View: 37218|Reply: 11
|
BATERI ROSAK BOLEH DIBAIKI
[Copy link]
|
|
BATERI ROSAK BOLEH DIBAIKI
Bateri adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin
kenderaan. Bateri yang lemah, rosak dan kekurangan air bateri boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Malah, kereta yang tidak dihidupkan
selama tiga atau empat hari juga boleh menyebabkan bateri lemah.
Oleh itu, pemeriksaan bateri, air dan kabelnya adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Lazimnya, kerosakan pada bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki,
tetapi tidak menjamin berapa lama hayat kuasa bateri anda akan bertahan. Antara sebab kerosakan itu tidak tahan lama ialah kerana bahagian dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali gus sukar melekatkan sebarang pelekat yang disapukan kepadanya.
Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri yang sudah retak terutama boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan kerana kehilangan kuasa bateri.
Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak dengan membaiki semula, boleh berbuat demikian dengan mengambil beberapa langkah tertentu.
Peringkat pertama, pindahkan bateri itu dan diletakkan pada lapikan plastik. Bersihkan bahagian luar bateri itu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk untuk menghilangkan tompokan berminyak dan gris.
Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak menggunakan pisau sebelum
memasukkan simen khas ke dalamnya untuk menampung kerosakan ini. Simen khas dikenali sebagai Batrepair ini boleh dibeli di kedai
aksesori kereta.
Tunggu sehingga simen yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lain.
Setelah kerja membaiki keretakan itu selesai, masukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan. Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian
daya kuasa menggunakan alat pengecas khas.
Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya
ketika enjin kereta dihidupkan. Terlalu lama mengecas bateri itu juga
boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum seperti retak.
Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan dan sekali gus, petanda anda perlu menukar kepada bateri baru. Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum ia boleh digunakan.
Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positifbateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.
Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas ke kedua-dua terminal itu.
Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke
bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.
Selain itu, kesan selaput asid itu juga boleh menyebabkan kabel bateri berkarat dan mudah terputus.
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdullilah bateri kete aku dah 2 tahun 2 bulan masih bertahan lg. x de tanda2 akan kong.
btw bateri sel kering. |
|
|
|
|
|
|
|
rase cam payah je nak buat...boleh ke buka penutup atas panel betri tu? keras semacam je....apa yg aku tahu batri ni cepat rosak bila kita tak start injin dan jarang guna..oleh sebab itu betri tak terima cas..terima cas yg berterusan ni penting untuk penjagaan betri untuk menghalang plet betri jadi berkerak..(tindak balas kimia yg bernama sulfat) sulfat ini lah yg menempal pd plet menhalang betri untuk menerima dan menyimpan cas.
aku baru nak try guna nyimpan cas lama(betri jadi kong)
i used solar power charger with solar controler for maintain bettery keep charged.
|
|
|
|
|
|
|
|
i was build my own solar car charger |
|
|
|
|
|
|
|
bateri kering ada masalah ke bila lama tak cas/enjin tak idup |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g posted on 28-9-2013 05:29 PM
alhamdullilah bateri kete aku dah 2 tahun 2 bulan masih bertahan lg. x de tanda2 akan kong.
btw b ...
pakai kereta apa ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
shazman73 posted on 28-9-2013 06:47 PM
i was build my own solar car charger
share skit gmbar solar awak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
cilik posted on 30-9-2013 11:17 AM
bateri kering ada masalah ke bila lama tak cas/enjin tak idup
barangkali
|
|
|
|
|
|
|
|
kete mpv aku tu seminggu sekali je start...
kadang2 dua minggu sekali...
memang betul, bateri tak tahan lama...
nak start asyik kena jumper je... |
|
|
|
|
|
|
|
zulka posted on 30-9-2013 11:44 AM
kete mpv aku tu seminggu sekali je start...
kadang2 dua minggu sekali...
memang betul, bateri tak ...
tak sampai setahun kan dah kong.. sebabnya bila bawak atau start kete cas yg dibawa dari alat derma cas tu akan menutral kan sulfur dari menempel kat plet2 dalam betri..kalau tak start..sulfur ini makin lama makin menebal, menghalang terima dan simpan cas.maksudnya berti jadi kong..tapikan sekarang ni teknologi dah moden pulak tu ramai lak bijak pandai, ada yg boleh cipta satu alat elektronik yg melakukan proses elektrolisis terbalik. untuk membuang sulfur tu.cam proses sadur emas gak tapi terbalik..cuba la pasang satu.. aku ade gak tempah satu, kononnya betri rosak kembali baik, dan betri baru life dia jadi tahan lama 2-3 kali ganda, seratus lebih gak harga dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
kena beli benda ni la gamaknyer...
solar car battery charger..made in japan..rare..condition baru..
saiz panjang 5.3cm..lebar 15cm..tebal 0.9cm..
function..cas bateri kereta menggunakan tenaga matahari..bateri akan lebih tahan lama..sesuai untuk bateri yang berkapasiti dari 12v-17.5v..bateri akan dicas pada waktu parking..barang complete socket,wiring dan manual book..amat mudah dipasang..letak di atas dasbord kereta @ di mana-mana tempat yang terdedah dengan cahaya matahari..socket cucuk ditempat lighter..nak wiring terus pun boleh..sesuai untuk semua jenis kereta..
berminat boleh call..lokasi putrajaya..
pos+rm10..tq mudah. |
|
|
|
|
|
|
|
zulka posted on 1-10-2013 03:05 PM
kena beli benda ni la gamaknyer...
aku baru je tahu.. dan tgk. thanks la share!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|