CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14428|Reply: 33

Temelian sembah berhala

[Copy link]
Post time 30-10-2013 04:18 PM | Show all posts |Read mode


Mungkin ramai yang masih belum mengetahui mengenai mitos ini, namun ia amat terkenal buat kaki-kaki pancing yang mencari ikan temelian seberat 30 hingga 50 kilogram

Menurut cerita seseorang, setiap awal tahun sekitar Januari hingga Jun, sekumpulan ikan temelian akan timbul di sepanjang sungai Pahang.

Difahamkan hidupan air terbabit berenang di sepanjang Sungai Pahang, bermula dari Jerantut melalui sungai di jambatan Felda Jengka 8 dan menuju ke sungai berdekatan Sungai Tekam.

Dikatakan, di sepanjang sungai terbabit, terdapat berhala dalam hutan yang menjadi tempat berkumpulnya ikan-ikan terbabit.

Dikatakan juga, setiap tahun, sekumpulan ikan temelian ini akan menuju ke situ untuk menyembah berhala tersebut yang berada di dalam sungai di tengah-tengah hutan dan tidak dapat dilihat manusia.

Kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh penduduk setempat yang mengetahui tempat berkumpulnya ikan-ikan terbabit untuk membuat tangkapan.

Menurut kata kaki pancing Sungai Pahang, mereka akan mula memasang jaring ketika itu dan menanti ikan temelian itu tersangkut di jaring mereka.

Ketika  tiba musim ini, penduduk sekitar seperti berpesta di mana mereka akan turun beramai-ramai ke sungai untuk mendapatkan ikan ini.

Seekor ikan temelian boleh mencecah sehingga lebih 40 kilogram dan sebesar seorang kanak-kanak yang berusia sekitar 12
tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 05:38 PM | Show all posts
Now... dia cakap :

Dikatakan juga, setiap tahun, sekumpulan ikan temelian ini akan menuju ke situ untuk menyembah berhala tersebut yang berada di dalam sungai di tengah-tengah hutan dan tidak dapat dilihat manusia.

.. requote "... TIDAK DAPAT DILIHAT MANUSIA".. now... dari mne datang cite ni kalau bende ni TIDAK DAPAT DILIHAT MANUSIA???
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 07:50 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 30-10-2013 05:38 PM
Now... dia cakap :

baru nak quote menda yg sama
seb baik baca dulu komen


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 08:40 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 30-10-2013 05:38 PM
Now... dia cakap :

orang kita memang suka buat cerita.padahal tu musim hijrah ikan tu je kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 09:44 PM | Show all posts
cerita yg sebenarnya,bkan senang nk dptkan seekor ikan temelian/ temoleh pada zaman sekarang nie..spesis ini dikatakan diancam KEPUPUSAN yng dasyat..malahan lebih teruk dari kelah...ia hanya didapati terdapat di EMPAT sistem sungai diseluruh dunia iaitu sg mekong yng merentasi 4 buah negara tidak termasuk china..2 buah sungai di malaysia iaitu sg pahang dan sg perak...baru2 nie ia juga ditemui hidup di tasik kenyir hasil dari pelepasan anak benih dari pihak jabatan perikanan...spesis kap TERBESAR DIDUNIA ini diburu kerana keenakan isinya dan menyebabkan populasinya jatuh mendadak terutama sekali di sg perak...jdi saya menyeru kepada semua pemancing yng berjaya mendaratkan ikan temelian ini agar mengamalkan catch n release .biasanya tibanya musim kemarau..kalau org tua2 dulu..bila pokok kekabu mula berbunga...bermulalah musim temelian..macam musim udang..iaitu bila daun getah luruh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 11:33 PM | Show all posts
sayangilah ekosistem kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2013 11:03 AM | Show all posts
mandai ajer...ada haiwan kapiaq ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 11:01 PM | Show all posts
Nasib baik benang ni dlm bod Lagenda, Mitos dan Sejarah. Aku nak mengeji pun pikir 2x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2013 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg koi tau. Isi ikan temelian mmg best. Lembut, halus gitu.
Mmg susah nk mndapat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 10:37 PM | Show all posts
pernah dapat masa mancing kt intan suraya..sg siput perak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 11:51 AM | Show all posts
Macamana rupe temelian ni?Ad gambor?Sori bukan kaki pancing
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 10:43 AM | Show all posts
tak leh nampak sape yg cerita? ikan tu ke? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 10:56 PM | Show all posts
temelian aka temoleh..

kat sungai apetah..tiap2 taun ada pesta temoleh berlaga (mengawan+bertelur kot)..tak yah mancing..tangkap pakai tangan je
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 12:15 AM | Show all posts
Besarnya ikan...tak pernah rasa lagi ikan temelian ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak makan ikan sungai tapi teringin nak rasa ikan temalian ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 11:22 AM | Show all posts
beso gile ikan nih.. sedap ke? sape2 penah makan leh bgitau~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2014 11:14 AM | Show all posts
ala ... ini kitaran biologi la ... xde kena mngena ngan penyembahan atau sembahan mahupun persembahan
macam ikan salmon la ada waktu2 untuk berhijrah .... and penyu gak ... ada yang akan balik tmpt yg sama untuk bertelur ..... sila la layan National Geogrphc @ animal planet sekali sekala ......
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sedap ke ikan temelian ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:38 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 30-10-2013 05:38 PM
Now... dia cakap :

ikan tu yang cerita
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:10 PM | Show all posts
pada kaki pancing, kalau dapat ikan yg dah besar tahap lebih dari 5kilo tuh lepaskan la balik. ikan besar2 gini boleh jadi induk. plus isi ikan besar2 gini sedap ke? aku kalau pi kedai amik ikan sedang2 atau kecik je. isi dia lagi sedap, manis. yg besar2 nih tak larat nak habis.  kalau setakat nak bawak balik jadi bukti kehebatan...cukup 2 hari dah berbau dah. baik tak payah.

ikan 40kilo...nak makan berapa org? 20 org pun belum tentu habis.

p/s: aku bukan kaki pancing so mungkin tak tau perasaan thrill dah tangkap ikan 40 kilo. Last edited by lompatikam on 21-10-2014 03:13 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.048203 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list