Sjk tgh mlm hgga skrg aku menjelajah Youtube menonton konsert Metalicca tahun 80an,90an,2000 an .
Sebuah kugiran muzik terkenal pelusuk dunia dan aku tak pernah menonton konsert mereka LIVE .
Mujurlah ada Youtube,tonton free sambil makan kacang dan biskut .
Wlupun aku sekolah arab sjk form 1,aku suka Metalicca.Lagunya boleh dihayati dan difikirkan .
Bg aku muzik itu universal dan mendengar muzik memberikan ketenangan dan idea .
Ada org membaca akan mendapat idea,ada pula berada di tepi pantai dan tasik.Idea dtg tanpa dijmeput dan kadangkala pergi sepantas kilat sebelum sempat mencatatnya.
Justeru dalam kereta aku ada buku kecil dan pen,bila idea datang ,terus menulis .Jgn nanti atau tangguh,krn ia akan hilang sekelip mata!
Ada sorg menteri poyo tanya aku bayaran kursus penulisan .Aku cakap 10 kali ganda dari artis.
Jika artis boleh dibayau RM15,000 menyanyi satu lagu sepanjang 5 minit ,aku perlu dibayau RM150,000 untuk 6 jam kursus.
Terperanjat dia mendengar jawapan aku .
Itulah cara aku mengajau politikus yg selama ini tidak ambil berat dunia penulisan.Hatta proposal aku "Universiti Penulisan" pun dibuang ke tong sampah oleh Kementerian Pengajian Tinggi .
Negara kita terlampau ramai menteri poyo dan tua .Otak pun jem.
Bagus lagi Tun M ,wlupn usia 92 tahun,otaknya masih geliga dan sihat akalnya.
Entah bila agaknya 90 % menteri dalam negara kita usia 35 tahun ke bawah .
Aku harap Malaysia mampu lahirkan 3 juta penulis dan jika seorang menulis 3 buku ,9 juta buku dihasilkan setahun .
Buku2 boeh diterjemahkan pelbagai bahasa dan dihantar pelusuk dunia .
Ketika zaman Khalifah Ma'mun ,penulis dibayau dengan emas.Jika manuskrip seberat sekilo ,emas sekilo akan diberikan.itulah cara Khalifah menghargai penulis .
Zaman ini, penulis dibayau RM200 untuk sebuah cerpen sdgkan idea menulis cerpen kdgkala sebulan .Menulsinya kdgkala 6 bulan .Sepatunya dibayau RM5000 untuk sebuah cerpen .Sbb cerpen boleh diolah menjadi novel,seterusnya menjadi drama atau filem .
3 juta penulis ,10 % dr penduduk negara .
Usaha mengasah bakat penulisan adalah tanggungjawab kerajaan,stesyen Tv,penerbit dll.
Jika sikap menteri dan persatuan berterusan poyo dan lahabau ,sampai kiamat pun negara takkan berjaya menjadi Gudang ILMU .