|
Nyah kau dari tanah airku wahai penceroboh yang tidak diundang
Siapakah kau begitu berani meninjak-injak kedaulatan nusa dan bangsaku
Siapakah kau begitu biadap mengoncang keamanan tanah tumpah darahku
Siapakah kau begitu kejam merenjut jiwa dan ketenangan bangsaku
Kau penceroboh yang hina
Berapa banyak lagi harus mengalir darah ini
Berapa banyak lagi harus mengalir air mata ini
Berapa ramai lagi harus kehilangan yang tersayang
Dengarkanlah wahai penceroboh yang hina
Kerakusanmu itu akan pasti dibalas dengan kehancuranmu
Ingatlah wahai penceroboh yang hina
kebiadapan dan kehancuranmu akan sentiasa diingati hingga ke anak cucu kami
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|