CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2955|Reply: 8

Aksi cemas pisau di leher wanita

[Copy link]
Post time 7-11-2014 10:47 PM | Show all posts |Read mode


BRASILIA – Sebuah stesen televisyen di Brazil menayangkan siaran langsung detik cemas seorang wanita yang dijadikan tebusan oleh penagih dadah yang bersenjatakan sebilah pisau di ibu kota Brazil di sini.


Paparan langsung tersebut menunjukkan penagih dadah, Matthew Robson, 33, meletakkan pisau di leher mangsa, Jurema Assuncao, 29, di hadapan sebuah pejabat kerajaan, Selasa lalu.


Seorang jurucakap polis berkata, ketika kejadian Robson berada di bawah pengaruh dadah. Pihak berkuasa tidak pasti motif suspek menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan.


“Kami berunding dengan suspek hampir satu jam dan lelaki itu yang khayal membuat beberapa permintaan pelik termasuk mahu bertemu dengan Presiden Brazil, Dilma Roussef.


“Kami dapat menyelamatkan mangsa selepas beberapa anggota polis berjaya menghampiri suspek sebelum menembaknya dengan pistol renjatan dan peluru getah,” katanya.


Menurutnya, wanita itu dibawa ke hospital tetapi dia tidak cedera manakala suspek ditahan oleh pihak berkuasa. – Agensi



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 08:44 PM | Show all posts
nak jumpa presiden tuuu nasib baik selamat pompuan tu..haihh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 11:44 PM | Show all posts
dadah membuatkan ramai org jadi gila
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 09:54 PM | Show all posts
Sama je dengan pemabuk suka buat kerja gila
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 10:15 PM | Show all posts
yang perempuan tu jangan panik sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:15 AM | Show all posts
keladi_merah posted on 9-11-2014 10:15 PM
yang perempuan tu jangan panik sudah..

jgn kata kan panik....klau aku kat tmpat pompuan tu mau pengsan dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2014 02:07 PM | Show all posts
nasib la selamat. kesian pompuan tu, tak pasal2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:28 PM | Show all posts
Orang dipengaruhi dadah boleh buat apa saje...dia dah hilang kawalan diri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 05:13 PM | Show all posts
Nasib baik nyawa tak melayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047992 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list