CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3798|Reply: 14

Misteri Bermimpi Kematian Sendiri

[Copy link]
Post time 6-8-2013 11:21 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

Pada musim bunga 3 Mei 1812, seorang lelaki Inggeris bernama John Williams mengalami mimpi aneh sebanyak tiga kali berturut-turut. Dia bermimpi seorang lelaki bertubuh rendah memakai kot berwarna hijau gelap menembak mati Perdana Menteri England, Spencer Perceval pada bahagian dada di hadapan bilik kot kawasan lobi Parlimen.

Apabila Williams bangkit dari tidur dan menceritakan pengalaman mimpinya kepada rakan-rakan, dia ditertawakan dan mereka menganggap mimpinya itu mengarut dan sekadar mainan tidur. Walaupun menganggap mimpi itu sebagai amaran tetapi Williams tidak mengendahkannya lantaran dia sendiri tidak minat berpolitik.

Sungguhpun begitu, watak mangsa bunuh yang muncul dalam mimpi Williams iaitu Spencer Perceval turut mangalami mimpi yang sama pada malam 11 Mei 1812.

Semasa bersarapan pagi, Perceval menceritakan tentang mimpinya ditembak di dada oleh seorang lelaki gila berkot hijau gelap di lobi Parlimen kepada isterinya.

Isteri dan anak-anaknya bimbang lalu menasihati Perceval tidak meneruskan urusan rasminya di Parlimen pagi itu, namun Perceval berdegil.

Perdana Menteri itu cuma menganggap mimpinya itu sebagai mainan tidur dan dia tidak akan meninggalkan tanggungjawabnya sebagai orang penting negara gara-gara mimpi bodoh!!

Semasa Perceval berjalan menuju ke lobi Parlimen, seorang lelaki bertubuh kecil memakai kot berwarna hijau gelap mengacu pistol ke arah dada Perceval dan menembaknya. Hari itu terukir sejarah satu-satunya Perdana Menteri England mati dibunuh.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2013 11:39 AM | Show all posts
kalau mimpi mati apa maknanya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 11:57 AM | Show all posts
zulka posted on 6-8-2013 11:39 AM
kalau mimpi mati apa maknanya?

Maknanya habislah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 12:09 PM | Show all posts
lebih kurang 2 bulan lepas aku mimpi diri aku mati....
dlm roh aku - siap boleh tengok anak2 aku nangis ketika jasad ku di kafankan...
bangun2 terus insaf jap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2013 12:10 PM | Show all posts
zulka posted on 6-8-2013 12:09 PM
lebih kurang 2 bulan lepas aku mimpi diri aku mati....
dlm roh aku - siap boleh tengok anak2 aku na ...

jap je la??? smlm aku mimpi pelik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2013 12:13 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 6-8-2013 11:57 AM
Maknanya habislah.

aku ulang.... maknaya habislah.... hahaha kata org2 tua la.. klu mimpi mati panjang umur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2013 03:50 PM | Show all posts
Aku 2 x penah mimpi diri sendiri mati.

Mimpi 1: Aku dengan rileknye tengok famili aku kafan jenazah aku.  Pastu kat depan sikit orang duk gali kubur aku.  Bile bangun, takdelah rase sedih or takot ke ape.

Mimpi 2: Aku mimpi time roh nak berpisah daripada jasad aku.  Time roh aku nak naik tu, sedih giler die mase nak berpisah ngan jasad aku tu.  x lame lepas tu aku dengar kuliyah pasal kematian ni.  Rupenye betollah, penceramah tu citer, time roh nak berpisah ngan jasad, memang roh akan rase sedih sebab da lame duk same2 kan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 11:24 AM | Show all posts
aku selalu mimpi aku mati..bangun insaf sari dua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2013 11:54 AM | Show all posts
dapat mimpi mati, sepatutnya menginsafkan kita. mungkin ada amaran yg Tuhan nak bagi. tapi kalo macam tu pun kita persendakan, entah bagaimana la diri kita ni sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 12:11 PM | Show all posts
Training utk kematian sebenar...

Kena cek bekalan dah sedia atau tidak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 12:45 PM | Show all posts
mimpi basah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 04:00 PM | Show all posts
baru2 nih sy mimpi ada satu makhluk yg hodoh wajahnyer dtg pd sy dgn cara yg teramatlah garang bgtau bahawa sy akan mati dlm masa 5 minggu drp skrg ... sy kira2 penghujung bulan sept nih lah due date nyer ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 09:54 PM | Show all posts
msrosse posted on 15-8-2013 04:00 PM
baru2 nih sy mimpi ada satu makhluk yg hodoh wajahnyer dtg pd sy dgn cara yg teramatlah garang bgtau ...

Ada org nak sihir ko ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 10:09 AM | Show all posts
esbok posted on 15-8-2013 09:54 PM
Ada org nak sihir ko ke?

tu tanda2 ada org nk menyihir ke? tak der pelah .. setan jer semua tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 03:41 PM | Show all posts
laki aku plak ganas sgt mimpi..ada tu siap bangun bersilat tgh tido.. paling latest,dia azan masa tidur..bila aku kejut, dia ckp tgh bergaduh ngn hantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054437 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list