View: 2683|Reply: 5
|
Menu terkini : Mi campur candu
[Copy link]
|
|
Shaanxi : Seorang peniaga mi di sini mencampurkan masakannya dengan candu untuk menyebabkan pelanggan ketagih supaya mereka sentiasa datang ke kedainya.
Pemilik kedai berkenaan didakwa membeli candu dan kemudian menghancurkannya menjadi serbuk sebelum mencampurkan ke dalam masakannya.
Perbuatannya itu terbongkar selepas seorang pelanggan, Liu Juyou, dikesan positif dadah dalam satu ujian air kencing selepas ditahan secara rambang untuk pemeriksaan.
Liu bertegas memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak pernah menghisap dadah.
Mengesyaki mi yang dimakannya beberapa jam sebelum ditahan menjadi punca dia ditahan, Liu meminta beberapa anggota keluarganya makan di restoran berkenaan dan menjalani ujian air kencing.
Keputusannya juga positif.
Pemilik kedai itu ditangkap dan mengaku melakukan perbuatan itu. - Agensi Last edited by mattzzx on 27-9-2014 04:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai macam manalah tak ketagih kalau dah macam ni harap tak ada yang cuba tiru caranya selepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar ada kedai roti canai yang mencampur ganja dalam kuahnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
takutnye kalau termakan kat kedai macam nie... |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 cara nak lariskan kedai  |
|
|
|
|
|
|
|
pelaris la ni ek |
|
|
|
|
|
|
| |
|