Nama sebenar
Balya bin Malkan bin Paligh bin ‘Aber bin Shalikh bin Arfhashad bin Sam bin Nuh alaihissalam.
Gelaran beliau juga dalam bahasa arab ialah Abu Abbas .
Ayahnya berketurunan raja.
Sebab digelar Khidir
Hidhir dari perkataan Khudrun bermakna hijau. Beliau digelar dengan panggilan Khidir kerana jika beliau duduk di atas suatu tempat,benda yang putih nescaya akan bertukar warnanya menjadi hijau.
Juga dikatakan jika beliau solat, warna sekelilingnya akan bertukar menjadi hijau.
Pendapat yang pertama lebih tepat.
Kedudukan Nabi Khidir
Beliau adalah guru nabi-nabi
Keadaan Nabi Khidir
Beliau adalah seorang Nabi yang mempunyai umur yang panjang dan dilindungi dari pandangan.
Bersama Nabi Ilyas alaihissalam
Beliau bersama Nabi Ilyas alaihissalam masih hidup lagi sekarang ini sehingga diangkat Al Quraan dari bumi ini sebelum Qiamat. Apabila terangkat Al Quraan maka keduanya telah meninggal ketika itu.
Kisah beliau dengan dajjal
Beliau juga adalah yang akan cuba dibunuh oleh dajal. Badannya akan digergaji dua dan kemudian dicantumkan kembali.
Bertemu Nabi Muhammad sallawaalaihiwasallam
Ada kalangan ulama yang memasukan beliau di dalam nama-nama sahabat kerana belaiu pernah hidup bersama Nabi sallawaalaihiwasalam dan menemuinya.
Pada waktu Nabi Muhammad alaihissalam diutus sebagai Rasul, beliau tidak menerima wahyu seperti sebelum Nabi Muhammad alaihissalam diutus. Namun kenabiannya tidak gugur.
Dalam musnad Imam Syafie ada dinyatakan bahawa beliau pernah menemui Nabi Muhammad alaihissalam.
Adakah mungkin ada manusia yang berumur panjang dan masih hidup hingga sekarang?
Tidak timbul masalah kerana sekarang ini masih ada Nabi selain Nabi Khidir yang masih hidup dan dinyatakan dalam Al Quraan seperti Nabi Isa alaihissalam.
Begitu juga tersebut dalam Al Quraan iaitu kisah Nabi Yunus dinyatakan sekiranya beliau tidak bertasbih dan menyedari kesilapannya nescaya beliau akan terus berada kekal di dalam perut ikan Nun hingga ke hari Qiamat. Maka tidak mustahil jika Nabi Khidir dipanjangkan umur.
Ada yang memberi alasan dipanjangkan umur beliau kerana dua sebab :
- Setelah bah besar yang berlaku zaman Nabi Nuh alaihissalam kering beliau telah mengebumikan semula jasad Nabi Adam alaihissalam dan dengan jasanya itu Nabi Adam mendoakan beliau hidup lama.
- Beliau pernah meminum Maul Hayat di tempat pertemuannya dengan Nabi Musa alaihissalam .
Pendapat Pertama
Warna merah adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir alaihimassalam
Pendapat ini dikatakan lebih kuat.
Pendapat Kedua
Warna hijau adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir alaihimassalam
Antara doa yang diajar oleh Nabi Khidir alaihissalam
Dibaca waktu pagi dan petang
بسم الله ما شاء الله لا يسوق الخير إلا الله، بسم الله ما شاء الله لا يصــرف السـوء إلا الله، بسـم الله مـا شـاء الله ومـا بـكـم مـن نعمــة
فـمــن الله، بسـم الله مـا شـاء الله لا يـأتـي بـالحسنـات إلا الله، بسم الله ما شاء الله لا حول ولا قوة إلا بالله،
Dibaca 3x
اللهم لا تشمت أعدائي بدائي، واجعل القرآن العظيم شفائي ودوائي، فأنا العليل وأنت المداوي
Dibaca 7x
اللهم يا رب بجاه سيدنا محمد بن عبد الله صلى الله عليه وسلم اجمع بيني وبين سيدنا محمد بن عبد الله صلى الله تعالى عليه وسلم في الدنيا قبل الآخرة.
Ini adalah doa dari Guru saya Tn Haji Toha. Kelebihan doa ini agar terhindar dari tipu helah musuh atau merasa sedih dengan muslihat mereka.Juga agar sejahtera dari penyakit dan mendapat perlindungan dari perkara buruk atau perkara yang mengelirukan.
Kalau saya keliru, ragu-ragu dengan sesuatu dan ingin ambil keputusan segera maka saya akan gunakan doa ini. Setelah baca bertawakal.