CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6551|Reply: 13

Tanda Kekasih Anda Inginkan Hubungan Yang Serius

[Copy link]
Post time 31-7-2013 02:58 PM | Show all posts |Read mode


Adakah teman lelaki anda serius tentang anda? Adakah dia mahu hubungan jangka panjang dengan anda? Berikut merupakan beberapa tanda bahawa kekasih anda inginkan hubungan yang serius dengan anda.

1. Anda adalah keutamaan beliau

Jika anda adalah keutamaannya yang pertama, maka pastikan dia benar-benar mencintai anda. Jika dia meluangkan masa walaupun dia sibuk semata-mata untuk menghabiskan masa dengan anda, maka dia memang serius tentang anda.

2. Dia berkongsi sesuatu dengan anda
Lelaki biasanya tidak berkongsi hari-hari mereka terutamanya mengenai aktiviti harian mereka dengan semua orang. Jika teman lelaki anda memberitahu anda segala-galanya yang berkaitan dengan hidupnya, maka anda benar-benar istimewa dimatanya. Dia selesa dengan anda kerana dia mungkin mencari hubungan jangka panjang dengan anda.

3. Dia menyokong anda
Jika dia menangis di hadapan anda, maka ini adalah serius. Lelaki jarang menangis atau berkongsi kesakitan mereka dengan seseorang dengan begitu mudah. Tetapi apabila mereka lakukan perkara ini, maka anda telah menjadi seseorang yang istimewa. Jika dia mahukan sokongan emosi dalam diri anda, maka dia serius tentang hubungan ini.

4. Dia bercakap tentang mempunyai keluarga
Melainkan jika dia serius, tidak ada sebab dia akan bercakap tentang keluarga dan anak-anak. Jika  teman lelaki anda bercakap tentang perancangan keluarga dan anak-anak, maka dia melihat hubungan anda berdua sebagai hubungan jangka panjang. Jika dia menyebut tentang anak-anak , maka dia mempunyai gambaran lengkap mengenai anda dan dia bersedia bersama selama-lamanya.

5. Dia bertindak bertanggungjawab di sekeliling anda
Jika anda tiba-tiba mendapati dia bertanggungjawab dalam menguruskan kerja dan wang, maka ini mungkin disebabkan oleh salah satu sebab, dia suka anda, dan itu adalah sebab mengapa dia bertanggungjawab dalam kehidupan. Dia cintakan anda, dan mahu anda tahu bahawa anda boleh bergantung kepadanya dengan kehidupan anda.

6. Bersikap penyayang
Jika dia telah mula menjaga anda, maka dia adalah serius tentang anda dan hubungan anda berdua. Beliau juga mungkin mula menjadi pelindung anda, kerana dia tidak mahu kehilangan anda.

7. Dia memperkenalkan anda kepada keluarga dan rakan-rakannya
Jika teman lelaki anda rela memperkenalkan anda kepada keluarga dan kawan-kawannya, maka dia serius tentang anda. Dia pasti mencari hubungan jangka panjang dengan anda. InsyaAllah.


Bila serious relationship baru boleh plan kahwin!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2013 03:16 PM | Show all posts
ini sme kalau dah nikah dah consummate marriage boleh la nk serius2 mcm dalam point2 tu..setakat kapel baru..rambang mata la open kalau orng lain nk try bagai
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:41 AM | Show all posts
lelaki start bagi duit pada pompuan utk kumpul duit kahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:14 PM | Show all posts
to all girls out there.. jangan mudah percaya bulat2 sekiranya bf atau kawan lelaki anda ada ciri2 ini. sometimes org lelaki ni can go to the extent mcm dah serius nak kawen tp akhirnya diam mcm tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 07:15 PM | Show all posts
fedora posted on 1-8-2013 03:14 PM
to all girls out there.. jangan mudah percaya bulat2 sekiranya bf atau kawan lelaki anda ada ciri2 i ...

tu jenis pandai lip service
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 09:32 PM | Show all posts
tu la..susah gak nak ramal laki ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2013 12:17 AM | Show all posts
aku sebagai lelaki, nasihatkan korang jangan pecaya la laki 100percent..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 10:11 AM | Show all posts
fedora posted on 1-8-2013 03:14 PM
to all girls out there.. jangan mudah percaya bulat2 sekiranya bf atau kawan lelaki anda ada ciri2 i ...

setuju...
pernah jadi kat aku & mungkin sdg berlaku lg kat aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2013 02:02 PM | Show all posts
lelaki mmg kadang2 agak pelik..mcm syg tp x syg..syg tp mcm x syg..pelik2..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 05:08 PM | Show all posts
Salah satu tanda kekasih anda inginkan hubungan yang lebih serius ialah sanggup menghadiahkan tubuhnya untuk anda buat barbeque.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 11:19 AM | Show all posts
kadang2...bile dah jumpe yg sesuai, bertanggungjawab dan beragama...mak pulak x bagi green light....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 08:35 AM | Show all posts
rawahah posted on 24-8-2013 12:17 AM
aku sebagai lelaki, nasihatkan korang jangan pecaya la laki 100percent..hehe

mmg pon...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 11:27 AM | Show all posts
rawahah posted on 24-8-2013 12:17 AM
aku sebagai lelaki, nasihatkan korang jangan pecaya la laki 100percent..hehe

sangat setuju
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 10:02 AM | Show all posts
berpada-pada. cintalah pasangan anda kerana Allah. bkn didorongi dgn hawa nafsu. iklas perihatin. kepercayaan tu penting xpi x blhlah 100% jgk. jgn jadikan mata blind or that. sebaiknya pandangan mata hati lebih sempurna. cintailah berlandaskan agama dan akhlaknya sejujurnya. paras rupa penyedap mata zahir . perlu byk berfikir ttg masa depan yg akn diterajui bersama. bkn utk sementara. insyallah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.080998 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list