CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1827|Reply: 0

Wee Wern ke suku akhir Terbuka AS

[Copy link]
Post time 17-10-2013 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Pemain skuasy nombor dua negara, Low Wee Wern.


PEMAIN nombor dua negara, Low Wee Wern menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat 2013 di Philadelphia, pada Rabu.

Pada pelawanan peringkat suku akhir kedua yang diadakan di gelanggang kaca di Kline and Specter Squash Center di Drexel University, pemain nombor enam dunia berusia 23 tahun itu, menewaskan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir dalam perlawanan sengit lima set dengan 7-11, 11-8, 7-11, 11-9 dan 11-8, yang berlangsung selama 66 minit.

"Ia sememangnya, satu daripada kemenangan terbaik saya, tetapi saya tidak berasa tertekan ketika pertandingan, jadi saya hanya perlu cekal dan ia (kemenangan) seolah-olah memihak kepada saya hari ini," kata Wee Wern yang dipetik dari laman sesawang kejohanan, www.usopensquash.com.

Beliau akan bertemu pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England pada separuh akhir.

Laura menempah tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Kasey Brown dari Australia dalam perlawanan empat set yang berlangsung selama 55 minit dengan 10-12, 11-4, 11-8 dan 11-5.

Pada Selasa, ratu skuasy negara yang pemain wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David melangkah ke separuh akhir kejohanan selepas menewaskan pemain Ireland, Madeline Perry pada peringkat suku akhir pertama.

Nicol akan menentang pemain New Zealand Joelle King, yang menewaskan pemain pilihan keempat Alison Waters dari England.

Perlawanan separuh akhir akan diadakan hari ini pada 5 petang waktu tempatan (5 pagi Jumaat, waktu Malaysia).

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.061941 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list