CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10478|Reply: 38

Vote : Adakah post ini SYIRIK yg diampunkan atau diampunkan?

[Copy link]
Post time 29-7-2013 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Mari baca dan fahamkan kondisi syirik dan mengajar orang mensyirikkan Allah :





       
orangbesi


17
Threads
4
Fans
110k
Points

Defender

Joined14-5-2005
56#
Post on  26-7-2013 10:39 PM|View author' posts


nobito posted on 11-7-2013 05:53 PM
hampir semua kitab mencerita kebaikan..

tapi orang Melayu lebih suka melihat penganut dari meli ...

hampir semua kitab mencerita kebaikan..

tapi orang Melayu lebih suka melihat penganut dari melihat isi kitab2 / kata2 Tuhan...itu yang berlaku bila Taurat dicemuh Melayu hanya kerana Ezra dikatakan anak Tuhan sedangkan nabi Muhammad pernah merujuk kpd Taurat milik Yahudi yang mengakui Ezra anak Tuhan yg dibacakan oleh penterjemah Yahudi yang jujur...


semua kitab adalah dari TUHAN
bersyrait mengikut ketetapan bagi tiap2 umat
dan MENGESAKAN DIA PEMELIHARA SEKALIAN ALAM

mungkin bagi yg kurang faham
bila disebut EZRA ANAK TUHAN...mereka melenting
tapi bila disebut MUHAMMAD itu KEKASIH ALLAH...takpe pula yaaaa
bila sebut WALI ALLAH - pengganti ALLAH....leh pula yaaaa

perkataan ANAK/KEKASIH/WALI adalah sekadar simbolik- bahawa DIA AMT DEKAT dgn manusia





orangbesi


17
Threads
4
Fans
110k
Points

Defender

Joined14-5-2005
68#
Post on  29-7-2013 11:56 AM|View author' posts


ussopp posted on 29-7-2013 02:19 AM
salam saudara orang besi....

sy memahami dari sudut pandang yahudi tentang ezra anak tuhan itu  ...

untuk menggunakan anak sebagai simbolik, Tuhan tidak benarkan dan ini ada dalam Quran....

Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?


jadi ini adalah contoh bidaah dlm falsafah di mana kita bermula dgn perumpamaan , dan kita mengetahui bahawasanya kita tidak bermaksud mensyirikkan Allah dgn perumpamaan itu....
jika saudara pernah melalui dunia falsafah , saudara akan sedar WORD IS POWER, ia ada kuasa mengubah realiti....


ohhh, kalau saudara ada masa
sila belek balik......yahudi atau nasrani sejak bila
yg mula mempelopori ANAK TUHAN ni

dan sila semak -masa zaman Nabi
ada pendita yg mau membunuh Nabi
dan ADA YANG MEMPERTAHANKANNYA

dan adakah salah ISA sendiri mengaku dirinya anak TUHAN???




Single Polls, Total 5 Users voted View Voters
0.00% (0)
80.00% (4)
0.00% (0)
0.00% (0)
20.00% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2013 01:04 PM | Show all posts
     Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
     (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
     Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
     Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
     Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
-------------
        
        Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).         
     
(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.     

Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.

Hanya orang yg beriman akan vote kebenaran. @orangbesi = nak vote pun boleh




Last edited by AdAkAmA on 29-7-2013 01:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:52 PM | Show all posts
waaaaaaa
si lebai buat vote plakkkk yeeee
canggih tuuuuu
hang buat camni tak perasan ke - hang perasan tuhan
lagi terukkkk tuuuuuu

aku dok sembang pasal anak je, kekasih je n wali jeeeee
hang lagi advance gileeeee - PERASAN TUHAN
maklumlah hang leh KUN FAYA KUN
tapi apa pun pasal hang kata leh KUN FAYAKUN-maka aku pun leh sekeh pala hang gak kannnnn
aku teringin sangat nak tengok tuhan yg berjasad ni kena sekeh pala
cayalah kat aku
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:55 PM | Show all posts
AdAkAmA posted on 29-7-2013 01:04 PM
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
...

Hanya orang yg beriman akan vote kebenaran. @orangbesi = nak vote pun boleh

apa punya idea gile lebai ooiii
org yg beriman tak vote2 camni
mereka tetap jalankan amar makruf nahi mungkar........ada faham kaaaaa


eiisshhh takkan hang lupa dah nak KUN FAYAKUN niiiii
malu pulak lebai senget sekarang ni yaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 01:16 AM | Show all posts
SYIRIK
Pengenalan syirik
Mensyirikkan Allah bererti mengongsikan Allah atau menyekutukan-Nya dengan benda-benda lain. Iman Al-Ghazali menjelaskan bahawa syirik itu lawan kepada ikhlas. Ikhlas itu bersih daripada sebarang campuran yang dapat mengotorinya. Maka syirik itu bererti sesuatu yang bercampur dengan yang lain, yang menjadikannya tidak asli lagi. Syirik yang dimaksudkan dalam pembicaraan ini ialah pemindahan sesuatu yang tertentu bagi Allah kepada benda-benda yang lain maka dengan itu terjadilah penyerupaan antara benda-benda lain itu dengan Allah. Syirik terbahagi kepada kepada tiga iaitu syirik besar, sirik kecil dan syirik tersembunyi. Sejarah penemuan syirik bermula dari patung berhala. Mengikut Abu Al-Munzir Hisyam Al-Khabi asal usul pemujaan patung berhala bermula selepas kematian Adam a. s. Anak cucu Adam a. s dari bani Syit bin Adam telah menempatkan jasad Adam a. s yang telah meninggal di tempat mula turunnya Adam ( dipercayai di India ). Jasad Adam a. s dihormati, dikagumi dan diperingati oleh anak cucunya ketika itu. Seorang daripada bani Qabil bin Adam berkata kepada puaknya “ Wahai bani Qabil ! Untuk bani Syit ada tempat untuk mereka mengelilingi dan memuliakannya tetapi kamu tidak ada sesuatu pun” Lalu dibuatlah untuk mereka sebuah patung. Maka pemujaan dilakukan oleh manusia sehingga sekarang ini pada peringkat awalnya hanya bertujuan untuk mengingati dan memuliakan orang yang dianggap berjasa kepada mereka. Dalam Al-Quran surah Nuh ayat 23, Allah menyebut nama lima patung yang diambil dari kalangan orang yang soleh dari kaum Nuh atau kaum sebelumnya. Patung itu ialah Wadd, Suwaa’, Ya’ous, Ya’ouq dan Nasr. Namun sikap manusia yang dahulunya ingin mengingati dan memuliakan sekarang menjadi kepada pemujaan dan penyembahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 01:18 AM | Show all posts
KONSEP
Syirik dari segi bahasa ialah menyamakan sesuatu dengan sesuatu. Dari segi istilah pula ialah menyamakan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah sama ada secara iktikad, perbuatan atau perkataan.
Dalil dari Al-Quran menyebut :
“ Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui ( bahawa Allah adalah Maha Esa ) Surah Al-Baqarah: Ayat 22
Muhammad Rashid Ridha dalam mentafsirkan ayat 79 surah Al-An’am telah menyebut dua perkara berhubung dengan dorongan pemujaan yang membawa kepada syirik. Sesetengah orang yang lemah pemikirannya menyangka bahawa tanda-tanda kekuasaan Allah yang terdapat di alam ini, itulah penggerak seluruh alam ini yang mempunyai kekuatan sendiri, bukan sebagai satu sunnah alam yang ditentukan oleh kuasa yang Maha Agung disebaliknya. Kesilapan anggapan ini terjadi disebabkan oleh kelemahan manusia untuk mengetahui hakikat yang sebenar disebalik kekuatan yang ada di alam ini. Bagi mereka kuasa ghaib Yang Maha Agung di sebalik alam ini yang menentukan segala-segalanya tidak ada. Yang ada hanya benda-benda dengan segala kekuatan yang tersendiri.
Perbuatan syirik yang telah dilakukan sehingga sekarang sama ada jelas atau tidak, pada asasnya berpunca daripada tabiat manusia yang suka memuja dan mengangungkan sesuatu yang dianggap istimewa. Tetapi di dalam melakukan perbuatan untuk tujuan tersebut manusia selalunya silap. Kesilapan itu disebabkan oleh sama ada kerana terlupa kepada perbatasan yang dibenarkan seperti kasihkan kepada makluk sehingga keterlaluan sehingga sampai had kasih yang sepatutnya diberikan kepada Allah.
HURAIAN
Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik besar (syirik jali) dan syirik kecil( syirik khafi ). Perbuatan syirik adalah perbuatan yang sangat berbahaya kepada manusia. Ia mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada kehidupan manusia sebagai makluk yang dijadikan Allah untuk tunduk kepadanya. Antara bahaya-bahaya syirik ialah kemurkaan Allah
1. KEMURKAAN ALLAH
Syirik adalah perlakuan dan perbuatan yang sangat dimurkai Allah. Dengan itu syirik sangat dilarang dan sesiapa yang melakukannya bererti dia telah melakukan dosa yang paling besar. Ada beberapa seba kenapa syirik sangat dimurkai Allah. Antaranya ialah :
1.    Berlawanan dengan tauhid
2.    Sebesar-besar kezaliman
3.    Menghina Allah
4.    Manusia sebagai hamba Allah
BERLAWANAN DENGAN TAUHID
Syirik adalah berlawanan dengan konsep tauhid yang diasaskan di atas ucapan kalimah syahadat “ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Jadi tauhid itu adalah menentukan dengan tegas segala yang layak bagi Allah itu bagi-Nya sahaja dan menafikan yang tidak layak bagi-Nya. Oleh yang demikian syirik berlawanan dengan konsep tauhid kerana ia telah memecahkan keesaan Allah. Dengan kata lain ucapan tauhid yang diikrar itu dileraikan atau dipecahkan

SEBESAR-BESAR KEZALIMAN
Menyamakan Allah dalam darjah yang bagaimanapun dengan makluk-Nya tidak wajar dan tidak patut sama sekali. Perbuatan manusia yang sedemikian adalah perbuatan yang amat zalim kerana manusia itu mempunyai akal fikiran yang dapat dipergunakan bagi memahami akan hakikat kejadiannya oleh Allah. Tentulah tidak ada fikiran yang boleh menerima akan sesuatu persamaan dalam apa jua darjah persamaan antara makluk dan Zat Yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya.
MENGHINA ALLAH
Memberi tempat yang tinggi pada makluk, sedangkan tempat itu adalah semata-mata milik Allah bererti menyamakan makluk dengan Allah. Perbuatan yang sedemikian merupakan sesuatu satu perbuatan yang menghina Allah kerana tidak sepadan dengan munasabah dengan Zat-Nya yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa itu. Tidak ada sesuatu pun yang boleh diletakkan sama dengan-Nya. Oleh kerana Allah tidak berkongsi dengan sesiapa pun dalam melakukan sesuatu, maka taat setia makluk-Nya juga tidak boleh dikongsikan.
MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH
Nikmat dan pemberian Allah kepada manusia tidak terhitung banyaknya. Hanya Allag sahajalah yang member nikmat itu, tidak yang selain dari-Nya. Oleh yang sedemikian manusia mestilah hanya memperhambakan dirinya hanya kepada Allah. Manusia tidak patut memperhambakan dirinya kepada yang lain kerana yang lain itu tidak pernah memberi apa-apa nikmat dan pemberian dan tidak mampu berbuat sedemikian walaupun sedikit. Tetapi kebanyakkan manusia lalai dan tidak mengenang jasa. Walaupun ramai di antara mereka yang percaya Allah dan nikmat-nikmatnya, tetapi mereka tetap juga memperhambakan dirinya kepada yang lain selain daripada Allah. Di dalam Al-Quran Surah Yusuf 106 Allah berfirman yang maksudnya :
“ Dan sesungguhnya kebanyakkan manusia itu beriman kepada Allah sedangkan dalam hal keadaan mereka itu mensyirikkan Allah”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2013 01:19 AM | Show all posts
SYIRIK DAN KUFUR
Kufur ialah tidak mempercayai apa-apa yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW walaupun dalam perkara yang kecil sampai kepada kita dengan cara menyakinkan dan tidak syak lagi. Sesetengah ulama memberikan takrif kepada kufur itu sebagai tidak mempercayai walaupun dalam hal yang kecil, apa-apa yang memang sebenarnya perkara itu dating dari Nabi Muhammad SAW. Daripada kedua-dua takrif itu dapatlah diambil kesimpulan bahawa kufur itu ialah penafian dan keengkaran terhadap apa-apa sahaja yang dating daripada Allah melalui Rasul-Nya setelah tanpa sebarang keraguan sedikit pun ia dating dari Rasullulah.
Jelaslah perbezaan antara syirik dan kufur iaitu bahawa syirik dilihat dari sudut taraf dan kedudukan antara Allah dengan makluknya. Jika di antara kedua-duanya disamakan atau disyariaatkan maka berlakulah syirik. Contohnya seperti mempercayai bahawa makluk juga dapat memberi keuntungan atau mendatangkan mudarat kepada makluk yang lain dil luar daripada kehendak Allah sebagaimana Allah itu sendiri dapat memberikannya. Kufur pula dilihat dari sudut penerimaan atau penolakkan apa-apa yang didatangkan dari Allah. Kalaulah ia ditolak maka berlakulah kufur.
Pada dasarnya syirik terbahagi kepada dua jenis iaitu syirik besar ( syirik jali ) dan syirik kecil (syirik kafi).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 01:20 AM | Show all posts
SYIRIK BESAR ( SYIRIK JALI )
Syirik Jali ialah syirik yang dapat dilihat secara terang-terangan. Syirik ini berlaku secara lisan dan perbuatan. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menerangkan tentang syirik ini. Firman Allah
“ Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik dan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang syirikkan Allah, sesungguhnya telah sesatlah dia dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya” ( An-Nisa ayat 116 )
“ Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalam yang telah mereka kerjakan” ( Al-An’am ayat 88 )
Syirik yang dimaksudkan oleh ayat Al-Quran seperti yang tersebut di atas ialah syirik besar, yang akibatnya tidak diampunkan Allah dosa orang yang melakukannya dan diharamkan daripada memasuki syurga.
ANTARA CONTOH-CONTOH SYIRIK BESAR ( SYIRIK JALI )
1.    Meragui atau menafikan kewujudan Allah. Oleh hal yang demikian, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah syirik
2.    Perbuatan manusia seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan, bintang atau objek-objek yang lain yang dianggap sebagai bahan pemujaan. Disamping itu perbuatan manusia seperti memuja nasib dan meminta nombor ekor di sesuatu tempat yang dianggap boleh menolong seperti kubur atas dakwaan kubur itu keramat adalah unsur syirik.
3.    Ulama juga menjelaskan perbuatan terlalu memuja atau mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah salah satu perbuatan syirik.
4.    Perbuatan manusia menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam juga boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang muslim
5.    Perbuatan manusia yang mengakui Nabi Isa sebagai anak tuhan juga merupakan salah satu syirik besar
6.    Memakai tangkal yang dianggap boleh menyembuhkan penyakit dan percaya bahawa tangkal tersebut dapat menyembuh penyakit merupakan syirik besar

SYIRIK KECIL ( SYIRIK KHAFI)
Syirik kecil ialah syirik tersembunyi tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama ketika beribadah. Sedar atau tidak sedar, syirik kecil merupakan syirik yang selalu dilakukan oleh orang-orang Islam. Banyak orang tidak menghiraukan bahaya syirik ini kerana mereka menganggap syirik itu syirik kecil sahaja. Syirik ini berlaku melalui hati. Nabi SAW telah memberi gambaran mengenai kebimbangan baginda terhadap dosa syirik ini. Baginda bersabda
“Sesungguhnya perkara yang aku paling takut sekali berlaku ke atas umatku ialah mereka mensyirikkan Allah. Sesungguhnya akan mengatakan demikian, tidaklah semata-mata apabila mereka itu menyembah matahari, bulan atau patung, tetapi syirik itu terjadi apabila seseorang itu melakukan amalan-amalan yang bukan kerana Allah dan dorongan nafsu keduniaan”
ANTARA CONTOH-CONTOH SYIRIK KECIL (SYIRIK KHAFI)
1. Riak – Abu Bakar Al Jazairi menyatakan bahawa riak itu ialah kemahuan manusia dalam ketaatan kepada Allah untuk mendapat habuan dari kalangan manusia dan kedudukan di hati mereka. Al Iman Al-Ghazali telah memberikan beberapa contoh yang boleh menjadi panduan kepada perbuatan riak. Antaranya ialah
a. Berpuasa dengan tujuan mendapat faedah kesihatan disampaing bertujuan kerana Allah
b. Menuntut ilmu (suruhan agama) untuk mendapat kemudahan mencari harta atau supaya
dipandang terhormat di kalangan keluarga disamping kerana Allah.
c. Melakukan sesuatu kebaikkan supaya dikenang disamping melakukan kerana Allah
d. Menunaikan haji untuk mendapat faedah daripada perjalanan dan pergerakkan badan
ketika haji, untuk melarikan diri daripada sesuatu tempat yang tidak selamat, kerana
melarikan diri dari kerja yang berat atau untuk menghilangkan diri daripada keluarga
disamping kerana Allah.
e. Mengambil air sembahyang untuk kebersihan atau menyejukkan badan disamping kerana
Allah.
f. Mandi ( wajib atau sunat) untuk mengharumkan tubuh disamping kerana Allah
g. Menziarahi orang sakit dengan harapan apabila dia sakit akan diziarahi disamping
ziarah kerana Allah.
h. Bersedekah untuk memberhentikan gangguan orang meminta disamping melakukannya
kerana Allah.
Sabda Nabi Saw :
“ Sedikit sahaja adalah riak “
2. Ujud ( mengagumkan diri )
3. Takabur ( membanggakan diri )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2013 01:21 AM | Show all posts
Syirik merupakan penyakit akidah. Akidah pula berpunca daripada kepercayaan dan keyakinan. Manakala kepercayaan dan keyakinan pula datangnya dari kefahaman dan didikan. Cukup jelaslah bahawa lubang-lubang syirik yang akan membawa kesengsaraan lepada orang-orang yang terjerumus ke dalamnya terbuka luas. Melihat kepada kelakuan umat Islam sekarang, didapati terlalu ramai yang telah terjerumus telah lama sampai ke perbatasan syirik dan sedang menunggu masa untuk masuk kedalamnya. Memandangkan syirik adalah penyakit yang paling bahaya kepada manusia kerana ia menyetuh akidah maka setiap orang yang mengaku dirinya muslim perlu memberi tumpuan yang banyak terhadapnya. Tumpuan itu ialah berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan penyakit tersebut. Wujudnya penpadat-pendapat dan tafsiran-tafsiran yang tidak tepat mengenai syirik dan dikemukan oleh buku seumpanya membuatkan penyakit ini sukar dihapuskan. Apa pendapat mengenainya hendaklah berdasarkan dalil-dalil yang tepat sahih dan bersesuaian dengan cara ulama-ulama yang muktabar. Tauhid ertinya mengesakan atau mengkhususkan penciptaan, pemilikkan, pentadbiran dan pemberian rezeki itu hanya kepada Allah. Segala bentuk penghambaan diri dan taat setia itu mestilah dikhususkan kepada Allah sahaja begitu juga dengan sifat yang khusus kepada Allah itu hanya kepada Allah sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 01:28 AM | Show all posts
orangbesi posted on 29-7-2013 04:55 PM
Hanya orang yg beriman akan vote kebenaran. @orangbesi = nak vote pun boleh

apa punya idea gile ...

jika soalan kamu berkisar kepada soalan seperti berikut :

statement kamu : bila disebut EZRA ANAK TUHAN...mereka melenting = saya sudah nyatakan perkara ini samar-samar. perlu diperjelaskan akan tetapi kamu dengan bongkak dan sombong berkata-kata tanpa menggunakan akal

statement kamu : adakah salah ISA sendiri mengaku dirinya anak TUHAN??? = statement ini meragukan kerana kamu menyatakan Isa sendiri mengaku dirinya anak Tuhan. bila masa Isa mengaku dirinya anak Tuhan??? boleh kamu nyatakan surah mana?

dalil :
     Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
     "Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.


Surah AlMaidah 116-117

maka barang sesiapa yg mengambil statement kamu sebagai pegangan akidah, maka terkeluarlah dari maksud akidah Islam itu sendiri kerana menyatakan perkara dusta dalam bersoal jawab perihal perkara yg tidak sepatutnya. bersoal sambil menyatakan Isa anak Tuhan adalah perkara syirik kahfi atau lebih dikenali mengkufurkan keterangan Allah swt. statement kamu yg pertama samar-samar. statement kamu yg ke 2 jelas soalan dan pernyataan kamu merujuk kata-kata dusta terhadap pernyataan nabi Isa. mana-mana ada manusia menyatakan perkara dwi makna, anda sudahpun mengambil orangbesi sebagai penolong kamu diakhirat kelak kerana ianya berkait-rapat dengan akidah. sebagai umat Islam yg mendengar dan taat perintah Allah, tidak wajar kepada sesiapa untuk menyatakan sesuatu yg samar-samar dan JELAS tidak berakidah. sebenarnya AMAT JELAS, statement kamu bukan dwi makna, akan tetapi merujuk kepada sesuatu kesamaran dan juga kenyataan yg mensyirikkan Allah (bertentangan dengan ketetapan Alquran).

tidak perlu kamu mahu menyatakan dwi makna kerana statement kamu  berbentuk memberikan kefahaman kesesatan dalam beragama. sebaik2nya kamu berfikir sebelum berbicara.


Last edited by AdAkAmA on 30-7-2013 01:40 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 01:46 AM | Show all posts
statement kamu saya ulang sekali lagi @orangbesi :

ohhh, kalau saudara ada masa
sila belek balik......yahudi atau nasrani sejak bila
yg mula mempelopori ANAK TUHAN ni

dan sila semak -masa zaman Nabi
ada pendita yg mau membunuh Nabi
dan ADA YANG MEMPERTAHANKANNYA

dan adakah salah ISA sendiri mengaku dirinya anak TUHAN???

sepatutnya soalan adalah seperti berikut : sejak bila nabi Isa mengaku dirinya anak Tuhan??? sebenarnya statement kamu bermasaalah. kamu dengan sombong menyatakan adakah salah Isa sendiri mengaku dirinya anak TUHAN?? bila masa nabi Isa mengaku dirinya anak Tuhan? kamu ni ada masaalah pada akal ke? statement awal kamu seakan2 menguatkan hujah nabi Isa mengaku dirinya anak Tuhan. ini hakikat yg kamu nyatakan.
Last edited by AdAkAmA on 30-7-2013 02:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 06:24 PM | Show all posts
AdAkAmA posted on 30-7-2013 01:46 AM
statement kamu saya ulang sekali lagi @orangbesi :

ohhh, kalau saudara ada masa

gabra punya lebai senget
abih meroyan dah keee

hang ni begap abis
hang faham ke KONSEP TRINITY??
sama ke ISA dgn BAPANYA????

bahsa melayu hang pun caca marba laaaaa
hanya nampak terbeliak depan bijik mata jeeee
nanti bukak depan jemaah ya
wahai pemegang title wali 1st dajjal
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 04:36 AM | Show all posts
orangbesi posted on 30-7-2013 06:24 PM
gabra punya lebai senget
abih meroyan dah keee

Kepada saudara @orangbesi ! Sila terima nasihat ini seadanya...sedia maklum.



p/s: Jika dikatakan spam tolong ban saya...

Perut tu bkn le mangkuk. Bak kata penerang agama...
(Selain menahan lapar tu termasuk)
- di luar: iri, hasad/dengki, loba, tamak
- di dlm: riak, takbur, ujub, samaah

Moga tertepet di dahi masing²...

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 06:11 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 31-7-2013 04:36 AM
Kepada saudara @orangbesi ! Sila terima nasihat ini seadanya...sedia maklum.

fuhh
aku dah terlupa langsung bab ni
shukran n tq

wau1!!  nasihat yg berapi2
dr si abe cute kita ka
yg dah lari terkangkang kangkang
sekarang mai dgn nama lain=adakama - atau cam sedara kata adasama






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 11:19 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 31-7-2013 04:36 AM
Kepada saudara @orangbesi ! Sila terima nasihat ini seadanya...sedia maklum.

Alhamdullilah. terima kasih kerana mengingatkan. semoga Allah membantu orang2 yg benar dalam dakwahnya. entah movie apalah yg kamu sedang post. boleh paste sekali lagi tak?

ada lagi movie yg kamu mahu sertakan? menarik bila didengar celotehan kamu setakat ini. bertambah kefahaman saya tentang orangbesi dan kamu malah amat sesuai sikap orangbesi seperti kamu. mungkin adik beradik kamu berdua ni tak gitu? (sangkaan) Allah jualah yg maha mengetahui kebenaran dari apa yg disangka2kan

untuk yg sakit pinggang, layan ini pula


Last edited by AdAkAmA on 31-7-2013 11:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:45 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 31-7-2013 11:19 PM
Alhamdullilah. terima kasih kerana mengingatkan. semoga Allah membantu orang2 yg benar dalam dakwa ...

Alhamdullilah. terima kasih kerana mengingatkan. semoga Allah membantu orang2 yg benar dalam dakwahnya. entah movie apalah yg kamu sedang post. boleh paste sekali lagi tak?
apa dia
benar dakwah dia tuuu
cam baru pas keluar wad gila jeee
wooiiii lebai, tkkn tk berani ngaku lebai senget dr sg lalang kotttttt

ada lagi movie yg kamu mahu sertakan? menarik bila didengar celotehan kamu setakat ini. bertambah kefahaman saya tentang orangbesi dan kamu malah amat sesuai sikap orangbesi seperti kamu. mungkin adik beradik kamu berdua ni tak gitu? (sangkaan) Allah jualah yg maha mengetahui kebenaran dari apa yg disangka2kan

tuu laaa, hang cam beruk kannnn
opsss aku terlupa -hang kan pemegang penyapu si dajjal je
kami sesama islam bersaudara
sama2 nanggung
bukan cam hang - species biawak balark

untuk yg sakit pinggang, layan ini pula

KAHKAHKAH - kannn hang memang gila meroyan
tetiba je dlm dok sembang pasal syirik - ko wat demo pasal sakit pinggang
tu....malu abis le tuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 12:48 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 31-7-2013 11:19 PM
Alhamdullilah. terima kasih kerana mengingatkan. semoga Allah membantu orang2 yg benar dalam dakwa ...
Alhamdullilah. terima kasih kerana mengingatkan. semoga Allah membantu orang2 yg benar dalam dakwahnya. entah movie apalah yg kamu sedang post. boleh paste sekali lagi tak?

ada lagi movie yg kamu mahu sertakan? menarik bila didengar celotehan kamu setakat ini. bertambah kefahaman saya tentang orangbesi dan kamu malah amat sesuai sikap orangbesi seperti kamu. mungkin adik beradik kamu berdua ni tak gitu? (sangkaan) Allah jualah yg maha mengetahui kebenaran dari apa yg disangka2kan

untuk yg sakit pinggang, layan ini pula
Ops, tetuan dia dh delete sumbernya plk.

Penjual obat tetap penjual obat
- dh dicantas pn masih nk bertestismoni

Ada satu, cer ambil iktibar yg ni...



p/s: Dua org yg vote tu adik-beradik ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 01:14 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-8-2013 12:48 AM
Ops, tetuan dia dh delete sumbernya plk.

Penjual obat tetap penjual obat

orangbesi = Dzulqarnain = mnm777 orang yg sama ke?

layan kamu hingga kiamat pun tak selesai. seperti seorang lelaki yg kehilangan kelakian ketika berbicara. baca title terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu k?

sebelum terlupa, kenapa agaknya kamu teringin sangat masuk page ini? adakah kamu bermasaalah pada hati dari dahulu sehingga kini? siang malam kamu teringat nickname saya yang ini ke? yg menariknya, apa kaitan dgn apa yg kamu letakkan dengan apa yg sedang berlaku? tidakkah kamu memikirkan sedalam2nya tindakan kamu terdahulu tidaklah mencacatkan apa yg kamu cuba sampaikan? jika kamu memaksudkan movie yg hitam itu perbuatan saya, maka sesungguhnya kata-kata kamu salah sama sekali kerana itulah dinamakan perbuatan Allah.

Allah mencipta apa yg Dia kehendaki, sedangkan kamu sedang mencipta sesuatu yg merosakkan hati kamu sendiri. tidakkah kamu memahami kasih sayang Allah itu meliputi apa yg manusia tahu dan apa yg manusia tidak ketahui?


Last edited by AdAkAmA on 1-8-2013 01:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:39 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 1-8-2013 01:14 AM
orangbesi = Dzulqarnain = mnm777 orang yg sama ke?

layan kamu hingga kiamat pun tak selesai. se ...

Bilanya kiamat tu sedara?

Nk tahu sama ke x, tanya le...
Sesiapa pn asalnya x tahu kn?

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 05:10 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-8-2013 12:48 AM
Ops, tetuan dia dh delete sumbernya plk.

Penjual obat tetap penjual obat

Ops, tetuan dia dh delete sumbernya plk.

Penjual obat tetap penjual obat
- dh dicantas pn masih nk bertestismoni



biasa laaaaa
watak si pemegang penyapu dajjal tuuuu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.248625 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list