View: 4629|Reply: 16
|
HIMPUNAN KISAH SERAM KELUARGAKU
[Copy link]
|
|
As Salam pembaca MPS,
Selama ni saya cuma jadi silent reader je kat sini. tapi hari ini rsa macam terpanggil nak taip kisah seram (kalau tak seram jangan marah aku ye) yang terjadi di kalangan keluarga aku. selamat membaca
1. ABANG IPARKU BERTEMU POCONG
Cerita ini diceritakan oleh abang ipar aku pada zaman muda beliau. Belaiu ni masa zaman muda adala belajar silat. budak-budak kampung disitu memang rajin join silat, selain untuk mempertahankan diri , nilah aktiviti yang mengisi masa lapang bebudak ni. Nak dijadikan cerita, abang ipar aku ni kira dah last2 sem mcm tu, kira dah nk tamat belajar silat, malam tu tok guru dia pesan yang sesiapa yang belajar silat ni selalunya akan didatangi "ujian". tok guru dia x sebut plak bentuk2 ujian tu. ujian tu untuk menengok sejauh mana kekentalan hati si pelajar2 silat tu.
Nak dijadikan cerita, pada suatu malam, setelah selesai menjalani sesi pembelajaran silat, beliau pun bertolak balik dengan menaiki motor cabuknya.jam waktu tu menunjukkan pukul 12 mlam. sedang dia membonceng motosikal beliau, beliau tiba2 terpaku dan menekan brek motor beliau betul2 di hadapan titi batu (titi batu ni macam jambatan, tapi kecik, sebab tu panggil titi). apa yang beliau nampak adalah sesusuk tubuh berbalut putih macam hantu pocong (memang pocong pun). mukanya hitam dan matanya merah menyala. entiti tu betul2 pandang tepat kat muka abang ipar aku.
tapi abang ipar aku ni tetap kool(padahal dalam hati cuak).dia mula teringat kata2 tok guru dia, yang pesilat ni akan didatangi ujian. mungkin ni kot ujian untuk beliau.. dengan slamber dia cakap kat pocong tu, "eh, hang tepi sikit, aku nak lalu". tapi pocong tetap keras kat situ. aku cakap kat abag ipar aku, kenapa tak langgar ja pocong tu?. dia cakap kalau kita langgar pocong tu, memang kita ditimpa sakit. macam meracau camtu la. banyak kali jugaklah abang ipar aku dok suruh pocong tu tepi tapi tak nak jugak dia berganjak.
tiba2 datang satu kereta nak lalu laluan yang sama jugak, pocong tu tiba2 lesap. mungkin sebab dia nampak cahaya kot, dia lari la..so, abang ipar aku balik dengan selamatnya...Sekian.
nantikan pengalaman aku mendengar tangisan cik ponti.
|
|
|
|
|
|
|
|
2. AKU SEBAGAI MINAH KILANG
selepas tamat SPM aku terus amik keputusan nak kerja kilang. Perjalanan dari rumah kilang ambil masa 1 jam. akau pegi kerja naik van kilang. masa tu aku kerja shift malam, so abis shif pukul 9 malam. aku kerja kilang sama dengan kakak aku dan kawan sekampung aku. mula2, brader yang bawak van kilang tu akan hantar kakak aku dulu.
masa tu musim pencuri masuk rumah orang, so demi keselamatan aku, memandangkan aku orang terakhir yang brader tu akan hantar, kakak aku ofer tidur umah dia malam tu, esok pagi dia hantar la. tapi aku tolak sebab memang nak balik umah malam tu. kawan sekampung aku pun ajak jugak tido umah dia, tapi aku tolak jugak. tak sangka penolakan aku tu mengundang padah pada aku..
bila sampai kat rumah, brader van kilang letak aku depan titi. time tu umah aku pakai titi kayu lagi, umah nampak cerah, maknya mak aku tak tidur lagi. lega rasa. aku pun jalan dengan slambernya seperti malam2 biasa sebab memang tak rasa apa pun. umah aku ni rumah papan, so bila nak masuk umah kena panjat tangga kayu. buka pintu rumah, aku panggil la mak aku.tapi takde sahutan. lampu memang terbuka, umah cerah.
mungkin mak dah tido. aku pun masuklah dalam bilik mak, cek kot2 mak xde. dalam hati memang dah cuak. umah kampung, mesti pasang kelambu kan sebab nyamuk banyk. aku pun selak la kelambu tu....jeng..jeng..jeng
mak aku memang takdak da kelambu tu, aku memang sangat2 terkejut cuma tak pengsan ja.badan aku terus bergetar, peluh mencurah2.terus terpaku.
dalam keadaan takut tu, aku dengar macam tangisan orang besar, macam meratap...dengar bunyi pokok ditiup angin. angin serta merta bertiup kencang. aku pun tak faham. aku terus nangis kuat2. tangisan aku lagi kuat dari tangisan makluk tu. aku terus lari kat ruang tamu, dok diam2 sambil tekan hanset kol adik aku. adik aku suka melepak malam2. adik aku terus balik rumah.
lega sangat bila dengar bunyi moto dia, tapi aku still menangis lagi. sambil nangis aku cerita kat adik aku , aku dengar bunyi orang menangis. sambil dok cerita tu, makluk tu berbunyi lagi, adik aku pun penakut, terus ajak aku keluar dari rumah tu. tak sanggup nak dengar bunyi tangisan tu lagi. tunggu kat luar sampai mak abah balik rumah. bunyi tu terus stop.
malam tu mak abah aku takdak, pergi ceramah agama. memang aku marah lah mak aku tak bagitau yang diorang takdak kat rumah. sampai hati diorang..nasib cik pon tak menjelma jadi mak aku...huhuhu
Sekian. Last edited by aminsaniah on 10-10-2013 09:13 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Cool giler abg ipar hang.
|
|
|
|
|
|
|
|
lawak jugakk cerita hang nii TT..tapi teras juga seram nyee |
|
|
|
|
|
|
|
WOOO scary klu bell pengsan dah tu |
|
|
|
|
|
|
|
abang ipar aku memang kental. dulu dia pernah kerja jaga kolam udang. bila malam dia ditugaskan periksa samada kipas oksigen udang tu berfungsi ka tak. sambil2 dok cek tu, tiba2 atas kepala cik ponti dok bersiar2.dia buat tak tau. esoknya slumber ja cerita kat bini dia(kakak aku la).macam jumpa kengkawan gitew.. |
|
|
|
|
|
|
|
3. ABAH DIDATANGI SEKUMPULAN MANUSIA BERJUBAH PUTIH
waktu tu dikampung aku memang tiap-tiap hari ada je orang meninggal dunia. tapi bukan meninggal dunia sebab misteri, sebab sakit tua, eksiden dan sebagainya. kebanyakan yang meninggal tu kawan abah.
pernah satu hari tu abah cakap kat mak. "bila la agaknya aku ni nak mati, kawan2 suma dah mati". mak pun marah abah sebab cakap yang bukan2.kira abah ni nak mati cepat , sebab tak mau dah hidup, takut dosa lagi bertambah.
pada suatu malam tengah2 tido, abah bangun dan dengar orang panggil dari luar rumah. abah bangun dan terus bukak tingkat umah, umah kami kan umah papan, so bukak lah tinggap papan tu, abang terus sahut, "ya, nak apa jumpa aku" sambil pejam mata. sebenarnya abah tengah mengigau tu. mak pun pelik tengok abah, abah masuk balik bilik. mak tanya abah 'mana ada sapa panggil". abah terus diam dan tidur.
esoknya, mak tanya abah ada orang datang ke malam tadi. abah pun cerita yang masa dia bukak tingkap tu, dia nampak sekumpulan manusia (lelaki) berjubah putih, berserban datang panggil abah. tapi bila abah sahut balik kumpulan tu diam je dan hilang ditelan kegelapan malam. aku ingat abah dah nak meninggal malam tu...huuuu
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
4. SUAMI JUMPA CIK PONTI MASA DI HOSTEL
cerita ni diceritakan oleh suami aku masa dia dok hostel. dibelakang blok hostel dia memang ladang kelapa sawit. disebabkan kerajaan nak bina sekolah baru, ladang kelapa sawit abis ditebangnya. kiralapang la kawasan belakang hostel tu dan syarikat pembinaan bina pagar zink sepanjang proses pembinaan tu.
satu malam minggu, suami dan kawan dia bersantai tengaok dvd dekat bilik menonton sambil hisap rokok (curi2 hisap rokok la ni)..dalam pukul satu camtu, bila dah selesai tengok tv, diorang pun gerak masuk dorm. ondaway nak masuk dorm tu, suami aku terpandang pagar zink yang dibina tu, apa yang dia nampak...jeng..jeng..jeng
kak ponti sedang duduk bercangkung atas pagar zink tu, dengan rambut panjang, muka x nampak sebab gelap kan. suami aku tak puas hati, patah balik tengok balik kot2 dia salah tengok.rupa-rupanya memang makluk tu. apalagi lari tak cukup tanah lah diorang..tulah, nakal sangat..kan dah kena sakat dengan cik ponti...takla seram sangat kan cerita ni..tapi layan kan jelah ye kawan2..
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Okay next..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
cite pendek tp best.. sila sambung lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
5. SERANGAN ORANG MINYAK
negara pernah digemparkan dengan isu serangan orang minyak yang menjadikan anak dara sunti sebagai mangsa. kampung aku tidak terkecuali dari terkena serangan ni. sejak serangan tu, setiap malam kaum adam dekat kampung aku akan buat rondaan termasuklah abah aku.
suatu malam, orang yg buat rondaan nampak kelibat orang minyak ni di tengah2 sawah belakang rumah aku. namapaklah lampu2 suluh dok mencari orang minyak tu tapi sebenarnya makluk tu ada bersembunyi di rumah kami tanpa kami perasaan. yela, orang minyak boleh berupa pelbagai binatang antara kucing hitam.
umah aku memang ramai anak dara, kak aku 3 orang berusia belasan dan puluhan tahun,aku masa tu sekolah rendah lagi dan adik aku.(kan ramai tu anak dara ).memang haruslah rumah kami jadi sasaran org minyak tu. masa dia masuk rumah kami tu jelmaannya adalah kucing hitam. kami semua nyenyak tido, cuma mak je yang x tido.
bila mak nak lelapkan mata, mak nampak satu ekor kucing hitam atas alang(umah xdak siling, terus nampak bumbung umah) memang nak melompat ke bawah. mak dah standby buluh kuning sebab benda alah ni kan takut buluh kuning. mak tunggu je binatang melompat (boleh tahan jugak berani mak aku ni).bila dia melompat ke bawah, dengan serta merta mak aku ketuk kepala kucing tu dengan buluh kuning.lari lintang pukang lah makluk tu.
sebenarnya kami pun tak pasti kucing tu orang minyak @ kucing betul. sampai sekarang dok tertanya2. kalau kucing betul, memang naya la kucing tu..hehehe..lepas kejadian tu, esok malamnya abah ajak suma anak2 tido rumah tokwan, tido ramai2 sebab takut jadi apa2.
Sekian. Last edited by aminsaniah on 10-10-2013 03:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
aminsaniah posted on 10-10-2013 02:30 PM
5. SERANGAN ORANG MINYAK
negara pernah digemparkan dengan isu serangan orang minyak yang menjadik ...
kalau la tu kucing betul memang kesian lah kucing tu. |
|
|
|
|
|
|
|
6. JELMAAN KAWAN2
semasa bujang, kakak aku bekerja di bandar dan duduk umah sewa (apartment). setiap bulan akak akan pulang ke kampung dan pada hari ahad di balik semula la, sebab ari isnin nak kerja kan. satu hari beliau pulang ke rumah sewa, waktu jam pukul 10 mlm. bila bukak je pintu, nampaklah 4 orang housemate nya dok tengok tv dekat ruang tamu.
dia pun berlalu lah masuk ke bilik tanpa tegur kawan2 dia tu, kawan2 dia tu pun takde plak tegur dia. dia pun dah penat drive dr kampung nuu terus masuk bilik. tiba2 henset kakak aku berbunyi, dilihatnya nombor housematenya. dengan sedikit tanda tanya dalam hati dia terus angkat tepon.
"hello" jawab peah (kakak aku-bukan nama sebenar)
"peah, ko dah sampai umah belum, ko nak kirim apa2 tak, kami ada kat luar ni, kat kedai makan"
kak aku terus terdiam..ulpss
terus dia letak tepon, terus keluar dari bilik nak tengok siapa yang dok tengok tv td.kot2 kawan dia nak usik dia kan. tengok ja ruang tamu, sunyi sepi, tv pun tak terbukak. terus akak aku cuak. tawakal ja dia
esoknya terus cari rumah lain, n pindah umah..
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
org minyak tu tu boleh menjelma ye?
aku baru tau...
aku ingat org myk tu lumur minyak kat bdn dia je..
xtau lak leh menjelma |
|
|
|
|
|
|
|
Dadadi posted on 10-10-2013 03:55 PM
org minyak tu tu boleh menjelma ye?
aku baru tau...
aku ingat org myk tu lumur minyak kat bdn dia ...
masa heboh kes orang minyak ni, ramai yang cakap dia menjelma jadi kucing hitam. sejauh mana kesahihnya tak tahu lah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|