BANGKAI BABI HUTAN JADI LELAKI TUA BONGKOK
Disebabkan hujan turun dengan lebat mencurah - curah, Pak Tua Mahat punberhenti berteduh dahulu di bawah sebuah pokok besar. Ulung Sali yangmengekor di belakangnya bersama Saban Keme segera melencong ke bawah bukituntuk mencari daun pisang karuk. Kemudian mereka berdua datang semulamendapatkan Pak Tua Mahat lalu menyelitkan daun - daun pisang karuk itupada anak - anak kayu supaya dapat berlindung dari simbahan hujan yang lebatitu. " Hah!Dah habis basah....buat apa daun pisang karuk ni lagi??? " kata Pak TuaMahat sambil membukakan bajunya yang basah itu. Dia pun memulaskan bajunyasupaya kering. UlungSali hanya tersengih - sengih sahaja. Dia tahu memang mereka semua sudahdibasahi hujan, tetapi pabila daun pisang karuk itu disisip dijadikan atapberlindung dari simbahan hujan, tidaklah mereka berterusan basah. Setidak -tidaknya mereka sudah boleh memerah baju yang basah supaya airnya kering.Tidaklah sejuk sangat menjelang tengah malam. " Kausejuk ke, Saban? " kata Ulung Sali sambil mengerling kepada SabanKeme yang sedang berpeluk tubuh menahan sejuk itu. " His,adakan tak sejuk....." ujar Saban Keme sambil terketar -ketar. Merekabertiga berteduh di bawah pokok besar itu sambil menunggu hujan teduh. Tetapihujan di dalam hutan itu tidaklah sama dengan hujan di tengah kampung keranahujan tidak terus menyimbah ke tubuh mereka. Daun - daun pokok yang tinggimenjulang itu telah menampan hujan, menyebabkan mereka tidaklah kuyup sangat disimbahihujan. Bagaimana pun memang terasa sejuk jugalah sementara menanti hujan reda. Pak TuaMahat menyarung semula baju basahnya yang sudah diperah air itu. Dia sudahbiasa mengalami ditimpa hujan sewaktu berburu ke hutan. Kadangkala sehinggasemalaman hujan turun tidak berhenti, dia tidak ambil peduli pun. Apabila hujanreda, dia akan terus juga menyuluh mencari binatang buruannya. Menjadipantangan dia kalau masuk berburu ke hutan, apabila balik hanya dengan tangankosong. Sudah lamapula dia tidak pergi ke hutan bersama Ulung Sali. Memang Pak TuaMahat serasi benar ke hutan bersama dengan Ulung Sali , kerana merekaberdua saling bantu membantu jikalau menghadapi apa - apa masalah. Lagi punmemang Ulung Sali tahu benar akan selok belok jalan di dalam hutanpelangai itu. " Dahteduh hujan ni, Bang Mahat..... " ujar Ulung Sali sambil mendongakmemerhatikan titis hujan yang jatuh satu - satu menimpa kepala. Pak TuaMahat tidak menyahut. Dia pun keluar dari bawah tempat berteduh lalumeranduk belukar yang masih lembab akibat dibasahi hujan tadi. Ulung Sali danSaban Keme pun mengikut langkahnya dari belakang. " Lepashujan macam ni elok la " kata Pak Tua Mahat . Ulung Salihanya mengangguk. " senang la kita nampak jejak " sahutnya sambilmenahan kesejukan akibat ditimpa hujan tadi. Malambertambah gelap disebabkan awan kelam tidak disinari cahaya bulan. Selepashujan lebat turun mencurah - curah, kegelapan mula menyerkup kawasan hutantersebut. Hanya silauan lampu picit di tangan sahaja menjadi pedoman merekamencari lorong ditengah belukar di hutan berkenaan. Baik UlungSali mahu pun Pak Tua Mahat memang gemar berburu kalau ditimpa hujan.Binatang hutan juga akan keluar selepas berlindung dari hujan lebat yang turunmencurah - curah itu. Ia akan melalui denai - denai yang selalu ditempuhinyalalu akan meninggalkan jejak berlubuk akibat tanah lembut selepas ditimpa hujanitu. Mudahlah mereka mengekori denai tersebut lalu mengendap arah yang ditujuoleh binatang berkenaan. "Kawasan hutan ini banyak kijang " beritahu Ulung Sali sambil mencecap -cecap bibirnya. Memang diaselalu masuk ke situ untuk mengendap kijang. Ulung Sali tahu sangat di kawasanmana mahu menghambat rusa, kijang atau pun memipih pelanduk. Dia tahu sangatkawasan mana yang sesuai untuk mengendap ayam denak atau pun mahu menjeratnapuh. Sejak berpindah ke pelangai, dia tahu sangat akan hutan di situ. Samajuga macam Pak Tua Mahat yang amat mengetahui sangat akan ceruk solokhutan di mentaus. Sejak mereka di kampung lagi memang berburu ke hutan sama -sama menjadi kegemarannya. " Banyakkijang pun, bukannya dia nak menyerah diri kepada kita... " ujar Pak TuaMahat seakan mengejek. "Memanglah!!! " ujar Ulung Sali sambil tersengih - sengih mendengarejekan Pak Tua Mahat itu. "Rezekiyang datang bergolek pun bukannya nampak bergolek - golek macam bola, kenalahdigerakkan ketiak. Kalau tangan bersimpai, nasi di tangan pun tak dapat nakdisuapkan ke mulut!!! " katanya pula menyindir. Pak TuaMahat tersenyum sahaja. Tetapi dia percaya memang kawasan hutan itumempunyai bilangan kijang yang banyak. Hentak kaki ke tanah pun Pak TuaMahat sudah dapat mengagak sama ada terdapat kijang, rusa atau napuh yangselalu bermain di situ. Bagaimana punberburu bukanlah semudah mengendap ayam denak di pinggir kampung. Sekiranyaterdengar bunyi kokokan ayam memanjang, sudah pasti ada ayam denak yangmengekas. Bila - bila masa sahaja menggalas senapang ke situ, pasti tidak akanbalik dengan tangan kosong. Tetapi berburu ke hutan terpaksa meranduk paya danbelukar untuk mencari denai binatang. Setelah bertemu denai pun, belum tentulagi akan ditempuhi oleh binatang tersebut atau pun tidak. Kadangkala denainyaada berbekas jejak, diikuti sampai habis jejak pun tidak seekor binatang punyang kelihatan. Merekaterpaksa mencari denai yang lain pula sehingga terpaksa meranduk belukar tebalsekali pun. Setelah puas menyusur denai, mengendap dibalik belukar, menunggudibalik tabir tetapi kadangkala tiada juga seekor pun binatang yang terjongolmuncul. "Banyak manaudi hutan ni, Sali?? " soal Pak Tua Mahat sambil kepalanya terhangak -hangak memanjangkan leher. " Adajuga agaknya... " sahut Ulung Sali perlahan. "aku tak pernah carimanau. Kalau petai tu, tak berapa pokok sangat " katanya sambil terangguk- angguk kepala. Orang yangbiasa ke hutan tidak sekadar mengetahui mengenai binatang buruan sahaja, tetapijuga tahu berapa batang pokok petai yang tumbuh di setiap bukit, berapa banyakrumpun manau yang merimbun, berapa anak - anak bukit di tengah lurah bukitbesar. Kalau tidak hafal semuanya, tidak berertilah menjadi pemburu yangmengetahui setiap ceruk dan solok di hutan berkenaan. "Selalukau cari petai? " tanya Pak Tua Mahat lalu berhenti menyandarkanbadannya pada sepohon pokok di tubir lorong. " Ah! Untukmakan sendiri tu adalah juga " beritahu Ulung Sali lantas berhentijuga di depan Pak Tua Mahat. Dia kemudian menghenyakkan punggungnya ke atasbanir pokok yang menungkal tinggi itu. SabanKeme juga turut berhenti melepaskan lelah. Dia hanya mendengarkan sahajabapa mertuanya dan Ulung Sali berbual - bual mengenai hutan di situ. Lagi punmemang tabiat dia tidak suka mencampuri bila orang lain bercakap. Bagaimana punmemang Pak Tua Mahat suka mengajak menantunya itu berburu ke hutan. " Macammana Saban, penat tak ? " tanya Ulung Sali sambil mencebikkan bibirkepadanya. "Emmm,dah biasa berjalan di dalam hutan macam ni " beritahu SabanKeme sambil tersengih - sengih. SabanKeme tahu, letih macam mana pun tidak akan berasa apabila binatang buruansudah tergolek di depan mata. Lainlah kalau tiada seekor pun binatang buruanyang melintas, bukan sekadar keletihan sahaja yang menghantui perasaan malahkehampaan juga tidak dapat digambarkan yang mengguris hati. Selepasberehat beberapa minit, mereka bertiga pun meneruskan perjalanan merandukbelukar lembab di tengah kegelapan malam. Ulung Sali berjalan di depan sekalidengan memegang lampu picit bersambung ubat 6. Dibelakangnya Saban Keme yangmemegang lampu picit kecil sementara Pak Tua Mahat yang dibelakang sekalihanya menggalas senapang patah laras duanya sahaja. Sekali sekalaSaban Keme akan tergelincir apabila kakinya terserandung akar - akar yangmerintangi jalan, tetapi cepat - cepat pula dia berpaut pada anak - anak kayu.Lorong di tubir bukit juga menjadi licin akibat ditimpa hujan yang turunmencurah - curah sebelumnya tadi. Namun Ulung Sali masih juga tidak menemuidenai kijang yang dicari. Kalau tidak menemui denai kijang pun, manalah tahumereka akan menemui denai rusa pula. Mereka tidakakan kehilangan jejak sekiranya sudah bertemu dengan denai binatang buruan.Melihatkan bekas jejaknya sahaja, Ulung Sali sudah tahu berapa lama denai itutelah ditempuhi. Dia akan dapat mengagak sejauh mana binatang buruan itu telahmeninggalkan denainya. Ke mana arah yang ditujuinya? Semuanya sudah dihafali didalam kepala Ulung Sali . Apalagi PakTua Mahat yang sama masuk ke hutan dengannya. Dia tahu benar akankebolehan Pak Tua Mahat kalau sudah menjejakkan kakinya ke tengah hutan.Binatang buruan tidak akan dapat lari ke mana apabila denainya sudah ditemuioleh Pak Tua Mahat. Bekas jejak binatang tersebut akan dipasaknya ke tanahhingga binatang berkenaan tidak dapat bergerak jauh. Tatkala PakTua Mahat sampai menggalas senapang, bintang tersebut hanya akan tercegatsahaja menunggu bidikan senapang patah berlaras dua Pak TuaMahat berdentum meletup. Sekali gus pula pelurunya akan melayang hinggapmencari sasaran di kepala. Binatang buruan itu akan tergolek menggelupur dengandarah membuak - buak di kepala. Serentak dengan itu, Ulung Sali akanmenerkam sambil menghunuskan parangnya lalu menyembelih ke batang leher. Merekaberdua sudah cukup mahir kalau berburu binatang di dalam hutan. " Takjumpa denainya lagi, sali? ' Tanya Pak Tua Mahat sambil menghelakan nafas. "Belum,bang.... " sahut Ulung Sali sambil menggelengkan kepalanya. "Agaknya fasal hujan tadi ni... " Saban Keme pula mencelah. " diapun tak mahu keluar " kata Saban Keme lagi sambil tersengih - sengihsemacam gelihati sangat apabila kenangkan rusa, kijang dan napuh pun kesejukkanditimpa hujan sampai tidak mahu keluar dari tempat persembunyiannya. "Ah!Kalau ada rezeki tak akan ke mana " ujar Ulung Sali memberikan keyakinan.
|