CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3776|Reply: 17

Cinta Pudding Caremel

[Copy link]
Post time 20-10-2013 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Part 1
                  Hari ini genap 3 bulan Ramia Qaisara dan kawan-kawannya meninggalkan alam persekolahan.Dalam masa yang sama Ramia Qaisara membantu kakak sulungnya menjaga kedai perabutmiliknya kerana kakak Ana sedang menunggu saat –saat menimang cahaya mata yangke 3.Hari ini juga keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan.Debaran akan terasa bagi setiap pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM apabila keputusan akan diumumkan. Begitu juga dengan Ramia Qaisara.Sebagai pelajar hanya itu yang dia mampu lakukan hanya doa…doa…doa…
                 

Hatinya berdegup-degup dengan kencang dan resah kerana takut apa yangdiimpikan tidak akan tercapai. Dia bertawakal dan pasrah kalau ditakdirkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia nanti tidak memuaskan kerana dia sudah sedaya-upaya melakukan yang terbaik.Sedang leka membuat kerja di kedai ,Mia Qaisara dikejutkan dengan aluanan Terima kasih Cinta dari telefon bimbitnya..Hanya telefon bimbit butterfly yang mampu dia miliki.Itupun simpati daripada Kak Nia kakak keduanya yang kini berada di Kuala Lumpur mengikuti suaminya.Biasa la kalau pompuan dah kawin pasti mengikut suaminya kan ?? Nanti bila sampai masa kita juga begitu…hihi…adoiii apasal fikir sampai nak kawin segala..keputusan SPM pun belum dapat lagi..hehehe…Tangannya segera mencapai telefon bimbitnya yang berada diatas meja dan tertera nama Ina didalam skrin.Dia menjawab dan suara merdu Ina berada diluar talian.
               

          “Assalamualaikum Mia, sibuk ke? tahu kan keputusan SPM kan diumumkan hari nie?”Tanya Ina bersungguh-sungguh.Kedengaran suara Ina sikit gementar kerana masing-masing memikirkan keputusan yang akan diperolehi sebentar nanti.Gementar mana pun Ina tetap akan dapat keputusan yang cemerlang.Anak cikgu kata kan..Pasti akan ikut kepandaian ayahnya yang tercinta.
               

        “Waalaikumusalam..tak sibuk la..Mia tengah check harga almari yang baruaje sampai kelmarin.Tak sempat nak selesaikan kelmarin sopagi nie terpaksa selesaikan bcoz nanti kalau ada  pelanggan takda Mia kelam-kabut.Dah tahu coz semalam diberitahu dalam berita kan?”Sambil bercakap melalui telefon ,mata Ramia Qaisara tertumpu pada invoice yang berada dihadapan.Hati berdebar-debar .
                  

       So macam mana ya? kita nak pergi ambil keputusan sekali ke atau Mia nak pergisendiri ?kalau nak pergi sekali dengan kami , kami pergi berkumpul kat kedai Mia, boleh ke?” tanya Ina.
                    

         “Kita pegi sekali la cozramai-ramai kan best dan tak terasa janggal sangat.Mia dah cakap kat Kak Ana.Dia bagi Mia cuti separuh hari.Kejap lagi Ina bagitahu yang lain,suruhmereka kumpul kat kedai Mia boleh ke ?”
                    

        “Okey..Dalam pukul 11.00,kami semua kan berkumpul kat situ.Assalamualaikum”
                  

         “Okey ..kita jumpa nanti ..Waalaikumusalam.”Selepas Ramia Qaisara  mematikan telefon bimbitnya,dia menyambung kembali kerja yang terbengkalai.
                    

          Sedar tidak sedar jam menunjukkan pukul 11 pagi.Kedengaran riuh-rendah suara kawan-kawannya sudah berada didepan kedainya.Ada yang merasa cemas,ada juga yang takut dan ada juga ceria kerana percaya mereka akan lulus dengan cemerlang.Ramia Qaisara segera bersiap dan mendapatkan kawan-kawannya untuk bersama-sama ke Sek.Men.Keb.Tunku Putra (SMKTP).Perasaan Mia semakin gementarkerana takut keputusan yang diharapkan tidak tercapai.Tapi semua itu sudah berlaludan dia redha keputusan yang akan diperolehi nanti.Buat apa nak fikir sedangkan sebelum ujian buat slamber aja..hahaha.. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ini yang akan menentukan masa depan bagi semua pelajar.
                 

Semua bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra yang akanmengambil keputusan SPM dikehendaki berkumpul didewan bersebelahan bilik guru. Kedengaran pengumuman daripada guru yang terlibat.Ramia Qaisara dan kawan-kawannya berjalan seiringi ke dewan yang disediakan.
                  

       Tiga bulan membuat hal masing-masing dan hari ini hari yang palinggembira kerana dapat berjumpa kembali rakan-rakan lama.Hari ini juga hari yangakan menentukan masa depan dengan keputusan yang akan diumunkan .Ramia Qaisara bersama-sama kawan-kawan rapatmya dan yang lain-lain bersiap sedia kerana keputusan akan diberikan dalam masa beberapa minit lagi.Debaran kian terasa dihati semua pelajar terutamanya mereka berempat.
               

         Beberapa minit,pengumuman telah dibuat dan semua pelajar dikehendaki mengambil keputusan peperiksaan SPM mengikut kelas yang terdahulu.Setelah keputusan berada ditangan pelajar-pelajar,pelbagai raut wajah yang dipamerkan.Ada yang berduka dan ada yang gembira malah juga yang melompat-lompat serta turut juga yang mengalir airmata.
               

         Ramia Qaisara dan rakan-rakan yang lain berpuas hati dengan keputusanyang mereka perolehi. Setelah selesai mereka membuat keputusan untuk meraikanbersama-sama sebelum masing-masing sibuk mengisi borang untuk ke Institut Pengajian Tinggi Awan atau Institut Pengajian Tinggi Swasta malah memasuki Tingkatan Enam(Pra Universiti).
              

              Ina mencadangkan kepada semua untuk meraikan kejayaan mereka di KFC tempat mereka selalu melepak semasa masih di Tingkatan 5 dahulu.Semuamenyetujui cadangan Ina.Dalam setengah jam mereka sampai ke tempat yang ditujui.Masing-masing menunjukkan muka yang ceria kerana keputusan yang diperolehi memuaskan hati.
               

            Setelah selesai memesan makanan,mereka berempat memilih tempat yang agak terselindung kerana tidak mahu majlis mereka mengganggu pelanggan yang laindengan gelak-ketawa.Biasa bila berkumpul ada saja yang ingin diceritakan kerana sudah tiga bulan membuat hal sendiri dan ketika ini melepaskan kerinduan yang terpendam sebelum mereka semua menjejak kaki ke pusat pengajian tinggi.Selepas ini mereka akan berpisah untuk mencapai cita-cita masing-masing.
                 

           “Mia…lepas nie nak sambung belajar kat mana?”Tanya Ina sambil menyuapkan ayam goreng KFC didalam mulut.Ani dan Tie memandang tepat kearah Ramia Qaisara menanti jawapan daripadanya.
                  

          “Tak tahu lagi.Ina,Ani dan Tie pulak macam mana?”
                  

          “Entah la.. maybeIna akan isi borang ke Maktab Perguruan kerana Abah dengan Mak Ina nak Ina jadi guru macam mereka berdua.” Terang Ina.Ibu dan bapa Ina adalah guru yang mengajar di Sekolah Rendah manakala ibu-bapa Tie bekerja sebagai doctor dan membuka klinik sendiri.Ibu bapa Ani bekerja sebagai petani dan juga kedua orang tua Ramia Qaisara bekerja sendiri dengan menguruskan kedai runcit secara kecil-kecilan.Mereka tidak memilih darjat dalam berkawan kerana masing-masing ikhlas dalam persahabatan.
                  

         Maybe Ani akan sambungke Tingkatan 6 aje kot.”Sampuk Ani.Mereka semua memandang ke arah Ani apabila mendengar perjelasan daripada kawan baik mereka.
                 

        “Keputusan Ani cemerlang jugak kan ?kenapa tak minta IPTA aje ?”TanyaTie penuh tanda-tanya.Ramia Qaisara yang leka menghirup air milo ais juga mengangguk-angguk menyetujui kata-kata dari Tie.Begitu juga Ina.
                  

         “Kamu semua mesti faham kan ? orang tua Ani tak mampu nak tanggung perbelanjaan untuk  ke Universiti nanti.Adik-adik Ani ramai yang masih bersekolah.”
                  

          Mereka semua mengangguk-angguk kepala.Mereka semua faham yang Ani dari keluarga yang tidak senang.Ani merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik yang kesemuanya masih bersekolah.
                       

       “Tapi Ani boleh buat pinjaman wang PTPTN kan?”
                     

        Ina memberipendapat.Ina mengenggam tangan Ani penuh simpati.Dalam mereka bertiga Ani yang paling tabah menghadapi dugaan yang melanda kerana dia sudah biasa hidup dalam kesusahan.
                     

          “Itu Ani tahu tapisebelum dapat wang PTPTN ,kita terpaksa gunakan duit kita dulu kan?Ani tak nak menyusahkan orang tua yang telah banyak berkorban demi kami adik-beradik.Kalau Ani sambung ke Tingkatan 6 ,Ani akan perolehi biasiswa so tak la menyusahkan mereka lagi.Selepas itu Ani akan berusaha untuk melanjutkan ke Universiti.”Terang Ani.Kedengaran suaranya sedikit sebak.
                       

       “Kami akan sokong apayang Ani lakukan dan sebagai kawan baik,kami semua nak Ani tahu yang kamibertiga akan sentiasa berada diantara satu sama yang lain dan akan salingtolong-menolong sedaya-upaya.”Mereka semua berpelukan sesama sendiri.Drama sedih la pulak..hehehe.

Last edited by samiramieya on 20-10-2013 01:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2013 04:12 PM | Show all posts
Minggu ini minggu yang paling sibuk buat semua pelajar lepasan SPM kerana masing-masing mengisi borang untuk ke IPTA atau IPTS.Ramia Qaisara mengambil cuti dua hari daripada Kak Ana kerana terpaksa ke Bank dan Pejabat Pos untuk menghantar borang-borang yang telah diisikan.                    
                        
              Setelah semua urusannya selesai,Ramia Qaisara menumpukan perhatiannya sebagai pekerja dikedai perabut milik kakaknya.Dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini ,Ramia Qaisara kelihatan agak sibuk kerana banyak pelanggan baru yang datang untuk membeli perabut dikedai milik kakaknya.Tidak terlayan kerana minggu depan merupakan cuti sekolah dan kebanyakkan orang akan mengadakan kenduri kahwin.Kedai perabut milik kakaknya akan sibuk dengan pelanggan yang akan membeli perabut baru untuk majlis kahwin yang akan diadakan.
                           
             Terlalu sibuk dengan kerja,Mia tidak sedar yang 3 bulan sudah berlalu.Asyik menyiapkan akaun kedai, alunan telefon bimbit miliknya berbunyi.Tangannya segera menekan butang jawab dan kedengaran suara Ina berada diluar talian.
                        
             “Assalamualaikum Mia..busy ke? Dah 3 bulan kita tak jumpa?biasa la orang tu kan businesswoman ?”Perli Ina sambil ketawa .
                           
               Ramia Qaisara sedikit ketawa mendengar kata-kata daripada kawan baiknya.
                           
              “Mana ada..Ina tu yang terlalu busy sampaikan lupa Mia kat sini dan asyik melancong aje.Bila Ina balik dari Bali?”
                           
              “Amboiii !! mana ada Ina lupa..Ina ingat semua kat kawan-kawan Ina tapi bila time shopping Ina lupa semuanya.”kedengaran suara Ina ketawa dengan kuat sekali.
                          
              “Semalam Ina sampai Langkawi dan abah bagitahu yang Ina dapat masuk Maktab Perguruan.Mia dapat sambung kat mana-mana ke ?”
                           
              “Yaka ? Mia lupa coz banyak sangat keja kat kedai sejak akhir-akhir nie. Tahniah Ina.Maybe tak kerna takde surat apa pun yang Mia terima sekarang nie kecuali ke Tingkatan Enam?Ani dengan Tie pulak macam mana?”
                           
              “Ani pun macam Mia.Dia bagitahu tak dapat sambung kat mana-mana jugak tapi kalau dapat pun pasti dia tak pegi kerna dia dah bagitahu yang dia akan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam.Tie cakap dia dapat sambung ke UPM dalam jurusan Perakaunan.”jelas Ina dengan detail sekali.
                           
             “Ohhh…tahniah buat semua kawan-kawan Mia.Mia selalu doakan yang kawan-kawan Mia akan dapat yang terbaik.”
                             
             “Terima kasih coz doakan kami semua dan juga selalu doakan untuk Mia juga.Mia…kalau dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 ,Mia pegi tak ?”
                             
            “Tak tahu la nak cakap..mungkin Mia akan terus keja dengan Kak Ana.Lagipun kesian dekat Kak Ana kerna takde orang nak tolong dia jaga kedainya nanti apabila dia bersalin.”Jelas Ramia Qaisara.
                              
           “Bagaimana dengan masa depan Mia?”Tanya Ina dengan nada sedikit lantang.
                           
            Dia kecewa dengan keputusan yang diambil Ramia Qaisara untuk tidak melanjutkan pelajaran ke menara gading sedangkan keputusan SPM Ramia Qaisara agak memuaskan.
                              
           “Itu Ina jangan risau.Apabila sampai waktunya Ramia Qaisara akan sambung kembali pelajaran sampai ke menara gading.Insyaallah.”
                             
           “Mia ingat tak yang kita pernah berjanji akan sama-sama ke menara gading tapi kenapa Mia yang mengingkari janji kita?Mia ikut la jejak Ani sambung pelajaran ke Tingkatan enam boleh kan?”Pinta Ina.
                             
            “Mia minta maaf kat Ina kerna Mia tak boleh.Mia tak minat untuk ke Tingkatan Enam.Mia janji apabila sampai waktunya nanti Mia akan sambung kembali pelajaran dalam bidang yang Mia minati.Mia harap Ina akan sokong Mia?”
                           
               “Ina akan sokong Mia tapi Mia ambil keputusan yang tak menjaminkan masa depan Mia.Tanpa pelajaran kita tak akan ke mana Mia.Ingat ..orang senang-senang boleh tipu kita kalau tiada ilmu didada.”
           
                      “Mia tahu semua tu tapi keputusan Mia murtamad dan Mia berharap sangat yang Ina akan sokong keputusan ini?”

                                 “Suka hati Mia la..Ina takda hak nak paksa.Bye Assalamualaikum.”

                                 Ina terus mematikan telefon bimbitnya tanpa mendengar kata-kata daripada Ramia Qaisara.Mia terkejut dengan tindakan daripada kawan baiknya itu.Hatinya sedikit terkilan kerana kawannya itu tidak memahami keputusan yang dibuat olehnya.

                                 Malas rasanya memikirkan tindakan Ina sebentar tadi dan dia segera menyambung kembali kerja yang terbengkalai.Leka meneliti invois,dia dikejutkan dengan suara orang memberi salam.Ramia Qaisara segera bangun dan melihat siapa gerangan suara itu kerana hari ini hanya dia seorang sahaja yang berada didalam kedai.Abang Mat pemandu lori tidak berada dikedai kerana keluar menghantar perabut yang dipesan oleh pelanggan.

                                 Kelihatan seorang perempuan sedang membelek-belek perabut yang membelakangkan badannya.Mia berjalan mendekati perempuan itu sambil menyalurkan pertolongan.Macam ku kenal tapi dimana ya?Ramia monolog sendirian..

                                 “Ya cik ,boleh saya bantu ?Cik nak cari apa ya?”Tanya Ramia Qaisara.

                                  “Saya perlukan khidmat Cik untuk menolong saya mencari perabut untuk rumah baru saya.Boleh Cik Mia cadangkan yang mana satu perabutnya?”

                                 Ramia Qaisara semakin pelik kerana perempuan itu tidak menoleh kearahnya apabila bercakap dan dia seperti kenal dengan gerangan suara dihadapannya. Last edited by samiramieya on 20-10-2013 04:13 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 04:15 PM | Show all posts
Ramia Qaisara segera menyentuh bahu dan dengan segera perempuan itu menoleh kearahnya sambil ketawa terbahak-bahak.Kelihatan muka lucu Zana dan dengan segera Ramia Qaisara menampar badan Zana kerana mengenakannya.
                                 
                     “Bestnyerrrr makcik dapat kenakan aku?kau tak keja ke?”

                                    “Aduhhhhh …sakit la minah kerek …aku gurau aje nak tengok kau pandai layan pelanggan ke tak? Kau tu bukan boleh harap sangat ,asyik melekat aje kat laptop tu layan email dan Facebook.Pejabat aku tutup dan untuk pengetahuan cik Ramia oiii,hari nie hari sabtu so semua orang cuti.Takkan aku nak keja ngan toyol-toyol or dinding dan perabot kot?”Zana mengangkat-angkat keningnya seperti Ziana Zain dalam lagu puncak kasih.

                                  “Mulut tu takde insuran la tu?aku tengah buat keja dan laptop aku tak on pun sejak pagi tadi tahu.Yaka? ingatkan kau suka kawan ngan toyol-toyol?ada apa kau datang jumpa aku nie?”Ramia Qaisara ketawa.

                                  “Amboiii perli aku lar tu?kau tu yang asyik kawan ngan perabut-perabut nie aje,cuba la lepak kat depan tu .Boleh juga tengok orang lalu lalang.Nie tak asyik terperap kat didalam kedai aje.

                                 Minda pun boleh blurrr tau?saja aku datang lepak ngan kau dan aku kesian kat kawan aku yang sorang nie kerana takde kawan nak bersembang.Takkan kau nak bersembang dengan perabut-perabut nie kan? nanti kesian kat kawan aku sorang nie coz takut orang kata dia gila cakap ngan perabut?kalau tak sudi aku balik aja” Kedengaran suara Zana ketawa dengan kuat.

                                 “Sedapnyerrrr mulut kau ya makcik???bukan orang yang akan kata kat aku tapi mulut longkang kau yang duk kata kat aku dari tadi kan?kalau datang nak kutuk aku biar tak payah datang pun takpe.Aku tak sakit hati dan kau tak dapat dosa kering kutuk aku.”

                                 Ramia Qaisara sebal dengan kata-kata Zana tapi dia tidak pernah mengambil hati kerana sejak dulu lagi mereka berdua suka bercakap sesuka hati.Mereka sudah kenal benar hati budi masing-masing.Zana adalah kawan rapatnya sejak dibangku sekolah rendah lagi tetapi mereka terpisah apabila memasuki sekolah menengah apabila Zana melanjutkan tingkatan satu diSekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri kerana dia tinggal bersama-sama kakaknya dipekan Kuah.Sejak itu hubungan mereka sedikit renggang dan kembali rapat sejak Zana kembali tinggal bersama-sama orangtuanya berdekatan rumah Ramia Qaisara.

                                  “Alahhh…relax  arrr,takkan itu pun nak merajuk kot?aku gurau la..Ramai  pelanggan hari nie?Kau dapat sambung belajar tak?”Zana berjalan seiring dengan Mia ke kerusi yang disediakan.

                                    “Aku dapat sambung ke Tingkatan enam dan kau macam mana pulak?nak terus bekerja ke atau nak sambung belajar ?”

                                     “Aku terus bekerja coz result aku tak memuaskan macam result kau.Kau lain..orang bijak pandai katakan.”

                                      “Kalau result aku okey ,takkan aku hanya dapat sambung ke Tingkatan enam aje.Sebab result aku x okey larr tu.Jangan duk perli aku ,kan makan kertas nie kan?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 08:29 PM | Show all posts
Dia sedikit terkilan kerana tidak mendapat tawaran ke mana-mana universiti-universiti tempatan.Dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang penulisan kerana bercita-cita ingin menjadi novelis yang berjaya tetapi apakan daya rezeki tidak menyebelahinya.
  
                                    “Result kau bukan x memuaskan tapi kau belum ada rezeki sekarang ..mybe tahun hadapan mana tahu kan?kau akan perolehi apa yang kau hajati.Itu pun nak marah ke,aku gurau lah.Aku puji pun salah.”

                                    Zana  tahu yang Ramia Qaisara sedih kerana impian untuk menyambung pelajaran ke menara gading tidak kesampaian. Kedengaran suara Ramia Qaisara yang sedikit kecewa membuat hati Zana tersentuh. Dia  juga tahu kawan baiknya itu terlalu mengharap untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dan menjadi penulis novel terkenal.Itu adalah impian Ramia Qaisara dari dulu sampai sekarang.Dimata Ramia Qaisara tergambar perasaan yang sangat kecewa.

                                  “Entah la..mybe kot,bagaimana dengan keja kau?kawan aku yang sorang nie kan anak emas bos.”Perli Ramia Qaisara mengangkat keningnya sambil tangannya ligat menulis harga perabut yang baru sampai.Perbagai-bagai perabut yang dipamerkan.

                                    “Amboiii !! sedapnyerr perli aku..Kau lain adik bos dan anak emas bos pun tetap kuli tau ? x sama seperti kau,adik bos katakan dan datang lambat pun takde siapa nak marah kan?”Tangan gatal Zana menekan-tekan kalkulatur yang berada dihadapannya.  

                                     “Kita sama aje.Tetap gak pekerja.Bila kau nak kenalkan aku dengan boyfriend kau?”

                                      “Boyfriend mana pulak?”Tanya Zana sedikit terkejut.Dia berjalan membontot Ramia Qaisara apabila Mia bangun untuk meletakkan tanda harga pada almari-almari yang dipamerkan.   

                                     “Alahhh..buat terkejut pulak ?mana aku tahu boyfriend kau dan berapa banyak kau ada boyfriend yang aku tak tahu?”Perli Ramia Qaisara.
  
                                 Tangannya ligat menampal tanda harga pada almari.Zana mengekori Ramia Qaisara daripada belakang.Tangannya ligat menyentuh almari-almari yang dipamerkan. Kelihatan sangat teratur apabila almari yang dipamerkan diatur mengikut kualiti kayu seperti jati dan solid.

                                       “Nak serkap jarang aku la tu?aku mana ada boyfriend dan kalau ada pun kau orang pertama yang akan aku perkenalkan.Kau adalah kawan terbaik aku.”

                                       Zana segera memeluk bahu Ramia Qaisara serta tangan kanannya memicit hidung Ramia Qaisara.Kelihatan hidung Ramia Qaisara kemerah-merahan. Ramia Qaisara segera menarik tangan Zana kerana hidungnya merasa pedih dengan tindakan kawannya itu.Zana ketawa terbahak-bahak.

                                        “Sakit laaaa ..cik kak oiii.”Sambil tangannya menggosok hidung yang kemerah-merahan.Zana segera meminta maaf.Sudah lama berada di kedai perabut Ramia Qaisara,Zana meminta diri untuk pulang.
                                          Mia bersiap-siap untuk pulang kerana jarum jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.Sampai dirumah Ramia Qaisara segera membersihkan diri kerana sudah lewat untuk menunaikan solat asar.
  
                                    Usai solat,Ramia Qaisara bersiap-siap untuk menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga.Leka menyiapkan makan malam ,kedengaran telefon bimbitnya bernyanyi-nyanyi.. ‘Sapa yang cal aku waktu senja nie’ fikir Mia sendirian.Dia berlari-lari anak mendapat telefon bimbitnye dan kelihatan nama Ani diskrin telefon bimbitnya.

                                     “Assalamualaikum Mia ..sory ya ganggu maghrib-maghrib nie?”

                                       “Waalaikumusalam …xpa Ani,ada apa cal Mia nie?”Tanya Ramia Qaisara sambil berjalan ke dapur kerana ikan masih berada didalam  kuali.Tangan kanannya menyalih-alih ikan cencaru goreng yang berada didalam kuali kerana takut kehangusan.

                                     “Ina ada cal Ani dan dia bagitahu yang Mia taknak sambung belajar ,betul ke?”Tanya Ani.
                                       “Bukan Mia tak nak sambung tapi Mia tak dapat mana-mana tawaran pun so Mia rasa lebih baik Mia tolong kak Ana jaga kedai.Pasal tingkatan enam tu ,Mia minta maaf coz Mia tak berapa minat nak sambung belajar.”Jelas Ramia Qaisara.Dia tahu Ina masih marahkan dia dengan keputusan yang diambilnya.
                                        “Tapi…kalau Mia sambung ke Tingkatan enam pun Mia boleh kejar cita-cita ingin menjadi penulis novel jugak kan ?Mia boleh ambil jurusan sastera.”
Ani menggeleng-geleng kepalanya dan dia tahu Ramia Qaisara seorang yang tegas dengan pendiriannya.Kalau dia tidak mahu pasti tiada sesiapa pun yang boleh membangkangnya.
   
                                     “Itu Mia tahu tapi Mia tak minat nak sambung ke Tingkatan enam so Mia harap Ani faham dengan keputusan nie?Mia harap semua kawan-kawan Mia dapat sokong keputusan yang Mia buat.”Pinta Ramia Qaisara kepada Ani.
  
                                       “Okey…kalau itu keputusana Mia,kita semua sebagai kawan baik akan sentiasa sokong dan ada disamping Mia jika perlukan pertolongan. Ani doakan satu hati nanti impian Mia untuk jadi penulis akan tercapai.”
   
                                       “Thanks Ani..Mia sayang kamu semua.”Kata Ramia Qaisara sedikit sebak.Airmatanya mengalir ke pipi dan tangannya segera menyapu airmata yang mengalir deras dipipi.
  
                                          “Most welcome Mia,kami semua juga sayang kan Mia dan akan sentiasa ada disamping Mia.Dimana kita berada sekali pun kita tetap akan berkawan sampai bila-bila.Tentang Ina tu,Mia jangan terasa dengannya coz dia nak yang terbaik untuk Mia dan Ani akan jelaskan pada dia nanti.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 11:53 AM | Show all posts
Selesai berborak dengan Ani,Ramia Qaisara mencapai computer ribanya untuk menyambung kembali mengarang novelnya.Tangannya berlegar-legar menaip sesuatu diatas keyboard.Sudah beberapa hari dia tidak mengarang novel kerana kesibukkan di kedai.Banyak perabut jati baru sampai dan terpaksa menyemak kembali perabut-perabut yang dihantar oleh pembekal kerana takut ada yang tidak tercicir dari penghantaran.
  
                                        Malam ini Ramia Qaisara tidak dapat memberi tumpuannya untuk mengarang novel kerana hatinya masih resah.Dia sedikit terkilan kerana kawan baiknya Ina tidak memahami keputusan yang diambilnya.Ramia Qaisara sebak mengenangkan kembali persahabatan yang terjalin diantara mereka yang bertahun-tahun akan renggang gara-gara keputusannya untuk tidak melanjutkan pelajaran.Diantara mereka berempat ,Ramia Qaisara paling rapat dengan Ina tetapi sekarang Ina merajuk dan marah dengannya kerana dia mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan pelajaran.

                                       Teringat kembali kenangan dibangku sekolah menengah bersama-sama kawan-kawannya membuat Ramia Qaisara tersenyum sendirian.Peristiwa mereka berempat dikejar kambing hitam kerana ponteng dari sekolah ketika guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan tiga membuat majlis bacaan yassin.Bagaimana Ina menjerit dan mereka berlari lintang-pukang dan sorakkan pelajar-pelajar lain yang melihat membuatkan muka mereka kemerah-merahan menahan malu dan takut.

                                   Keesokkan didepan perhimpunan sekolah ,mereka sekali lagi menahan rasa malu apabila Cikgu Aziz,guru disiplin mengumumkan tentang tindakan mereka berempat. Namun mereka berempat bernasib baik kerana Cikgu Aziz tidak mengumumkan nama-nama mereka dan cuma dia memberitahu jawatan yang disandang oleh mereka sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.

                                    Sejak dari peristiwa itu,meraka berjanji tidak akan mengulang kembali perbuatan itu dan akan belajar bersungguh-sungguh untuk SPM yang akan tiba beberapa bulan lagi. Kenangan itu akan sentiasa segar dalam ingatannya untuk selama-lamanya.Dia berjanji sendirian,persahabatan yang terbina sejak dibangku sekolah Menengah itu akan dia pertahankan dan tidak mungkin akan putus begitu saja.

                                     Ramia Qaisara segera Off  kan computer ribanya kerana dia tidak dapat memberi tumpuan untuk mengarang novel.Dia segera mencapai novel “Manisnya Cinta”.

                                     Fikiran tertumpu pada watak Nazmi  seorang pilot yang bertanggungjawad,  sabar dan baik hati.Terdetik perasaan kecil ingin memiliki pasangan hidup seperti Nazmi watak dalam novel “Manisnya cinta, Firdaus(watak Biarlah Ym Berbicara) dan Syafi (watak Saat Kau kata Cinta).”Watak yang dihidupkan dalam novel-novel tersebut membuat sesiapa yang membacanya akan terasa ingin memiliki pasangan hidup seperti mereka.

                                     Dia sedikit berangan dan hatinya sedikit terdetik.Bahagia rasanya jika dia mempunyai pasangan hidup seperti watak2 dalam novel yang dia minati.Seorang yang bertanggungjawab,baik hati, pandai menjaga hati pasangan,hencem dan yang paling dia sukai beriman kepada yang Maha Esa.

                                   Ramia Qaisara teringat kembali ketika dia mula meminati novel dan dihalang oleh emaknya kerana menurut emak membaca novel membuang masa dan tidak berfaedah tetapi minatnya mendapat sokongan daripada Kak Nia ,kakaknya yang kedua dan adik kepada Kak Ana.

                                Dia tersenyum apabila mengingat kembali nama-nama yang diberikan oleh kedua orang tuanya kepada mereka empat beradik iaitu Suhana Qistina,Rania Qaimelda,Ramia Qaisara dan Sulia Qaizatun.Pernah dia mengusik emaknya mengambil nama-nama itu dalam novel kerana memberi nama yang begitu unik untuk mereka semuanya tapi emaknya menidak sekeras-kerasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 11:54 AM | Show all posts
Kata emaknya nama-nama yang diberikan kepada mereka adalah daripada kesukaan emak sendiri yang terlalu taksub menyukai huruf  Q dan sebab itu emak meletakan nama kedua dimulai huruf Q.

                              Ketika itu mereka semua sedang bersembang diberanda rumah dan apabila mendengar penjelasan daripada emak,mereka semua saling berpandangan dan tersenyum.Huruf Q memberi impak yang besar kepada emak dan sampaikan semua anaknya sanggup diletakkan huruf Q dipangkal  depan nama.

                                “Emak..emak…emak…kalau emaknya melahirkan anak lelaki pasti emak akan menamakan Que Haidar..seperti nama pelakon yang juga suami kepada Cikgu Linda iaitu cikgu tarian yang mengajar pelajar-pelajar ekademi fantasia.”

                                  Dia tahu emaknya terlalu taksub meminati huruf Q.Tapi nasib tidak menyebelahi emak kerana emak melahirkan semuanya perempuan iaitu mereka empat beradik.

                                Mia teringat kembali semasa Kak Ana ingin memperkenalkan Abang Qabil kepada keluarganya dan emak yang sibuk menanyakan nama kepada abang Qabil.Apabila abang Qabil memberitahu namanya Qabil Khan dan merupakan keturunan Pakistan disebelah emaknya dan melayu disebelah bapanya.Emak tersenyum dan mengangguk-angguk.Mereka semua ketawa saling berpandangan.

                               Ketika itu ayah bergurau mengatakan pilihan Kak Ana adalah tepat kerana memilih nama menepati citarasa emak dan kemungkinan akan menjadi menantu kesayangan emak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2013 11:56 AM | Show all posts
Mendengar kata-kata daripada ayah membuatkan mereka semua ketawa terbahak-bahak dan abang Qabil yang ketika itu tidak mengetahui apa-apa yang dimaksudkan tercengang-cengang.Akhirnya kak Ana menjelaskan secara terperinci kepada Abang Qabil dan akhir Abang Qabil turut ketawa.

                                 Kak Nia yang banyak membeli novel-novel untuk dihadiahkan kepadanya sehinggalah dia membuat mini perpustakaan didalam biliknya menempatkan koleksi novel-novelnya.Dia membeli rak petak untuk menempatkan koleksi novel-novel miliknya yang tersusun rapi.

                                 Sejak bekerja dengan kak Ana,dia mula membeli beberapa naskah setiap bulan sehingga koleksi novelnya menjadi banyak.Penulis-penulis novel yang paling digemarinya seperti Aisya Sofia,Damia Hanna,Hanni Rasul dan penulis-penulis novel yang baru kerana dia ingin melihat cara-cara penulisan.Keinginan untuk menjadi penulis novel semakin membuak-buak dan dia akan terus mempertahankan cita-cita itu.

                                  Kak Nia yang banyak memberi semangat kepadanya dan kakak itu sentiasa menanyakan perkembangan novel yang dikarangnya.Walaupun Kak Nia sibuk dengan kerja dan berada jauh di Kuala Lumpur tapi kaknya itu masih ada masa menanyakan perkembangan novelnya setiap minggu.

                                Sebab itu dia begitu rapat dengan Kak Nia berbanding Kak Ana dan adik Tun kerana mereka berdua mempunyai minat yang sama dalam membaca novel dan mengumpul koleksi novel-novel.Kak Ana dan adik Tun mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang perniagaan.

                                 Pernah sekali mereka berempat berbual diberanda dan menanyakan keinginan apabila sudah dewasa kelak.Adik Tun beria-ia ingin menjadi seperti Kak Ana yang maju dalam bidang perniagaannya menjual perabut manakala dia mempertahankan ingin menjadi penulis novel terkenal.

                                 Kata kak Ana kepada mereka semua bidang perniagaan adalah 99% membuat kita senang dan berjaya dan menurut kak Ana itu dipetik dalam hadis.Sejak itu keinginan adik Tun untuk menjadi perniaga yang berjaya semakin membuar-buar dan berjanji akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Business study  di Oversea iaitu Universiti Oxford London dan dia tahu kalau itu sudah diimpikan oleh adiknya  pasti akan diperolehinya. Adiknya  memang seorang yang cekal dan degil dalam memperolehi sesuatu.Dia pasti lakukan sampai dapat dan dengan prinsipnya itulah membuatkan apa yang dihajati pasti diperolehi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 11:58 AM | Show all posts
                              Ramia Qaisara bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa mengambil berat diantara satu yang lain.Ayah dan emak selalu menasihati mereka berempat supaya tidak bermusuhan diantara satu masa lain dan nasihat itu sentiasa diingatan.
  
                            Selain keluarga yang sentiasa mengambil berat terhadap dirinya ,dia juga mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya.Sehingga kini ,dia tidak pernah mempunyai teman lelaki kerana dia fikir itu tidak perlu.Kasih sayang keluarga, kawan-kawan sudah cukup  untuk membuatnya hidup bahagia.

                              Perasaan cinta  tidak perlu dipupuk sekarang kerana hidupnya belum berjaya. Dia pernah melihat kawan-kawan sekolahnya menjeratkan diri didalam alam percintaan namun akhirnya merana dan keputusan SPM tidak memuaskan.Dia telah berjanji dengan Ani,Ina dan Tie agar tidak terjerat dalam alam percintaan sebelum masing-masing berjaya dalam bidang diceburi dan kerana itu dia tidak pernah menerima cinta sesiapa meminatinya.

                             Zana selalu menasihatinya supaya jangan terlalu sombong dengan lelaki kerana takut tiada sesiapa akan mendekatinya namun dia tidak mengendahkannya.Dia pernah memberitahu Zana ,kalau tanpa cinta pun dia boleh hidup dan Zana ketika itu Zana memarahinya kerana jangan terlalu takbur dengan kata-kata.Dia tidak memperdulikan kata-kata Zana.Dia tidak sedar bila dia terlelap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2013 12:59 PM | Show all posts
Part 2 ..
                               Taufiq Zarif  termenung dibirai katil.Sejak mendapat tahu tentang penyakit kanser otaknya sudah sampai tahap kritikal,hidupnya seperti kosong.Mula saat ini,dia bertekad untuk kembali ceria demi orang-orang tersayang terutama mamanya.Dia tidak mahu mamanya terlalu sedih memikirkan tentang penyakit yang dihadapinya.

                             Sudah beberapa tahun dia menyembunyikan penyakit kanser itu tetapi akhirnya diketahui mama,papa dan Darwish sepupunya apabila dia jatuh pengsan ketika berada di rumah.Dia tidak tahu dimana silapnya sehingga dia pengsan dan apabila tersedar dari pengsan dia berada di hospital Melur.Dikelilingi mama,papa dan Darwish.Kelihatan mata Darwish tajam merenung kearahnya.

                             Mamanya orang yang paling cemas dan menangis teresak-esak apabila mendengar penjelasan daripada doctor peribadi mereka.Papa hanya menunjukkan wajah murung dan diam tanpa bertanya sepatah-perkataan pun kepadanya.

                              Perbagai-bagai soalan yang diajukan mama kepadanya. Mengapa dia merahsiakan tentang penyakitnya itu terutama Darwish yang kesal dengan sikapnya kerana tidak mahu berkongsi kedukaan bersama-sama.Dia hanya diam membisu kerana dia sudah hilang kata-kata untuk menjawab semua pertanyaan daripada mereka semua.Bertalu-talu soalan daripada mama sehingga papa menyuruh mama berhenti daripada bersoal seperti polis menyoal pesalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 01:00 PM | Show all posts
Itu pun dia memberi isyarat supaya papa menolongnya kerana dia letih mendengar soalan-soalan daripada mamanya.Setelah itu papa mengajak mama pulang dan menyuruhnya berehat.Dia bersyukur kerana tiada siapa yang memberitahu tentang penyakitnya kepada kawan-kawan yang lain terutamanya Shamin sepupu terdekatnya.

                             Kalau tidak pasti kepalanya bertambah sakit melayan kerenah Shamin dan soalan-soalan daripada kawan-kawannya.Apabila keluar dari hospital,mama tidak sedikit pun menyentuh lagi tentang penyakitnya.Mama hanya menyuruhnya mengikut nasihat doctor dan makan ubat mengikut waktu yang disediakan oleh doctor.

                             Dia terkejut dari khyalan apabila mendengar ketukan pintu biliknya dan kenyaringan suara Darwish memanggil namanya.Dengan lemah Taufiq Zarif  bangun dan berjalan kearah pintu biliknya untuk membuka pintu bilik yang berkunci.Kelihatan muka masam Darwish berada didepannya.

                               ‘Mamat nie x boleh tengok orang senang sikit ke? Ada-ada saja datang mengganggu.’Omel Taufiq Zarif dalam hati.

                                 Dia mempelawa Darwish masuk dan segera menyuruh Darwish menutup pintu bilik kembali kerana takut apa yang mereka bincangkan akan didengari oleh orang lain.Dia tahu Darwish akan beremosi kalau sesuatu benda yang dirahsiakan kepadanya terutama hal-hal yang penting.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2013 02:40 PM | Show all posts
Bukan niat dihati merahsiakan tentang penyakitnya daripada Darwish tetapi dia tidak mahu menyusahkan Darwish dengan memikirkan semuanya.Dia tidak mahu semua orang bersimpati dengannya.Dia mahu orang yang rapat dengannya sentiasa happy.

                               “Why ?”

                               Darwish memandang tepat muka Taufiq Zarif .Ketika ini hatinya geram dengan sikap sepupunya itu.Boleh buat endah tidak endah dengan penyakitnya. Darwish menggeleng-geleng kepalanya dengan perangai Taufiq Zarif  yang tidak dapat dibaca.Dengan muka slamber Taufiq Zarif membuat Darwish geram.

                              ‘Adakah dia bukan sepupu yang baik ? sampaikan Taufiq Zarif  sanggup merahsiakan tentang penyakitnya yang kritikal itu.Mungkin dia tak layak untuk berkongsi masalah dengan sepupunya itu ataupun Taufiq Zarif  hanya menganggapnya sekadar sepupu dimasa senang aje bukan ketika susah? ’

                                 “Nothing”

                                Taufiq Zarif  berjalan kembali ke balkoni rumah banglo tiga tingkat milik parentsnya.Banglo itu terletak di Bukit Damansara diantara kalangan orang-orang elit. Taufiq Zarif  merupakan anak tunggal Datuk Zainal dan Datin Suria malah anak kesayangan kedua orang tuanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2013 02:41 PM | Show all posts
Sakitnya hati Darwish melihat gelagat dan muka  Taufiq Zarif  yang slamber dan tidak ada sedikit pun rasa resah dengan penyakit yang dihadapinya.

                                 “Fiq … nape you tak ceta semua nie kat I ? kita kan sedara dan kesian maklong dengan paklong ? sampai hati you buat semua nie kat kitaorang ?”Suara Darwish sedikit kuat.

                                  “Darwish….”panggil Taufiq Zarif sedikit tenang.

                                  “I bukan taknak ceta semua masalah yang I hadapi tapi you lihat sendiri ? mama hampir pengsan dengar apa yang doctor Iman bagitahu dan I tak sanggup robek hati mama dan papa.You sendiri tahu ,I anak diaorang satu-satunya.Sekali pun mereka tahu ,diaorang tak boleh sembuh penyakit I dan I taknak my parents risau.Penyakit I dah tahap kritikal dan tak boleh disembuhkan lagi.I tunggu masa untuk pegi Wish..Tolong I …I nak gembirakan semua orang terutama mama dan papa. I tak boleh kasi apa-apa kat diaorang selepas ini dan hanya kegembiraan dan kebahagiaan.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2013 02:42 PM | Show all posts
Sebab itulah dia tidak mahu mereka semua tahu tentang penyakitnya.Dia tahu ahli keluarganya pasti resah memikirkannya terutamanya mama yang terlalu sayangkannya kerana dia satu-satunya anak tunggal mama dan papanya.
                                   “You sembunyi tentang penyakit you yang kritikal nie,membuatkan hati you parents lebih sengsara tahu?”

                                   Darwish memandang pamandangan yang jauh.Walaupun udara diluar sangat tenang tetapi hatinya sangat resah memikirkan tentang sepupunya yang berada didepannya.Wajah Taufiq Zarif  tidak sedikit pun menunjukkan rasa bersalah kerana merahsiakan penyakitnya daripada mereka.Muka tenang dan tidak menunjukkan yang dia risau dengan penyakitnya kritikal itu.

                                   “I tahu tapi I tak sanggup beritahu tentang penyakit I pada korang semua terutama my parents dan I akan beritahu apabila sampai saatnya nanti.”

                                   Bukan dia tidak mahu memberitahu kepada semua orang tapi dia tidak mahu mereka semua akan sedih dan bersimpati dengannya.Biarlah dia merahsiakan supaya semua orang akan sentiasa gembira dan ceria tanpa mengetahui tentang penyakitnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2013 02:43 PM | Show all posts
                                  Suatu hari pasti dia akan menceritakannya tapi semuanya itu berlaku diluar jangkaannya.Rahsia itu terbongkar sebelum dia benar-benar ingin menceritakannya dan dia pasti itu ketentuanNya.Kita sebagai manusia hanya merancang dan Allah menentu segala-galanya.Dia pasrah atas segala yang berlaku dan pasti ada hikmah disebaliknya.
                                 “Fiq… sanggup you tanggung sendiri dan you dah tak anggap I ahli keluarga you lagi ke?kita kan sepupu so sampai hati you rahsiakan masalah yang berat nie seorang diri ?”

                                “Tak seperti apa yang you fikirkan Wish, I tak nak korang semua sedih dan bersimpati dengan I. I tak suka korang memikirkan tentang penyakit I dan I akan tanggung sendiri.I minta sangat kat you rahsiakan penyakit I kat semua orang terutama Shamin.I tak mahu diaorang tahu tentang penyakit I .You pasti tahu Shamin tu bagaimana?”Tegas Taufiq Zarif .

                                 Darwish merenung tepat ke arah muka sepupunya.Muka sepupunya kelihatan sedikit pucat dan tidak bermaya.Tapi dia tahu yang Taufiq Zarif  berusaha untuk lebih tabah didepan semua orang terutama mama dan papanya.Pandai Taufiq Zarif sembunyikan tentang penyakitkan dari semua orang.Fikir Darwish.Sebelum ini dia tidak pernah syaki apa-apa terhadap sepupunya kerana sepupunya itu kelihatan sihat dan gembira.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 10:46 AM | Show all posts
dah abes ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 12:05 PM | Show all posts
Darwish menggangguk-angguk kepalanya tanda mengerti tentang perasaan Taufiq Zarif.Dia tahu ,jika sepupunya yang sorang itu mengetahui tentang penyakit Taufiq Zarif  pasti mulut seperti murai tercabut ekornya. Darwish juga tahu Shamin terlalu taksub mencintai sepupunya yang sorang ini sampaikan Shamin sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki Taufiq Zarif. Tetapi bagi Taufiq Zarif,Shamin sekadar sepupu dan sudah dianggap sebagai adik perempuannya sendiri kerana membesar bersama-sama.

                                    Kedengaran suara Mak Timah pembantu rumah Dato’ Zainal yang separuh abad memanggil nama kedua-dua anak teruna itu untuk minum petang.Mak Timah merupakan pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat dengan keluarga Dato’ Zainal.Mak Timah dan suaminya sudah mengganggap Taufiq Zarif  dan Darwish seperti anaknya sendiri.

                                   Perkahwinannya dengan Pak Harun tidak dikurniakan anak kerana dia dan Pak Harun berkahwin sudah lanjut usia.Namun mereka tidak pernah merungut kerana semua itu pemberian daripadaNya.Rezeki,ajal,jodoh dan hidup semuanya Allah yang tentukan dan kerana itu dia dan suaminya terlalu sayangkan anak majikannya itu.

                                    Taufiq Zarif dan Darwish berjalan seiring menurun tangga mendapatkan Dato’ Zainal dan Datin Suria Lee dilaman rumah untuk bersama-sama minum petang. Taufiq Zarif  mencium pipi mamanya dan mengambil tempat disisi Datin Suria manakala Darwish melabuhkan punggungnya disisi Dato’ Zainal merupakan bapa saudaranya yang paling disayangi dan sporting.

                                     “Pak long,maklong sihat ke ?”Tanya Darwish.

                                     Tangan kanannya mencapai karipap yang berada dihadapan dan memasukkan kedalam mulutnya.

                                      “Sihat aje ..Papa dan mama sihat ke ? dah lama diaorang tak datang sini,sibuk sangat ke ? Bila Darwish sampai?Mak long tak perasan pun.”

                                      Datin Suria Lee menanyakan kepada anak saudara sebelah suaminya tentang adik-adik iparnya kerana sudah lama rasanya mereka tidak berkumpul bersama-sama.Kalau dulu setiap hujung minggu pasti rumahnya menjadi tempat berkumpul keluarga sebelah suaminya dan majlis makan-makan diadakan.Pasti riuh-rendah dengan gelagat masing-masing menceritakan masalah-masalah yang dihadapi mereka dalam bidang perniagaan malah bidang social.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 12:07 PM | Show all posts
                                        “ Baru sampai aje.Mama biasa la ,sibuk memanjang dengan kelab-kelab dia.Papa pegi Hong Kong ada keja.Mereka semuanya sihat.Wish segan nak tegur maklong ngan paklong tadi coz Wish taknak ganggu privacy.Romantik sangat..”Sambil mengangkat keningnya.

                                        “Ada-ada aje Wish nie.”Kata Datin Suria sambil tersenyum kearah suami kesayangannya.Dato’Zainal memegang erat tangan isterinya dan membalas senyuman.

                                        “Mak long ..Wish nak cari calon isteri seperti mak long dan Wish nak jadi romantic seperti Pak long .Umur meningkat masih juga r0mantik ..Fiq ..you tak jealous ke tengok ur mom  and ur dad ?tak teringin cari pasangan like ur mom ?”

                                       “I’m not jealous at all but happy for them.Insyaallah pasti I akan bertemu insan yang baik seperti mama I .”Datin senyum memandang anak tunggal kesayangannya.Dia selalu berdoa untuk kebahagian Taufiq Zarif.


                                        “Insyaallah …itu pasti bak kata perpatah ‘orang yang baik pasti untuk insan yang baik’You baik pasti akan dapatkan teman yang baik tapi I tak pasti akan dapat pompuan yang baik kerana I kan jahat .”
                                         “Takde ..Wish baik tapi nakal aje sikit.Maklong pasti Wish akan dapat pompuan yang baik juga.Anak-anak maklong semuanya baik dan mama bangga dengan korang semua.”Celah Datin Suria Lee.

                                          “Thank a lot.”Ucap kedua-duanya serentak.

                                          Sepanjang hidup Darwish lebih suka melepak dirumah Dato’Zainal berbanding rumahnya kerana keluarganya sentiasa sibuk dan tidak ada masa untuk bersama-sama biar pun hari minggu. Dia juga merupakan anak tunggal kerana selalu ditinggalkan sendirian dan akhirnya dia membuat keputusan untuk tinggal dirumah maklong dan paklongnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 12:09 PM | Show all posts
                                        Disitu dia ada Taufiq Zarif dan juga ada maklongnya Datin Suria Lee iaitu mama Taufiq Zariff  yang sentiasa ada dirumah dan menemani mereka tanpa melakukan aktiviti luar seperti mamanya yang sentiasa sibuk dengan kelab-kelab datin-datinnya.

                                           Dia teringat kembali semasa kecil dia dan Shamin banyak menghabiskan masa dirumah paklongnya kerana parents mereka berdua sentiasa sibuk.Paklong dan Maklong tempat mereka berdua bermanja sehingga kemana sahaja paklong dan maklong pergi mereka akan dibawa bersama-sama.Mak Long seorang yang penyayang dan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya dan tidak seperti mamanya yang sentiasa busy dengan kelab-kelab yang diceburi.

                                               “Fiq nak bagitahu mama dengan papa yang Fiq akan berhijrah ke Langkawi.Fiq dah dapat keja kat sana so Fiq  harap papa izinkan ke sana ?”

                                               Datin Suria Lee sedikit terkejut lalu menghadiahkan sedikit senyuman. Dia ingin anak kesayangannya itu bahagia dan gembira.Dia akan sentiasa menyetujui dan menjadi pendorong  apa yang anak lelaki tunggalnya itu lakukan.Kalau itu dapat memberi kebahagian dan kegembiraan dalam hidupnya malah dia tidak akan melarang.

                                                 “Pergi la,kalau itu yang terbaik untuk Fiq .Mama dengan papa ikut aje.Tak usah keje kat sana dan pegi bercuti aje ya?”Pinta Datin Suria.

                                                 “Mama..kalau Fiq tak keja Fiq akan bosan.Fiq nak berdikari.Mama faham maksud Fiq?”
                                                  Kini dia sudah dapat menerima penyakit anaknya itu.Dia pasrah kerana semua ini adalah suratan dariNya dan sebagai manusia, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.Suaminya yang banyak memberi peransang dan dorongan untuk dia menerima semua ini adalah takdir DariNya.Dia ingat lagi kata-kata suami tercinta ketika dia tidak dapat menerima tentang penyakit anak tunggal kesayangannya itu.

                                                “Suria …kita kat dunia nie hanya pinjaman dan bila Dia kehendakkannya bila-bila masa Dia boleh mengambilnya,kita tak boleh menghalangNya.Begitu juga dengan anak kita dan Dia bagi Fiq untuk kita sebagai pinjaman so kita harus terima itu.

                                             Kita semua pun akan kesana juga suatu hari nanti dan mungkin Dia lebih sayang Fiq so Dia mengambil Fiq dahulu. Kita sebagai parents hanya mampu memberi semangat dan kebahagiaan kepadanya sebelum dia diambil.Janji ya yang awak akan tabah didepan anak kita dan baginya semangat untuk terus hidup.Kita sebagai orang tua sentiasa berdoa untuk kebahagiannya.”

                                             Ketika itu airmatanya turun mencurah-curah.Dia bahagia mendapat suami yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.Dia merasa tenang apabila berada dalam pelukan suami tercinta.Dia juga bersyukur mendapat suami yang sentiasa bertanggungjawab, beriman dan sentiasa membimbingnya kearah yang diredhai kerana dia merupakan saudara baru.

                                                  Selepas itu dia berjanji akan melakukan apa sahaja demi kebahagian anak tercinta.Dia kena  tabah saat ini dihadapan anaknya,walaupun hatinya kini remuk menanti belah.Satu-satu anak tunggal kesayangannya akan meninggalkan dunia yang fana ini untuk selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050678 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list