CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7448|Reply: 0

Ghairah Wanita VS Ghairah Lelaki

[Copy link]
Post time 6-10-2014 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mafus07 at 2-1-2017 11:56 PM

Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah!

Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas dari rumah. Gaji RM1500-RM5000 Sebulan - Part Time/Full Time. Hanya di http://www.jobdirumah.com



Tanpa ghairah, seks takkan menjadi. Malah ghairah jugalah yang akan memastikan hubungan seks itu mampu memberi kepuasan. begitulah pentingnya perasaan ini. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa ghairah seks bagi lelaki dan wanita sebenarnya sangat berbeza.





Lelaki Mudah Terangsang

Membicarakan tentang ghairah seksual, lelaki menganggap bahawa hubungan seksual lebih menjurus kepada keperluan fizikal semata-mata. Hal inilah yang menyebabkan kaum lelaki lebih mudah terangsang. Berbeza dengan wanita, mereka menganggap bahawa hubungan seksual adalah momen mencurahkan rasa cinta dan sayang kepada pasangan. Umumnya ia kerana perasaan wanita itu lebih halus daripada lelaki.


Umur Bertambah, Ghairah Wanita Menurun

Berbeza dengan lelaki yang ghairahnya kekal malah makin meningkat seiring pertambahan usia, wanita pula sebaliknya. Ghairah wanita takkan selamanya membara terutama bila memasuki usia 30-an. Peningkatan usia menyebabkan ghairah kaum wanita akan semakin menurun. Fasa ini dikenali sebagai menopous. Terutama lagi pada wanita yang sibuk bekerjaya menyebabkan mereka mudah letih hingga malas untuk melakukan hubungan seksual.


Ghairah Lelaki Cepat Berakhir

Ghairah seks seorang lelaki sangat mudah dikenali, ia ditunjukan melalui ereksi. Pola ghairah mereka sangat cepat, dimulai dengan respons seksual, kemunculan hasrat untuk seks, kemudian ghairah dan nafsu yang diakhiri dengan orgasma.

Sementara ghairah seks kaum hawa pula ditandai dengan penghasilan cairan dan pembesaran klitoris. Pola ghairah seksual wanita pula cenderung dimulakan dengan ikatan empsional, saling sayang dan sikap prihatin pasangan. Setelah mereka merasakan hal itu, barulah muncul ghairah dan tarikan untuk seks.


Lelaki Lebih Cepat Orgasma

Dalam hal orgasma pula, berbanding dengan wanita, lelaki memerlukan masa lebih sedikit untuk mencapainya. Rata-rata mereka hanya memerlukan waktu empat minit dari hubungan seks dimulakan hingga ejakulasi. Wanita pula biasanya memerlukan 10 hingga 11 minit untuk memperoleh orgasma.


Wanita Lebih Menikmati Permainan Seks

Ketika sudah memasuki fasa intim, wnaita selalunya cenderung menikmati permainan seks berbanding lelaki hingga menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk terangsang. Perkara ini banyak disebabkan faktor lelaki yang memegang peranan sebagai ‘pengarah’ dalam sesuatu perhubungan intim sementara wanita lebih santai menikmati rangsangan tanpa banyak melakukan aktiviti.


Fakta lainnya, 75 peratus lelaki mengatakan mereka selalu mencapai orgasma ketika melakukan hubungan seks sedangkan wanita hanya 26 peratus saja yang mencapainya ketika melakukan seks.


Bagi mereka yang menghadapi masalah penurunan ghairah sewajarnya mencari jalan penyeselaian sebelum ia menjejaskan aspek kehidupan seksual. Mereka harus mencari punca ia berlaku dan cara mengatasinya. Ghairah seks mungkin berkurang akibat faktor stres, keletihan dan juga masalah kesihatan. Sewajarnya berterus terang dengan pasangan anda tentang masalah yang anda hadapi ini agar masing-masing memahami keadaan.


Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah!

Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas dari rumah. Gaji RM1500-RM5000 Sebulan - Part Time/Full Time. Hanya di http://www.jobdirumah.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 1.567032 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list