CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 0

Pandelela terima anugerah Olahragawati UM

[Copy link]
Post time 20-11-2013 10:03 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara Pandelela Rinong dinobat sebagai Olahragawati Universiti oleh Universiti Malaya (UM) pada Malam Anugerah Sukan UM (Masum) 2013 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini malam ini.

Pengarah Pusat Sukan UM Dr Mohd Salleh Amin berkata Pandelela, 20, adalah antara atlet universiti itu yang menjadi kebanggaan tahun ini.

Beliau berkata Pandelela telah mencipta kejayaan dalam beberapa siri Grand Prix terjun antarabangsa bersama Wendy Ng, selain berjaya meraih gangsa pada temasya Sukan Olimpik tahun lepas.

Anugerah berupa piala itu disampaikan Naib Canselor UM Prof Datuk Mohd Amin Jalaludin.

Selain itu, pemain badminton Jagdish Singh dinobat sebagai Olahragawan Universiti. Jagdish membawa pulang gangsa menerusi acara beregu lelaki pada Sukan Universiti Dunia di Kazan, Rusia, Julai lepas.

Selain itu, lima lagenda sukan negara yang juga alumni universiti itu turut menerima Anugerah Sepanjang Hayat.

Mereka ialah bekas atlet hoki negara Mirnawan Nawawi, Nor Saiful Zaini Nasirudin dan Maninderjit Singh serta pemain boling Shalin Zulkifli dan pendaki Gunung Everest Datuk M.Magendran.

Bekas Naib Canselor UM Tan Sri Ghauth Jasmon juga dianugerah gelaran 'Tokoh Sukan'.

Pada majlis itu, sebanyak 21 anugerah disampaikan kepada 284 penggiat sukan UM melibatkan penuntut dan kakitangan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pembangunan kegiatan sukan dan rekreasi universiti itu.



Ratu terjun negara Pandelela Rinong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.032694 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list