CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3198|Reply: 1

KESAN SUNTIKAN BOTOX PADA LELAKI

[Copy link]
Post time 20-9-2013 07:00 PM | Show all posts |Read mode
KESAN SUNTIKAN BOTOX PADA LELAKI
19:38  PAPAGEGE FRENZ  NO COMMENTS










Mencipta bentuk wajah yang jelita


Sebahagian besar perempuan-perempuan di serata dunia menganggap rahang kotak mereka tidak bagus dan bersifat maskulin. Bentuk rahang yang berbentuk oval menberi satu efek feminism dan umumnya lebih disukai oleh para perempuan-perempuan. Kebiasaan mengunyah makanan keras seperti sotong kering dan sering mengetuk geraham, akan mendorong otot rahang bekerja lebih keras.


Keadaan ini disebut masseter hypertrophy atau biasanya diberi nama “rahang kotak”, yang pada sebahagian besar orang sangat merasa ragu. Patutnya, perawatan keadaan ini harus aman dan mudah tanpa apa-apa efek sampingan. BOTOX® memenhui semua persyaratan tersebut dan merupakan perawatan yang sangat berjaya untuk mempercantikkan bentuk wajah di bahagian bawah dan membentukkan rahang yang lebih ramping dan mempunyai sifat kewanitaan.

Manusia. Tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Dalam konteks kecantikan diri, masih ada segelintir baik wanita mahupun lelaki yang ingin mencari kesempurnaan dengan membuat `transformasi’ terhadap wajah mereka.
Wajah bulat mahu ditukar menjadi bujur sirih, hidung kembang mahu dimancungkan dan kulit kedut pula ingin ditegangkan seperti anak dara. Fenomena inilah yang akhirnya melahirkan salah satu kaedah suntikan untuk cantik.

Dinamakan botulinum Toxin Type A atau Botox terhasil daripada sejenis racun dikenali sebagai Clostridium Botulium. Ia dieksploitasi pakar kecantikan bagi menghilangkan kedutan dan tanda penuaan pada wajah manusia khususnya wanita. Namun botox boleh mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan anggota fizikal dan dalaman.

Bagaimanapun kalau tiga, empat tahun lepas isu penggunaan botox dikalangan artis juga selebriti terkenal baik tempatan mahupun seantero dunia, hangat diperkata.  Tapi hari ini, kisah siapa pakai botox atau betul ker dia cucuk botox?, itu bukan perkara baru malah sudah dianggap biasa. Sekalipun ada diantara mereka tegas menafi-senafinya.

Dari sudut lain, suntikan Botox juga mungkin ada persamaan dengan kaedah menanam susuk yang diamalkan segelintir masyarakat Melayu sejak zaman berzaman untuk kelihatan lebih cantik tetapi diharamkan agama. Berikut kenyataan beberapa artis tempatan dan luar negara yang pernah dikaitkan dengan penggunaan Botox.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 07:57 PM | Show all posts
dol, baru dpt elaun jadik pencacai kaa?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.195248 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list