View: 2710|Reply: 11
|
Hanya mendambakan kebahagiaan..
[Copy link]
|
|
Salam..confuse saya nak story masalah ni di board mana..just nak tanya pendapat kalian, rakan-rakan..moga ada yang ikhlas dan jujur dalam memberi pendapat..insyaAllah..
Saya insyaAllah merancang utk berkahwin pada tahun hadapan..yang mana selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan..if tiada aral melintang. Cuma, pasangan wanita saya, pernah berkahwin tahun lepas. Tapi perkahwinan dia berakhir lebih kurang setahun..saya difahamkan bekas suaminya merupakan kaki pukul, kuat menipu, bermain judi, malas pergi bekerja dan mencuri harta keluarga. If blh, saya tak nak cerita keburukan bekas suami dia..tapi saya tahu mesti ada rakan-rakan tertanya-tanya, punca pasangan saya bercerai kan..so terpaksalah..sebab saya nak pandangan dan komen yang dapat memahami cerita saya, if tak secara detail pun.
Dipendekkan cerita, ibu bapa pasangan saya ada membawa pasangan pergi berjumpa dengan ustaz ketika pasangan dalam proses bercerai..ustaz ni mendakwa bekas suaminyanya ada berjumpa bomoh..termasuk bomoh siam. Ini bermaksud, kemungkinan besar bekas suaminya menggunakan ilmu pengasih dalam memiliki hati pasangan saya dahulu.. (mereka kenal dan berhubungan selama 6 tahun sebelum kahwin). Senang cakap, pasangan saya hanya nampak keburukan bekas suaminya hanya selepas kahwin. Ini bermaksud, jika sebelum kahwin if ada adik beradiknya menceritakan keburukan teman lelakinya (bekas suaminya), pasangan saya tidak akan percaya. Hanya selepas kahwin baru dia nampak keburukan bekas suaminya seperti bermain judi, selalu memukulnya dan lain-lain.
Selepas sahaja mereka bercerai, bekas suaminya masih menganggu pasangan saya sampaikan pasangan terpaksa menukar no HP..jika tidak ditukar, HP nya asyik mendapat sms dan panggilan dari bekas suaminya..bekas suaminya sampai mengugut untuk datang ke tempat kerja..dan pernah juga cermin keretanya dipecahkan (tidak tahu angkara siapa..tetapi pasangan saya mengesyaki angkara bekas suaminya). Jadi..ketika saya dan pasangan tengah bahagia dalam menikmati momen sekarang..selain masih menjaga batas-batas perhubungan..memang tak dapat dinafikan baik saya mahupun pasangan, tidak dapat lari dari risau memikirkan, samada if benar bekas suami pasangan saya pernah berjumpa bomoh dan membuat ilmu guna-guna sebelum ini, jadi tidak mustahil untuk dia menggunakan sihir pada masa hadapan, utk samada menganggu hubungan kami..mahupun cuba memiliki kembali pasangan saya untuk menjadi miliknya.
Saya dan pasangan teringat insiden-insiden sihir terhadap suami isteri seperti
1) Menyebabkan hubungan dan komunikasi suami isteri ini terasa panas dan tegang tanpa sebarang punca yang sahih..
2) Suami gagal melakukan hubungan suami isteri terhadap isterinya..sedangkan suaminya tiada masalah kelakian.
3) Isteri teringat bekas kekasih or seseorang yang bukan suaminya tanpa sebarang sebab..dan rasa menyampah melihat muka suami tanpa sebarang sebab.
4) Lain-lain.
Maybe baik saya dan dia terlalu risaukan perkara ini..tapi ia tidak mustahil berlaku..sebab takkan ustaz itu hendak menipu..? Dan if ada langkah-langkah pencegahan sekarang yang boleh dilakukan, maybe lebih baik dilakukan daripada tidak berbuat apa-apa. Saya hanya pesan kepada pasangan, supaya menjaga solat 5 waktunya dan berdoa semoga, apa yang kami risaukan ini tidak berlaku.
Saya sebagai orang islam, agak pelik macamana ada orang Islam lain yang tahu kebenaran agama Islam tetapi sanggup bersekongkol dengan jin syaitan demi mencapai hasrat duniawi? Apakah tiada akhirat untuk mereka? Ke tidak tahu betapa besar dosa sihir itu..? Saya tidak mahu menuduh bekas suaminya samada betul atau tidak dia pernah menggunakan ilmu pengasih kepada pasangan saya..just mampu berdoa supaya dia mendapat hidayah.
Saya dan pasangan tengah bahagia sekarang. Semoga kami dapat membentuk satu keluarga yang diredhai Allah..yang mana hasrat kami ingin menjadi pasangan keluarga yang hidup berlandaskan kehidupan di dunia dan akhirat..insyaAllah..moga apa yang kami rancang menjadi kenyataan..dan sebagai manusia, memang kita tidak dapat lari dari menerima ujian dan rintangan. Tapi biarlah ujian atau rintangan yang dapat dilihat dari mata kasar..dan semoga ia bukan sihir..moga dijauhkan. Amin..
Doakan saya dan pasangan kawan-kawan. Last edited by last_forum on 8-10-2013 03:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru syak je ni brader.. xtau lg tahkan hanya bekas laki mem ko ni gile talak je. Hehe. Tp.. worst come to worst, kalo btl tekaan korg tu korg kene cari something la kan utk pastikan berkekalan.. ya aku doakan semoga segalanya berjalan dgn lancar |
|
|
|
|
|
|
|
amalkan ayat-ayat yang berkaitan menghalang sihir sbg pendinding diri lah ... tanya ler kat ustaz2 ayat yang baik diamalkan... sy hanya tahu ayat kursi je pun... apa pun moga dpermudahkan...
nti kalau dah selamat kwin.... soh ustaz pagar umah korang siap2 ... orang dengki kita tak taukan ... baik berjaga2 tambah dah pernah ada kes mcm nie... takut jugak kalau dia letak apa2 kat kawasan rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks... |
|
|
|
|
|
|
|
As Salam..
Teruskan niat nak berkahwin tuh...mende baik...dgn niat yg ikhlas..InsyaAllah diberkati..
Ilangkan la segala fikiran2 negatif ttg bekas somi bakal isteri...sentiasa doakan yg terbaik utk..korang suami isteri dan xsomi isteri...minta Allah beri petunjuk dan hidayah...
Sentiasa amalkan solat berjemaah....kat rumah dan masjid jika ada masa....
banyakan bersedekah dgn ikhlas walau dgn 20 sen...dan amalkan sedekahkan Alfatihah utk diri sendiri, isteri dan semua umat islam lepas solat
sentiasa bersangka baik...
amalkan doa2 pelindung dan amalan sunnah....
InsyaAllah segala2nya akan dipermudahkan dan diberi kebahagiaan..Ammmeeennn..
|
|
|
|
|
|
|
|
akula203 posted on 9-10-2013 03:30 AM
As Salam..
Teruskan niat nak berkahwin tuh...mende baik...dgn niat yg ikhlas..InsyaAllah diberkat ...
lega membacanya..terima kasih banyak-banyak..
|
|
|
|
|
|
|
|
pasangan anda;belum berkahwin dengan pasangannya dulu xnampak buruk pasangan dia sebab tengah cinta maut...bila dah kawin nampak buruk je...sebab dah dok sekali/bersama nampakla buruk2 yang dicover dulu.....
kenapa percaya benda syirik...bomo xterpakai..ustaz tidak akan menuduh begitu..orang sekarang berani je main2 ayat alquran..utk dapatkan duit...
nasihat saya..kenapa libatkan diri dengan masalah macam ni..tapi ko pun cinta maut juga dengan pompuan tu,,maka ko dok nampak buruk expasangan je la..nanti duduk sekali ko pula nampak keburukan pasangan ko..
kadang2 pompuan kena pukul semua tu asal dari pompuan tu juga..provoke xhingat..
heheehe..pendapat aku xmenepati apa yang ko minta ...
carilah pompuan yang xdak masalah bro...tapi ko pun cinta maut..dah bahgia kekdahnya patut xde masalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam perempuan je gaya menulis |
|
|
|
|
|
|
|
artcrime posted on 6-12-2013 11:34 AM
calling for @hantukiller kasi sepatah dua kata wak.. ;)
Tak tau la nak beri sepatah dua kata
Tapi yg senang ialah, dah terniat nak kawin tu, kawin jek, mintak Allah sentiasa melindungi, mintak Allah jaga, dan mintak pada Allah apapun tanpa malu dan jemu.
Jangan takut pada sihir dan sebagainya sebab tipudaya syaitan itu lemah
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 6-12-2013 02:46 PM
Tak tau la nak beri sepatah dua kata
Sepatah dua je wak.. ni berpatah2 dah hehehe..
Kalau tt was was wak buleh ajarkan zikir2 kan.. mcm kat thread2 mistik yg aku baca..
Tp kalau ikut situasi TT ni lebih kepada was2..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|