|
aku tak tahu nak letak tajuk apa ni. maybe ni kot tajuk yang sesuai. ok cerita ni sedang berlaku terhadap aku dan kawan-kawan aku. aku ingat baru nak berhenti dari ni semua, tak sangka ianya datang kembali. ingat nak cakap dekat topik lama, tapi rasa cam da melalut kan. dah pergi banyak tempat berubat pun semua nya pun suruh aku anggap kebolehan yang ada.. so, apa cerita kalini??
aku bagi review je la ye dulu. nanti baru aku citer.
cerita pasal sekumpulan kawan-kawan aku yang pergi IFTAR baru-baru ni. kebetulan aku tak pergi join sekali.
lepastu dorang ade upload gambar after IFTAR. macam biasa, aku punya sixth sense bangkit. apa yang aku nampak???
1) aura merah
2) orang dalam orang
3) bayang-bayang hitam
4) makhluk berbulu
5) situasi gambaran tangkal ilmu perang
6) ilmu penunduk
dan banyak lagi konflik yang ada. kisah ni masih belum settle dan sedang berlaku dan still misteri. akan aku ceritakan satu persatu untuk bacaan semua..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kisah bermula pada satu hari. masa tu umat islam sedang berpuasa. dan menyambut minggu-minggu terakhir bulan ramadhan.
aku join satu persatuan ni. aku merupakan admin dalam tu. jadi kami ade buat majlis IFTAR di Kuala Lumpur.
kebetulan pulak aku tak dapat menghadiri majlis tersebut. tapi aku selalu memantau rakan-rakan yang menghadiri majlis tersebut melalui
channel whatsapp dan facebook.
malam tu mereka ada la upload dan post gambar-gambar mereka semua sedang makan.. sedang lepak.. ramai-ramai macamtu. pada masa yang sama aku
terperasan sesuatu yang tak menyedapkan hati. lepastu, aku suruh mereka upload gambar yang clear sedikit.
aku rasa pelik. aura kawan aku tu dah bertukar jadi merah....
aura dia merah, lepastu aku nampak dia tapi ada dia lagi dalam diri dia.. muka dia lain.. macam licin sangat.. lepastu merah tu pekat dan berkilat.
mula-mula aku rasa mungkin dia malu-malu sebab di kenenkan dengan perempuan. dan ramai yang menyakat. tapi tak mungkin lah. sebab dia bukan orang yang macamtu.
aku abaikan je. tapi lama-lama tenung makin mengarut. orang malu muka lain. sebab pe yang aku nampak adalah aura.
jadi aku dah berfikir sendiri. kenapa ni. kenapa dengan mereka??
lepastu kawan aku yang sorang lagi whatsapp aku. gambar dia kat whatsapp. ada satu bayang-bayang hitam kat belakang dia sedang merenung tajam.
aku mula-mula buat-buat tak nampak. tapi lama-lama benda tu sangat mengganggu. kebetulan ayah dia pandai mengubat. jadi aku pun berterus terang lah dengan dia.
kenapa ada benda ikut dia balik? dia pergi mana
benda tu belakang dia bayang-bayang hitam. dia pun terkejut dengar aku cakap macamtu. jadi bermulalah sesi penyiasatan aku terhadap group yang join IFTAR malamtu.
ada di antara mereka jadi panas baran, bergaduh, cari gaduh dan MARAH dengan aku. mereka jadi panas dan baran terhadap aku. padahal aku tak terlibat pape pun.
mula-mula aku hairan, dalam bulan puasa pun still nak ada benda-benda macamni.
aku ada suruh kawan aku yang aku nampak bayang-bayang hitam tu untuk suruh ayah dia check. beberapa hari lepastu dia cakap memang ada makhluk hitam tu. macam bayang-bayang.. penunggu.
ayah dia cakap penunggu. dah kena tangkap dan masuk dalam botol.
untuk yang sorang lagi tu kiteorang ada berpakat bagi air zam zam untuk pulihkan dia.
ada yang diantara mereka yang kena cirit birit yang teruk. mereka semua blur-blur macam di pukau pun ada.
lepas beberapa hari raya, ada dikalangan mereka cari aku. minta scan sebab dia asyik bergaduh dengan dia BF dia.
aku memang tak reti nak scan orang ni. kalau ternampak yang pelik tu atas izin Allah s.w.t.
Aku suruh mereka pergi pada yang pakar. kebetulan mereka dah pergi. mereka nk confirmation daripada aku akan hal ni.
aku memang tak nampak benda yang pelik la pada mereka.
tapi tiba-tiba muncul situasi yang pelik depan mata. pasal satu tangkal.. warna hitam, petak berbungkus.. dalam ada tulisan-tulisan..
tiba-tiba aku teringat ade seseorang pernah tunjuk depan aku tangkal yang sebijik macamtu. bukan semua orang memiliki benda tu.
so, aku just bagitau mereka macamtu la. apa yang aku nmpak. aku tanya mereka, masa naik kereta or pergi mana-mana ada nampak tak tangkal tu.
takut tangkal tu digunakan tuk pengaruh mereka jadi panas baran dan bergaduh. mereka tak ingat dan blur.
aku tanya mereka apa yang orang tengok dorang tu cakap?
hasil dari mereka. apa orang tu cakap sebijik macam aku cakap la. kawan-kawan aku ni dah terkena ilmu penunduk daripada seseorang. tak tahu lah seseorang tu sapa. nanti kalau menuduh
berdosa pulak. tapi adalah suspek dalam kes ni.
mereka juga ada memberitahu pasal tangkal hitam ni.
lepas aku dengar benda tu, aku terkejut yang teramat sangat. aku pun ada nampak makhluk berbulu pada suspek. tapi aku malas nak cakap apa-apa.
aku beritahu mereka ni semua yang aku bagitau apa yang aku nampak sahaja. segala yang terjadi, ni atas izin Allah s.w.t. aku boleh bagitau, tapi aku
tak tahu cara nak prevent. sebab aku bukan bomoh, bukan dukun, aku juga tak ada belajar ilmu-ilmu nak mengubat ke apa.
so, aku sarankan mereka pergi cari orang yang pakar. check lagi details dan berubat sebelum ianya melarat lagi teruk.
sekarang, mereka semua tengah menjalani rawatan. saya berharap segala agenda or niat jahat akan terhapus. dan semoga mereka semua sihat macam biasa.
dunia semakin moden, masyarakat pun ikut hidup secara moden. tapi tak sangka, amalan-amalan sihir,pukau/ilmu hitam or apa-apa ilmu ni masih tak tinggal.
tak sangka zaman moden macamni, benda macamni pulak lagi kuat.
zaman semakin canggih, benda yang baik ditinggalkan. malah benda yang tak baik diguna pakai pada zaman macamni. Ya Allah, lindungi kami dari sebarang
bencana, dari sebarang niat jahat dan niat buruk manusia Ya Allah. sesungguhnya kami berlindung di bawah namaMU Ya Allah...
p/s: luar negara dengan perang senjata. kat sini perang dengan ilmu-ilmu yang menyesatkan.. MasyaAllah..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nape?Tak caye? posted on 11-8-2013 01:32 PM
ada gambar x?...
gambar pe ye? kalau gambar kawan-kawan tu ke? sebab kes belum selesai, saya tak mau keluarkan apa-apa bahan dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Siti_ViPs posted on 11-8-2013 01:38 PM
gambar pe ye? kalau gambar kawan-kawan tu ke? sebab kes belum selesai, saya tak mau keluarkan apa- ...
hehehe... gambar whatapps ...
dalam bulan ramadhan pun ada juga makhluk ni yer
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape?Tak caye? posted on 11-8-2013 01:45 PM
hehehe... gambar whatapps ...
dalam bulan ramadhan pun ada juga makhluk ni yer
yup.. ada je. mungkin beza dia lemah dengan tak je.. macam tahun lepas saya berhadapan dengan pendamping kawan saya.. dalam bulan ramadhan jugak.. pendamping tu mengamuk dan memberi sedikit masalah. nasib baik dah berubat dia.. tahun ni kawan-kawan saya satu kumpulan lak kene macamni.. hurm, susah nak jangka dan ramal hal-hal macamni
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya ada arahan untuk aku cuba mengubat. aku tak pernah cuba. aku boleh tau je.. actually aku penah la mengubat orang sikit2 je.. macam sakit biasa2 je...
NOW ,
aku nak kene ubat lebih kurang 10 orang yang terlibat or maybe lebih daritu. AKU MAMPU KE?? aku nak kena kuatkan diri. aku takut ada yang histeria ke apa.
aku pun tak dapat nak try sekaligus. tapi aku cuba challenge. now aku nak cari orang yang boleh tolong aku la pulak nanti ni.
benda ni kene settlekan sebelum ianya terlambat. sebab dah semakin mengarut..
even aku tak ada ilmu, aku akan cuba pastikan orang tu hancur. CHALLANGE
aku akan berpaksikan Allah s.w.t je nanti.. in sha Allah..
apa-apa hal aku akan cuba update.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|