CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3025|Reply: 19

Masalah Pembedahan

[Copy link]
Post time 1-7-2014 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Assallam,

my staf punya suami hujung tahun ni kena bedah, berkaitan penyakit kaki, kalau tak bedah boleh lumpuh.

baru2 ni my staf ada cerita pasal GL, apa benda ni GL ek? biasa dengar GLC.

pe yg kak faham? GL ni guna potong  daripada duit EPF bila buat rawatan di hospital kerajaan.

so selama ni yang di war warkan pekerja gov dapat free di hospital gov tu tipu ke? atau akak tak up to date?

akak hari ni bantu dia usahakan dpt zakat.

insya Allah boleh. kos rawatan rm 10 ribu ( hospital gov bukan private charge rm 10 ribu, dont know bedah apa? masih belum tengok surat doc)

insya Allah dapat bantuan.

cuma kak terfikir pentingkah insurans ni? maksud kak, kalau sakit2 tetiba financial down.

uols biasa ambil insurans cover apa ek? ada tak jenis insurans kalau sihat walafiat sampai tua bongkok 3 kita dapat capital dan dividen semula?

kalau ada let me know ( akak tahi hidung masin kedekut dengan insurans )

lepas buka pg ziarah suami my staf.

kalau kita tak mampu hulurkan duit selepuk, hulurlah apa yang patut dan ringankan beban mereka.



Last edited by CiliPadiSedap on 1-7-2014 07:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 07:50 AM | Show all posts
GL tu kan ke guarantee letter...surat yg kate sipolan tu mmg keje kat satu2 tmpt tu....bos /ketua jabatan yg kuarkan.....kalu keje gomen ada GL bleh la masuk spital kerajaan free...bukan la free all the way pun pun ader bayaran sket rasanya...dwet makan,masuk wad semer tu...baya tak sampai ratus2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 07:52 AM | Show all posts
juita posted on 1-7-2014 07:50 AM
GL tu kan ke guarantee letter...surat yg kate sipolan tu mmg keje kat satu2 tmpt tu....bos /ketua ja ...

oh GL tu. tau.

cuma nape kena potong EPF ek? sampai rm 10 ribu selepuk.

bukan patutnya ada subsidi untuk staf gov?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:00 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 1-7-2014 07:52 AM
oh GL tu. tau.

cuma nape kena potong EPF ek? sampai rm 10 ribu selepuk.

bab2 potong epf tu tak tau la plak.....sape yg kabo kene potong epf? maksudnya dwet epf yg terkumpul tu kurang la yer? kalu pegawai  yg gaji tinggi,yg takdek epf tu camner? uhuhuhuhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 08:02 AM | Show all posts
juita posted on 1-7-2014 08:00 AM
bab2 potong epf tu tak tau la plak.....sape yg kabo kene potong epf? maksudnya dwet epf yg terkump ...

first time dgr. rm 10 ribu bukan semua org mampu.

xpe akak usahakan dpt kan zakat. harap pegawai zakat terbuka hati. harap kak tak mencarut bulan puasa ni.

duk dekat pejabat besarkan badan gemuk malas bantu orang susah membazir je peram duit zakat
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:17 AM | Show all posts
GL is guarantee letter....

your company takde insurance for staff & family ker? kalu your company ada, HR or your company insurance agent should issue a GL to pay for the operations cost.

Company husband your staff takde cover insurance?

Company yg iols kerja skrg nie cover hospitalisation/medical for up to 50k per family....but still iols ada amik medical insurance kat luar jugak....bukan aper, pnh happened my kolig wife sakit, and the hospital bills jump to 200k....insurance yg iols amik bole dpt duit balik bila cukup tempoh matang...iols not so much into getting d money back, just hope bila sakit nanti, takde lah menyusahkan org, adalah duit insurance to cover...insyallah...harap2 iols sihat slalu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2014 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku staf gov... seblom ni 2 kali buat operation kat hosp gov n semuanya free..
xde pun nk potong2 gaji bagai, epf lg la x sebab akaun dah zero sbb amik option pncen
tp tengok jugak la...  x semua free
cnth mcam aku operation mata, klau kna pakai kanta memang kena kluar duit poket untuk beli kanta tu
Kadang2 ada ubat2 atau peralatan yang kena beli kat luar hosp..
klau ada pengesahan dari doktor hospital gov yang memang kena beli dari luar.. kos ubat/ alatan boleh diclaim kat jabatan

sorry.. x menjawab soalan, cuma xplain sikit2 berkaitan gl gov staf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 09:58 PM | Show all posts
labusayung posted on 1-7-2014 09:27 PM
Aku staf gov... seblom ni 2 kali buat operation kat hosp gov n semuanya free..
xde pun nk potong2 g ...

ohh.

dah tanya. rm10 ribu untuk tulang belakang palsu.

keja kilang proton angkat barang guna tubuh badan manusia.

kilan2 honda toyota buat kereta ada guna manusia ke?

entahlah. agak kejam.

ubat2, masuk hospital wad di tanggung kerajaan, cuma alat khas untuk masuk tulang belakang tu je nilai rm 10 ribu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 01:17 AM | Show all posts
dahsyat bukan?

potong kaki diabetes kalau swasta, ubat bius jah RM50 ribu.
kalu kakitangan kurajaan, free.
tak ke ummah menyumpah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 09:48 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 1-7-2014 09:58 PM
ohh.

dah tanya. rm10 ribu untuk tulang belakang palsu.

pasal angkat barang leh jadi gitu? kilang takdek forklift ker?.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:55 PM | Show all posts
eh hadek haddam pun ada masalah jugak.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 05:37 AM | Show all posts
salam.. macam mana dengan hasben staff TT? dah selamat ke jalani pembedahan? biasanya untuk staff gomen, untuk alat2 support rasanya boleh claim. Sebab adik aku keje gomen and mak aku akan jalani operation buang selaput mata bulan 11 nanti.. dan akan guna GL adik aku tu.. utk kanta khas nanti, leh claim semula guna GL adik aku tu..

Kalau keje private, depand pada company tersebut. Contoh macam aku, kos perubatan akan di tanggung company without any limit.. utk family aku lak, company cover 75% dari total cost (pun without limit)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
storyboard posted on 17-9-2014 05:37 AM
salam.. macam mana dengan hasben staff TT? dah selamat ke jalani pembedahan? biasanya untuk staff go ...

Wallahuallam. Dia kena tangkap polis suspek kes pecah rumah jiran. Kalau dh boleh pecan masuk rumah org? Mngkn dh sembuh atau sakit dia dtg semula.


Xtau nak cakap apa, baik2 ada niat nk tlg dgr kes pecah rumah? Malas ambil tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 11:19 PM | Show all posts
mungkin terdesak kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:14 PM | Show all posts
waalaikumusalam tt
saya kongsikan sikit info ya

GL (guarantee letter) kepada kakitangan awam layak mendapat kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan mengikut Perintah Am Bab 'F'. Sejak 1 Januari 1992, kemudahan rawatan perubatan untuk ibu bapa yang sah telah diberi kepada anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993.

Walau bagaimanapun terdapat keadaan di mana hospital/klinik Kerajaan tidak dapat membekal atau menyediakan beberapa kemudahan perubatan dengan sepenuhnya. Untuk mengatasinya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan permohonan perbelanjaan bagi kemudahan tersebut dan pembayaran dibuat oleh Jabatan yang berkenaan.

(semua ini tertakluk kepada syarat dan terma)

berbalik kepada kisah suami kawan tt, ada pengecualian di mana:
Tuntutan balik perbelanjaan bagi ubat dan perkhidmatan rawatan yang diperoleh berasaskan preskripsi/surat Pegawai perubatan Kerajaan atau Doktor Hospital Universiti tetapi disahkan tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan atau Universiti :

Anggota palsu dan alat ortopedik serta alat yang dipasang(implanted) dalam tubuh bagi menyelamatkan nyawa pesakit (serta penggantian alat-alat tersebut tetapi bukan kerana sebab kecantikan)









Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:17 PM | Show all posts
GL diperlukan sebagai formaliti (urusan pentadbiran)
sekarang dengan ada sistem hrmis, hospital dan klinik dah boleh tahu apa kelayakan seseorang penjawat awam tu

harus diingat, kos perubatan memang mahal
orang awam boleh pilih nak servis dengan hospital kerajaan atau swasta


bab insurans, tt tanya pada diri sendir penting atau tidak

pada saya pengalaman masuk hospital 7 tahun lepas mengajar saya supaya bersedia sebelum terlambat

biar sikit nilai caruman asalkan kita dah berusaha memberi nilai perlindungan pd diri sendiri/keluarga


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2014 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
missnina posted on 21-9-2014 11:14 PM
waalaikumusalam tt
saya kongsikan sikit info ya


dia kena bayar untuk barang tu. tolak epf kalau xsilap akak? kes dia masih berjalan lg kt mahkamah.

mungkin mahkamah bg kelonggaran untuk dia dapatkan rawatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
missnina posted on 21-9-2014 11:17 PM
GL diperlukan sebagai formaliti (urusan pentadbiran)
sekarang dengan ada sistem hrmis, hospital dan ...

maksud miss nina? digalakkan beli insurans ye?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:28 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 21-9-2014 03:19 PM
maksud miss nina? digalakkan beli insurans ye?

disyorkan supaya ada insurans /takaful untuk tujuan perlindungan peribadi
insurans-konvensional
takaful- berteraskan islamik


simple kes :
kita biasa dengar orang beli kereta then ada insurans  kereta +roadtax
mostly bila ada road accident sama , kita claim insurans kan?
cuba bayangkan bila takde insurans?
agak sakit nak bayar kos kerosakan

cth: towing cover rm200/ sekian2 jarak
takde insurans/ tak guna insurans duit sah2 terbang rm200 ke atas


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:32 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 21-9-2014 03:18 PM
dia kena bayar untuk barang tu. tolak epf kalau xsilap akak? kes dia masih berjalan lg kt mahkamah ...

selagi dia masih kakitangan awam dan tiada tindakan tatatertib dikenakan masih layak dipertimbangkan untuk bantuan perubatan
seeloknya tt nasihatkan dia rujuk bahagian khidmat pengurusan
diorg lebih mahir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.743485 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list