa keadaan orang yang di ambang nak kerasukan/hysteria. Kalau aku ni tak kuat semangat aku rasa time tu aku mesti dah menjerit dan kerasukan. Mujurlah aku ni walaupun ilmu tu masih tak cukup (orang kata siapa baca ayat tunggang langgang waktu diganggu makhluk halus maksudnya memang dia tak strong lagi ilmu agamanya), tapi nasib baiklah agaknya dari segi mental aku ni agak kuat jugak kot. Sebab aku banyak pengalaman di asrama handle orang kerasukan, jadi lama2 benda ni tak menakutkan sangat dah. Biasanya dalam situasi yang horror, aku taklah penakut sangat. Orang boleh bergantung dengan aku tapi jangan orang lain lari sudah, aku pun mestilah lari sama
So itulah ceritanya, waktu aku taip ni tak laa rasa seram sangat sebab waktu siang hehe.. lagipun dah lama benda ni berlaku. Just nak share aje.. Last edited by MissLibra on 2-8-2013 08:01 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MissLibra posted on 2-8-2013 07:56 AM
alamak sorry hehe... terlupa pulak ada menjanjikan cerita. Okeylah aku taip sementara ada masa ni. T ...
semua tak perasan ke TT dalam keadaan mcm tu?
Anyway seronok baca cerita TT esp yang first pasal shooting kat banglo tu.
Ada tak pict banglo tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
nice story |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak seram nya pengalaman... klu aku dh lama shooting dlm studio je tkdak maknanya nk pi ke umah tu walau hrga 20billion pun |
|
|
|
|
|
|
|
selipar_hijau posted on 26-8-2013 02:08 PM
Bapak seram nya pengalaman... klu aku dh lama shooting dlm studio je tkdak maknanya nk pi ke umah tu ...
huhu... shooting dalam studio mahal pulak. Kena set up studio macam rumah betul makan bajet riban riban gak. Ni produksi student aje utk exam pulak tu. Banglo dapat complete, sayangnya ada hantuu... huuuu... apa nak buat. Tak semua benda free datang dgn pakej yg baik..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|