CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mawarni07

Menyelami hati seorang isteri yang punya sejarah hitam.

[Copy link]
Post time 3-4-2014 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
aku
layan benang ni sebagai pengubat mata yg xmau tdo gara2 kopi td.

mula2 aku ikut posting tt n terkesan dgn emosi kaka ipar yg trauma..
lama2 aku xdpt hadam plak, maybe it's oredi passed midnite.. so
@clarizsa tekaan u betul la tt is 'kaka ipar' in this thread, not the
other benang she oredi mentioned n deleted?

pencerahan plis, ai is kenot hadam  neh Last edited by hungryhenry on 3-4-2014 03:02 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2014 09:28 AM | Show all posts
clarizsa posted on 2-4-2014 09:35 PM
inilah masalah di msia, kalangan kita, gemar bocorkan rahsia... kaunselor pun kebanyakan xde etika ...

Aku bukan berada di Malaysia.. tapi mana2 tempat pun, mesti ada manusia jenis tak amanah kan.. semalam dah bincangkan pasal kaunseling ni.. suami dah setuju cuma dia tak sanggup teman aku. Tapi dia akan bagi kerjasama kalau kena panggil nanti (prosedur kaunseling melibatkan org terdekat juga). Dan utk dptkan khidmat kaunseling kat sini.. (kaunseling psikiatrik bukan kaunseling rumahtangga) kena melalui pemeriksaan hospital.. buka semula record lama. Tak apa la.. aku akan cuba.. demia anak2 aku. Terima kasih u banyak berkongsi juga.. aku terasa jiwa kita sama.. u fhm apa yg aku rasa.. kenapa itu begini.. kalau org biasa, dia akan mempersoalankan kita herlengah tp bagi yang fhm... bersikap mcm u..Thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 09:29 AM | Show all posts
hungryhenry posted on 3-4-2014 02:59 AM
aku
layan benang ni sebagai pengubat mata yg xmau tdo gara2 kopi td.

Ya betul. Tapi mana2 pun boleh la.. terpulang pd anggapan yg membaca juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 09:36 AM | Show all posts
clarizsa posted on 2-4-2014 09:35 PM
inilah masalah di msia, kalangan kita, gemar bocorkan rahsia... kaunselor pun kebanyakan xde etika ...

Semalam suami aku kata, masalah aku adalah aku tak pernah berkongsi dgn dia kekusutan aku selepas aku kahwin dgn dia.

Malam haritu dia pergi beli keperluan dapur, dia balik aku tak approach dia. Aku duduk diam kat sofa, dia dah fhm aku serabut masatu. Tp dia sendiri letih.. dia bawa aku bercakap- kenapa serius sgt ni?. Aku cuba ingat.. aku tak ingat langsung apa dia ckp mlm tu. Dia kata aku selalu mcm ni, tak nak kongsi dgn dia.

Kdg2 aku terpaksa akui.. masalah aku..aku tak boleh nak suarakan apa yang aku rasa terutama time aku serabut tu. Semalam pun aku ckp dgn suami aku.. susah rasanya nak dia fhm. Tp dia anggap aku terlalu banyak memikirkan yang belum ada.. maksud dia aku anggap dia tak fhm pdhal aku helum terangkan kat dia. Aku tak tau la.. I guess aku mmg perlukan pertolongan. Kepala aku sakit kalau aku try nak bercakap.. susah aku nak tahu apa yg patut aku ckpkan. Kdg aku sendiri tak ingat apa yg aku ckp, tu juga punca kita selalu gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
hungryhenry posted on 3-4-2014 02:59 AM
aku
layan benang ni sebagai pengubat mata yg xmau tdo gara2 kopi td.


yup.. sama cam apa yg tt bgtau tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarni07 posted on 3-4-2014 09:36 AM
Semalam suami aku kata, masalah aku adalah aku tak pernah berkongsi dgn dia kekusutan aku selepas  ...

ya... suami u betul.. kalau u senyap, x luahkan, akn jadi lebih kusut... let it out, tp kawal emosi... menangis semahunya... bgtau rasa hati.. bersedia utk terima segala kemungkinan..

nampak x, suami mmg seorg yg sgt baik, n sgt sayangkan u... pergaduhan tu mungkin sbb dia kecewa u x percaya cinta dia...

teruskan dgn kaunseling tu.. bagus suami dah izinkan.. dia pun faham.. perasaan malu tu normal, tp yg patut malu tu, penjahat, bkn kita.. kita yg teraniaya di sini..

tuhan itu adil... walaupun u ditimpa hal negatif, u dikurniakan suami dan anak2 yang membahagiakan...

i pun perit sampai termimpi culprit dlm sejarah i smlm.. sebenarnya i loya n pening tiap kali imbau sejarah itam... tapi xpe, sbb i hepi bila u hepi..

jom mawar, kita fokus kebahagiaan... penjahat tu biar tuhan uruskan.. karma ada, idup ibarat roda, blablabla... haha.. cliche, tp benar..

tiap kali murung, peluk suami, peluk anak2, nangis kalau perlu... org lain senang bercakap suruh kita lupakan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2014 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi, sampai mati pun xkan lupa.. kadang2 termimpi, kadang2 jijik, marah dgn sentuhan suami...

tapi kita boleh pilih untuk ignore, di mulut, utk puaskan hati org, kita boleh kata,"ya aku maafkan semuanya, or i forgive but not forget, or i forgive them bcoz i need peace of mind," itu yg kita katakan...

tapi dalam hati, itu hak kita, kita yg kawal, tuhan pun tahu..

suami dan anak2, itu kekuatan u, jgn sia2 kan.. berjuang, i sokong u... ramai lagi yg sokong u.. ramai forumers lain yg senasib.. cuma mungkin dorang  x masuk bod ni.. i pernah nmpk di bod lain..

abaikan manusia yg x faham tu..

good luck dear... (*^﹏^*)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2014 12:39 AM | Show all posts
clarizsa posted on 3-4-2014 11:32 AM
ya... suami u betul.. kalau u senyap, x luahkan, akn jadi lebih kusut... let it out, tp kawal emos ...


kdg2 aku terpaksa akui.. hidup ku dahulu sungguh sedih. Seolah2 takde memory kegembiraan utk dikenang..

Dulu.. tinggal kat kampung sebelah rumah dgn nenek. Sungguhpun dekat, nenek dan keluarga (adik bradik mak) sangat benci dgn kami. Sebab mak kahwin dgn bukan org local.

Masa mak dan ayah ke pasar.. dari jam 5pagi ke 12malam. Tiada siapa nak jaga kami.. walau rumah sebelah je. Mak ayah tinggalkan kami adik bradik dlm rumah mcm tu je. Nenek dan keluarga selalu suka sgt menghina sebab dpt ayah yg bukan origin sini.

Aku ingat lagi . 1st time aku berani bgtau mak aku psl abg buat tak baik..dan ia kali terakhir, aku bagitau mak tp mak marah aku. Mak kata semua sebab punca diri aku sendiri. Rasa sedih dan terkilan.. mak ugut aku jgn report nanti malu. Dulu masih tersisa rasa sedih, kdgkala marah.. etc.. tp skrg aku berfikir, mungkin mak takut dgn hinaan nenek sekeluarga..

Dulu aku rasa sedih.. abg aku naik tgn ke aku.. mak ayah tak nak sebelahkan aku or mcm yg aku nak.. aku slalu harapkan mak ayah pukul diorang balik. Tp rasa kecewa sebab diorang cuma ya ya oo oo je jwbnya.. pernah smpai teruk abg aku no2 siram air panas kat kaki aku sebab aku lambat bancuh minuman.. tp aku tak dibela pun. Dulu aku rasa mak ayah pilih kasih sgt.. tp skrg aku banyak terdedah dah dgn bahan bacaan.. aku baca kisah parents terpaksa bermuka2 baik dgn maid sebab takut maid tu tak jaga anak diorang elok2.. mungkin mak ayah pun camtu.. takde pilihan. . Sebab hanya anak2 lelaki dia yang jaga anak2 kecil time tu..

Aku rasa mungkin dari sini cara hidup aku kot.. aku jd memendam rasa.. tak yakin nak luahkan rasa hati aku.. aku takut penerimaan org etc..

Bila aku ada suami.. suami yg sentiasa sygkan aku.. belai aku nak buat aku rasa selesa.. aku lupa siapa aku. Sebab trasa best sgt kena syg.. sampai aku lupa kot tentang hati dan perasaan dia. Aku syg dia tp aku juga selalu sakitkan hati dia dgn kerenah aku mcm2. Bila aku sedar.. aku nangis.. aku sedih dan rasa diri jahat tak pandai bersyukur dan menghargai suami.

hanya kerana suami aku pernah terlepas kata -jgn samakan sy dgn abg2 awak.. sy tanya.. sy samakan apa? Cara layanan yg kasar dan selalu buat dia sakit hati. What!! Aku terkejut dan sakit  hati sgt2. Aku rasa frust sgt sebab aku ingat selamani aku dah sygi dia sehabis mungkin. Ya memang aku sygkan dia sgt2 tp mungkin atau rupanya aku tak lahirkannya dgn betul. Fhm tak? Mungkin aku bossy sgt? Tak tau lah. Aku sedih sgt.. aku ingat masatu aku ckp.. kenapa awak ckp mcm tu? Memang wajar pun aku layan diorang mcm tu selepas apa yg diorang buat kat aku.. kenapa awak ckp mcm ni. Aku sedih sgt2.. aku trasa dia selamani tak fhmkan aku. Yg pasti sejak dari tu aku berani jerit2 melawan dia secara terang2an.. kalau dulu ya aku buat perangai juga tapi tak extreme mcm bermula mlm tu. Aku mula jerit dan ungkit segala yg rasa sakit hati yg aku pendam dari dia. Msa kejadian ni.. dia pujuk aku habis2an. Dia menyesal ckp mcmtu.. bukan niat dia nak sakitkan hati ku..cuma dia nak aku berubah jgn terlalu kasar or bahasa simplenya kurang ajar mcm tu.. sebab dia slalu perhatikan aku selamani.. mcmna aku dlm keluarga aku. Dia tak tahu rupanya.. aku tak pernah duduk 1meja atau duduk tengok tv sama2 dgn abg2 aku.. bercakap.. bergurau senda.. mcm antara abg dan adik org lain. Tapi aku terpaksa akui..aku mmg kasar dan biadap bila hati aku sakit sgt2. Last edited by mawarni07 on 6-4-2014 12:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2014 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarni07 posted on 6-4-2014 12:39 AM
kdg2 aku terpaksa akui.. hidup ku dahulu sungguh sedih. Seolah2 takde memory kegembiraan utk di ...

kita sama walau x serupa.... i feel u... faham sgt... rasa bagai dihiris luka lama bila baca luahan u...

i was sexually abused bermula dr umur 7thn.. i x tahu apa yg berlaku tu x elok.. tp i x suka n x selesa... i conteng dinding dgn perkataan x elok, utk bgtau my parents... tp kna marah, ye la, budak conteng dinding...

tindakan x diambil kt pelaku, sbb bapa i risaukan masa dpan culprit tu... hampeh.. masa depan mangsa ni cmne??

i betul2 faham cerita u, tindakan u, amarah u... semuanya...

adoi, sakit kepala n loya bila teringat hal yg perit tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2014 05:06 PM | Show all posts
clarizsa posted on 6-4-2014 01:09 AM
kita sama walau x serupa.... i feel u... faham sgt... rasa bagai dihiris luka lama bila baca luaha ...

Memang sakit rasanya bila teringat kisah lama.. rasa tak percaya. . Benci pada diri sendiri sebab tak aware dgn keadaan masatu.

Waktu aku umur 13tahun.. aku mula faham perbuatan tak elok abg2ku. Masatu aku start banyak membaca buku.. jadi aku terbaca buku agama yang ada gambar... hukuman yg kita terima di akhirat nanti.  Masatu aku klasifikasikan perbuatan abg aku sebagai zina. Aku takut sgt u.. aku anggap diri aku penzina sebab tak tau la.. mungkin sebab terlalu lama diperbodohkan.. diam je diperlakukan mcm tu.

Aku jadi prejudis... pernah sekali time duduk kat pasar dgn ayah aku.. aku tolong ayah aku meniaga sekali sekala.. lepastu tgn ayah aku terkena kat punggung aku, aku terkejut dan marah. Bapa aku malu dan kecil hati.. sempat la dia cubit paha aku kuat. Ye la.. mesti rasa malu dgn tindakan aku . Aku nangis la masatu sebab aku takut bapa aku tak nak baik2 dgn aku lg. Fyi aku rapat dgn bapa aku.. tp bukan rapat peluk2 cium ayah dgn anak.. ayah aku slalu minta aku buat minum, makan, sediakan barang dia itu ini..  tapi takde la ayah aku nak jauhi aku.. fikiran je terlalu takut. Jadi skrg ni.. aku boleh tengok sikap aku yg dulu... tiap x gaduh teruk dgn husb aku.. aku jd takut.. takut keadaan kamu jd dingin.  Kdg aku sendiri yang trasa dia berubah cara layanan pd aku, kesian dia beria yakinkan aku..

Skrg aku boleh cntrol diri.. takde la aku mcm tu lg. Cuma ada msanya aku tiba2 sedih psl gaduh2 tu.. aku akan tanya dia, mcmna perasaan dia.. masih syg ke? Kdg tak mau suasana tegang dia gelak dan buat lawak... ubah tune suara semua. Aku mmg ketawa dan lagi2 aku akan menyesal sakitkan hati dia.

Dia tak pernah tanya atau sentuh anything psl kejadian dulu2.   Tak pernah dia tanya aku... mcm ni mcm tu.. aku pulak kdg2 tu bertanya juga.. mcmana dia boleh syg kat aku.. dia kata takde alasan.. syg je.. dia nak aku tu je. Dulu aku fikir dia kahwin dgn aku sebab dia dah pernah terlanjur dgn org lain.. sebab tu dia nak aku. Tp aku tgok langsung dia takde ciri2 tu.. adij2 yg rapat dgn dia pun citer psl dia... mmg abg yg baik..

kdg2 mmg trasa rendah diri.. diri berbeza background dgn dia kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 08:15 PM | Show all posts
mawarni07 posted on 7-4-2014 05:06 PM
Memang sakit rasanya bila teringat kisah lama.. rasa tak percaya. . Benci pada diri sendiri sebab  ...

kak mawar..kita senasib kurang serupa.kisah saya saya lebih mirip dengan kak clarisza..bezanya saya masih belum berkahwin..

peristiwa itu buat saya hilang nafsu untuk berkahwin..saya takut..saya fobia..walaupun kisah itu berlaku saat saya kecil masih tak tahu apa2 tapi kesannya sangat mendalam..

adakala saya akan menangis..menangis mengenangkan memori hitam..saya tak nak ingat tapi ia selalu menghantui saya..
memori itu buat saya tak percaya dengan ayah sendiri..ayah tak salah apa-apa..perasaan saya yang tak bole control untuk rasa curiga..takut..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 02:52 PM | Show all posts
bantal123 posted on 22-4-2014 08:15 PM
kak mawar..kita senasib kurang serupa.kisah saya saya lebih mirip dengan kak clarisza..bezanya say ...

Terima kasih awak sudi berkongsi rasa..Ya, sgt faham pada awak. Aku sendiri rasa mcm awak dulu tapi sebab rasa takut nak terus tinggal bersama keluarga kat rumah..aku ambil kputusan cepat utk berkahwin. Syukur Alhamdulillah... Allah beri jodoh yang baik.

Menangis.. rasa takut dan was was.. kita susah nak lari darinya sebab kisah2 buruk dah berlaku pada kita. Banyak dekatkan diri dengan Allah.. semoga Allah sentiasa guide awak ke jalan nya dan beri jodoh yang baik juga utk awak..

Rasa2nya semua kita perlu waspada benda mcm ni sebab sekarang pun macam2 kes2 macamni dah selalu terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 04:28 PM | Show all posts
TT ni kakak ipar tu ke? sebab last2 tu mcm TT ni dia sebab cakap "suami".
dah mcm ceta chenta yg fasha sandha tu pulak sikit2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.141071 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list