CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3570|Reply: 13

Pak Belang Manja

[Copy link]
Post time 6-11-2014 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Hidungnya pernah dibaham harimau bintang dan bahunya pernah tercabut selepas bergelut dengan seekor harimau benggala dewasa.

Namun, Carl Bovard yang buta sebelah matanya percaya, hidup bersama 14 harimau, singa dan lynx padang pasir adalah risiko yang berbaloi untuk dicuba.

Semua untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap spesies haiwan yang terancam itu.

Selepas insiden yang menyebabkan dia buta 13 tahun lalu, Bovard sedar satu-satunya yang dirindui ialah melihat haiwan peliharaannya. Justeru, apabila sebelah matanya pulih, Bovard mula memelihara dua ekor anak harimau.


Dia juga menubuhkan syarikat yang tidak bermatlamatkan keuntungan, Single Vision, sembilan tahun lalu bagi menyediakan pendidikan mengenai haiwan terancam.

Di kawasan seluas 110.8 hektar di Melrose, dia juga membuka pintu kepada pelancong yang berminat melihat bagaimana dia hidup bersama haiwan liar berkenaan.

"Memang banyak bahaya apabila memelihara haiwan begini tetapi dengan lang kah pencegahan yang betul, anda boleh kekal selamat.

"Cuma dalam keadaan itu, saya tahu pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan saya sebenarnya bermain dengan maut," katanya.

Menurut Bovard, 43, haiwan liar itu secara semula jadi tahu tempat kritikal yang boleh diserang.

Oleh kerana itu, kata Bovard, dia tidak akan membiarkan lehernya terdedah kepada haiwan berkenaan ketika bermain bersama.

"Hidung saya pernah digigit harimau kumbang dan kecederaan itu terpaksa dijahit," katanya.

Ketika haiwan itu masih kecil, kata Bovard, dia pernah dilanggar anak harimau yang berlari dengan kelajuan kira-kira 80 kilometer sejam.
"Ia memang menyakitkan," katanya.

Setiap Ahad, Bovard akan pergi ke pasar raya Walmart untuk membeli kira-kira 680 kilogram daging dan ia cukup untuk dijadikan makanan harimau peliharaannya selama seminggu.

Setiap hidangan, kata Bovard, harimau itu boleh menghabiskan sehingga 90 kilogram daging, atau kira-kira AS$400 (RM1,200) untuk setiap seekor. Baki daging yang ada disimpan dalam enam peti sejuk.

Harimau Siberia terbesar Bovard bernama Samson dan mempunyai berat lebih 318 kilogram, serta hampir 4 meter tinggi jika berdiri di atas dua kaki belakangnya.

Walaupun begitu, Bovard masih membawa sendiri makanan ke depan Samson.

"Saya ada hubungan yang hebat dengan haiwan tetapi ia berubah apabila ada makanan di tangan.

"Mereka sangat berhati-hati dan saya perlu mengawasi jarak dengan haiwan berkenaan," katanya.

Sementara itu, masa depan pusat itu masih menjadi tanda tanya ekoran petisyen aktivis mahu kerajaan mengharamkan lesen untuk orang awam mempunyai hubungan secara langsung dengan harimau atau singa.

Di sebalik desakan itu, Bovard percaya apa yang dilakukan memberi manfaat kepada haiwan liar terbabit.

Katanya, melalui pusat peliharaan itu dia boleh memberi peluang kepada orang ramai mengenali dan menghargai haiwan liar.

"Orang berkata, singa dan harimau ini sepatutnya hidup di dalam hutan tetapi mereka mungkin tidak sedar ada tujuh bilion manusia di Bumi dan kita terus memusnahkan habitat haiwan liar," katanya.





      Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 5:00 AM   
«»
WALAUPUN dihantui kontroversi, Bouvard percaya kandang yang ada mampu memberi peluang kepada orang ramai lebih menghargai hidupan liar.




WALAUPUN dihantui kontroversi, Bouvard percaya kandang yang ada mampu memberi peluang kepada orang ramai lebih menghargai hidupan liar.

TYSON seekor lynx yang sering menemanI Bovard pada waktu lapang.








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5875#sthash.KL0eNQvF.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 10:57 AM | Show all posts
amboii....seram nk bela harimau dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:49 AM | Show all posts
Macam mana pun nampak manja ia tetap haiwan liar bila2 masa boleh berubah menjadi ganas
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:01 PM | Show all posts
kalau dah sayang dgn binatang.....yg ganas pun jadi jinak kat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 01:34 PM | Show all posts
harus bagi makan cukup2..kalau tak mau hilang manja nya pak belang nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:21 PM | Show all posts
aaaaaaaaaa....sukenyer...angan2 nk ade umah dlm zoo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2014 12:04 AM | Show all posts
sekali kena ngap baru ilang manja itu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 11:25 AM | Show all posts
gambar yang last tu macam die nak makan je si carl tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2014 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
diharap tragedi zanesville tidak berulang kembali..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 07:16 AM | Show all posts
Time kenyang memangla manjaa  
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 09:18 AM | Show all posts
jgn lupa bg mkn tu je petua klo x nk kne serang...
rimau ni nk mengunyah je ke kje dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lena ke tdo mlm dgn rimau ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 12:36 PM | Show all posts
dah name binatang....kucing yang jinak pon boleh menggigit tuannye sampai masuk sepital...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 09:07 AM | Show all posts
walaupun manja tapi belaianya yg lembut mampu membunuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047752 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list