CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1129|Reply: 0

[Dunia] Penduduk Singapura bimbang wang persaraan

[Copy link]
Post time 10-6-2014 10:18 AM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA 9 Jun - Kira-kira 2,000 penduduk Singapura mengadakan demonstrasi di pusat bandar ini bagi menyatakan kebimbangan mereka tentang kedudukan wang simpanan pencen mereka dan bagaimana kerajaan menguruskan dana itu.

Demonstrasi 'Pulangkan CPF kami' anjuran sekumpulan penulis blog Singapura di Hong Lim Park, kelmarin menggesa lebih ketelusan dan fleksibiliti dalam Dana Pekerja Pusat (CPF).

Pengkritik CPF menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan sepenuhnya terhadap apa berlaku kepada wang dalam skim tersebut dan sama ada ia membawa pulangan yang tinggi.

Kebanyakan penunjuk perasaan mendakwa nilai pulangan tidak selari dengan peningkatan kos sara hidup yang membawa maksud pekerja tidak akan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka selepas mereka bersara.

"Rakyat mahu jaminan pulangan yang lebih tinggi dan jika pasaran tidak boleh memberi pulangan berkenaan, jadi siapa yang melabur dalam dana berkenaan perlu menghadapi lebih banyak risiko.

"Namun, persoalannya siapa yang akan menanggung kerugiannya," kata seorang profesor kewangan dari Universiti Pengurusan Singapura, Benedict Koh. Isu CPF juga merupakan satu daripada isu paling sensitif yang dihadapi kerajaan di republik ini.

Isu simpanan pencen pekerja merupakan antara kebimbangan besar di Singapura yang merupakan salah sebuah negara yang menghadapi kos kehidupan paling tinggi, dengan jumlah mereka yang berumur 65 tahun ke atas dilihat meningkat tiga kali ganda iaitu sebanyak 900,000 orang menjelang 2030.

Kadar kelahiran baharu yang semakin menurun di negara ini akan mewujudkan ketidakseimbangan daripada segi jumlah mereka yang bekerja dengan mereka yang akan menampung pesara.

Singapura kini menyaksikan peningkatan kemarahan berhubung isu kedatangan pendatang asing dan peningkatan kos sara hidup sehingga kepada isu hak asasi homoseksual.

Dalam persekitaran kadar faedah yang rendah, mereka akan membayar kadar minimum tahunan 2.5 peratus atau empat peratus sumbangan dalam akaun yang digunakan untuk persaraan. - REUTERS


p/s- apa barang demo pasal duit pencen,  tengok malaysia ok je lebih concern pasal babi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.046774 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list