CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: tykarib

Misteri Bunyi Tapak Kaki Di Sekolah Asrama

[Copy link]
Post time 17-7-2013 11:48 AM | Show all posts
MMISS posted on 17-7-2013 11:40 AM
aku dah baca.. citer yg sama n watak2 pun sama cuma aku lupa aku baca kat thread sapa

Cerita urband legend sekolah asrama semua sama, kan...?
Ada mak cik karipap, pak guard berjalan kat tepi tingkap yg bukan koridor, nenek kebayan main kira-kira...
Kalau dah cerita dan watak pun sama, cara penceritaan yg sama, may be la kot memang TT copy paste tapi tak bagi sumbernya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 11:56 AM | Show all posts
Ferr_Remy posted on 16-7-2013 11:58 PM
ade gak baca thread UM.. and ade lagi satu thread.. lupa da.. pastu ade baca kat blog lain..kisah  ...

tol kata ko semua citer kat asrama mmg lebih kurang sama..

ada yg selalu citer pasal dengan bunyi org berjalan mengheret rantai kan.. ni aku sendiri pernah alami tapi aku tak pernah citer kat sapa2.

masa form 1 aku masuk sek agama perem kat pg. sek ni ada byk hostel. kat sch cuma utk student form 3,5 n upper six. form 1,4 & lower six asrama yg sama n form 2 ada 2 asrama tempat berasing. 1st time jugak aku tgk histeria. bebudak form 1 semua dah nangis ketakutan. asrama aku ni rasanya building sekolah kot. bawahnya batu n atas kayu. dorm kat tgkt atas cuma dipisahkan dengan lockers.mula2 aku dok tingkat atas pas few mths pindah tingkat bawah. one nite aku tgh tdo kat katil atas tetiba aku dengar bunyi heretan rantai kat corridor dorm. mmg jelas bunyinya atas simen. aku dah kecut perut time tu. pulun baca segala ayat lazim yg aku ingat. tak lama bunyi seretan tu tak lagi kedengaran aku mula rasa lega namun aku masih berdebar. tak lama aku dengar bunyi org berjalan di dalam bilik tapi tak pulak ku dengar bunyi pintu dibukak kot warden masuk. aku dah cuak jugak time tu tapi aku pejamkan mata kejap2. tak berani nak bukak mata. tetiba aku dengar hembusan nafas di telinga membuatkan aku bertambah kecut. sapa pulak yg bernafas sebelah aku. member katil sebelah terpisah 2 kaki mustahil org katil sebelah. dalam ketakutan aku pun tertido. tataulah perasaan aku or mmg ada sesuatu..

cukup jer setahun aku mintak kuar dari sch tu tapi bukanlah sebab aku takut cuma aku homesick manjang. tiap hari nangis tepon mak . masuk sch harian aku dapat pulak offer dari mrsm jelebu. sorilah aku nak accept. dlm penang pun aku homesick ni kan jauh bebeno dari penang


sekian
Last edited by MMISS on 17-7-2013 11:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 12:01 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 17-7-2013 11:48 AM
Cerita urband legend sekolah asrama semua sama, kan...?
Ada mak cik karipap, pak guard berjalan  ...

aku aku baca kat sini citer semua lebih kurang sama cuma tak pasti kopipes ke tak tapi citer tt mmg kopipes
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
MMISS posted on 17-7-2013 11:56 AM
tol kata ko semua citer kat asrama mmg lebih kurang sama..

ada yg selalu citer pasal dengan bun ...

Kan... Seram cite ko tu... Aq pun ade citer kt asrama.. Later aku story... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:46 AM | Show all posts
tekujut mak nengok gambo atas tu......... kurrrrrrr semangat!!!

aku pnah kacau byk kali dh mhluk2 ni tp tutup mata je la smbung tdo. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:54 AM | Show all posts
serammmm
nasib baik 'abang hassan' tak bertukar menjadi yang lebih menakutkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2013 10:55 AM | Show all posts
boleh kata 'semua' asrama memang ada jer 'makhluk2' ni... anak sy form 3 dok asrama... sekolah asrama agama, walaupun tiap2 petang berkumandang ayat2 al-quran dari masjid sekolah tu memenuhi seluruh kawasan sekolah tapi masih jugak budak2 asrama nampak macam2...  anak saya tu masuk kategori penakut jugak sebenarnya..kalau kat rumah tidur mesti pasang lampu kalimantang yg panjang tu..  tapi dalam pada penakut tu ada masanya buat 'hilang akal' cakap ikut suka hati dia jer... penghujung Ramadan tahun lepas masa dia Form 2.. dia pergi ke toilet sorang diri waktu malam.. toilet tu budak2 lain tak berani sangat nak pergi sebab jauh di hujung.. di sebabkan toilet lain penuh.. dia pergi la ke situ.. cermin mata dia tinggalkan dalam dorm sbb dia nak gosok gigi & cuci muka sbb dah malam.. dah settle cuci muka, gosok gigi dia masuk toilet... masa keluar dari toilet tu.. bukak jer pintu.. tercegat satu benda hitam kat depan pintu tu.. di sebabkan rabun.. dia tak nampak muka benda tu cuma nampak susuk 'tubuh' benda tu jer yg berdiri mengadap dia.. & tak tau la sebab takut atau apa.. dengan celuparnya anak saya kata " hah.. cepatnya kamu 'lepas' yer.. ingatkan kena ikat bulan Ramadhan ni"...  tetiba benda tu hilang..anak saya pun terus belah dari toilet tu...  moral of the story.. tak berbaloi benda2 tu menyakat orang rabun ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 01:15 PM | Show all posts
kalau bunyi tapak kaki tu mmg biasa. Masa sekolah asrama dulu kitaorg bilik bawah. Malam2 bukak tingkap sbb panas...sambil study atas katil 2 tingkat. Mula2 kitaorg x perasan la bunyi orang lari kat tingkap...tapi bila kawan highlight...kitaorg diam..saja nak dengar betul ke tak.

Mmg betul.... bunyi org berlari kat luar tingkap..berkali2 mula2 jauh pas tu dekat. Kitaorg pun tunggu la depan tingkap nak tengok sapa yang lari malam2. Tak nampak sapa pun...dengar bunyi je....eeee....skeri...dah la luar tu gelap gulita... terus tutup tingkap..terus tidur.

Tengah malam tu pulak, kakak sebelah katil saya meracau2. Ada kakak senior terus azan... kakak tu diam..lepas tu kitaorg dengar lagi bunyi orang lari tapi kali ni mcm jauhhhhhh...mcm lari tinggalkan tempat tu selang seli dengan bunyi salakkan anjing.

memang menakutkan...sejak dari tu lepas pukul 6 ptg kitaorg terus tutup tingkap lantak la nak berkukus panas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 04:38 PM | Show all posts
asrama.. biasa la tu. aku dari sekolah menengah sampai la sekarang kat uni. still duduk hostel. ada aje yang aku dengar. nampak. haha.. tapi entah, kadang-kadang penakut jugak. kadang-kadang hati kering jugakkk..

tt aku tumpang citer ye.

ni masa aku sek men agama. duduk asrama. dorm. masa tu aku duduk dorm 2. aku ingat lagi minggu tu, minggu femes orang kene histeria. trend kot. setiap dorm ada pengawas jadi ketua bilik. macam biasa, dah kunci pintu, tutup lampu kteorang tidur. tapi malam tu, dorm 1 kecoh. entah mende tah yang dorang kecoh. aku dengar ada budak jerit2. pastu suara orang azan la.. mencarut la. marah marah la.. barang kena tendang la.. kteorang kecut jugak. so, semua buat tidor taknak masuk campur.

pastu tiba tiba pintu dorm kteorang kena ketuk kuat kuat. macam nak roboh. semua lari naik 2katil. bayangkan 2katil yang dicantum muat muat naik lebih 20 orang. sebab ketakutan. tapi akak pengawas kteorang ni, cool gler.. dia kata, weh kesian pulak kat dorang, jum tolong. dia turun katil pastu bukak pintu..

kteorang sorang pun tak berani. sebab entah sape yang tendang tendang pintu. takut orang histeria mengamuk.. memang tak lah kteorang masuk campur. hahahah.. dah bukak pintu tu, rupanya pengawas dorm 1 yang ketuk ketuk emosional gler.. aku pun tak faham. pastu semua budak dorm 1 berkumpul dalam bilik kteorang. semua nangis2.

pastu dengar2 dorang citer, budak kembar 2 orang tu nampak hantu duduk atas loker. pompuan. pontianak la kot.. yang pengawas dorm 1 pun nampak jugak. itu yang sampai histeria bagai tu. dorang bertiga je nampak. yang lain tak nampak. tapi nangis berjemaah sebab takut. yang sengal nya semua dorm kunci pintu taknak masuk campur sebab takut. hahaha.. nasib baik pengawas dorm kteorang berani jadi hero..hahahah.. pastu,,, dorang tidor bilik kteorang sampai pagi esok. esoknya panggil ustaz datang. pastu aku malas dah amik tau.. dolu2 aku ni tak rajin dengan benda mistikus nihhhh.. itu yang tak pernah perasan hantu kat depan mata.. hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 04:45 PM | Show all posts
oh ada lagi.

masa tu spm. so kteorang kena perintah berkurung. sebab perempuan. so, makan study semua dalam asrama. budak lelaki je boleh keluar pegi dewan makan and kelas. time tu budak tingkatan lain dah cuti dah. tinggal budak spm n stpm je lagi.

aku ingat lagi, time tu aku taktahu kenapa aku gile makan megi. setiap hari aku makan megi. sebab tu spm aku kantoi teruk kot. hahahhaah.. malam tu, aku tak sihat. pastu makan megi lagi.. then tengah malam tu, aku rasa nak muntah sangat.

member aku teman aku turun bawah. toilet kteorang tak pernah ada air. sumber air dari kolah je. kolah besar. tak berbumbung... belakang blok asrama kteorang buluh.. hutan. sunyi je.. malam tu pun aku rasa lain macam..

kat depan kolah ada longkang besar. member aku papah aku g bawah. cedok air dari kolah. suruh aku muntah kat longkang je. masa aku nak muntahkan semua megi yang aku makan tu, aku rasa bulu roma aku berdiri tegak je. meremang beb. member aku urut2 kan belakang bagi aku selesa sikit. tapi time tu la entah dari mane angin dingin kuat datang dari arah kiri aku.. keadaan sekeliling tiba2 jadi sangat sunyi seram.. pastu macam ribut pulak. tiba-tiba je.. aku ngan member aku berpandangan sesama sendiri.

pastu aku terus ajak dia naik bilik. takut punya pasal. sebab hati dah cuak. dah la sorang manusia pun takde kat bawah time tu.. pergghhh kalau nak imbas lagi time duduk asrama dulu banyak jugak la koleksi.hahhahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 04:53 PM | Show all posts
jap eh tt..

kalau time aku duduk hostel kat uni pun lagi seram. tiap malam je dengar bunyi. sampai dah lali. tiap malam ye. tanpa miss..!!! satu bilik 2 orang. aku duduk level 3. paling atas. level bawah senior yang duduk. 3 tahun aku duduk situ. sepanjang 3 tahun dan setiap hari tu la aku and semua yang ada dalam blok tu akan dengar bunyi orang tarik katil alihkan loker alihkan kerusi bila tengah malam. and bunyi tu time semua dah masuk tidor. tak de pulak rasa takut. cuma pelik tiap malam bunyi tu muncul.

mula-mula ingatkan senior level 2 yang alih-alih loker. selalu tanya tapi dorang kata tak pernah pun. malah tak larat pun nak alih2 loker bagai. apelagi tengah malam. tak kuasaaaa.. so,,,, benda tu jadi misteri sampai bila-bila hahahhaa.. sampai kteorang lali. and tak pernah pun bercakap pasal benda tu.. dah tak mistikkkkk dahh.. sebab banyak lagi benda yang lebih mistik berlaku sepanjang 3 tahun kteorang sama2.. hahahaha..

haa.. lupa, kat level 1, ada ofis, bilik kebal, stor, bilik pegawai, bilik tv and bilik memasak. jangan tanya kenapa ada semua tu, kteorang special sikit. hahaha.. sebab tu ada semua kemudahan tu. selalu jugak aku dengar orang ketuk-ketuk lesung batu macam nak buat sambal belacan kat bilik memasak tu. aku siap pasang tudung jenguk kat bawah. tapi takde orang.. giler ko.. pukul 3 pagi orang nak buat sambal belacan.. hahahhaa.. aku je relax pegi jenguk. dah la jenguk setiap kali bunyi tu datang.. hahahah.. sumpah kalau fikir balik, seram plus bongok jugak aku time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 05:50 AM | Show all posts
aerolz posted on 23-7-2013 04:53 PM
jap eh tt..

kalau time aku duduk hostel kat uni pun lagi seram. tiap malam je dengar bunyi. samp ...

kisah yang sama berlaku dekat umah sewa adik aku seblom dia pindah ke umah lain

bunyi alihkan almari, kerusi dan katil......

pastu bunyi org duk menumbuk lesung...... slalunya masa antara pagi dan tghari dan malam..... adik ipar aku cakap, kat umah dia, xde surirumah..... dan xde yg pakai bibik..... tanya2 org kat umah sewa dia tu, memang slalu dengar org menumbuk..... yg alihkan almari, kerusi, katil pon slalu dengar

aku pon penah dengar org duk menumbuk kat umah dia..... masa tu jugak anak menakan aku yg baby menangis2 x henti..... nasib bapak aku ada jugak time tu..... x lah takut sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2013 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pun masa dok kolej 12 upm setiap mlm akn kedengaran org ubah almari dan bunyi org tarik kerusi.selalu pk apa la org bilik atas ni aktif sgt pukul 2@3 pagi...biasanya aku tdo buka lampu study...sib baik tak muncul apa2 yg angker...huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2013 12:42 AM | Show all posts
aku_best posted on 10-8-2013 06:09 PM
aku pun masa dok kolej 12 upm setiap mlm akn kedengaran org ubah almari dan bunyi org tarik kerusi. ...

Kolej 12?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059939 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list