CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3057|Reply: 6

Jual Online, Kenapa Tak Laku-Laku?

[Copy link]
Post time 22-10-2013 07:29 AM | Show all posts |Read mode




carian melalui www.google.com




carian melalui www.google.com


Cabaran dalam bisnes online untuk apa-apa produk yang kita jual sama ada kita menjual shawl, tudung, pakaian atau aksesori wanita adalah untuk mendapat jualan dari bisnes kita. Ramai yang menggunakan facebook untuk mengiklankan produk masing-masing. Menjual melalui facebook memang paling mudah dilakukan kerana kita sudah mengenali kawan-kawan atau saudara mara kita yang sudah mempunyai hubungan dengan mereka.

Tetapi kalau terlalu kerap kita mengiklankan melalui facebook akan menyebabkan perasaan tidak senang di kalangan kawan-kawan facebook kita.

Antara perkara penting yang perlu kita fikirkan jika kita ingin mengembangkan bisnes online kita adalah keperluan kita mengguna medium yang lain selain daripada facebook yang kita gunakan untuk bersosial.

Jika kita ingin mengiklan melalui facebook juga lebih baik kita membina fan page kita sendiri.  Melalui fan page kita dapat mengumpul peminat kita sendiri. Tentunya ia tidak sama dengan kawan-kawan kita. Fan page juga boleh diakses oleh semua orang dan mudah dindek melalui search engine.

Berikut adalah beberapa fakta atau maklumat menarik berkaitan search engine yang saya baca dari ebook yang perlu kita pertimbangkan.

1.Pengunjung online kebiasaanya menggunakan search engine untuk mencari sesuatu produk atau content.

2.Pengguna mempercayai bahawa link laman web yang berada pada kedudukan atas di search engine adalah lebih kredible dan relevan.

3. Laman web yang berada pada ranking di atas pada search engine menghasil lebih banyak keuntungan hasil dari pertambahan trafik ke laman web mereka.

4. Pengguna lebih cenderung menggunakan search engine yang mempunyai maklumat yang lengkap daripada  search engine yang tidak lengkap.

5. Kurang dari 25% pengguna melihat page kedua pada search engine.

6. Lebih 50% pembeli online membeli produk daripada website yang dijumpainya melalui search engine.

7. Lebih 60% pengguna membuat carian daripada page pertama search engine.

8. Lebih 80% pengguna mengguna search engine untuk mencari laman web.

9. Lebih 70% pengguna suka mengguna laman web untuk mendapatkan sesuatu produk yang baru.

10. 70% link yang pengguna suka klik adalah dari link organik atau natural pada search engine.

11. 80% pengguna mengabaikan hasil carian dari link iklan berbayar atau ditaja , dan lebih memfokuskan pada hasil carian melalui link organik.

12. 75% pengguna tidak pernah scroll melebihi laman pertama search engine.

13. Carian melalui search engine dan penggunaan e-mail adalah dua aktiviti yang paling utama atau yang paling atas dalam kegiatan di internet.

14. Syarikat yang mempraktis aktiviti blog mempunyai 434% lebih banyak lamannya diindek dan mendapat lebih banyak lead.

15. 81% perniagaan mempertimbangkan menggunakan blog yang menjadi aset penting kepada perniagaan mereka

16. Kajian daripada Outbrain menunjukkan bahawa carian/search adalah driver #1 yang membawa trafik ke laman content di mana melebihi 300% menewaskan media sosial.

17. Lead dari SEO mempunyai kadar peratus yang membawa kepada jualan adalah 14.6% manakala lead dari outbounds (seperti direct mail atau iklan bercetak) hanyalah 1.7%.

18. 79% pengguna search engine berkata mereka kerapkali mengklik pada hasil carian dari link natural/organik. Ini bertentangan pula di mana 80% pengguna search engine berkata mereka jarang-jarang sekali atau tidak pernah mengklik pada carian melalui link berbayar atau yang ditaja.

Kesimpulannya kita tidak boleh abaikan search engine untuk mendapat trafik secara natural atau organik ke laman web/blog/kedai online atau fan page kita.

Saya sendiri masih terkial-kial untuk belajar berkaitan trafik ini terutama sekali untuk menempatkan link blog saya di page pertama Google. Link blog saya lebih mendapat tempat di www.google.com berbanding www.google.com.my. Saya masih berfikir kenapa berlaku begitu?  Belum mendapat jawapan.
sumber asal

Last edited by servantforever on 22-10-2013 07:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 08:36 PM | Show all posts
actually, selepas melihat pada keyword yang awak letak tu, pada pendapat saya, PENDAPAT saya lah kan..

lepas saya check keyword awk tu di Adsword keyword planner saya nampak search query yang diterima amatlah sedikit dalam 40 - 90 query (keyword group : jahit shawl) sahaja, Jadi conversion untuk barang/service itu terjual adalah amat rendah..

if exact keyword search around 40 search permonth like i said before conversion almost 0% (ini cuma pendapat saya lah PENDAPAT ok?). Untuk makluman anda saya guna search yang daripada Malaysia  so keyword planner nie dia hanya tunjuk daripada malaysia sahaja so 40 search query sahaja untuk keyword "jahit shawl" anda itu.

So sekarang ini anda tahu kan apa yang tak kena?

Antara jalan penyelesaian yang dapat saya beri adalah

1- Sila guna adwords keyword planner dan cari niche yang orang memang cari dan result yang terdapat di carian google adalah rendah untuk memudahkan keyword yg anda ingin rank itu berada di 1st page.
2- Guna facebook untuk advertise service anda
3- Berpakat dengan blogger lain untuk mengembangkan service anda

jika anda perlukan bantuan boleh tanya saya InsyaAllah saya akan bantu kerana saya pun sedang belajar lagi ilmu berkaitan SEO, Blogging, SERP & etc
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 04:25 PM | Show all posts
naimareim posted on 26-10-2013 08:36 PM
actually, selepas melihat pada keyword yang awak letak tu, pada pendapat saya, PENDAPAT saya lah kan ...

suke dgn cadangan no 3 tuee..hihi

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 09:55 PM | Show all posts
DeWaveless posted on 29-10-2013 04:25 PM
suke dgn cadangan no 3 tuee..hihi

ngeee.. cik dewave sila check INBOX FB bahagian OTHERS pls.. ada kawan inbox awak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 12:21 PM | Show all posts
naimareim posted on 29-10-2013 09:55 PM
ngeee.. cik dewave sila check INBOX FB bahagian OTHERS pls.. ada kawan inbox awak..

tq so much sbb bgtau...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 06:54 PM | Show all posts
DeWaveless posted on 30-10-2013 12:21 PM
tq so much sbb bgtau...

no problemo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2013 12:23 AM | Show all posts
beli servis seo ,elok la berbincang dgn pakat seo dulu keyword yg bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.399514 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list