CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3120|Reply: 5

Apa Yang Harus Diketahui Tentang Minyak Enjin

[Copy link]
Post time 7-10-2013 11:49 AM | Show all posts |Read mode



Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.

Pelinciran yang kerap:

Minyak pelincir mengalir turun ke takungan di bahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin dihidupkan pada waktu pagi. Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan dirinya sebagai selaput untuk melindungi karburxxor, tuil injap, lengan hayun dan hujung injap.




Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang dan mempunyai campuran bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran enjin dalam keadaan yang terlampau panas dan sejuk. Pennzoil ialah minyak yang dicipta khusus untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu kelajuannya.

Perlindungan daripada asid yang menghakis:

Wap dan gas dihasilkan apabila petrol atau bahan api dibakar. Apabila enjin yang panas menjadi sejuk, sebahagian dari wap itu menjadi tebal dan campur dengan gas untuk menjadi asid yang menghakis di sekeliling lingkaran (enjin), selinder, dan piston. Ini mengakibatkan bahagian-bahagian itu terhakis atau berkarat. Kejadian ini bagaimanapun dapat dikurangkan sekiranya ada pelinciran yang kerap.

Menjaga kebersihan enjin selalu:

Pembakaran petrol atau bahan api juga menghasilkan enapan jelaga dan karbon. Minyak pelincir yang baik akan mengapungkan bahan-bahan sampingan itu supaya tidak terkumpul di bahagian sekeliling ruang pembakaran sehingga menganggu penyalaan enjin, perjalanan yang menyulitkan dan akhirnya kehilangan kuasa. Ia lebih efektif untuk dibuang dengan menggunakan MACC.

Apabila minyak enjin kereta anda ditukar pada lain kali, harap perhatikan warna minyak enjin yang ditukarkan dari ruang bawah enjin. Minyak pelincir yang baik akan mengalir keluar dari enjin dengan warna hitam legam kerana ia mengandungi partikel yang dilekangkan dari tepi-tepi ruang pembakaran dan yang akan dikeluarkan dari enjin apabila minyak enjin ditukar.

Sekiranya minyak pelincir yang mengalir keluar dari enjin itu bersih, ini bermakna kotoran sudah tertinggal di dalam enjin. Selepas suatu tempoh yang panjang, bahan-bahan yang tertinggal itu akan menghakis bahagian enjin.

Apabila ini berlaku, mintalah mekanik anda supaya memasukkan pennzoil ke dalam enjin. Kemudian anda saksikan warnanya apabila ditukar nanti. Anda akan mendapati warnanya hitam kerana minyak itu dapat membersihkan bahagian-bahagian yang dilekati bahan-bahan berkenaan. Pembersihan ini hanya dapat dilakukan oleh minyak yang bermutu sahaja.


http://www.jagakereta.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2013 02:24 PM | Show all posts
mana nak dapat minyak ni? macam mana pakai minyak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 02:22 PM | Show all posts
semua pengeluar minyak engine claim minyak dia yg paling bagus.

dah la jgn tertifu. aku pki minyak murah jerk. prestasi engine sama jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 05:37 PM | Show all posts
Fakta ka Auta?

ada pomen cakap yg enjin lama lebih 6 tahun tak elok pakai minyak yg cair, nt enjin leaking.

contohnya dari awal guna 5W 30, bila keta masuk 6 tahun better guna 10W 30 lak....

mohon pencerahan........
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2013 12:24 PM | Show all posts
ni artikel promote minyak penzoil...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2013 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkisah la promote minyak apa..infonya menarik bagi aku yg kurang arif bab ni.selama ni pakai HKS je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042112 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list