CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99952|Reply: 19

Tanda Kelopak Mata Bergerak – Eksklusif

[Copy link]
Post time 17-10-2013 11:13 AM | Show all posts |Read mode

Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Lantas, mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali.

Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata. Memandangkan mata merupakan antara anggota tubuh yang penting, orang Melayu mempunyai banyak firasat tentang pergerakkan pada keliling mata serta penglihatan mata yang berkunang-kunang.

Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.

Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 11:26 AM | Show all posts
hehehhe....

mak iols pulak terbalik kalau

gatal tapak tangan kiri nak terima duit

gatal tapak tangan kanan

nak buang duit....

semua tu hanya kebetulan kan

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:26 AM | Show all posts
gud info tt..keep it up..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:35 AM | Show all posts
good info pasni bole gune pakai la information ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:43 AM | Show all posts
hahaha mybe or just kbetulan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:21 PM | Show all posts
Saya amati agak betul juga (pengalaman saya la) iaitu kalau gatal tapak tangan kanan tu nak dapat duit, kalau belah kiri pula tanda nak abis duit ler... selalunya memang mcm tu lah... kekekek..  

ada banyak benda yg kita tak dapat kaji.. benda yg berkaitan dgn "relationship" misalnya... aritu dalam  astro ada tunjuk di Amerika ni pakar apa tah dia buat mcm ni.. pada pasangan suami isteri ke kekasih ke, padang mata sesama mereka sekejap kemudian dia cubit tangan salah seorang, pasangan nya akan merasa juga,..

apa2 pun itulah kebesaran Allah.. ilmu manusia amat terhad
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2013 12:45 PM | Show all posts
bestttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 02:35 PM | Show all posts
xnak caya sgt...cuma yg sy caya..mata kiri gerak nak nangis/sedih/susah ati, belah kanan jumpa org jauh..lelain malas nak pk..yg baik dtg dr Allah, kalau yg buruk mintak dijauhkan.Innalillahiwainilahirojiun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 03:33 PM | Show all posts
akak nie dah 2 bln.. mata kanan asik gerak2.. tapi ada hari la...
nak gi jumpa doktor.. tapi tak pegi2 lagi..
ini mungkin sbb urat saraf..

nak kata jumpa org jauh.. takde pun.. nak kata dpt kemewahan.. takde jugakkk

agaknyer soh akak jumpa doktor jer kot..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
good info tapi xnak la taksub sgt kan..
kebiasaan bila kelopak mata kanan tandanya nk tgk sesuatu yg baik atau jumpa org yg dh lama x jmpe..
kalau mata kiri tandanya nak melihat sesuatu yg buruk atau pun menangis..

saya anggap sebagai petunjuk dari Allah..bila bergerak mata maka berdoalah agar kebaikan itu membawa kebaikan pada org sekeliling dan jika keburukan harap dapatlah diberikan kesabaran..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:13 AM | Show all posts
baca aje sesambil tambah ilmu
cuma jgn terlalu percaya sgt
anggap klu berlaku itu semua kebetulan sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:47 AM | Show all posts
aku plak tiap kali kelopak mata belah kiri aku berdenyut2....mmg akan ade bende x brape elok nk jd...
aku da kaji ...kekekee...semuanye mmg mengena...mmg menjadi

xpenah miss pun ...mmg akan ade je bende jadi..

tgn kanan gatal tu mmg jarang2 dpt...tp betol gak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkunang kunang tu apa dia?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 03:51 PM | Show all posts
sy bukan nak percaya sgt...tp setiap kali bahagian bwh mata belah kiri bergerak..memang confirm akan nangis. Dah memang banyak kali jadi. tak kira la nangis sebab baca novel, tengok drama atau gaduh. Kadang2 bila bergerak je dah terfikir nak nangis sebab apa plak hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 04:50 PM | Show all posts
mummyn80 posted on 18-10-2013 03:51 PM
sy bukan nak percaya sgt...tp setiap kali bahagian bwh mata belah kiri bergerak..memang confirm akan ...

yeah,sama lah kita..mmg selalu sgt kebetulan tu..klu kelopak mata belah kiri bergerak mesti ada yg nangis pastu.. pernah dulu pagi ada bergedik2 kuat sgt mata ni, ptg tu sy ada gaduh besar ngn opismate pasal keja smpi menangis2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:12 PM | Show all posts
mata aku tiap pagi payah mau buka,
tiap petang mata asik nak terkatup2
waktu malam pula jam 10 terus terkatup
camana tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
skang ni kelopak mata kiri asik gerak
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 11:48 PM | Show all posts
sy takmo percaya masalahnya saya sering laluinya
tak tau nak kata kebetulan ke tidak
sbg contoh tiap kali saya akan blk kg atau ada sedara mara nk dtg umah saya mata sy mmg mengerdip sendiri
ini bukan sekali dua tetapi setiap kali ok..

cth nk raya haji baru2 neh mmg sy akan blk kg kan so 2-3 minggu sblm tu mata mmg asik nak mengerdip

sama juga kalo sy dpt tau minggu neh ada adik sy nk dtg umah ke,maka mata mengerdip

kebiasaannya kalau mata mengerdip mmg konpem sy blk kg

kalo xde ngerdip makna just plan je nk blk kg tp xblk pun.
adakah ini kebetulan??
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 07:45 AM | Show all posts
selipar_hijau posted on 18-10-2013 12:37 PM
Berkunang kunang tu apa dia?

Mungkin seakan-akan melihat cahaya berkilap-kilap pd mata, sebab i pernah mengalaminya sebelum dapat migrine...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 09:37 AM | Show all posts
kadang2 semua yg jadik tu hanya kebetulan aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055526 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list