|
Update : Peristiwa Aneh Di Hutan Ulu Gombak
[Copy link]
|
|
Komrade posted on 15-5-2014 09:54 PM
[/URL][/img] balai polis ni ke???
Ye ni lah balai pulis lama tu
|
|
|
|
|
|
|
|
TT, mohon sambungan. thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
Komrade posted on 15-5-2014 09:54 PM
[/URL][/img] balai polis ni ke???
nampak bersih & terjaga jer kawasan sekitar
ade org tolg bersihkan ke
|
|
|
|
|
|
|
|
9-Tukang Kebun Orang Asli
Ex berjalan sambil menghirup angina petang yang segar, ex terserempak pula dengan seorang tukang kebun orang asli. Rumahnya betul2 berhampiran dengan PPLUM. Kira macam jalan masuk ke PPLUM adalah jalan yang sama untuk ke kampong orang asli Cuma bila hamper tiba di kawasan gate utama jalan ke tempat orang asli tu hala ke sebelah kanan sana. Ex sempat berbual2 dengan orang asli ni dan tak disangka beliau begitu ‘friendly’ dan berasal dari suku kaum Batiq. Eh sempat korek2 pasal balai polis lama, pasal tumbuh2an hutan kat Ulu Gombak, kisah jalan lama Gombak, dan kisah seram yang berkaitan hantu di sekitar kawasan tersebut. Beliau tidak menafikan yang ada sesetengah tempat di jalan Gombak ada kisah yang seram dan misteri. Tetapi beliau tidak pula bercerita secara lebih lanjut setakat sikit2 sahaja.
Leka berbual2 dengan beliau, teringat pula kisah kakak yang terseliuh kakinya di jeram dan mengambil kesempatan bertanya perubatan alternatif untuk memulihkan sedikit. Tidak keberatan pula beliau mempelawa ex ke rumah beliau yang tak juah dari PPLUM. Ex tanya apa ramuan yang beliau akan gunakan nanti masa nak berubat kemudian pakcik orang asli tu cakap apa?akar2 kayu dan tumbuhan berdaun2 sahaja yang boleh digunakan. Tiada seperti jampi2 serapah macam yang digambarkan dalam filem atau di televisyen kata pakcik itu. Ex mengganguk sebagai tanda setuju dan pakcik tu pun sedia faham yang ex ini muslim so takder lah dia nak buat perkara yang pelik2kan?
10- Penjelasan
Seperti yang dijanjikan, selepas makan malam dan menunaikan solat maghrib ex dan abang man dan kakak datang ke rumah pakcik orang asli tu tadi untuk tujuan berubat kaki terseliuh. Pakcik orang asli sambut kehadiran kami dengan ditemani isterinya dan seorang anak lelaki beliau di muka pintu. Mastu jam 08:10 malam dan kami dipersilakan duduk oleh beliau. Ex sempat mencuri2 lihat berita di televisyen atas rak diruang tamu tengah2 rumah setingkat beliau. Pakcik masuk kebilik sekejap dan mengambil byang ada isi akar kayu yang direndam minyak berwarna kekuningan yang lebih kurang macam warna minyak masak. Isteri dan seorang anak lelakinya hanya duduk memerhatikan kami sambil berborak2 kosong.
Sebelum pakcik orang asli memulakan kerja2 mengurut, beliau bertanyakan pada kakak bagaimana beliau boleh terseliuh pada batu jeram. Kakak beritahu pada pakcik yang dia memijak sebuah ‘batu’ di jeram dan sedar2 kakinya terpelecok ke celah batu dan apa yang dia cakap batu yang di cuba pijak tu sekali dia tengok bukan batu. Rupa2nya dahan kayu pokok yang reput serta bukan batu seperti yang disangka2. Abang man pun menjeling ex dan kakak yang sedang diurut oleh pakcik tu. Kakak tu pulak sambil tu jeling ex dan abang man sambil mencebik bibir sambil mengangkat sikit bahunya menandakan ‘entah’.20 minit selepas mengurut ex, abang man, dan kakak meminta izin untuk pulang ke PPLUM kerana kami semua perlu pulang ke Cyberjaya pada malam tersebut dan paling lewat yang dibenarkan sehingga jam 11:30 malam. Seperti biasa, berjalan kaki ke PPLUM kami berbual2 dalam kegelapan malam sambil ditemani cahaya torch light dan sedikit cahaya lampu jalan dari dalam kawasan PPLUM. Abang man buka cerita yang kakak tu pijak adalah kayu dan bukan batu, tambah abang man lagi kat hutan ni macam2 benda yang boleh jadi dan macam2 muslihat yang boleh berlaku tanpa kita sedar. Tokok abang man, orang yang dah biasa buat aktiviti masuk keluar hutan, panjat gunung dan mendaki bukit semua sedia maklum dengan pantang larang hutan. Tak boleh terjah sebarangan dan bercakap besar sebab dalam hutan cabaran itu banyak serta tidak sama dari keadaan di kawasan Bandar.
Kakak hanya melopong mendegar cerita yang abang man bagi tahu kat ex dan dia. Abang man pecah rahsia pada kakak yang beberapa orang ahli kumpulan ex ternampak kakak turut menyertai aktiviti hutan di ‘phase2’ petang tadi. Kakak pula dengan rasa terkejut telah menafikan sekeras2nya yang dia tidak turut serta dalam aktiviti hutan ‘phase2’ walhal dia hanya duduk berehat2 sahaja di dalam kawasan PPLUM. Memandangkan kami bertiga telah mengetahui kejadian sebenar, sehingga kini ex masih lagi merahsiakan peristiwa aneh tersebut pada dua orang rakan tersebut dan ex sendiri ‘lost contact’ dengan mereka. Pada jam 10:35 malam kami bertolak dari PPLUM ke Cyberjaya selepas menikmati ‘supper’ yang disediakan di dewan makan PPLUM. Masih lagi ex teringat2 pesan juru pandu PPLUM kepada ex supaya sentiasa berwaspada semasa berjalan pulang melalui jalan Gombak lama. Semasa kereta yang dipandu, menyusuri jalan Gombak lama fikiran ex masih lagi terbuai2 dengan kejadian misteri sekitar kasawan ini yang pernah diceritakan oleh orang kebanyakan. Lebih menakutkan bila abang man sendiri turut bercerita kejadian bunuh2 membunuh, kereta masuk gaung, mayat mangsa kemalangan tak dijumpai, jelmaan perempuan, dan wanita mendukung bayi tapi hakikatnya adalah batu nisan. Itu ex sendiri kurang pasti sebab belum pernah ditemukan seperti kejadian yang begitu teruk keseramannya.
Alhamdulillah ex dan ahli yang lain telahpun selamat tiba di perkarangan Institusi Cyberjaya pada jam 11:42 malam dan kumpulan ex adalah kumpulan yang kedua tiba di kawasan perkarangan institusi tersebut. Untuk pembaca sekelian, ex memohon maaf sekiranya penceritaan ex ini kurang memuaskan dan agak kelam kabut. Kisah ini merupakan kisah yang benar2 terjadi pada ex dan ianya adalah bukan yang ex reka2 untuk meraih perhatian bertujuan populariti. Kisah ex terserempak mahluk yang serupa kakak berkemungkinan jin/syaitan yang mahu mengganggu anak adam ataupun jelmaan yang sebaliknya untuk menakut2kan manusia.
Wallhualam
|
|
|
|
|
|
|
|
eh nak tanya korang,
berapa km jalan ni dari simpang 3, batu 8 gombak tu nak ke genting sempah ye?
sue pernah lalu jln berliku ni dari janda baik (genting sempah) ke bentong lebih kurang 30 km...pening kepala bengkang bengkok, nasib baik smpi bentong maghrib..kalau jln malam2, tak kose sue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suehaiza posted on 16-5-2014 04:15 PM
eh nak tanya korang,
berapa km jalan ni dari simpang 3, batu 8 gombak tu nak ke genting sempah y ...
Tapi sejak dari peristiwa itu saya rasa seronok dan teringin nak buat rumah dalam tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
anehnya, memang kakak yang ikut pegi phase 02 tu macam manusia betul la ye?
masa tu ade try amik gambar pakai hp tak ex?
|
|
|
|
|
|
|
|
cloudy_83 posted on 16-5-2014 05:02 PM
anehnya, memang kakak yang ikut pegi phase 02 tu macam manusia betul la ye?
masa tu ade try amik ...
haah....ikut tapi dia diam sahaja..kat kamera takder pun gambar dia kat phase 2 yang kat phase 1 je ada...kat phase 2 ada amik gambar dia tapi kosong....aneh rasanya. ex tak tahu yang ikut tu sapa punya jasad...tak bercakap tapi hanya diam sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
dekat situ klo berjalan dari arah balai polis lama tu menuju ke gombak balik, akan jumpa satu simpang tajam yg ada jambatan sempit.
baru-baru ini, semasa kami menjalani penggambaran di balai polis lama, ada beberapa anggota polis yg turut serta memberi gambar mms dlm hp mereka.
terlihat mayat janin baru lahir, yg dicampak dari atas jambatan dan terus ke gaung tersebut.
polis tu kata, janin ni baru je minggu lepas dorg jumpa.
means masih fresh lagi, dan kami plak buat shooting ka situ minggu seterusnya.
jip forensik yg dorg bawa tu masih lagi fresh
dek kerana baru sahaja mengusung mayat seorang india bunuh diri di sebuah rumah di kawasan gombak.
|
|
|
|
|
|
|
|
zul8491 posted on 22-5-2014 07:57 PM
Ex:xde sambungan ke..
dah habis...ex tak banyak lalui kisah misteri huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
ex_klia posted on 23-5-2014 09:17 AM
dah habis...ex tak banyak lalui kisah misteri huhu
tmpt korg pegi tu dekat dgn sg pisang ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
leenaz posted on 16-6-2014 11:12 PM
tmpt korg pegi tu dekat dgn sg pisang ke?
Subgai Pisang kat area Lang Sendayu sana...ni area PLUM atas lagi tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam....saya dari Wujud Paranormal Team...Mohon utk kongsi kisah tuan di page kami...Hanya perkongsian dan tiada kena mengena dengan perniagaan...Terima kasih...
|
|
|
|
|
|
|
|
da lama thread ni hehe...
Qarin kakak tu agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-3-2016 04:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jinkalewa replied at 23-3-2016 09:22 PM
Salam....saya dari Wujud Paranormal Team...Mohon utk kongsi kisah tuan di page kami...Hanya perkongs ...
Silakan, sharing is caring |
|
|
|
|
|
|
| |
|