CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4066|Reply: 1

Akauntan Gred W41 : Maklumat Lengkap Jawatan

[Copy link]
Post time 28-4-2014 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai Akauntan dengan Gred W41adalah jawatan Penjawat Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di bawah kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Secara ringkas, fungsi dan tugas pegawai AkauntanW41 adalah mengendalikan pengurusan keseluruhan perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat kerajaan menerusi analisis laporan dan fungsi perbendaharaan. Jika di sektor swasta, tugasnya adalah mengawal selia perakaunan syarikat , audit syarikat dan lain lain lagi.

Anggaran gaji bagi pegawai akauntan adalah minimum RM1925 (tidak termasuk elaun) dan maksimum sehingga RM8685. Pastinya gaji yang lumayan. Tidak termasuk kenaikan yang tinggi setiap tahun dan pelbagai elaun-elaun dan faedah lainnya.

Pastinya satu jawatan yang menarik dan beruntung bari mereka yang bakal mendapat
jawatan pegawai akauntan W41ini.

Syarat Lantikan Pegawai Akauntan W41 adalah;

a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]

b) Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]

c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ]

d) Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia.
[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ]

e) lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Bagi calon yang terlibat dengan peperiksaan pegawai akauntan pada 6 Mei ini, jangan lepaskan peluang anda untuk berjaya Jawatan
Pegawai Akauntan W41 ini.

Dapatkan Panduan Peperiksaan Pegawai Akauntan W41

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2014 11:26 AM | Show all posts
Jualan Ebook Akauntan Gred W41 telah dibuka kepada calon, kepada calon yang terlibat, boleh dapatkan awal untuk mengulangkaji semasa cuti ini,

Ebook boleh didapati di --> Ebook Pegawai Akauntan Gred W41 Sehingga 4 Mei 2014
Last edited by far_east00 on 1-5-2014 11:28 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.042721 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list