CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2376|Reply: 1

Bukti Syiah Iran Bantu Palestin,Kemudian Bunuh Sunni Di Syria&Iraq.

[Copy link]
Post time 24-9-2014 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Nurr Wahda Islamiah

Pembantaian dan pembunuhan manusia yang tidak bersalah tidak ada kena-mengena dengan Iran. Kerana Iran bukan seperti US yang suka menindas, menceroboh negara orang dengan sewenang-wenangnya. Iran juga tidak seperti Arab Saudi yg bersekutu dgn US dan Zionis untuk menindas orang2 Palestin. Ini adalah Fakta.

Cukup ini sebagai bukti:

1.Khader Habeeb (Jurucakap Jihad Islam)

"Iran sentiasa mendukung perjuangan Palestin menentang (Israel) selama ini. Kami berterima kasih dan memuji Iran kerana majoriti roket yg digunakan pejuang Palestin terhadap Tel Aviv, diperbuat dari teknologi Iran,"

Rakaman ucapan beliau



2. Pemimpin Hamas:

"Anda, saudara-saudaraku, di Iran,, Sesungguhnya.. kepimpinan Iran, Presidennya, Kerajaannya, parlimen dan rakyatnya,, telah berdiri bersama2 Palestin, Gaza, Muqawwama (Hizbullah), dan Hamas, Semoga Allah memberi kamu ganjaran untuk semua ini. Ini adalah dokongan hebat yg mana kami sangat hargainya."

"Kami di dalam tanah Arab, sebahagian orang menuduh kami telah dibantu oleh Iran,, (kami katakan) ini adalah satu PENGHORMATAN bagi kami utk mendapat dokongan dari Iran!"

Rakaman ucapan



3. Pemimpin Hamas dan Jihad Palestin bertemu Pemimpin Tertinggi Iran . Rakaman Video



4. PM Palestin, Ismail Haniyeh bertemu Pemimpin Iran :
Rakaman Video



5. Brigade Al-Quds Palestin:

"Kami melahirkan rasa terima kasih kami kepada semua mereka yang menyokong Muqawama dengan dana dan senjata. Sokongan ini telah membolehkan kami mendapat kelebihan dalam pertempuran darat kami. Kami berterima kasih terutamanya kepada saudara-saudara kami di Republik Islam Iran.

Apabila Iran menyokong Gaza, ia memenuhi tugas moral dan agamanya. Dan Iran tidak akan mengabaikan orang-orang Palestin yang tertindas dalam perjuangan mereka membela rakyat dan negara kami (Palestin).

Kami tidak lupa untuk menyatakan rasa terima kasih kami kepada saudara-saudara kami, Hezbollah, Muqawama Islam di Selatan Lubnan, Terutamanya Syed Hassan Nasrallah, atas pendirian dan sokongan mereka, sama ada dalam bentuk kewangan, ketenteraan mahupun sokongan moral."

Rakaman Video



6. Pemimpin Jihad Palestin, Abdullah Shallah turut hadir, bersalam dgn mesra dgn pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Imam Ali Khamenei

Konferens Ulama Antarabangsa 2013. Walaupun konflik di Syria telah berlangsung sejak dua tahun yg lalu, nampaknya hubungan Iran dgn pemimpin Palestin masih utuh hingga ke hari ini

Rakaman Video : https://www.facebook.com/photo.php?v=214175642078765&set=vb.714413191906003&type=3&theater

7. Wawancara Pemimpin Jihad Palestin mengenai Iran, Hezbollah.

"Sokongan terbesar kami dalam soal pembekalan senjata adalah Republik Islam Iran. Dan saya juga boleh menambah untuk anda Hezbollah, kerana Hezbollah adalah sekutu dalam hal ini. Tiada di antara kami yang mahu memandang remeh peranan saudara kami dalam Hezbollah atau melupakan peranan Hezbollah.

Sebahagian rakan kami bertanya mengenai roket2 Hezbollah selepas roket2 Muqawama menjejaki Tel Aviv. Saya berkata saya tidak mahu bercakap atas pihak Hezbollah kerana saya tidak mahu mendedahkan rahsia ketenteraan yang tidak mahu didedahkan Hizbullah. Kerjasama dengan Hezbollah dan Muqawama di Palestin dengan segala cabang-cabangnya, dari saat kami mula-mula bertemu hinggalah saat ini, tidak pernah terganggu."

Rakaman video : Iran, Hizbullah sokongan utama Palestin






Last edited by abgsedapmalam on 26-9-2014 07:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 12:03 AM | Show all posts
Kuat bertaqiyah derang neh,tak leh caya lansung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052855 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list