CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1980|Reply: 0

Periksa Paras Minyak Brek

[Copy link]
Post time 7-10-2013 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Antara komponen keselamatan yang PALING penting dalam mana-mana jenis kenderaan, brek adalah yang pertama. Tidak ada gunanya jika kereta anda dilengkapi dengan 10 air bag sekalipun, tetapi brek tidak berfungsi dengan baik.

Brek berfungsi untuk memperlahan dan memberhentikan kenderaan. Tidakkah anda terfikir bagaimana daya yang kita kenakan pada pedal brek hanya sedikit, tapi boleh mencengkam tayar sekuatnya pada kelajuan 100 km/j malah lebih lagi.

Hal ini kerana sistem brek menggunakan konsep hidraulik. Dengan sistem hidraulik, daya yang sedikit mahu menghasilkan tenaga output yang tinggi. Sebab itulah hanya dengan menekal pedal secara ringan, brake pad sudah mampu menekan brake disk/drum brake dengan kuat sekaligus mampu membuat emergency brake.

Tahukah anda apakah komponen utama dalam sistem hidraulik?

Jawapannya adalah MINYAK!

Minyak brek tersebut sebenarnya adalah minyak untuk sistem hidraulik ini. Jika minyak kurang, sudah pasti ia akan memberikan kesan pada keberkesanan membrek.




Walaupun pada asalnya paras minyak brek adalah normal, tapi lama-kelamaan ianya boleh berkurangan disebabkan kuasa mampatan yang berlaku dalam sistem hidraulik ini.

Satu contoh mudah untuk memahaminya:

Apa akan terjadi jika kita didihkan sup terlampau lama? Lama-kelamaan ia akan menjadi likat bukan?

Ia menjadi likat kerana jarak antara molekul-molekul bertambah rapat disebabkan proses pendidihan yang terlalu lama.

Tapi kalau anda mampatkan sesuatu cecair dengan kerap, ia juga boleh menjadi likat kerana molekulnya telah menjadi rapat.

Sebab itulah kenapa minyak brek boleh berkurangan walaupun tiada kebocoran berlaku. Jadi anda hanya perlu tambah sahaja minyak brek tersebut.



Tapi untuk satu tempoh nanti, minyak brek tersebut harus diganti sepenuhnya kerana mungkin cecair brek yang likat telah terlalu banyak dan mengganggu keberkesanan sistem brek. -

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040393 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list